Tuesday, February 24, 2009

Berpantang cara Melayu tradisional : mandi rebusan daun

Aku ni bukan orang Melayu, tetapi berkahwin dengan orang Melayu, jadinya aku terdedah la dengan cara-cara wanita Melayu berpantang selepas bersalin. Memula dulu berpantang selepas bersalin, wahh...susah jugak. Lebih-lebih lagi tiap-tiap hari makan ikan selar bakar dan sayur sawi rebus dengan lada hitam. Nasi nak kena panas-panas..wahhh...muak jugak walaupun ikan bakar tu feveret time-time biasa, cicah budu campur tempoyak..perghhh... Tapi time pantang takleh la cicah-cicah tu sume, biso oghe tuo ghoyak..

Jadi dipendekkan cerita, selepas bersalin di Damansara Specialist Hospital, Damansara Jaya, lepas dua malam kat hospital, pastu dalam tiga hari kat umah sendiri, jadi aku pun balik la ke rumah mak mertua kat Temerloh, Pahang. Kenapa aku tak balik umah mak sendiri bersalin sulung ni? Nanti dalam post lain pulak laa aku cerita...

Mula-mula nak cerita pasal mandi dulu, sebab part ni aku suka. Pagi-pagi Mek (panggilan kepada mak mertua) akan kumpul beberapa jenis daun, tujuh jenis semuanya. Aku tak sure apa daun-daun tu dan aku pun tak sibuk nak tau apa jenis daun-daun tersebut. Cuma yang aku perasan ada daun pandan. Pastu Mek rebus daun-daun tu dalam periuk besar, bubuh dalam besen besar dan campur sikit dengan air paip. Mek suruh aku mandi daun tersak katanya. Aku ingat daun tersak tu ialah sejenis daun je tapi aku tak tau dalam banyak-banyak daun tu daun tersak yang mana satu. Lepas anak sulung dah besar sikit baru la aku tau daun tersak tu nama himpunan suma tujuh jenis tu..adehhh...tapi tak ingat pulak macam mana aku dapat tau.
Pastu kan, ada la aku jumpa dalam majalah Jelita ni tentang cara-cara penjagaan wanita Melayu berpantang selepas bersalin. Baru la aku tau ada banyak jenis lagi rupanya daun yang digunakan untuk mandi herba ni.
Antara ramuan mandian rebusan daun ni ialah;
1. Daun kunyit
2. Daun inai
3. Daun pandan
4. Daun lengkuas
5. Daun sirih
6. Daun serai wangi
7. Daun mengkudu
8. Daun durian belanda
9. Daun limau purut
10. Temulawak
11. Lempoyang
12. Daun jambu batu
Cara-cara: Cuci bersih dulu daun-daun tu,kalau tak nanti gatal-gatal pulak. Didihkan air dulu, lepas tu baru bubuh semuanya dalam periuk. Biar setengah jam sehingga suam-suam sikit, boleh mandi.
(Kalau ikut cara Mek, tuang dalam besen air, tambah air paip sampai suam-suam boleh mandi)
Khasiat: Menyegarkan badan si ibu dan biar bagi harum, bertenaga dan sihat.
(Rujukan: Jelita, Mei 2007)

Berikut ialah gambar-gambar daun tersebut. Aku sendiri pun tak kenal sangat daun-daun ni, kenal daun pandan dan daun sirih je. Lengkuas, kunyit dan durian belanda tu kenal la, tapi macam mana rupa daun-daun tu aku tak kenal. Lempoyang lagi la, first time dengar. Mengkudu, macam pernah dengar. Temulawak tu ingatkan brand krim muka, rupanya sejenis herba yang boleh digunakan untuk kosmetik...adehhh...

~ Pokok kunyit ~

~ Pokok lengkuas ~

~ Pokok pandan ~

~ Sireh ~

~ Inai ~

(Sumber foto:
melur.com)
nanti la aku post lain pasal pemakanan pulak

Monday, February 23, 2009

Isteri Yang Derhaka

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda, "Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu aku lihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang, "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, "Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata, "Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!" (Riwayat Bukhari)
Pesanan Rasulullah, seseorang suami tidak boleh membenci isterinya sehingga sampai ke peringkat mahu menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
Seorang isteri yang taat kepada Allah, haruslah mentaati suaminya selagi si suami berada dalam landasan iman. Sekiranya kedua-kedua ini dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya.
Sabda Rasulullah, "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
Perempuan yang bergelar isteri punya kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki pula, mereka punya kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
Rasulullah bersabda, "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Taala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar)

(Dipetik dari Nur, bil.75, Januari 2009)

Teladani Umar Al-Khattab

Seorang lelaki mengunjungi kediaman Khalifah Umar al-Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Baru sampai di muka pintu, dia terdengar isteri Umar sedang berleter dan Umar langsung tidak kedengaran suaranya.
Lelaki itu langsung beredar, tidak jadi hendak mengadu. Dia berbisik pada diri sendiri, "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Kebetulan Umar keluar dan terpandang lelaki itu hendak beredar pergi. Dia sempat memanggil untuk bertanya tujuan kedatangannya.
"Wahai Amirul Mukminin, saya datang untuk mengadu mengenai perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tapi tadi saya mendengar isteri tuan juga begitu. Lalu saya berkata kepada diri sendiri, "Kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umar menjawab, "Saudara, sesungguhnya saya bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas saya. Dia memasak makanan saya, mengadun roti untuk saya, membasuh pakaian saya dan menyusui anak-anak, padahal itu semua tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hati saya daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah saya bersabar dengan karenahnya."
Si lelaki menjawab, "Amirul Mukminin, demikian jugalah isteri saya."
Umar menjawab lagi, "Maka bersabarlah, saudara. Sesungguhnya karenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

(Dipetik dari Nur, bil. 75, Januari 2009)

Hmmm...sesungguhnya sebelum ini aku sendiri pun tak tahu beza antara kewajipan atau tanggungjawab seseorang isteri. Inikan pulak seorang lelaki yang bergelar suami selalu je anggap kerja-kerja di rumah adalah kewajipan isteri, malah ada yang layan isteri macam hamba. Hmmm...tapi ini tak bermakna para isteri boleh amek kesempatan kalu dapat suami yang jenis tak ego tinggi dan sudi tolong wife wat keje-keje umah(termasuk aku laa..)..bestnyer...thank u honey...sebab selalu tolong mama wat keje-keje umah dan uruskan anak-anak...

Hantu buku...

Aku ni hantu buku. Nak kata ulat buku sgt tu tak la, tapi konfem aku ni bibliofilia, ataupun orang yang suka sangat buku, tak kira la kumpul buku ke, bace buku ke, ada mini library...pendek kate, aku suka sgt buku. Tempat paling best utk lepak semestinya kedai buku (i.e. MPH, Popular, paling best Borders, dan ape-ape je, asalkan kedai tu ada buku).

Aku boleh bace ape-ape topik dan aku suka kumpul ape-ape je buku, tak kira la kategori ape dan baru or second hand or antik. Of coz tiap orang ada faveret memasing, tak terkecuali aku walau setinggi manapun tahap kemaruk aku terhadap buku.

My favourites;
1. Ensiklopedia (ape-ape aje)...setakat ni kumpul ensiklopedia untuk kanak-kanak Grolier je, itupun untuk anak-anak. My wish tentu la Britannica dan Americanna..tapi dengarnya Britannica dah tak jual, so aku harap dapat beli yang second hand je nanti.
2. History - Ancient Egypt, Greek, famous people...
3. Geography
4. Novel klasik - siri Penguin
5. Shakespeare, Jane Austen, Leo Tolstoy bla bla bla
6. Psychology & Sociology
7. Kitab, Himpunan hadis dan sewaktu dengannya
8. Komik, manga
9. Buku antik
bla bla bla

Welcome...

Welcome pada diri aku sendiri sebab start blog ni. Dan welcome juga kepada sesiapa yang sudi baca my humble blog ni.

Dari dulu lagi aku suka idea menulis jurnal atau diari, tapi aku tak suka betul menulis dalam buku. Antara sebab-sebab:

1. comot apabila menulis, kena tunggu ink pen kering dulu. Takkan la nak tulis dengan pensil kot. Dengan pensil pun comot jugak, sebab aku kidal...adehh..lain la aku nak tulis dalam jawi ke, masalahnya aku tak reti jawi.

2. kantoi orang baca. Kalau aku tulis dalam diari buku, aku expect takde orang curi bace. So, time menulis tu memang takde segan silu la..abis keluar sume bende. Mencarut pun ada..eheh. Tapi kalu berblog ni, sama gak purposenye dengan jurnal, aku nak tulis ape yang aku pikir, aku rase, angan-angan ke, apa aku dah buat, ape aku nak buat bla bla bla (bagi aku la, purpose utama aku bukan nak berblog politik ke, gosip artis ke atau ntah hape hape tu). Dan pada masa yang sama, dengan berblog ni, aku dah terima hakikat yang jurnal aku ni akan dibace seseorang gak, so pandai-pandai la aku kontrol kan hehehe lagipun, kebaikannya untuk aku gak, tak lah aku malu bace balik ape yang aku tulis. Kalu tulis dalam buku, kekadang tu malu nak bace balik, nak padam salah, nak koyak pun salah (biase la kalu tulis time emosional, bila dah ok balik tu..adehhh..). So, blog ni, suka hati aku la nak edit, tak la comot dengan liquid paper hehehe


To myself, selamat berblog. And to you, thank you for visiting :-)