Wednesday, March 25, 2009

Melencong? ke Limbang...

Aku dan suami serta anak-anak sekarang berada di Limbang. Rancangan awal ialah ke Mukah, Sarawak, tetapi disebabkan Mak dan adik bongsu aku, Yun, sekarang ada kat Limbang melawat abang sulung, Roy, maka terpaksa la ikut. Okay jugak, kalau tak entah bila la kitorang nak sampai Limbang. Suami pun tak sangka akan sampai ke Limbang.
Anak sulung, Acha, pula muntah-muntah dan berak-berak sebaik berada di Miri (kami transit dari KL ke Miri ke Limbang). Di Miri, tidur semalam di Mega Hotel. Sebelum ke airport untuk ke Limbang hari ini, kami sempat membawa Acha berjumpa doktor (Klinik Dinamik Dr. Arif). Kesian Acha. Biasanya dia ceria dan sangat lincah, tetapi sekarang dia kelihatan lemah dan merengek... Harap-harap Acha cepat sembuh...
Jadi, pokoknya sekarang aku tak dapat nak pdate blog ni dalam tempoh yang agak lama jugak la...mungkin seminggu, dua minggu, atau sebulan lagi...huhuhu
Sehingga kita berjumpa lagi...

Sunday, March 22, 2009

Tidak Pasti Rakaat

Jika kita tidak pasti rakaat solat sama ada terkurang atau terlebih, apakah yang perlu kita lakukan?

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila seseorang kamu syak dalam solatnya dan ia tidak tahu berapa rakaatkah ia telah lakukan tiga atau empat rakaat, maka hendaklah ia lontarkan yang syak itu dan hendaklah ia laksanakan atas apa yang ia yakini, kemudian ia sujud dua kali sujud sebelum memberi salam, kerana kalau ia telah solat lima rakaat maka telah genap baginya solat tersebut dan jika ia telah laksanakan cukup iaitu empat rakaat maka ia adalah penyesalan bagi syaitan."

(Dipetik dari Asuh, bil. 141, April 2009)

Putera di Balik Tabir (Part 1)

Babak 1 : Seekor Kucing, Sebuah Rahsia dan Si Menawan
Akari dan kawan-kawannya sedang dalam perjalanan balik dari sekolah. Kawan-kawan Akari berbual-bual tentang Horiuchi yang kacak dan terkenal, anggota Kumpulan teater Kabuki bernama Rien, sedangkan Akari langsung tidak mengenali pemuda tersebut, yang juga pelajar tahun tiga di sekolah mereka. Akari kemudian mengatakan bahawa dia tidak mempercayai lelaki kacak yang baginya adalah penipu dan tidak berguna. Dia hanya mengharapkan percintaan yang biasa-biasa sahaja. Kemudian kawan-kawannya mengajak Akari melihat Horiuchi tetapi Akari enggan lalu berlaku adegan tarik-menarik.
Tiba-tiba Akari terpukul seorang lelaki yang kebetulan lalu di belakang dengan beg sekolahnya yang berisi buku yang tebal. Kawan-kawan Akari kemudian menyedari rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Horiuchi. Horiuchi kelihatan menahan kesakitan dan menjeling tajam ke arah Akari. Kawan-kawan Akari terkejut melihat reaksi Horiuchi lalu segera bersetuju dengan pendapat Akari tentang lelaki kacak adalah tidak berguna, tetapi Akari terdiam sahaja. Ini kerana Akari sedar kamus tebal dalam begnya telah menyebabkan Horiuchi kesakitan tetapi lelaki itu langsung tidak menyalahkannya.Peristiwa itu terhenti sejurus Akari teringat janjinya utntuk makan malam bersama keluarga lalu segera beredar daripada kawan-kawannya.
Bagaimanapun, Akari tersesat di Ginza dan tidak dapat mencari keluarganya dan mereka pula tidak dapat dihubungi. Tiba-tiba ada seekor kucing mengiau di sebelahnya. Akari yang mengetahui kucing itu milik seseorang melalui kolar leher itu terkejut melihat kucing tiba-tiba berlari melintas jalan raya yang sibuk lalu mengekorinya.
bersambung...

Friday, March 20, 2009

Buku terakhir yang aku baca...(18 Mac 2009)

Buku...bukan buku dalam erti kata sebenar, sebab sebenarnya buku itu ialah manga, atau komik Jepun. Aku memang peminat manga sejak zaman sekolah lagi, tapi dulu-dulu tak ada bajet sangat nak beli, sehinggalah aku dah kerja, aku menjadi seorang pengumpul manga yang terlampau.
Setiap kali selepas bersalin, aku takde banyak masa nak baca buku ke, novel ke, kitab ke, yang betul-betul baca dari satu muka surat ke satu muka surat tanpa henti, atau sekurang-kurangnya boleh khusyuk, sebab anak-anak ketika umur bayi lagi sangat memerlukan perhatian dan sibuk jugak la nak jaga. Makan minum sendiri pun kekadang tak terjaga. Masa terluang lebih suka nak tidur je. Kalau nak lepas gian membaca, aku akan baca majalah, suratkhabar atau internet. Takde membaca sehari tak sah. Kalau ketagih nak baca sesuatu berbentuk cerita, fiksyen, dah muak dengan berita hari ini, asyik-asyik kes bunuh, samun, rogol, ragut, buang bayi bla bla bla...apatah lagi politik, maka aku akan cari komik dan manga.
Manga terakhir yang aku baca bertajuk 'Putera di Balik Tabir' dan sambungannya, satu lagi manga bertajuk "Kemasyhuran Putera di Balik Tabir'. Pengarangnya ialah Sakurakouji Kanoko, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Aku beli manga-manga ni empat hari lepas, baca dua hari lepas, dan hari ini aku ingat nak tulis sedikit apa yang aku baca...
Macam biasa, kalau pengarangnya perempuan, ceritanya akan berkisar dengan kisah percintaan remaja sekolah tinggi. Dalam manga ni, watak heroinnya mesti yang kurang yakin diri dalam percintaan, rupa yang biasa-biasa dan watak heronya pula mesti seorang yang misteri, dingin dan kacak. Kalau takde elemen-elemen ni, tak jadi cerita pulak kan. Dan aku memang perasan akan obsesi orang Jepun dengan lelaki yang tinggi, 'kawaiii', dingin atau pendiam, dan misteri...sehinggakan aku rasa macam tak istimewa pulak ciri-ciri lelaki idaman aku sebab orang-orang Jepun ni pun minat yang sama (sebab aku suka lelaki yang dingin dan misteri - ni angan-angan dulu je, dah kawin ni lain pulak, demand nak suami banyak bercakap dengan aku dan bencilah misteri-misteri ni hehehe)...
Watak utama perempuan bernama Akari, dan nama watak utama lelaki ialah Ryusei. Kedua-duanya ialah pelajar sekolah tinggi. Akari ialah seorang pelajar perempuan yang tidak menyukai lelaki yang kacak dan hanya mengharapkan percintaan yang biasa-biasa sahaja, manakala Ryusei ialah seorang pemuda berdarah bangsawan yang juga merupakan seorang pelakon drama pentas tradisional Jepun yang terkenal yang dipanggil Kabuki (macam opera Cina la jugak).
bersambung...

Perkembangan anak : Acheh (0 - 2 bulan)

Perubahan berat dan kulit
Berat Acheh selepas ditimbang semalam di klinik kanak-kanak Dr. Syed di KJMC ialah 4.7 kg, naik lagi 100gm daripada minggu lepas. Berat dia semasa lahir ialah 2.5kg, bermakna dah naik 2.2kg...alhamdulillah... Dia pun nampak makin tembam dan kulit dia sudah mula bertukar gebu berbanding kulit semasa lahir yang agak nipis macam kertas plastik pembalut makanan.
Perubahan najis
Pagi tadi selepas memberi ubat demam, aku tukar pampers dia, ada berak sikit. Pagi tadi tak berak lagi, lepas bagi ubat tadi lepas menyusu, baru ada berak. Normal la, macam kita jugak lepas makan nasik kenyang-kenyang kadang-kadang rasa nak berak. Rupa najis pun normal untuk bayi yang menyusu badan. Sejak dua tiga minggu ni (selepas umur 1 bulan) Acheh berak waktu siang je, dah tak berak malam, jadi agak menyenangkan la bagi aku nak tukar pampers dalam keadaan mengantuk. Tukar pampers subuh pagi pun sebab dah penuh dengan kencing. Kesian pulak tengok anak tak selesa dan tak nyenyak tidur. Hal ini sangat penting kerana tidur penting bagi bayi untuk perkembangan otak dia selepas seharian menyerap data-data di persekitaran semasa sedar, dia amat perlukan tidur untuk memproses data-data tersebut menjadi maklumat yang berguna untuk 'pemwayaran' saraf-saraf otak dia.
Perubahan motor
Dalam minggu-minggu selepas aku habis berpantang selama 40 hari selepas bersalin, Acheh sudah agak kuat untuk mengangkat kepalanya, tidak lagi terlentok-lentok seperti mula-mula ketika Papa meniarapkan Acheh ke atas dadanya. Tangan dan kakinya juga sudah sangat aktif bergerak-gerak, sesuatu yang digelar Papa - 'berenang' atau 'berkayuh'.
Selain itu, Acheh juga akan menggerak-gerakkan bahunya untuk cuba memusingkan badannya, terutama ke arah puting apabila hendak menyusu badan.
Acheh juga sudah 'jumpa' tangan kanannya. Dia asyik cuba memasukkan tangan kanannya yang dipakaikan sarung tangan (mitten) ke dalam mulutnya hingga basah-basah mitten tu. Disebabkan kelihatan masih cuba mengawal tangannya, Acheh juga cuba menggerak-gerakkan kepalanya dan berpusing ke arahnya tangan kanannya dalam percubaan untuk memasukkan tangan ke dalam mulutnya.
Perubahan komunikasi, pendengaran dan penglihatan
Dalam seminggu ni juga aku perasan Acheh mula 'bercakap'. Dia cuba berkomunikasi dengan persekitarannya dengan mengeluarkan bunyi-bunyian dari suaranya atau dalam bahasa Inggerisnya, 'cooing'. Kalau dalam minggu lepas dia sudah pandai senyum kepada mama dan papanya, minggu ini dia mula berinteraksi dengan kami pula, lebih-lebih lagi apabila kami mengagahnya. Dia juga akan memberi reaksi setiap kali aku membuat bunyi-bunyian dekat mukanya. Acheh juga mudah terkejut dan terbangun daripada tidur setiap kali terdengar bunyi yang agak kuat. Tidak seperti semasa 2 minggu pertama kelahiran, Acheh boleh tidur nyenyak selama 4 jam. (Hal ini agak kurang menyenangkan hehehe tetapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya itu menunjukkan pendengarannya baik).
Pagi ni semasa aku meletakkannya dalam katil bayi utk menukar pampers, Acheh mula menangis sebaik aku membuka pampers yang dipakainya. Tetapi sebaik sahaja dia ternampak mainan patung (soft toys) yang tergantung di atas kepalanya (ada gajah, singa dan kucing), dia tiba-tiba senyum dan mula 'cooing' menegur mainan-mainan tersebut. Aku pun menggoyang-goyangkan mainan itu untuk melihat reaksinya, dia semakin seronok dan aneh melihat mainan tu tiba-tiba bergerak. Aku pun memutarkan kunci satu lagi mainan berbunyi yang apabila berbunyi akan memusingkan mainan berbentuk bintang dan bulan di atas kepalanya. Mainan itu akan mengeluarkan bunyi merdu yang mengasyikkan bayi sebab Acheh nampak sangat asyik mendengar bunyi dan melihat gantungan mainan yang berpusing-pusing di atas kepalanya dan serta-merta berhenti menangis, tetapi serta-merta juga menangis apabila mainan tersebut berhenti berbunyi dan berpusing. Dia akan melayan mainan itu sampai dia jemu, barulah dia menjerit menangis minta dilayan sama ada diangkat atau kita 'berborak' dengannya. Acheh mendapat mainan daripada Anmum itu semasa dalam kandungan lagi, iaitu semasa aku pergi ke berjumpa Dr. Fatima Najla, doktor sakit puan di KJMC untuk pemeriksaan terakhir kandungan sebelum aku melahirkan Acheh seminggu kemudian.
Nota: Sebagai ibu, walaupun sudah mempunyai anak kedua, aku tetap teruja memerhati perkembangan setiap anak-anakku, walau tidak dinafikan tahap keterujaan itu lebih tinggi semasa anak pertama berbanding yang seterusnya, sebab semasa anak pertama, itulah pertama kali aku melihat perincian setiap perkembangan. Jadi, bezanya pada anak kedua dan seterusnya, aku sudah dapat mengagak apa seterusnya yang akan berlaku, cuma perbezaan setiap anak adalah secepat mana tahap perkembangan dan masing-masing juga memiliki aspek kelebihan tersendiri, bukan setakat cepat berjalan atau cepat bercakap semata-mata. Ini kerana otak manusia jauh lebih banyak potensi daripada yang kita jangka...
Hmmm...aku tak sabar menanti perkembangan Acheh seterusnya....dan pastinya aku seronok untuk berkongsi pengalaman ini bersama-sama pembaca blog ini di luar sana...

Anak aku, Acheh, demam hari ni...

Anak lelaki aku (yang kedua), Acheh demam hari ni, sejak petang semalam lagi dia demam. Suhu 38 darjah Celcius. Hari ni genap dua bulan dah umur dia. Bangun pagi tadi dahi dia agak panas, jadi aku beri ubat demam sirap paracetamol 1.5ml.

Semalam Acheh baru kena suntik oleh pakar paediatrik dia sejak dilahirkan di Kelana Jaya Medical Centra (KJMC), Kelana Jaya iaitu Dr. Syed Nazir. Dia dapat dos pertama suntikan pemvaksinan untuk DPT (diphteria, pertussis, tetanus), Polio (poliomyelitis), Hib (haemophilus influenza B) dan Hep B (hepatitis B). Untuk dos penggalak (booster doses) akan datang ialah pada umur 3 bulan dan 5 bulan. Semasa umur 6 minggu yang lepas, Acheh diberi vaksin untuk mencegah cirit-birit yang teruk iaitu Rotavirus yang diberi secara oral (melalui mulut). Tapi dia tak demam masa tu. Berak cirit sikit-sikit pastu okay.

Mujur la aku ni dalam bidang kesihatan, jadi aku konfiden memantau tahap kesihatan dan perkembangan anak-anak aku, tahap mana aku boleh buat penjagaan di rumah dan tahap mana aku perlu cepat-cepat rujuk kepada doktor, walaupun pada pandangan sebahagian orang mungkin perkara biasa sahaja. Kalau tak, mesti aku cepat panik...

Thursday, March 19, 2009

Kisah Rose dan Dia...(dan aku yang melalut)

Oraittt...aku dah dapat permisi daripada kawan aku ni untuk mendedahkan satu sejarah, kisah dan pengalaman suatu ketika dahulu...saksikan dalam 360 malam ini, di tv3 (ehemmm..)...takde la, dalam blog rencam ni jeee... Kena mintak permisi jugak tau, kalau tak disamannya aku. Orait lagi saman, duit boleh cari, takpun selesai luar court...kalau dibakar? Takpun dihantar ke Antartika? Ataupun di'dispose' ke angkasa lepas? Tak ke haru namanya tu??? Mana baby aku nak menyusu huahuahua... (adehaiii aku ni memang berpotensi tinggi melalut jauh...)
Prolog
Alkisahnya semasa Form 4, aku di kelas Iltizam, Rose di kelas Usaha, kelas di sebelah je. Aku ni agak rapat dengan seorang pelajar lelaki dalam kelas aku (kawan biasa je tau ). Dia ni pelajar baru (maksudnya yang masuk Form 4 di sainsri berdasarkan kecemerlangan PMRnya dari sekolah lain sebelum ini, yang juga antara sekolah budak-budak terpilih di Miri...ehemm ehemm). Macam yang aku pernah sebut sebelum ni dalam post yang lain, aku ni 'keras' dengan pelajar lelaki. Dapat geng dengan pelajar lelaki pun bila dah masuk Form 4 je, si Aneep. Form 1 sampai Form 3 memang hampeh la, fobia tul aku. Bukan tak suka, ntah kenapa rasa kekok je. Kelu dan berpeluh-peluh jadinya. Tergagap-gagap, kadang-kadang sudahnya jadi agresif (pernah terbalikkan meja seorang pelajar lelaki sekelas dalam kelas semasa kelas prep malam - sampai Form 5 dia tak bertegur sapa dengan aku). Bukan sebab admire ke hape, nak kata takut tu tak, cuma aku rasa sebu perut dan rasa nak muntah pun ada. Pendek kata stress yang amat lah. Kalau admire pun dari jauh je la huhuhu...
Berbalik kepada pelajar lelaki yang berkenaan ini (aku panggil Honda je la, nama dia dekat-dekat nama satu model kereta idaman aku ehemmm), Honda ni le antara salah seorang pelajar lelaki yang berani approach aku ajak borak ke, tegur-tegur je ke...(ada dua tiga pelajar dalam kelas termasuk Aneep je yang berani tegur aku, pelajar lain yang dah tau perangai aku dari Form 1 lagi haram le nak bercakap beria dengan aku...hampeh tul). Jadi, dah orang buat first step, takkan la aku nak jual mahal pulak (ehhh dah jadi macam cerita aku pulak...sabar ye). Jadi, Honda ni jadi la antara student lelaki yang aku boleh borak selain Aneep. Ada juga beberapa yang lain, tu pun tanya sikit-sikit bila perlu sangat. Nak berkawan-kawan, haram le aku yang nak beria-ria, itupun sebab masuk Form 4 aku dah kurang sikittttt fobia tu (adehhh la aku). Aku pun terharu sangat la dengan Honda ni sebab tak sombong ngan aku...aku ni tak sombong, cuma masalah fobia jeee...
Bab 1
Honda ni agak ramai jugak peminat, dari yang sama tingkatan sampai la yang junior-junior. Yelah, comel jugak orangnya. Dalam ramai-ramai peminat ni adalah watak utama cerita ni, Rose hehehe... Adalah la satu hari tu kawan-kawan Rose panggil aku ke kelas sebelah...ingatkan apa...ohhh rupa-rupanya Rose nak kirim salam dengan Honda ni... Aku orait je. Biasa la, dulu-dulu mana de henpon nak sms mulakan perkenalan. Pakai posmen tak bertauliah je la, macam aku ni. Maka aku pun menyampaikna watikah kiriman salam itu kepada kawan aku Honda ni. Dia pun memula tu tertanya-tanya la jugak, tapi sebagai posmen yang bertanggungjawab, aku tak dedahkan dulu sampai la Rose ni bersedia. Ingatkan episod salam-menyalam ni lama, tapi Rose ni, aku kagum tul la... Maka naik la pangkat aku jadi pengirim nota ka surat ka kad ka aku tak tau...tapi ada la kiriman kertas bertulis... Honda ni tersengih je bila aku usik...
Bab 2
Maka, cerita seterusnya hanya mereka berdua yang tau, dan aku pun tak nak menyibuk melibatkan diri dalam sangat dalam 'hubungan' diorang (ada beberapa yang melibatkan aku tapi dah tak berapa ingat, lama dah cik). Yelah, takkan aku nak menyibuk mencelah pulak, nanti Rose marah aku pulak kalau kacau daun huahuahua...Aku tak nak la jadi pagar yang makan padi, biar le aku jadi pagar yang betul-betul pagar sebab lepas tu ada jugak beberapa yang mintak aku jadi posmen depa, aku kata Honda dah kena booked dulu la...
Bab 3
Aku pun tak tau Rose dan Honda ni sampai peringkat ber'couple' ke tak, tapi bila aku tanya je, Rose asyik menegaskan, depa kawan biasa je (kawan biasa apa, spesel semacam je aku tengok huahuahua). Aku pulak tak tanya Honda ni lebih lanjut sebab dah nature aku susah sangat nak bercakap dengan student lelaki, kira okay dah dia tak harapkan aku yang nak mulakan perbualan sangat, dan aku pun maleh nak menyibuk. Aku pun makin hari menjauhkan diri (bukan sebab merajuk ke hape, cuma tak nak kacau daun). Bila masuk Form 5, boleh dikata aku dah tak rapat dengan Honda ni. Aku dengan Rose pula macam biasa aje, takde ape-ape yang tidak diingini berlaku. Aku ada jugak terasa Honda ni terasa hati kot aku jauhkan diri dari dia sebab dia langsung tak nak cakap dengan aku masa Form 5, dan aku yang 'blur' masuk angin keluar asap je ni pun tak kisah dan tak perasan...Aku perasan bila dah habis SPM, ada parti perpisahan peringkat kelas, dia tegur kata aku dah sombong (lebih kurang macam tu la, aku dah tak ingat sangat peristiwanya - tapi aku ingat aku sedar begini la).
Epilog
Begitu la alkisahnya...aku langsung tak ada idea bagaimana pengakhirannya 'percintaan' mereka ini. Kali terakhir aku jumpa Honda ialah pada tahun 2005, aku kerja di Miri lagi dan Honda pula pulang bercuti belajar. Dia masih dalam pengajian lagi di uni sebab asyik bertukar kursus (takpela, dia anak orang kaya...kalau aku, suka tak suka kena survive je kursus tu). Aku tak ingat macam mana boleh terjumpa dia, tapi yang aku ingat kami bertukar-tukar nombor fon dan buat appointment nak keluar esok-esoknya. Maka disebabkan aku dah kerja dan dia belum kerja, dan atas dasar berkawan tu juga la maka aku keluar duit belanja makan di Pizza Hut. Nasib baik la masa tu baru dapat gaji. Takde isu lelaki kena belanja sebab ni bukan date atau dating dengan couple. Aku pun puas hati kerana dapat jumpa balik kawan lama. Tapi memang hampeh tul la dia 'sembelih' aku...huahuahua takpe la aku ikhlas...Tapi kalau pasni jumpa dia dan dia dah kerja, aku nak dia belanja makan satu famili aku wakakaka...
...ehhh dah jadi macam kisah aku pulak...sori ye Rose...

Wednesday, March 18, 2009

Long lost friend...Nazar Ibrahim

Aku masih demam sainsri lagi... Takpe la, at least ada jugak benda aku nak cerita dalam blog ni. Dah jadi blog jejak kasih Class of 98 sainsri pulak blog aku ni...walhal aku bukannya student popular giney-giney pun masa sekolah dolok (opsss...terkeluar bahasa Melayu Sarawak kamek hua hua hua...). Note: terjemahan - walhal aku bukannya student popular mana pun masa sekolah dulu.
Tapi orait la, kalau ada ex-sainsrian baca posts aku ni, sekurang-kurangnya depa tau kabar kawan-kawan lama. Dan aku bet, segala apa yang pahit ka, selisih faham ka, waima gaduh kaw-kaw ka...pasti sedikit sebanyak kita dah lupa...mungkin tak lupa, tapi dah tak kisah...no big deal kata orang...no big issue kata politicians...

Nazar ni, sorang lagi kawan di Sainsri dulu...orgnya baik (aku seriussss ni...). Aku ni tak la rapat mana dengan dia (ehemmm...aku tak rapat dengan mana-mana budak lelaki pun masa sekolah dulu, aku jadi kaku dan kelu...fobia kot...Richford aku okay, tapi Richford memang okay dengan semua orang. Carlson pun aku okay gak tapi tak ingat macam mana boleh okay...okay-okay aku ingat dah, tapi dalam post lain pulak la. Paling okay rasanya Aneep je, tu pun sebab dia duduk depan meja aku time Form 4...tu pun kena gosip, hampehh tul...aparrraaa korang).

Okay, bebalik pada Nazar ni, serius aku kata dia baik, bukan big-headed yang rasa diri bagus, or tak perlu nak ingat outcast or one of the edges macam aku ni. Biasa la high school, lagi-lagi full boarding school, ada jugak sindrom sekolah US ni. Ada popular girl (dalam cara yang okay la, ada jugak yang popular kerana hal yang memalukan), popular guy, the cutest girl, the most handsome, the athletes, the librarians (librarian di Sainsri tidak dikira geek nerd tau, dikira in crowd jugak...poor thing kepada yang betul-betul suka jadi librarian tapi tak dapat sebab bukan in crowd..), the prefects, the in crowd, the centre of the universe bla bla bla all the small things laaa...tak lupa outcast, nerdy, geek... (aku ni kira golongan geek la dulu hu hu hu dah la semikin (miskin daaa), rupa pun biasa-biasa aje, pengakap lagi tu adehhh...). Tapi naluri aku kata, berdasarkan apa aku ingat Nazar ini macam mana sweet orangnya, aku boleh la try kontek...dah la dia duduk area KL ni, kira dekat la dengan aku dalam ramai-ramai yang dah scattered all over Malaysia malah dunia. Dia takkan lupa aku punya la...a good guy won't forget small creatures...like me...

wahh aku melalut lagi...

Apa yang aku ingat pandangan aku tentang dia dari zaman sekolah lagi ialah he is a big guy with a big heart (tak reti aku nak kata, 'dia lelaki berbadan besar dengan hati yang besar?' huahuahu), manis, tutur katanya sopan, tak kurang ajar, nampak tegas dan yakin, dan apa yang paling aku ingat, dia peramah...cuma aku je yang 'keras' nak berkawan dengan bebudak lelaki walau seokay mana pun depa huhuhhu...

Sebab tu aku agak konfiden nak kontek dia balik via email h although sedar aku dan Nazar ni takde la rapat sangat. Bila aku email dia, dia ingat aku lagi...tima kasih bebanyak la hu hu hu sobs sobs sobsss...aku tak konfiden langsung orang-orang sainsri ni ingat kat aku...(ke dia saje je nak nyedap hati aku hua hua hua apapun, thank u very much la Enchek Nazar...jelesnyer tgk dia bergambar dengan Maya Karin - check
blog dia)...ye lah aku dah hibernate lama (even dari Pauline, one of my bestest friends in this whole wide world...duhhh teruk kan aku ni...sapa gik? ada lagi beberapa yang aku akan cerita dlm post lain)... Aku sanat-sanat hargai mereka-mereka yang ingat aku tanpa 'iewww-mpuan-ya-ka' kinda feeling...

Haiii untung la siapa dapat Nazar ni...
P.S. : Okay Zar, kelak ku intro kau dengan member-member ku nok single-mingle gik wakakak

Pasal high school ala US sindrom ni karang aku post lain pulak...best jugak topik nihh

Beloved Abang...

He is my light
my soul
my day and my night

He is my knight
my pillar
and my might

He is my husband
my soulmate
the love of my life...

(copyright reserved - aku tgh jiwang, aku tulis sendiri tau)

Tuesday, March 17, 2009

Apasal ekk Asteria Gil???

ohh Asteria Gil ni bukan my full name. Gila apa nak reveal real name hua hua hua... merely due to security purposes la. Unless la blog ni blog official organisasi dan institusi mahupun syarikat berhad atau sendirian berhad waima enterprise...

Tapi aku dah terbiasa guna nama ni as ID aku semenjak 2003, gara-gara kes hospital punya pasal...bukan kes nak nama glemer ke hape....nama real aku lagi glemer...lagipun aku suka nama aku hape, I love my real name...

Nama ni punya la melekat sampai la ada member-member yang aku kenal selepas itu panggil aku, "Aster...Aster..." hua hua hua. Aku pun ye-ye-o je, "ye, aku la tu"...

Okay...kenapa aku nak post pasal nama ni? Sebab ada member-member wonder la 'apakasebab' nya..

Gini ceritanya...

Aku kat Unimas dulu, bila dah final year, final sem...2-3 minggu lagi ni nak habis pengajian ni...gila ka hapa...aku jatuh sakit. Bukan alang-alang punya sakit, aku jadi kurus-kering cekeding bebbb... berat 37kg je dengan tinggi 5 kaki 1 inci...imagine la kak...kena angin pun rasa macam nak terbang. Sebelum tu banyak kali dah aku jumpa doktor tapi tak dapat dikesan, asyik-asyik panadol, flu, viral fever...hampehhh tul. Aku pun dah rasa helpless tul. Penyakit ni dah kronik sangat, yang akhirnya menerangkan my unexplainable breathlessness masa zaman aku di sekolah menengah Sainsri lagi huhuhu...kronik kan???


Hinggalah satu hari tu aku pengsan semasa praktikal, koma bebbb (selama 6 jam atau 16 jam, aku tak ingat)...masuk hospital seminggu lebih...perghhh...

Selepas aku keluar hospital, aku dirujuk la kepada pakar. Dipendekkan cerita, selepas beberapa diskusi dan meeting, maka senat universiti, terutamanya pihak fakulti telah berkeputusan la nak beri cuti penangguhan pengajian selama satu tahun. Masuk balik setahun lagi mengulang semester yang sama yang dah hampir complete. Ye lah, nak completekan lagi 2 minggu tu tak larat, assignment berlambak-lambak overdue, dahlah asyik kena reject sebab takde kualiti langsung. PIhak fakulti tengok result aku memula ok, CGPA 3 lebih, tapi pastu makin menurun prestasinya. Musti sebab aku sakit. Jadi depa berkeputusan tak berbaloi la untuk aku abiskan pengajian sedangkan aku boleh buat lagi elok.
Time kasih bebanyak pada para lecturer yang sangat memahami, terutamanya Ms. Eli kerana sangat mengambil berat, dan juga Mdm. Rosa dan clinical teacher yang lain yang tak prejudis dengan keadaan aku bila aku kembali menyambung pengajian yang tertangguh, kalau tak tak tau la apa jadi kat aku hari ni.
Masa setahun tu boleh la aku berubat perlahan-lahan. Ini kerana keadaan penyakit aku dah kronik bertahun-tahun menapak (malah sampai sekarang aku masih monitor lagi tahap kesihatan aku ni). Ramai juga la yang ingat aku dah gagal semester, kena mengulang semester dan sebagainya...tapi aku maleh tul nak explain kat diorang yang aku ni menangguh je, bukan mengulang fail, tak sama tuuu...

Jadi, aku pun balik la ke rumah di Miri, Sarawak dan menjalani cuti dan penyembuhan perlahan-lahan aku itu. Kena follow up dekat hospital setiap bulan amek ubat...itupun aku default selepas beberapa bulan (hehehe...), mujur la so far penyakit aku tak datang balik macam mula-mula dulu. Sebab tu sampai sekarang aku closely monitor jugak la kot-kot datang balik, risau aku...

Pokok ceritanya, tiap-tiap bulan aku pegi amek ubat, follow up, check up dan sebagainya...ada sekali tu lepas jumpa doktor dan dia check sikit-sikit, refer pakar kat Kuching, prescribe ubat, aku pun pegi la ke bahagian farmasi amek ubat. Amek angka giliran, tunggu. Biasa la kan. Tapi nak dijadikan cerita, tabiat aku ni aku suka perati siapa orang sebelum aku dalam giliran tu (mujur la...). Jadi selepas orang tersebut (tak ingat daaa rupa dia) amek ubat dia, patutnya giliran aku la kan...tapi tak jugak nama aku dipanggil-panggil. So, dispenser ubat tu panggil la nama orang lain dulu. Aku cuak dah bebbb, mana la ubat aku. Hilang preskripsi, tak berubat aku karang. Nak jumpa doktor balik ,aduhai letih kak weiii... Tau-tau la hospital kerajaan, menunggunya dekat setengah hari, itupun kalau pegi awal pagi. Lepas tu, dispenser tu asyik-asyik panggil satu nama ni "Asteria Gil...Asteria Gil...", aku pun curious la. So, aku gi ngadap kaunter dan konon-konon nak check mana ubat aku...huahuahua rupa-rupanya tulisan doktor kat preskripsi tu maha buruk sangat sampai dispenser ubat tu takleh eja nama aku dengan betul. Tu yang dari tadi duk jerit-jerit, "Asteria Gil..Asteria Gil.." wahaha glemer tul...


Haaa sapa-sapa yang jadik doktor tu, tolong la tulis jelas sikit, tak cantik pun takpe laaa...

Kepada kawan-kawan yang tau nama betul aku, korang tau la kan kenapa boleh salah eja...dekat-dekat sama kan?..so aku bukan nak nama glemer ye...dah hospital yang bagi hehehe

Friendster...Class of SPM 98 & PMR 96

my oh my...aku dpt demam sainsri minggu ni...internet, dunia tanpa sempadan. Aku dah berusaha berhibernasi dalam tahun-tahun kebelakangan ini...so aku memang putus hubungan habis la dengan mantan warga-warga sainsri termasuk beberapa yang sama Unimas dengan aku...malah yang sama kursus...pehhh aku pun tak tau kenapa, cuma banyak yang aku nak lupakan...jeng jeng jeng. Tapi, bak kata orang, time heals...jadi sebab itu aku tergerak hati nak melayari laman web sesawang cari member-member lama...

Bahhh aku terjumpa
friendster kawan saya... Aku dah malas dah nak join fiendster ka, facebook ka...dulu tahun 2005-06 aku ada friendster, tapi pastu aku abaikan je sebab malas nak menten (busy keja bebbb) dan aku rasa tak sedia lagi nak berhadapan dengan masa silam aku...hmmm tapi sekarang...yeah baby yeah...how time flies...and heals...
err aku pun dah tak ingat username aku kat friendster tu...sure dah takde page aku tu...dan aku pun still maleh nak register account baru...

Monday, March 16, 2009

Long lost friend...Rose Ragai

Dua hari lepas entah mengapakah hatiku bergetaran bila...(lagu Aris Ariwatan la pulak, Lamunan Terhenti) tetiba aku teringat dengan member-member 'high school' aku dulu -SMSMSM a.k.a. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak, Malaysia daaa.... atau nama glemernya Sainsri. Lalu aku pun google la dalam internet, terjumpa beberapa website dan blog yang berkaitan. Ada Agustus Sapen (macam familiar, senior - klik kalau korang nak tgk rupa terbaru SM Sains Miri, tapi korang kena tunggu lama jugak la page ya nak pop up, biasa la tripod) dan ada jugak photographer Reunion Gath Class of 98 tahun lepas di Park City Everly Hotel (Anderson Kalang - klik kalau korang nak tgk photos gath tu). Dan seterusnya aku terus terjumpa sainsri.myswk.com. Terjumpa la beberapa profile dan seterusnya email dan view blog diorang. Bestnya layannn..after 10 years huhuhu....

Pasal gath tu aku tak pegi pun sebab tak tau. Kalau tau pun, aku tak boleh pegi jugak sebab tengah sarat mengandung anak kedua...

Alkisahnya Rose ni dari kelas sebelah Jujur dan Usaha (aku kelas Iltizam - kelas paling nerd, geek dan senyap sampaikan bebudak kelas-kelas sebelah ngeri nak lalu...hampehhh tul) . Rose ni kecik-kecik orangnya tapi berjiwa besar. Atlet sekolah, pelari marathon dan jarak jauh ni (masa tu dia tak terchallenged punya la, ranking no. 1 sekolah). Memang stamina kaw-kaw punya la. Mata sepet-sepet macam Chinese (memang ada Chinese blood pun), orang Melanau Dalat (serumpun kita ya). Tapi ada satu perkara paling aku ingat tentang Rose ni hehehe...

Jadi, setelah aku explore dan explore, gali punya gali blog dia, aku mengaku aku sangat KAGUM, BANGGA dan ENVY pun ada jugak...dia berjaya dalam mencapai apa yang aku rasa kebanyakan kami dari Sainsri ingin buat (dan terutama sekali aku) iaitu to have a DREAM JOB...it's a dream comes true, not just a dream job...it's a DREAM LIFE mannn..where we can put our mind, heart and soul into...my oh my...I admire her spirit a lot...how determined she is to achieve what she really wants, what she really wants to do...and most important is what she really wants TO BE, and to contribute...it's the strong integrity, determination, spirit huhhhh d**n I'm speechless..mannn I do envy this lady (I agree on her saying that some of friends became helpless and ended up taking KPLI although teaching is not their passion, poor thing...). Her life story really boost my spirit and give such great inspiration... Warghhh I won't give up...berusaha..berusaha...yuppp to achieve the best of me! (perghhh speaking aku jadinya hua hua hua)

...and oh my oh my..how I love her blog...so neat, meticulous and sweet...

Thursday, March 5, 2009

Artis muzik kegemaran...

Berikut ialah senarai artis-artis muzik kegemaran aku (aku tak kata penyanyi, tak juga kata musician, sebab tak semua penyanyi is a true musician)...from time to time aku akan update list ni, sebab ramai dan aku tak ingat...kalau aku ingat nanti aku akan update dan lagi dan lagi...

Aku bukannya seorang fan yang jenis kipas-susah-mati punya fan (diehard fan yaaa...), sebab tu aku takde particular artis yang aku minat...I love them merely for their music and talent, bukan kehenseman ke, ke'kawaiii'an ke (kawaiii is cute boy in Japan if I'm not mistaken), keglemeran ke,gimik ke...purely their talent in terms of music ke, showmanship ke, voice ke...aku pun tak kemaruk la nak kumpul merchandise ke hape, join fan club ke hape...layan muzik dorang je...

And my list below adalah random, bukan menurut urutan tahap kesukaan dan kesaspekan (here I mean respek sense ehehh) aku huhuhu...

  1. Jewel Kilcher (mmg minat gila..poetic)
  2. Sarah McLachlan (same reason dgn Jewel...poetic...Jewel more to guitar, Sarah ni piano)
  3. Bob Marley (saspek nihhh...penuh provokasi)
  4. James Iha (bekas anggota Smashing Pumpkins...true melancholy type of music..my type)
  5. Search (pure rocker at heart)
  6. The Beatles (sepa tak minatttt...)
  7. Elvis Presley (mmg minat gila..aku cairrr)
  8. Dewa (poetic in Melayu Nusantara sense)
  9. Frank Sinatra (legend nihhh)
  10. P. Ramlee (mmg minat gila sgt...true musician n legend...salute!!!)
  11. Rod Stewart (ni mmg true entertainer)
  12. Eric Clapton (sorang lagi saspek guitarist selain Slash)
  13. Aerosmith (minat habih ni)
  14. Guns n Roses (paling saspek la Slash - skrg dalam Velvet Revolver)
  15. Chris Daughtry (kalau la diberi lagu kaw-kaw..perghhh)
  16. Paul Potts (humble but suara...seeesshhhh)
  17. Broery Marantika @ Pesulima (cair beb dgr suara dia)
  18. Paul Anka (same as above)
  19. Lobo (same as above)
  20. Shakira (real talent)
  21. Michael Learns to Rock (huahuahua yeahh I know...pop..at least lagu pop dorg cipta sendiri, bukan harap composer)
  22. Air Supply (I dunno why, but most of their songs aku minat)
  23. Justin Timberlake (I know..another pop culture, but he really is talented)
  24. James Blunt (saspek la how he puts his heart into lyrics n music)
  25. Bryan Adams (rocker jiwang, tapi bukan leleh)
  26. Eminem (hate him, love him)
  27. Green Day (tak payah tau tajuk lagu,dgr aje muzik dah tau GD, style unik sendiri)
  28. Linkin Park (mcm GD, unik in own way...remember Bob Marley?)
  29. Avril Lavigne (dont misjudge just becoz she used to be a rebellious teenager)
  30. Raihan (who doesnt? my fav for nasyid genre...)
  31. Hattan (hate him, love him ehehe)
  32. M. Nasir (aku suka karya-karya beliau,penuh tersirat..but dunno why, not the person hmmm)
  33. No Doubt (ska yg boleh layan)
  34. Gwen Stefani (ppl can misjudge her as a pop culture, but for me she is not, she is a real talent)

Monday, March 2, 2009

I don't like to sleep alone...

Orang lama dan kaki karaoke patutnya tau lagu ni...lagu jiwang giler by Paul Anka.


Masa kecik-kecik dulu, aku selalu dengar daddy dan uncle aku main kaset lagu ni (zaman tu belum ada cd, dvd pun lagi...sebelum kaset kecik ada versi kaset besar punya). Lagu ni sangat membawa kenangan kepada aku, aku boleh layan lagu ni berulang-ulang. Setiap kali aku layan lagu ni, aku akan ingat daddy dan mak yang sukakan lagu-lagu oldies dan famili kitorang memang jenis yang suka menyanyi lagu oldies, especially bila berkaraoke. Lagu ni pun mengingatkan aku khusus kepada seorang uncle sebelah mak, Uncle Leslie, sebab aku ingat sangat-sangat dulu Uncle Leslie ada kaset ni dan macam masih terngiang-ngiang lagi macam mana Uncle Leslie nyanyi lagu ni masa aku kecik-kecik dulu.



Untuk menambahkan lagi special memory dengan lagu ni, semasa dalam honeymoon period lagi dengan husband (berdua lagi, belum pregnant), aku dan husband berkaraoke lagu ni. Masa tu duduk rumah sewa lama, sekarang ni duduk rumah sendiri dah, dah tak karaoke, mikrofon pun tak tau letak mana dah. Tengok lah nanti, second honeymoon pulak..ehekk...



Aku sebenarnya tengah layan lagu ni berulang-ulang kat laptop. So, terfikir lak nak post dalam blog. Ni taip lirik sambil menyanyi layan lagu ni (takda copy paste tau, dah hafal)...ala-ala karaoke laaa...



Ready 1 2 3...



I don't like to sleep alone

Stay with me, don't go

Talk with for just a while

So much of you to get to know



Reaching out touching you

Leaving all the worries far behind

Loving you the way I do

My mouth on yours and yours on mine



Marry me

Let me live with you



Like a man said in his song

"Help me make it through the night"



Loneliness



Lean on me, and i'll lean on you

Together we will see it through



No, I don't like to sleep alone

Sad to think some folks do



I don't like to sleep alone

No one does, do you?