Friday, June 5, 2009

Akhirnya...

...aku dapat update gak la blog ni selepas bermacam-macam aktiviti dari Limbang sehingga la aku masih di sini, di Mukah yang tercinta. Macam-macam la aktiviti; Pesta Kaul Mukah (byk beli bakul dan tikar anyam dan t-shirt - aku menggila-gila, suami geleng kepala poket kering), errr ada musim bubuk, ancau (dapatlah buat belacan - tolong tengok je), baru-baru ni Gawai (aku tak gi, anak-anak tecik lagi, busy beb, busy...) dan sekarang ni ada keramaian kat kampung aku, ulangtahun ke-60 SRK Kpg Petanak, Mukah, entah hape nama Protem Bekas Pelajar SK Kpg Petanak ke hape, tak sure. Nati la aku surekan.
errr...aku kat cyber cafe ni. ada broadband pun tak guna, kat umah parents aku takde line broadband. nak pasang streamyx, entahla, takut pasang aje tapi tak diguna bila sume anak-anak takde kat umah, tinggal parents dating berdua (sunyinye..kesian).
Sekarang ni seronok tambah kesian tengok mak kat umah - seronok tengok mak seronok tengok cucu-cucu dan anak-anak berkumpul (riuhhh) dan kesian tengok mak penat giler...masak dan wat keje umah...adehai la aku...
maka aku update sikit-sikit je la apa yang patut. hehe...
sehingga berjumpa lagi..bila aku ke cyber cafe (ada anak tecik ni payah benar la nak bergerak apatah kalau sesajer nak gi cybercafe...pehhh).

errr thank you la korang yang follow je...