Monday, August 31, 2009

Ramadhan: aku refleksi dan koreksi diri

Ramadhan datang lagi. Aku menunggu Ramadhan, dalam suka dan bimbang. Suka sebab Ramadhan bulan penuh berkah, bimbang sebab bagi orang macam aku ni...hehehe kena puasa sebulan. Puasa aje insyaAllah tak ada apa macam tahun-tahun sudah, tapi mengenangkan askar-askar dah bertambah jadi dua dan tenaga diorang pun pada tahap lasak yang amat...adoiii...kena zikir banyak bagi jangan letih hehehe...
Tapi apabila dah dapat momentum berpuasa tu taklah teruk sangat, nak start enjin tu payah sikit. Malah bila berpuasa ni nikmatnya lebih berbanding bulan-bulan lain sebab sepanjang masa baik siang, lebih-lebih lagi malam time sunyi sepi orang dah pakat tidur, syahdunya lain sikit. Perasaan pun sentiasa berjaga-jaga dan selalu rasa takut tak sempat mengejar Ramadhan, takut tiba-tiba Syawal menjelma dan rasa tidak puas lagi menikmati Ramadhan. Tak tahulah kenapa. Lagipun, aku sentimental sangat sebab dalam bulan puasa jugalah dulu aku memeluk Islam (tapi tak dinafikan hidayah tu awal lagi, tinggal berani atau tidak je), pada sehari sebelum Nuzul Al-Quran, hari kematian Allahyarham Datin Seri Endon (tahun 2005 le tu, aku baru lagi ni)...
Aku sangat menantikan Ramadhan setiap tahun, walaupun tidak membuat persediaan puasa ganti atau sunat ke, solat sunat ke dari Rejab dan Syaaban. Tapi masuk je Rejab, aku buat countdown dah. Tak tau la kenapa. Nak kata aku ni alim, memang la tidak. Tapi bagi aku, inilah peluang terbaik untuk aku refleksi dan koreksi diri, memohon ampun banyak-banyak atas dosa baik kecil apatah lagi besar, sengaja dan tidak, yang ingat dan yang dah lupa, yang terlepas, kerana jahil, lalai atau cuai...
Semua ini untuk bekalan penetapan iman untuk setahun akan datang, dan sebaik-baiknya dapat bertahan lebih lama daripada itu supaya Ramadhan akan datang lagi dapatla aku menguatkan lagi apa yang ada, takde la kes terkial-kial nak 'warm up' iman ni balik (yelah, kot-kot Ramadhan ni yang terakhir, takleh alpa). Bukan la bulan lain tu tak boleh buat, tapi Ramadhan ni lain sikit, aku sangat mengharapkan Ramadhan, mengharap sedikit cebisan rahmat yang melimpah pada bulan mulia ini untuk aku ni yang serba kurang dan banyak kelemahan, ilmu agama pun tohor, mengaji pun tak tau lagi, hafal surah baru tujuh surah pendek, Asma ul-Husna pun tak hafal lagi huhuhu...kalau takde Ramadhan, dengan iman yang masih tahap bayi baru lahir, aku takut la nak membayangkan andai iman aku jadi makin nipis dan menghilang...jadi Ramadhan la harapan untuk orang tahap awam semacam aku ni nak mengupgrade tahap iman dan takwa, melatih diri untuk lebih istiqamah, supaya bateri iman aku tahan lebih lama daripada sebelumnya...dan seterusnya aku mengharapkan Ramadhan akan datang lagi (insyaAllah kalau ajal belum menjemput) untuk mengecas bateri lebih lagi... Yelah, jangankan soal ikhlas kepada Allah, soal rukun Islam pun tak kukuh lagi, tauhid, akidah pun goyang lagi...
Rukun Islam pertama rasanya orait dah.
Tapi kena berjaga-jaga juga.
Jangan terpedaya dengan syirik yang kabur pula, rosak le syahadah...
Rukun kedua pula.
Daripada solat terkantoi-kantoi, nak kena latih dapat full lima.
Dah dapat full lima, nak kena latih bersegera waktunya.
Sebab meringankan solat itu pun dosa juga, neraka Wail jawabnya.
Rukun ketiga, puasa...alhamdulillah...
Tapi kena latih juga agar tak la pada tahap puasa awam saja.
Taklah setakat tahan lapar dahaga sahaja.
Mudah-mudahan sampai tahap dapat latih pancaindera lain-lain juga.
Zakat pula...
Mudah-mudahan urusan ini Allah permudahkan aku nak menguruskannya
Tinggal nak usaha lebih sikit lagi.
Haji pula...
InsyaAllah, aku menunggu jemputan Allah...
Jadi, bak kata lagu Man Bai...
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Saturday, August 15, 2009

Menjelang Ramadhan...

Aku berada di kampung suami sekarang. Minggu depan hubby nak gi KK, Sabah, ada job, deep sea. Bila dah kat deep sea ni, nak tepon koling-koling tak dapat, nak mintak duit lagi la. Mungkin seminggu, mungkin sebulan. Tahun lepas dia keje kat tengah-tengah perairan Palawan, aduhai sedihnya dua minggu jugak la payah nak dengar suara. Ada la tepon satelit atas kapal tu, untuk emergency je, mahal gile. Baru sebut, "hello, bley cakap dengan Encik ***?", dah kene Rm20 kredit kapisshhh...
Minggu depan dah nak masuk bulan puasa, bulan Ramadhan. InsyaAllah, ada rezeki tahun ni dapat menyambut Ramadhan lagi. Dua hari lepas Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, bulan lepas Yasmin Ahmad. Jadi perkara-perkara ni mengingatkan aku, jangankan nak beraya, nak berpuasa di bulan Ramadhan pun tak sempat apabila ajal dah tiba. Aduhai...teringat lagi soal mati, berdebar pulak rasanya.
Apa azam bulan puasa tahun ini ye? Patutnya dah sedia dari bulan Rejab lagi huhuhu tapi dah namanya aku ni dalam golongan orang awam je, jadi puasanya peringkat orang awam juga la hehehe... macam mana la nak tingkatkan tahap puasa ke tahap kedua kalau masuk Syaaban baru kelam kabut nak ganti puasa, tu belum lagi dosa-dosa sepanjang tahun baik yang kering dan tak kering, tambah-tambah lagi anak dah masuk peringkat lasak ni cepat betul ilang temper aduyaiii huhuhu... Peringkat satu? Alahai, tak tercapai rasanya...

Sunday, August 9, 2009

Perkembangan dan ragam: Acha dan Acheh

Pada umur 3 bulan, Acheh dah boleh meniarap. Kakaknya dulu 6 bulan lebih baru dapat meniarap.
Sekarang umur Acheh dah lebih 6 bulan, Acheh dah kuat mengangkat bahagian badan bawah, posisi merangkak gitu, tapi belum dapat merangkak lagi. Serentak itu juga, tiba-tiba la dalam minggu ni Acheh dapat mengengsot ke depan. Tiba-tiba bangun satu pagi tu aku lihat dia mengejar paper yang aku baca. Syabas! Cuma kena sentiasa awas sebab mengikut pengalaman dengan si kakaknya, waktu mengengsot dan meniarap begini la tempoh kena berjaga-jaga lebih dengan sampah, sisa makanan dan benda-benda kecik atas lantai - nanti masuk mulut kang tercekik, takpun keracunan.
Si kakak, Acha dulu ada dalam umur 10 bulan juga la baru mula mengengsot, umur 1 tahun 2 bulan baru merangkak sambil-sambil dapat berdiri memegang atau berpaut pada sofa (itupun lepas lama mengengsot, balik Temerloh tengok sepupu dia Ayih muda 3 bulan daripada Acha tapi dah merangkak, tiba-tiba dia dapat ikut merangkak). Umur 1 tahun 3 bulan Acha mula berdiri (minggu terakhir Oktober - awal November) dan dapat berjalan pada umur 1 tahun 4 bulan. Macam takut kena kejar adik dia nak lahir pula, cepat-cepat nak berjalan. Acheh lahir semasa Acha berumur 1 tahun 6 bulan. Lebih kurang dalam tempoh 2-3 bulan Acha nak menyambut birthday yang ke-2, barulah nampak boleh berlari. Sekarang steady dah memanjat-manjat...syukur tapi adehhh...
Jadi korang-korang yang plan nak ada anak tu, ready-ready la korang:-
berjaga malam, tidur tak tentu masa, nak tidur siang sesuka hati pun dah takleh, lap dan mop umah tengah-tengah malam kalau diorang muntah, meragam bila hidung berair, tak dapat gi tengok wayang (nak tinggal diorang rasa tak sampai hati pulak hehe), pakai tudung pun jenis pasang siap (takleh dah nak pakai tudung lilit-lilit lawa-lawa - gerenti kena tarik), layan diorang main kat playground Tesco atau Giant walaupun perut berbunyi-bunyi, bla bla bla...
dan berjaga-jaga la bila diorang :-
main air dalam mangkuk tandas, picit-picit ubat gigi, makan gel rambut, panjat tv, panjat speaker, tekan microwave oven, nak ikut kita bancuh kek dan biskut raya, berlari masuk dapur restoran, main pili air, korek tong sampah dan makan sampah, makan telur mentah, sapu-sapu najis kat dinding tandas, curah air susu atas kepala adik dia atau kat atas lantai, tenyeh coklat kat karpet, panjat sofa nak main suis kipas, panjat meja solek, testing bukak laptop, berguling-guling kat Tesco nak beskal roda tiga, si kakak kuda-kuda si adik, si adik tarik rambut si kakak, si kakak korek mata si adik huhuhu...
Tapi, anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai nikmatnya, tak kira la macam mana aneka ragam diorang...
Nikmatnya bila:-
syahdunya tengok muka anak-anak bila diorang tido, senyum kat kita bila bangun pagi, ketawa gembira, pegang muka kita, cium pipi kita, salam tangan kita, buat parents kita gembira, panggil kita mama papa...
Sabarlah ye...Allah janjikan pahala...

Thursday, August 6, 2009

Kisah 'barang panas'

Tadi aku menonton Blooger Boy yang ditayangkan di 8tv lakonan Qi. Pertama kali sebenarnya aku menonton satu episod seluruhnya pada kali ini. Tajuk episod kali ni macam best je, 'Demi dia'. Lagipun, kat chanel lain dah takde yang menarik sangat. Biasanya clash dengan Seram Keliwon tv3, tapi dah abis last week. Seram TV3 minggu ni dah start yang baru. Nak sambung yang banyak episod ni aku malas, tak macam Keliwon, cerita pendek-pendek.
Alkisahnya Blogger Boy minggu ni tentang Budi (lakonan Qi) ni sibuk la mencari kamera Nina (gadis idaman yang diminati diam-diam) yang kena copet. Yang sedihnya sebab memori kad kamera tu yang penting - periuk nasi Nina. Aku paham sangat. Dulu aku pernah hilang handphone masa kerja dulu. Siap iklan lagi sape pulangkan balik handphone tu dengan simkad sekali aku kasi RM100. Kalu taknak bagi handphone pun takpe, janji simkad dapat balik. Punya susah hati. Syukurlah dijumpai semula dengan handphonenya sekali.
Balik kepada cerita di atas, Budi ni ada la kawan yang ada kenalan yang tau pasal connection orang barang hilang akibat kecurian - aka barang panas. Dipendekkan cerita, Budi dapat balik la kamera dengan memory cardnya sekali setelah menang pertaruhan melawan ketua samseng yang merupakan dalang kepada kecurian kamera di kawasan tersebut. Agaknya begini la 'dunia' di sebelah satu lagi yang kita tak tau.
Episod kali ni mengingatkan aku pada satu kejadian pada awal-awal tahun aku pindah ke KL. Tak tau ape benda pun kat KL ni, nak kata culture shock tu pun boleh jugak, sebab yang pertama aku rasa kat KL ialah betapa rapuh dan tidak bernilainya nyawa kita manusia di tengah-tengah manusia yang sesak dan sibuk. Macam bila-bila masa je maruah hatta nyawa kita dibuang dalam longkang. Memang macam masuk rancangan Survivor je. Mujur ada kakak angkat, orang jati KL yang amat menolong aku beradaptasi dalam dunia yang boleh buat aku paranoid sentiasa.
Nak jadi cerita, aku dengan suami berjalan-jalan la kat Jalan TAR. Pastu on the way nak gi kereta nak balik rumah dah, tiba-tiba ada sorang mamat ni approach kitorang. Mata dia melilau sana sini sambil tangan memegang satu beg yang berisi satu benda. Dia panggil la suami aku, offer nak jual satu barang. Aku perati dia semacam je - berair mata dan hidung, mat kuyu, cengkung merah, tengok sana sini macam buat salah. Suami aku relaks je. Aku macam biasa la, tak tanya on the spot, tunggu dah setel baru tanya. Suami jenguk la apa barang yang dia jual, pastu geleng-geleng kepala. Mamat tu pujuk-pujuk lagi, jual RM200 katanya. Aku macam orang mengong je, tak tau apa-apa, naif la katakan. Rasanya masa tu kalau ada orang jual pil dadah kat aku pun aku ingat orang jual gula batu je huhuhu...
Suami tolak dengan cepat dan baik dan penuh relaks. Aku gelabah dah sebab pelik. Mamat tu pun pegi la cari klien lain. Dekat nak sampai kat keta, aku pun tanya suami. Suami kata 'barang panas'. Apa bendanya tu aku tak paham. Suami pun tak explain lebih, aku tak tanya lebih. Dia ingat aku tau la kot. Masuk dalam keta, suami bagitau yang kalau dia tawar nak beli pada harga RM50 mungkin mamat tu sanggup kalau dah desperate sangat. Aku pun pelik la, siap tanya kenapa. Suami gelak je, dia kata lebih kurang gini la, "pasal tu orang kat barang panas sebab barang curi. Doktor la tu kot." Aku makin naik pelik, doktor apenye. Aduhai, biul sungguh, maksud suami mat pit la. Mat pit tu ape benda? Adeyaiii...lama jugak la kepala blur aku ni nak paham benda-benda street gini.
Begitu la alkisahnya...

Tentang Malam Nisfu Syaaban dan Tentang Mati...

Malam ni malam nisfu Syaaban. Entah macam mana, hikmah Allah, aku tiba-tiba banyak teringat tentang mati. Sebelum ini selalu juga terlintas dalam fikiran, tetapi pada malam ini ingatan tentang mati itu tiba-tiba sangat kuat dan banyak sehingga sesudah selesai solat Isyak pukul 1 pagi, jantungku berdegup kuat dan badanku seakan menggeletar. Tau-tau aku menangis dengan sungguh-sungguh.
Aku pasti kebanyakan kita terfikir yang kita menjalani kehidupan sehingga tua dan berusaha mencari cara hidup yang kita impikan - belajar, bekerja, berkahwin, ada anak, cucu, tua... Ironinya, hari-hari kita tengok dalam berita tv dan baca dalam paper tentang kisah-kisah kemalangan, mangsa H1N1 meninggal dunia, perang, feri karam, kapal terbang crash dan sebagainya, dan kita berasa ngeri, sedih, marah dan berbagai-bagai emosi tentang betapa bernilai dan tidak bernilainya nyawa manusia... Apabila dirindui, disayangi, diratapi...kita melihat akan tidak ternilainya nyawa. Mati katak, mati dibunuh, bayi dibuang, mati dibom...aduhhh betapa macam tidak berharga pula nyawa manusia itu. Baru-baru ini saudara dekat mak meninggal dunia pada umur yang muda, 33 tahun, lelaki, bujang, dan anak tunggal, satu-satunya harapan si ibu. Cukup menginsafkan.
Tetapi jarang kita terfikir bahawa kita boleh menjadi sebahagian daripada kisah-kisah itu. Bahawa tiada siapa tahu dan tiada siapa dapat menjamin samada pada dua puluh tahun, sepuluh tahun, setahun, sebulan, seminggu, sehari, sejam, seminit, sesaat akan datang, adakah kita masih dapat bernafas seperti saat sekarang, dan bilakah ajal maut mendatangi kita. Bagaimana dengan impian kita hendak melihat cucu, menjadi tua dan sebagainya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku terfikir...
Adakah kini aku hidup dengan sepenuhnya, menggunakan tenaga dan mindaku sepenuhnya untuk perkara baik dan bermanfaat kepada diri, keluarga, kawan-kawan dan manusia sejagat? Tidak bermalas-malas membuang waktu dan bila tiba saat ajal itu, menyesali masa-masa yang berlalu?
Adakah aku telah berbaik-baik dengan semua orang dan mendapat kemaafan daripada mereka yang aku pernah sakiti? Adakah semua benci dan dendam itu berbaloi?
Adakah aku hidup berpandu agama, bukannya pada duit, status, nama dan apa-apa sahaja keduniaan membuat aku melupai Tuhanku? Adakah semua titik-peluh dan segala kerisauan yang menyesakkan dada itu berbaloi jika kerana tiap-tiap hal duniawi itu pada penghujungnya tidak menemani aku menemui Allah?
Adakah aku berbakti dan menunaikan kewajipan, tanggungjawab dan amanahku dengan sepenuh daya upaya terhadap suami, anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan manusia-manusia lain?
Adakah aku bersedia untuk menghadap Tuhan - cukup dan cukup istiqamahkah amal ibadahku, ikhlaskah ibadahku, selama ini? Adakah aku akan muflis di akhirat nanti akibat dosa menganiaya dan menzalimi orang lain?
Adakah aku mendapat keampunan dan keredhaan Allah selama mana peluang yang diberikan-Nya sepanjang hidupku? Ke mana tujuku - syurgakah? atau neraka?
dan...
Adakah selama ini aku benar-benar mengenal dan mencintai Allah, mengingati-Nya setiap waktu, dengan penuh rendah diri, ikhlas, kerdil...dan bergetar hati merindui-Nya sehingga tidak takut menemui-Nya...?

Membuatkan aku teringat satu bait lirik lagu dari satu band Indonesia...

Andai kutahu kapan tiba ajalku...

Wednesday, August 5, 2009

Kisah jumpa selebriti...

Takde ape kisahnya pun. Cuma pelik sebab dalam satu minggu aku jumpa ramai gak la. Biasa jarang-jarang je. Aku dan suami serta anak-anak balik KL sini pada 14 Julai (Selasa), sehari sebelum birthday anak sulung aku. Esoknya, kami sambut birthday anak gi Giant, Kota Damansara, sebab situ ada playground free yang Acha suka sangat main. Jadi, aku dan suami pakat gi situ la nak hiburkan Acha (tapi macam husband aku je yang lebih-lebih main kereta remote control - Acha duduk dalam keta tu la, husband control stereng dari jauh).
Husband aku layan je la Acha main. Aku pun sorong la si adik, Acheh, masuk Guardian kat situ jugak. Pas amek barang sikit dan bayar, ada la sorang perempuan ni kat depan aku berbaris kat kaunter. Aku syak-syak jugak dia ni artis kot, pasal sibuk nak cover muka. Nak perati lebih-lebih, macam nyibuk je. Pas tu perempuan itu pun berlalu la pergi. Tiba giliran aku nak bayar, tetiba akak cashier tu bagi tau aku yang perempuan tadi tu Yasmin Hani. Pastu dia merepek gosip-gosip ape ntah, aku malas nak dengar sangat, layan gitu-gitu je. So, aku tak tau la apa yang digosipkan tu kui kui kui...
Pastu masuk Giant. Pas amek barang, pusing-pusing, bayar, kami keluar la dari barisan kaunter, jumpa si Ally Iskandar tengah sorong troli kat luar. Ada sorang budak perempuan comel dan seorang perempuan (mak dia kot) ikut sekali. Aku tak tau la apa hubungan diorang, setahu aku Ally bujang lagi. Adik-beradik kot, budak tu anak sedara kot. Aku prasangka yang elok-elok je la. Ally tau kitorang kenal dia, senyum-senyum je.
Pastu dalam 5 hari pastu (Isnin), kami gi makan kat Restoran Baloh di Damansara Perdana. Ada la yang iras-iras artis kat situ. Lagipun banyak artis dah duduk area ni, setahu aku la. Opis studio lakon-lakon pun banyak area ni. Nak jadi cerita, dalam duk makan-makan tu, kat meja sebelah, belakang husband aku, aku terperasan la ada sorang pelakon yang aku minat gak tengok lakonan dia. Macam Norkhiriah je, makan sorang-sorang, pakai spek. Dalam minggu tu aku ada terbaca pasal beliau sekarang mengandung, alhamdulillah. Tak lama pastu, macam ada sorang lagi pelakon makan dengan dua orang lain lagi, kat restoran tu jugak. Macam Nisha Dirr (betul kot, entah la). Tak pasti sebab mekap nipis, nampak lain, iras-iras je.
Sebelum ni ada gak terjumpa selebriti, tapi jarak tempoh masa yang lama. Azhar Sulaiman paling cool, senyum je, tak sombong. Mendiang Logan Alleycats pun sama.
So, pasal tu la aku kata pat lima orang ni dalam seminggu tu dah kira banyak.

Monday, August 3, 2009

Happy belated birthday Acha!





15 Julai, 29 Jamadilakhir, birthday anak aku, Acha. Tahun ni, Acha's 2nd birthday. Pejam celik pejam celik dah dua tahun umur dia. Alahai dah besar dah anak aku. Serentak dengan tarikh itu maka dah dua tahun jugak la aku official jadi seorang mak, ibu, mother, mummy, mom, mama...huhuhu


Semoga anak mama ni jadi anak yang solehah, diberkati di dunia dan akhirat, sentiasa dilimpahi rahmat Allah, rezeki, keberkatan umur, hidayah dan ketetapan iman, sihat dan sempurna sifat, akal dan akhlaknya. Semoga mulia hidupnya dan melalui keturunan daripadanya, dan dipeliharakan Allah daripada keburukan dan kejahatan, daripada musibah dan kecelakaan, dan dari fitnah dunia dan kubur, fitnah manusia dan syaitan. Amin...

HAPPY BIRTHDAY NASHRAN AZIZA @ ACHA @ IDUK @ NENG



Akhirnya...(part 2)

Alhamdulillah aku dapat kembali ke alam maya dunia internet tanpa sempadan, setelah berbulan lamanya aku hidup nomad, kuusung anak-anakku ke sana ke mari. Sekejap ke Limbang, ke Mukah, Sarawak, balik ke umah di KL, pastu sambung pulak balik ke Temerloh, Pahang, umah parents husband aku pulak. Kenyang dan puas betul makan durian, dokong, manggis, rambutan...alhamdulillah...
Letih beb...alahai aku tawakkal je la bila la hidup aku nak stabil dalam erti kata takde la nak pindah randah lagi dah, ada profesion yang aku leh komited, ada karier sambil-sambil tu, ada lesen kereta, pastu steady drive kereta kat KL yang hiruk-pikuk ni, steady nak anta anak-anak gi sekolah, leh rilek-rilek simpan duit dalam bank seribu sebulan (koman-koman la), abis bayar PTPTN aku, abis bayar loan itu ini, sambung studies ke peringkat terdaya (insyaAllah), dah publish satu buku (perghhh), ada dapur idaman, ada taman dusun, ada edible garden sendiri, umah design sendiri, errr ngaji dan khatam al-Quran, tunai umrah huhuhu...adeh la banyak nya yang aku mintak...
Aku tak tau dah...banyak benda sangat aku nak tulis, tapi time beb, time...masih sibuk berperang dengan anak-anak yang ragam mereka...ya ampun...kesian mak aku dulu-dulu bila aku meragam kecik-kecik dulu huhuhu. Sekarang zaman lampin pakai buang, dulu mau berbakul kain basuhan, cucian tangan lagi tu...adehai sian mak aku. Apepun, nanti aku cerita sikit-sikit (walaupun tak banyak mana pun orang review huhuhu - tau takpe untuk aku).