Sunday, March 28, 2010

Kursus metodologi 2 minggu, Corus Paradise dan Poco-poco...

Baru kembali dari Port Dickson kira-kira sejam yang lalu dengan perasaan bercampur baur. Letih fizikal kerana aktiviti yang lepas, letih mental kerana mengenangkan aktiviti yang akan datang...esok kembali bekerja, entah apa perasaan sebenar. Berharap agar hanya sindrom Monday blues semata-mata, bukan kerana perasaan gerun, hilang keyakinan dan sebagainya...

Dan semalam aku mengetahui satu fakta yang amat aku tak sangka...di kalangan peserta kursus yang hadiri, rupa-rupanya salah seorang merupakan pembaca blog ini...(terima kasih la, ada juga silent reader, selama ni rasa macam syok sendiri je tulis blog ni heheh)...

Rakan-rakan seperjuangan, se'kursus'an...terasa cepat masa berlalu. Mereka sudah meninggalkan Corus Paradise sejak semalam, tinggal aku seorang peserta yang bermalam lagi satu malam di situ. Rasa sayu jugak, terkenang-kenang pool yng telah kitorang renangi, lagoon side tempat kitorang menari poco-poco petang-petang, Tampin room tempat kitorang mendengar ceramah demi ceramah baik yang memberi motivasi mahupun yang agak demotivating, Laguna restaurant dan Dickson's cafe tempat kitorang makan tiga kali sehari, foyer luar Tampin room tempat kitorang tea break tiga kali sehari...fuhhh...kapan la bertemu lagi?

Alkisahnya extend satu malam lagi sebab anak-anak. Kesian tengok anak-anak sejak menghantar aku berkursus dua minggu lepas, terkulat-kulat ingatkan nak pergi bercuti, terjenguk-jenguk leher tengok swimming pool. Jadi, semalam hingga ke hari ini aku bawa anak-anak dan suami bercuti walaupun dah jenuh jugak tinggal di hotel ni. Kiranya puas jugak la anak-anak dan mak pak anak-anak ni main air pool. Kiranya aku extend sehari la, malas dah nak pindah-pindah hotel. Lagipun lama dah tak lepak hotel untuk bercuti, biasanya main transit je especially apabila balik ke Sarawak (balik kampung gua kena dua kali flight, so kadang-kadang kena transit duk hotel satu malam).

food service, bell service, housekeeping, toilet dan lift...

Kalau dari segi penganjuran la, makanan, tempat tinggal, kemudahan riadah, kemudahan berkursus tu memang ok la...alhamdulillah...syukur dan berterima kasih kepada pihak boss kerana memastikan keselesaan kami pada tahap yang baik...cuma tak bestnya ialah dari pihak hotel itu sendiri. Aku nak komen kat sini bukan nak jatuhkan bisnes hotel tu (bisnes ok je aku tengok, padat je customernya), tapi berharap pihak hotel berkenaan akan memperbaiki tahap servisnya.

Pasal food service, penat aku dan kawan terbalik sudu garpu arah atas bawah la, table manner macam mana pun kononnya, tak pasal-pasal pinggan, sudu garpu kena sapu dek waiter dan waitress yang cepat meng'clear' meja. Cepat lambatnya memang tak konsisten la. Ada masa kemain cepat lesap sudu garpu kita, ada masanya tertanya-tanya bila la dorang nak clear meja. Kadang-kadang tu kita angkat punggung sekejap pun nak amek lagi makanan ( buffet style), mangkuk sup dan gelas air dah lesap. Kalau gelas tu cepat diganti takpe la jugak, ni kita terkulat-kulat lagi nak cari sendiri gelas. Tapi yang aku pelik, meja ni apabila cepat di'clear', lambat pulak nak di'set' balik. Terkebil-kebil cari sudu garpu, gelas dan tisu sendiri. Nak minta dengan dorang agaknya asyik lambat pegi kelas la gamaknya. Tapi ada masanya aku pelik, kadang-kadang tu dah lambat nak set baik meja, lambat juga nak clear meja yang dah kosong. Meja lain penuh, nak tak nak kena jugak duduk meja yang belum di'clear' dan belum di'set' ni. Tertoleh-toleh gak kot-kot ada waiter waitress lalu. Ada tu memang ada, tapi ada yang berborak sesama mereka sampai tak sedar banyak meja nak kena settle. Member aku pun dengan selamba gi kemas pinggan mangkuk hayun atas meja dan hantar kat tempat pinggan gelas kotor tempat dorang borak-borak. Yang tak larat tu dorang buat tak tahu adehhhh... Last-last sampai sudah, sampai habis clear meja tu member aku tolong clearkan, baru nampak tersegan-silu nak clear meja lain sebab baru terperasan customer dah kemas meja yang sepatutnya kerja diorang. Aku rasa macam dah nak panggil supervisor atau manager diorang je masa tu, tapi malas juga nak bikin kecoh. Nak cari sudu garpu sendiri dah satu hal, kalau habis stok tu, nak tunggu pun satu hal, hinggakan ada customer (bukan peserta kursus) hilang sabar dan macam nak jerit kat sorang waitress ni yang dengan selambanya 'show her hand' dengan customer tu. Bengong tul. Kawan aku pulak dengan selambanya gi basuh sudu sendiri kat bilik tandas yang aduhhh mak, macam takde cleaner je.

Pasal toilet ni, kitorang kalau boleh pergi balik bilik kalau nak berurusan dengan pihak tandas, sebab pejabat tandas di foyer luar bilik kursus memang tak macam tahap hotel, macam better lagi tandas kat tempat RnR Lancang, Pahang. Sama standard dengan tandas awam bayar 20, 30 sen je aku tengok. Housekeeping pun sama, dua minggu kat situ, boleh aku kata sekali pun dorang tak cuci tandas bilik hotel. Agaknya dorang hanya cuci apabila lepas check-out, sebelum customer lain check-in kot. Sebab aku perati bilik air kitorang mula tumbuh lumut atau kulapok pada dinding bilik mandi, mau tak mau kena la jirus dan gosok sendiri sikit-sikit. Lepas berenang-renang tu, ofkos kita mandi-mandi cuci-cuci rambut, seminggu kat situ bilik air mula blocked. Tahap tersumbat pun tak juga dibersih, terpaksa la aku korek sendiri rambut tu, kalau tak alamat banjir la bilik. Kemas katil pun macam ala kadar, aku tak rasa impressed langsung. Yelah, dah bayar mahal RM258 satu malam, takkan dorang bagi servis tahap cipan kot. Macam serik je nak duduk hotel tu lain kali kalau pakai duit pihak sendiri. Kalau pihak lain sponsor tu takpe la, dah rezeki alhamdulillah la... Menu pun macam tak percaya aku hotel yang tahap resort bilik double deluxe sea-viewnya weekend RM 258, weekdays RM 218 ni banyak tu je menunya. Dua minggu kat situ, rotate menu macam sama je. Rasa rugi je tak tulis menu apa setiap hari, kalau tak boleh jugak aku buat checklist untuk confirmation yang menunya takde variety sangat. Dan gara-gara berang dengan servis bell boy yang lambat (dah tau ramai orang tu get ready la ramai sikit bell boy), dah lebih kul 1, nak check out tapi barang banyak dengan anak kecik dua orang, husband aku bengang betul la. Penat ni dua kali berangkut barang-barang banyak, berpeluh-peluh. Dah lah lift pun ada dua je, jadi memang lambat yang tahap siput la. Kemain geram lagi husband masa bayar dengan kad kredit beliau untuk malam tadi yang extend satu malam tu. Katanya lain kali jangan datang sini lagi, serik rasanya. Dan semestinya lain kali kalau nak datang ke Port Dickson, kitorang akan usha hotel lain huhuhu...

Cuma satu je yang aku rasa servis yang superb iaitu PA. Servis PA cepat dan responsif. Tahniah kepada pihak berkenaan. Kaunter depan pun ok, syukur. Takde kes telepon dijawab kasar-kasar, tak macam bahagian housekeeping macam berkasar apabila ditanya pasal bell service. Dah arahan situ tekan 4 untuk bell service, 6 untuk housekeeping, tapi 4 tu dapat ke housekeeping juga. Yang aku bengang tu dia jawab, "ni nak tanya apa lagi?". Huh! Bell boy tak sampai-sampai, nak check out lambat dah, kononnya nak punctual takde tunggu dihalau untuk check out. Dah la bengkak juga berpeluh-peluh berulang alik angkut barang ke kereta sebab bell boynya ada seorang aje nak layan customer lain lagi. Jawab la phone tu baik-baik ,tak reput mulut tu.

Cerita lain...(dalam kejadian yang berasingan)...
Aku perati, hotel tu macam tempat orang-orang gomen berkursus. Sepanjang dua minggu, minggu pertama dari kementerian belia dan sukan, minggu kedua pula dari kementerian pelajaran. Cara berpakaian dan percakapan tu pun macam sepesen je, aku perati pun rasa lawak dengan diri sendiri adehhh hahahah....Yang dari kementerian 'toooot' ni juga dah dua minggu tak balik-balik lagi. Hinggakan waiter/ waitress situ tak minta kupon makan buffet dah sebab dah kenal sangat muka-muka kitorang situ.Dah hampir masuk tiga bulan keja gomen, dan setelah hampir dua minggu berkursus, aku dapat mengklasifikasikan beberapa 'bahasa gomen' yang patut orang-orang baru masuk gomen macam aku 'wajib' tahu, dan orang-orang luar gomen 'sunat' tahu...rasanya vocabulary paling femes ialah ' penambahbaikan'...hehehe...nantilah aku post dalam entry yang lain pula bahasa-bahasa gomen ni ehehehe (harap-harap tiada apa-apa tindakan akta dikenakan ke atas aku, sebab sekadar suka-suka, takde niat menghina atau menghasut eheheh).

Dan dua minggu di sana, aku berjaya menari poco-poco ehehehe...

Sunday, March 7, 2010

Misi ganas...

Esemen...dah seminggu masuk bulan Mac, tapi aku tak post new entry lagi kat blog ni...Tak tau la nak tulis apa, walhal banyak benda dan isu baik dari segi peribadi, keluarga, kerjaya...hari-hari yang sibuk, mengujakan, meletihkan, mengecewakan, menyemangatkan, memotivasikan dan sebagainya, takkan la takde menda aku nak tulis hehehe...
Masalahnya aku rasa kalau aku nak tulis tentang dunia kerjaya aku tu, memang macam-macam ada...
Busy kerja, dulu bosan tak kerja...macam mana tu ye? Alhamdulillah busy kerja, jangan busy body hahahah...

Last week ke JB selama 3 hari, penat mental dan fizikal. Ada seminar pendidikan bagi pengajar jururawat anjuran kesatuan berkenaan (maleh aku nak declare sini). Biasala, kerja gomen ni takde isu lain, kalau takde isu naik pangkat, isu naik gaji, isu kekananan memang tak sah la. Rupanya ada such thing as program pengijazahan, ingatkan golongan professional ni perlu ada inisiatif sendiri untuk membangunkan diri atau life-long learning...esemennn...agaknya lepas ni apabila yang dikatakan junior ni berlambak-lambak ada master atau PhD, kena minta dengan gomen untuk program pemasteran atau program pemPhdian kot..alahai dunia...rupa-rupanya sebelum dapat PhD yang doktor-doktor tu, kena ada PhD lain dulu rupanya hmmmmm...Mana-mana pihak sebelum ni yang menggunakan duit sendiri, mencari ruang dalam kesempitan masa untuk sambung studies, takde sponsor-sponsor ni, full time study, dikata tak aci, lagu mana tu??? Kalu yang tak diberi approval oleh pihak atasan disebabkan understaffing tu, lain cerita la, bukan rezeki dioraang, takkan aku nak berlagak dengan rezeki aku pulak.