Thursday, April 22, 2010

Earth Day

...hari ini...

Aku masih ingat lagi aku ni memang seorang pencinta alam, malangnya sekarang aku agak kurang sikit mengamalkannya. Tak tau la kenapa sejak berkahwin, habit yang parents aku didik tentang alam sekitar, dan jga kesedaran dari kecik melalui pembacaan ke, ape ke (aku ni mudah diberi kesedaran) dari kecik lama-kelamaan mula luntur.

Contohnya, aku ni berjimat bila buka air semasa berus gigi. Semasa berus gigi air paip ditutup sebab kalau tak, free-free je air mengalir. Sama juga semasa mandi shower, kalau bersabun, air kena tutup. Tapi sekarang macam kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa nak amalkan...

Kertas pun macam tu, rasa bersalah kalau keronyok dan buang kertas yang masih ada ruang kosong untuk diconteng. Jadi kertas-kertas tu disimpan sebagai kertas rojak (masalah berlaku apabila sampah menimbun pulak, jadi tempat pembiakan lipas hehehe).

Air pun sama, kalau setakat nak siram sayur ke, pokok bunga ke, memang kalau boleh nak takung air hujan dan guna air tu. Tak payah guna air paip.

nanti la aku update lagi...

Sunday, April 18, 2010

Sekitar tentang alam sekitar...

Dua hari ni aku layan Discovery Channel, NGC dan History Channel di Astro. Tak lama lagi anniversary Earth Day yang ke 40 tahun pada 22 April nanti (rujukan daripada majalah anak sulung aku, Disney's Princess Magazine issue no. 69).

Global warming akibat ketamakan, kelalaian, ketagihan manusia akan tenaga...

Perjanjian Kyoto 1997 yang mana negara-negara buat pertama kali selepas lima tahun setuju untuk mengurangkan kesan rumah hijau, bagaimanapun menyaksikan negara penyumbang utama pencemaran dunia iaitu Amerika di bawah pimpinan Presiden George W. Bush pada masa itu enggan menyertainya atas alasan Amerika tidak bersedia untuk perubahan gaya hidup. Barangkali Amerika berasa kebal atas segala-galanya, terlupa dorang jugak tak boleh lari dari hukum alam selagi tanah dorang masih atas peta bumi. Selepas Taufan Katrina, hikmahnya berlaku kesedaran besar-besaran pada rakyat Amerika akan global warming, yang mana dorang pun tidak kebal apabila 'mak semulajadi' (mother nature) marah.

Sekarang bermacam-macam dah kita dengar. Terbaru kemarau paling teruk di China sehingga berjuta-juta petani China dan manusia yang terbabit dalam rangkaian makanan yang dikeluarkan China berdepan masalah (ayat aku ni sekejap macam bercerita kedai kopi, sekejap macam berita kat tv huhuhu).

Sekarang pun panasnya lain macam je di KL ni...

Membuatkan aku terfikir...dengan pelbagai masalah yang lebih besar yang kita hadapi sekarang jelas dan nyata (cuma kurang kesedaran), betapa kecilnya masalah malas pergi kerja, letih balik kerja, kereta tak cukup besar, rumah tak cukup selesa, baju tak ikut trend, tak dapat naik pangkat, gaji tak naik-naik, gaduh dengan sapa-sapa...bla bla bla...

Walaupun kita tak tebang hutan, tetapi apabila kita membazir kertas (sikit-sikit keronyok, sikit-sikit fotostat atas nama dokumentasi dan macam-macam la unnecessary use of paper), secara tidak langsung kita terlibat sama.

Apabila kita tapau makanan asyik guna polisterin atau minum air guna cawan kertas...

Apabila kita sikit-sikit nak naik keta, taknak jalan kaki....

Apabila kita asyik-asyik nak makan ayam goreng la, buang susu, makan kek...semuanya berkaitan...(yelah ayam goreng tu terpaksa tebas hutan untuk minyak kelapa sawit goreng ayam, untuk tanam soya dan jagung untuk makanan ayam yang akan digoreng, dan kawasan untuk ayam diternak besar-besaran...dahlah musnahkan hutan, badan pun banyak kolestrol)....

Terfikirkah kita, dunia apa yang bakal kita tinggalkan untuk anak-anak kita, keturunan kita dalam 20 tahun lagi???

Saturday, April 17, 2010

Enid Blyton

Sesiapa yang mengaku dirinya ulat buku, pasti kenal Enid Blyton. Di library sekolah, baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah, pasti terjumpa buku Enid Blyton di rak-rak buku. Siri pengembaraan lima sekawan, tujuh sekawan, siri cerita-cerita pendek. Original dalam bahasa Inggeris, tetapi juga terdapat dalam terjemahan bahasa Melayu.

Baru tengah hari ke kedai buku MPH di Mid Valley. Beli tiga buah buku, satu A Children's History of Malaysia oleh Tunku Halim, dua lagi tulisan Enid Blyton - koleksi cerita pendek iaitu The Strange Umbrella and Other Stories dan Twelve Silver Cups and Other Stories. Teringat masa kecik-kecik dulu malah sampai ke umur sekolah menengah pun masih sukakan buku-buku klasik Enid Blyton. Kawan-kawan sebaya lain pada umur remaja sudah mula baca majalah artis-artis popular, majalah Remaja, aku pulak masih dengan Enid Blyton (tapi baca sembunyi-sembunyi, nak pinjam tak berani, dorang jahat, gelakkan kita). Rasanya macam hingga sekarang aku tak habis baca koleksi Enid Blyton sebab terlampau banyak.

Jadi, antara impian aku ialah membuat koleksi buku-buku Enid Blyton. Aku ni sentimental orangnya, jadi koleksi ni macam best je untuk sentimental value. Aku harap anak-anak pun akan kenal Enid Blyton, bukan setakat J.K. Rowling aje. Entah-entah bila anak-anak dah besar, ada banyak lagi penulis baru muncul yang lebih grand daripada penulis buku Harry Potter. Hmmmmmm.....

Rumah semakin sempit. Satu bilik sudah dipenuhi buku-buku (dua rak semuanya), dan selebihnya dah macam stor. Terpaksa slow down dulu beli buku, kalau tak jadinya macam animasi ROD TV, buku bertimbun-timbun hinggakan nak jalan pun susah eheheh...aku ni ada ciri-ciri hoarder, hoarding buku...

Tu baru Enid Blyton, belum lagi koleksi klasik yang lain macam Jane Austen, Shakespeare, Oscar Wilde, dan lain-lainnya. Baru bahasa Inggeris, buku bahasa Melayu pun nak kumpul juga. Belum termasuk buku ilmiah, ensiklopedia dan lain-lain lagi...adehhhh...berazam nak pindah umah lain, kalu boleh duk umah kampung, boleh bina satu rumah kecik jadikan macam library. InsyaAllah ada rezeki....

Friday, April 16, 2010

Jalan-jalan cari makan...

Kalau ditanya apa favourite food aku, takde jawapan yang pasti. Sebabnya feveret food tu ikut mood dan waktu dan lokasi. Berikut antara my favourites, tapi bergantung di mana dan bila la....

The best teppayaki aku penah makan kat Malaysia (so far sebab tak penah pun pegi obersea huhuhu) ialah di Teppanyaki, KLCC, kat medan selera, especially beef teppanyaki. Dagingnya masak tapi still juicy nyam nyam nyam...tauge dan kobisnya pun fresh rangup, takde layu-layu macam teppanyaki tempat lain.

Ayam goreng KFC pun ikut tempat,sebab tak semua KFC ada kualiti ayam yang sama. Memang la dorang claim ayam dorang sama, sebab francais, tapi boleh dikata macam tu la. So far aku tak dapat spot sangat tempatnya, tapi aku boleh terima yang kat Mutiara Damansara. Sebab tu bertahan jugak la pegi KFC kat situ.

Burger? Opkos McDonald, Spicy McChicken. Kalu desperate sangat nak Spicy McChicken especially kalu satu-satu tempat takde McDonald macam di hometown di Mukah, Sarawak, aku akan opt kepada Zinger burger. Dengan syarat tengah tingin sangat dan tengah lapor sangat-sangat. Kalu setakat nak makan sesaje, tak habis seketul burger.

Best steamboat? Opkos steamboat mak aku buat. Tapi kena yang pakai arang punya, walaupun sekarang dah ada yang elektrik steamboat.

Best udang bakar? Pun mak buat bila aku balik kampung. Udang kat Mukah fresh-fresh. Time beli pun udang tu masih hidup lagi, terlompat-lompat lagi. So, imagine la kefreshannya.

Best pari bakar? Kat pasar malam di Saberkas, Miri setiap hari Jumaat. best untuk aku la. Especially kuahnya bila cicah dengan lemang yang beli kat situ juga. Pari bakar tu makan dengan sagu (butir-butir sagu orang Melanau, bukan tepung sagu). Pehhh...rindu lama dah tak makan pari bakar ni. Last semasa sekeluarga masih tinggal di Miri dulu (pindah balik ke Mukah pada tahun 2003/2004). Aduiii mak...

Best patin tempoyak? Yang kakak ipar, iaitu Kak Nik buat. Nyam nyam nyam...original dari Temerloh ni.

Best barbeque? BBQ ayam bila balik kampung. Mak guna air cola campur jeruk mangga yang merah oren tu. Pehhh...

Best nasi ayam BBQ? Ni kat kolej Muara masa study kat UNIMAS dulu (ntah ada lagi tak kolej kediaman ni tak tau la). Kitorang suka sangat tapau nasi ayam BBQ kat seberang jalan kolej ni. Dulu tak berapa nak appreciate sebab boleh dikata hari-hari makan, tapi sekarang terasa rindu pulak, lebih-lebih lagi sekarang ni dah lama tak jumpa nasi ayam BBQ Sarawak punya.

Best mee kolok? Mee kolok atau mee kering ni aku rasa yang paling best di Mukah la. Ada yang kata di pasar malam Satok, Kuching. Bagi aku, janji Sarawak punya, sebab tekak aku selera Sarawak hehehe... Ada jugak terjumpa yee mee kat Semenanjung ni, tapi aku tok leh gi...

Best mee goreng basah? Mee kat Mukah. Sekarang feveret kat kedai Mukah Laksa seberang stesen bas di Mukah, Sarawak. Dulu-dulu di Nam Hua dan ada satu kedai seafood di Miri, tapi sekarang dah tak leh pasal kedai-kedai tu tak halal hehehe...

Best sup gamat? Seafood restaurant di Miri (tapi tak halal, dulu la time dulu-dulu sebelum convert). Sekarang ni setiap kali balik Mukah, almost setiap minggu ajak family makan kat seafood yang sekarang macam cendawan tumbuh kat Mukah. Menu wajib, opkos sup gamat. Susah nak kata kat mana kedainya, sebab rasanya tak konsisten. Yang terbest mak kata kat Nam Hua, tapi untuk aku tak boleh sebab kedai tak halal hehehe... Yang lain-lain tu yang contohnya Medan Selera, JS Seafood, Nibong, pastu ada satu yang kat tebing sungai (aku tak ingat dah nama restaurant tu, tapi yang paling mahal).

Best aiskrim? Aku rasa Haagen-Daz. Baskin Robin nombor dua. Kalu paling sedap dengan harga paling best,opkos McDonald hehehe....Tu yang aiskrim beli kat kaunter la. Kalu aiskrim yang kita beli dalam freezer tu, aku tak kesah apa brand pun. Kadang-kadang tungidam jugak aiskrim batang yang selalu dimakan masa kecik-kecik dulu, seposen dua je. Bubuh air dalam plastik, pastu bekukan dalam fridge. Paling aku suka perisa asamboi.

Best steak? Aku rasa kat Crystal Seafood, Danau Kota. Dagingnya tak kering, juicy je. Aku paling suka sirloin steak, mudah nak makan. Yang hotel punya aku tak ingat, rasanya yang ok setakat aku ingat guna room service la, kat Everly Hotel, Miri. Banana splitnya pun sedap.

Best breakfast package yang hotel bagi bila kita duduk hotel? Harbour View, Kuching. Aku memang beria makan breakst situ each time kitorang sefamili duduk situ transit on the way balik Mukah atau balik ke KL melalui flight transit di Kuching (kekadang tu kena transit satu malam). Breakfastnya standard la macam kat hotel, ada cereal, ada kek, ada roti, bun, mee goreng...tapi entah la, aku rasa kat situ la yang terbest, selain daripada Hotel Singgahsana di Petaling Jaya. Tapi untuk level hotel yang bajet sikit, memang Harbour View, Kuching la.

Best gulai kawah? Gulai kawah kat kampung husband di Temerloh. Dan mesti yang ayah(bapa mertua) yang jadi tukang masaknya. Nyam nyam...

Best kerabu sarang? Pun yang wanita-wanita kampung husband yang buat tiap kali ada kenduri. Makan dengan gulai kawah dan nasi, pehhh...

Best nasi lemak? Nasi lemak kak Ani buat. Beliau orang kampung hsband. Sekarang dah takde sebab beliau tak jual nasi lemak dah huhuhuh...Teringat dulu everytime balik kampung mesti nak makan nasi lemak dia, macam kena jampi pun ada. Tak pekena tu macam tak sah.

Best makanan penah aku makan time kelaparan yang sampai sekarang aku ingat? Nasi baru masak, panas-panas lagi dengan ikan kering yang digoreng. Masa tu mak tak sudah masak lagi, aku dah lapar sangat. Masa tu aku sekolah rendah lagi tapi tak ingat darjah berapa, itu la makanan yang paling nikmat sekali huhuhu...

Thursday, April 15, 2010

Halo effect...

Dalam perjalanan balik dari Tesco dengan famili dalam jam 1045pm tadi, lagu "Halo" nyanyian Beyonce semacam memberi aku satu perasaan yang hiba, menyentuh perasaan yang terdalam. Susah nak tafsirkan perasaan tu, tapi melodi dan muziknya seperti menumbuk-numbuk perasaan. Yang pastinya, perjalanan singkat dari Tesco ke rumah yang hanya mengambil masa selama 10 minit itu seperti 20 tahun lamanya, yang berputar kembali.

Mendengar lagu itu, me"rewind" masa dalam otak fikiran. Seperti kereta yang dinaiki bergerak reversed, berjalan reversed, mengulang kembali segalanya dalam keadaan seolah-olah button rewind ditekan oleh seseorang, dan pita hidup aku diulangtayang , bergerak seperti wayang yang di"backward"kan. Sekian lama sudah perjalanan hidup, sekarang sudah memiliki sepasang anak, suami, kerjaya, kembali ke jangka waktu petang tadi yang dipenuhi meeting yang sekurang-kurangnya kurang tegang berbanding yang lepas-lepas (alhamdulillah), hari semalam, beberapa hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, bulan-bulan lepas, tahun yang lepas-lepas, sepuluh tahun yang lepas...

Aku melihat diri aku mengecik...kembali ke alam daripada kini berkerjaya, kembali ke bahagian menjadi Yg Berbahagia Suri Rumah, baru menjadi ibu, ke alam baru berkahwin, alam bercinta, alam putus cinta, alam mula-mula bekerja, konvokesyen, alam belajar, sekolah menengah, sekolah rendah...terbayang wajah-wajah yang dirindui, baik yang masih hidup, mahupun yang sudah meninggalkan kita...terbayang permainan kecik-kecik dahulu, terbayang bagaimana semasa kecil dulu takde prejudis dengan sesiapa, bergaduh dengan kawan-kawan sekejap saje. Tiada masalah yang dibawa ke tempat tidur. Esok adalah hari yang bahagia. Tidak sabar menanti esok hari, tiada perasaan bimbang dan tidak seronok apabila bangun pagi. Sekarang dah besar, setiap pagi dipenuhi harapan, dan juga diiringi kebimbangan. Kenapa sekarang tidak mampu untuk berfikiran seperti zaman kanak-kanak dahulu? Tiada prejudis? Tiada preconcept? Lebih bahagia? Setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki diri, berbeza dengan zaman dewasa, kemungkinan untuk memperbaiki diri itu sentiasa ada, tapi adakah peluang diberi kepada kita? Kesalahan tetap diingati, dan dibawa. Kanak-kanak lain keadaannya, semua lupa. Esok lusa berkawan balik, ketawa, bahagia.

Aku melalut-lalut ni. Tetapi pokoknya membuat aku terfikir, untuk apakah hidup kita ini? Apakah sebenarnya yang kita kejar untuk hari esok?

Dalam Islam, tujuan manusia di dunia ialah untuk tiada lain kecuali beribadah kepadaNya. Tetapi, melihat kembali kehidupan, adakah segala yang kita risaukan, bimbangkan, adalah kerana Dia? Adakah usaha kita, kerana Dia? Atau apakah yang kita kejarkan? Sehingga ada masanya aku alpa, aku lupa, semuanya hanya sementara. Adakah aku akan bawa balik semua ini ke alam kubur, alam akhirat nanti? Jadi, aku memikirkn seglaanya tergantung kembali kepada niat. Apakah niat sebenar aku atas segala usaha mati-matian? Pangkat? Nama? Gred pangkat atau gaji? ...atau... Pahala? Ibadah? Kerana Allahkah?

Diputarkan kembai masa, apakah yang membuat aku tersenyum? Segalanya adalah nikmat. Nikmat yang bukannya memiliki harta yang berkoyan, kemasyhuran dan segala-galanya, tetapi perkara-perkara yang membahagiakan, tetapi seringkali kita cenderung untuk take for granted dalam mengejar sesuatu yang kita rujuk sebagai "kejayaan". Keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran, memancing ikan puyu, bermain sampan, mandi sungai, mandi laut, mengutip buah getah, memanjat pokok jambu batu...Nikmat-nikamt begini, yang apabila dikenang kembali, seperti sesuatu menumbuk dalam hati. Rindu...ya...itulah perkataannya... Aku rindu pada masa lalu, tetapi pada masa yang sama, aku tersedar, masa sekarang bakal berubah menjadi masa lalu pada masa akan datang. Adakah aku menikmati masa sekarang dengan sebaiknya sebelum masa datang mengambil alih?

Me"rewind" masa...kembali ke alam kanak-kanak, hingga ke perkara pertama yang kita boleh simpan dalam memori yang hingga kini kita dapat ingat...membuat aku tertanya-tanya akan halnya - apa yang terjadi dalam tempoh masa yang kita tak mampu ingat lagi? Semasa bayi? Semasa dalam kandungan ibu? Semasa belum ditiupkan ke dalam rahim?

Aduhhh..kembali ke persoalan...untuk apa aku dilahirkan? Dan kenapa aku perlu mati? Kenapa aku perlu melalui semua ini? Semua nikmat, semua kepayahan, diberi bakti, diberi kasih sayang, diberi kebencian, diberi hasad dengki?

Untuk apakah hidup aku ini?

Secara teorinya aku tahu...
hidup untuk beribadah kepadaNya
selama hidup jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain...
tidak penting tidak mengapa...
yang penting Allah tidak murka...

Tapi secara realitinya...
aku bimbang dengan tanggapan manusia...
adakalanya sukar untuk lebih takut kepada Allah berbanding takut kepada manusia...
aku hanyut dengan tawaran dunia...
terbawa-bawa perasaan ingin menjadi istimewa - nafsu...

Untuk apakah hasil semua ini?
Solat bagaimana?
Tonggang tonggek, tapi isinya macam pencuri...
Macam ayam mematuk makanan...
Mana khusyuk?

Adehhhh...
Ingatlah wahai "aku"...
Jangan takut akan dunia

Dan semasa aku menaip entry kali ini, tidak aku nafikan, dalam hati terdetik...
Ya Allah, aku takut neraka, tapi aku tidak juga layak akan syurga (macam lagu Andaiku Tahu itu laaa)...tapi aku mohon, syurgaku selain segala nikmat yang Kau janji dan berikan, buatkanlah jua ia Ya Allah, dipenuhi orang-orang kesayanganku, ahli keluargaku, kawan zaman kanak-kanak, jiran-jiranku...jalan kampung yang berdebu, kolam Nek Kin tempat bermain pancing ikan puyu, hutan belukar tepi jalan tempat kutip buah getah buat main batu seremban...bawakan aku kembali ke zaman, tempat dan kenangan yang aku rindu...kerana sekarang kerinduan itu semacam syurga yang aku rindu...

Sunday, April 11, 2010

Redang hanya untuk orang kayess???

Ada jugak aku terdengar hal ni di berita di tv, tapi tak detail sgt isunya. No more pembinaan chalet di Redang. Aku sebagai pro-mothernature ni setuju sangat, supaya keindahan Redang tidak musnah oleh pelancongan.

However, Paper Mingguan MStar hari ni keluar artikel tentang Redang akan hanya eksklusif untuk orang kaya sahaja. Hah???

Berikut antara beberapa petikan tersebut;
"...penulis sedang bercakap mengenai keputusan Kerajaan Terengganu Khamis lalu untuk menjadikan Pulau Redang sebagai "getaway exclusively for the rich and famous only" - dalam erti kata yang lain, tidak lama lagi Redang hanya dikhaskan untuk si kaya dan popular sahaja.
... Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengumumkn keputusan baru kerajaan negeri itu turut menyatakan bahawa mulai sekarang, mereka tidak akan meluluskan lagi sebarang permohonan pembinaan chalet di pulau tersebut sbelaiknya hanya akan membenarkan pembinaan hotel bertaraf lima bintang ke atas.
..."Ini adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kehidupan marin dan juga pemusnahan alam sekitar di pulau ini" .
...sesetengah penginapan bajet di pulau itu tidak mempunyai sistem kumbahan yang sempurna dan menyalurkan sisa kumbahan terus ke dalam laut dan ini telah memusnahkan kehidupan marin dan terumbu karang Pulau Redang.
...hujah Ahmad Said pada satu sudut ada benarnya tetapi pastinya ada jalan lain boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di Redang daripada mengambil pendirian untuk menjadikan pulau itu sebagai pulau untuk si kaya dan popular sahaja.
...hak orang biasa untuk menjejakkan kaki ke pulau itu juga perlu diambil kira."

Waaa...sedihnya. Macam yang berlaku pada pendakian Gunung Kinabalu, hanya melalui resort yang terpilih baru dapat naik, tak boleh senang-senang macam dahulu.

Aku tak percaya hanya ini satu-satunya jalan. Dan aku pun tak percaya orang-orang kaya dan eksklusif ni sahaja yang boleh menikmati keindahan Redang, sedangkan golongan mereka juga turut bertanggungjawab dalam kemusnahan alam. Bagaimana kalau yang kaya itu adalah seorang yang bertanggungjawab dalam pembalakan haram? Bagaimana kalau yang popular itu pakai baju bulu harimau ke, bulu musang spesis terancam ke?Tak aci sungguh. Bagaimana pula kalau yang "rich and famous" ni buat parti-parti yang membazir di Redang, yang kadar pencemarannya sama je dengan sejumlah pelancong golongan sederhana yang setakat nak snorkel2 aje?

Bagaimana kalau akitivis alam sekitar yang bermati-matian mempertahankan alam sekitar, keluar masuk hutan, laut, gunung, gua untuk buat kajian bagi pemuliharaan alam sekitar, tetapi dinafikan haknya untuk menikmati keindahan alam yang diperjuangkannya? Chewahhh hujah-hujah aku ni...

Niat kerajaan Terengganu mungkin nak hadkan kemasukan pelancong bagi mengelakkan pencemaran dan pada masa yang sama mengaut untung daripada keindahan Redang. Aku setuju la dengan kenyataan "eksklusif" tu, tapi "for rich and famous" yang aku tak berapa setuju.

Kerajaan Terengganu boleh menghadkan bilangan pelancong untuk mengurangkan jumlah pencemaran, jadi eksklusif la. Caranya boleh pelbagai cara, macam di Kuala Gandah, nak mandi dengan gajah tu macam eksklusif sebab ada had bilangan. Kalau tiada pemantauan dan penguatkuasaan serta sikap amanah, hotel dan chalet 5, 6, 7 bintang sekalipun boleh buang kumbahan dalam laut sebab boleh jimat kos.

Tapi bila untuk "rich and famous" ni, lain macam je bunyinya. Macam tak ikhlas je nak jaga alam sekitar.

Lagi satu, lambat sikitla list no. 10 aku nak tercapai. Kena geng dengan kerabat dan VVIP kot, baru leh tercapai list no. 10 aku hehehe....

Monday, April 5, 2010

Things I want to do in life...

List ini sudah lama aku simpan, sejak zaman sekolah, cuma tak ingat bila. Ada yang sudah tercapai, ada yang masih belum tercapai. Ada yang tak mungkin tercapai kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

1. Trans Semenanjung Malaysia via KTMB
2. Trans Semenanjung Malaysia 4WD, dari utara ke selatan, ke pantai timur - nanti aku check dari point mana ke point mana. Dari southest point of Asia - Tanjung Piai, Johor.
3. Trans Borneo 4WD, dari Lundu ke Kudat hehehe...
4. Berjalan di Trafalgar Square
5. Petik anggur di ladang anggur
6. Petik epal di ladang epal di Australia atau New Zealand
7. Bekerja di fast food restaurant - McDonald, KFC, PizzaHut...mana-mana la...
8. Daki Gunung Kinabalu
9. Snorkeling di Pulau Manukan, Sabah - sad, banyak tempat aku tak pegi lagi yang orang lain dah ulang alik gi
10. Menyelam sambil snorkel di Redang - ni pun sama, orang lain maybe dah tak heran tempat ni pasal dorang dah gi...tapi aku belum lagi!!!
11. Menelusuri sepanjang bandar lama Melaka, tebing sungai - macam tak percaya aku belum berkesempatan langsung ke Melaka hekhekhek...insyaAllah masa terdekat ini...
12. Naik cable car yang naik Bukit Bendera kat Penang tu...
13. Makan strawberi fresh di Cameron Highlands
14. Minum teh boh sambil menghadap ladang di Cameron hehehe
15. Berjaya main roller-blade - masa kecik dulu tak mampu beli, tak mampu nak suruh parents beli
16. Khatam Al-Quran - adehhh mengaji pun dok pass lagi
17. Habis baca Anna Karenina by Leo Tolstoy - percaya la, aku minat buku ni tapi tak pernah habis baca hahahaa...lompat-lompat
18. Menonton konsert penyanyi antarabangsa - Jewel ke, Kelly Clarkson ke...
19. Menonton konsert orkestra Malaysian Philharmonic Orchestra di KLCC, di dewan apa ntah...
20. Menonton teater muzikal di Istana Budaya
21. Menonton persembahan muzikal di Broadway - haiii, macam berangan lebih je...
22. Join bengkel muzik semasa Rainforest Music Festival, SCV.
23. Menonton bunga sakura berkembang di Jepun sambil makan onigiri dan sushi
24. Makan french cuisine di fancy restaurant - chewahh
25. Naik sky-bridge Petronas Twin Tower huhuhuh
26. Enjoy tonton basking di subway di New York sambil minum kopi Starbuck
27. Bukak satu kedai makan minum lepak2 ala Wheel di Miri dulu, some sort macam bistro but no alcohol la. Kedai ni ala2 al fresco, ala2 bistro, n the best part, pasang lagu-lagu oldies, evergreen...
....
28. Main piano, at least satu skor lagu...
29. Mainkan lagu "Hujan di tengah hari", dengan violin...
30. Sekurang-kurangnya buat satu research (yg bukan under any degree), dan get it published...
31. Tulis satu buku, dan publish...
32. sambung belajar obersea
33. ....akan sentiasa diupdate

Antara list yang sudah dicapai;
1. Berenang - check, belajar berenang sendiri as therapy semasa cuti sakit setahun semasa tahun akhir amik degree dulu
2. Bekerja di booth F&B - check, dulu sempat jual corn in cup Nelson's di Miri selama 10 hari, sanggup postpone kerja tetap
3. Menelusuri tebingan Kuching - puas dah, especially zaman belajar di Kuching dulu..alhamdulillah..
4. Naik roller-coster - dah, di Genting Highlands (Corkscrew kalau tak silap)
5. Join orchestra - ni berangan dari kecik lagi, tapi dapat tercapai semasa join orkestra universiti untuk konvo 2002, main violin walaupun baru Level 1 hakhakhak
6. Menonton konsert Rainforest Music Festival, Sarawak Culutural Village - tahun 2000
7. Pergi Zoo Negara - dahhh hehehe
8. Naik KL tower - pun dahh hehehe
9. Main guitar - boleh la sikit-sikit, first song ialah Unchained melody..
11. Main violin - belajar masa amik kursus pelengkap atau kalu uni lain dorang panggil minor kot, under Music (Alat musik)...
12. Yang ni lawak, aku berjaya makan di KFC restoran jejantas Sg. Buloh, setelah dekat 4 tahun jugak ajak husband gi situ (hari ni-updated 13 April 2010), tapi dengan member2 la, otw dari HKL balik ke kolej untuk meeting, alang2 trus lunch, lapor dah..

Yang tidak mungkin tercapai;
1. Donate blood - dulu berat <45 kg tak boleh donate, sekarang berat dah ok, takdir tidak mengizinkan.
2. Derma organ - walaupun ini selepas aku mati, tapi aku tak layak nak derma organ huhuhu...atas sebab-sebab takdir menentukan...
3. join research group ke Timor Timor ke, Papua New Guinea ke...sebab dengan ada family sendiri sekarang, sukar sekali...
4. Join UNICEF ke, badan-badan NGO ke, memberi imunisasi kepada kanak-kanak di negara miskin...wahhh...(sejak sekolah menengah dah berangan ni)...pasal tu jadi misi...

Sunday, April 4, 2010

Tadarus Malam Selepas 32 Hari (Oleh Gemawan)

[From:
Azwan Izam
22.03.2010
09:44 PM]

i: ..lontaran mata di langit malam,
ruku' seluruh hati,
luluh nafas nukilan sendiri..
tadarus malam sering
berkumandang seiring
tapi hati gah mewalang
antara dendam yang kejam
bukan dari langit
bukan dari bumi..

oh, bulan..
kata alam,
indah itu pemandangan yang bukan sulit..
kata alam,
hati itu mainan yang paling rumit..

-rausyan malam,
sempurnakan tadarus ini,
sempurnakan pujian malam ini..
tak sejemu dada langit
melebarkan ruang putih
bersulam wangian..
rimbunan pepohon,
rimbunan angin dan segala zarah yang terhimpun,
jangan malu beredup sama..
ini fitrah kita, ini kiblat kita..
kami layangkan doa,
fa

[From:
Azwan Izam
22.03.2010
09:45 PM]

hamkan sekata,
kejadian sejarah kitab dalam surah..
tiap tajwid, sabda, baris atas, depan dan mati yang lantang,
mari cuba fahami,
ada bedanya dengan cuba mengetahui..

..kejutkan mereka di dada pertiga malam..
mari langsaikan tiap resah
rindu benak yang konon
konon palsu pada ruang
yang ikhlas luas..

[From:
Azwan Izam
22.03.2010
09:45 PM]

ii: ..ini bukan pesta amalan muda mudi masa kini..
laungan atau bisa kau katakan lolongan - terpulang..
aku cuma mahukan jemputan..
putihkan yang hitam padaku,
corakkan pada jalur riwayat nafas ku yang hampir hampir susut kandungannya..

..bertahun peta yang berlilin 4 unsur utama arah bumi ku simpan dalam peti..
kini peti ku buka dengan alasan ingin jadi tamu di sana..
layakkah aku singgah demi ingin meraih pingat kekasih seperti Baginda..?

..lontaran mata pada langit hitam malam ini aku isytiharkan mogok pada seni..
tiap seni ada coraknya..
tiap seni ada madah dan kisahnya - ada juga seni hitam meragu

[From:
Azwan Izam
22.03.2010
09:45 PM]

t jiwa para hati yang lupa khusyuk pada kejadian bumi tanpa paksi..

..dan pada malam sekalut ini
aku lilitkan nawaitu pada pemilik kerajaan langit..
sahutlah bingkisan doa penitip naskhah ini..
bentangkan aku jemputan yang ku rindu..


-Gemawan- (02:45am - 30/06/09)

Friday, April 2, 2010

Yeahoooo...!!!

Hari ini hari Jumaat...maknanya esok hari Sabtu, dan lusa hari Ahad. Maknanya, weekend yang akhirnya setelah sekian lama tidak berehat puas-puas. Last week tu memang la bercuti di Port Dickson, tapi itupun sebab alang-alang dah bersambung dengan kursus selama dua minggu di sana. Kalau saja-saja tu entah bila la nak sampai PD. Weekend sebelum berkursus pula sibuk dengan marathon di kolej. Adehhh...dah la lama dah tak marathon (last kalau tak silap sepuluh tahun lepas), rasa kejang segala otot badan. Yang tak laratnya tu, beria-ria sangat main galah panjang selepas marathon (sukan rakyat la pulak), dapat pulak tergeliat kaki. Alkisahnya glemer yang tak diundang pulak semasa pergi berkursus tu gara-gara berjalan tempang. Dah namanya misi-misi semuanya, semua concern, letih juga nak mengexplainnya. Aku kalu boleh nak invisible je pegi-pegi kursus ni, jadi pelajar baik je hehehe (konon!)...

Sangat kepingin weekend. Nak tidor terlajak sampai jam 10 (amboiii dah jadi mak orang mana leh lambat bangun). Angan-angan je, tapi sejak ada anak ni, payah benar nak tido yang puas-puas sampai rasa tak nak tido lagi hehehe....

Kepingin weekend yang berehat di rumah seperti zaman menganggur dulu. Dulu terlebih berehat hingga muak duduk rumah. Duduk rumah je gelisah. Tapi sekarang rasa nak baring-baring je kat rumah.

Tapi....rumah bersepah seperti azali, apatah lagi sejak ada anak-anak, apatah lagi sejak anak-anak reti nak sepah-sepah barang, apatah lagi sekarang sejak aku kerja...kesian kat husband...

Nampaknya kena projek dulu rumah ni hehehe...bila nak start ye? Hmmmm...esok je la...letih ni berdiri lama kat hospital huhuhuhu....