Saturday, October 30, 2010

Sakit kepala..

datang lagi..

dah tiga hari dah, denyut-denyut sebelah kepala. Makan panadol pun jalan dua tiga jam aje. Lepas makan panadol, baru dapat tido. Pastu bila denyut balik kepala ni, bangun dari tido dan tak boleh nak lelap mata dah lepas tu. Nak makan lagi panadol, takut overdose pulak. Pulak tu tengah pregnant ni, tak berani nak makan ubat sangat. Layan aje la denyut-denyut tu, sakit amat sampaikan nak gerak rahang pun terasa kat belakang kepala. Kebanyakan masa macam kancing gigi aje rasa, rahang bawah macam stress aje tekan rahang atas, nak tahan sakit punya pasal.

Ni tengah ok sikit, walaupun tengah sakit jugak. Sakit paling kuat menyerang bila petang, dan dinihari. Time tu nak bangun pun tak larat, nak tido tak lelap. Layan aje la kepala ni throbbing.

Loya wehh...tapi bukan loya sebab pregnant...

Pagi tadi pegi klinik, amik darah, kot-kot kurang darah ke sebab anemia pun boleh sebabkan sakit kepala. Tapi Hb level ok la, 10.9g/dL. huhuhuh kenapa agaknya? Semalam kerja macam melayang je, tak produktif, perkara yang aku benci bila pergi kerja. Rasa macam makan gaji buta pun ada, tapi dah memang tak larat sangat...

Doktor bagi ubat lagi kuat daripada panadol, Synflex (eh betul ke ejaan ni, aku dah tak ingat sangat). Harap-harap berkesan la nak layan kepala denyut-denyut ni...

Friday, October 22, 2010

It's yesterday once more...glorious UNIMAS...

Entah kenapa minggu ni aku demamkan UNIMAS. Mungkin gara-gara konvo kolej semalam. Lagu iringan muzik gamelan mengingatkan aku dengan perasaan ketika berarak masuk ke dalam dewan dan juga ketika berarak keluar, dan paling grand masa naik pentas ambik replika ijazah tu sendiri. Kat kertas tu tertulis, "Sila tuntut ijazah dan transkrip di pejabat akakdemik". Ahakss....

Seingat aku, perasaan grand semasa konvo masa tu ialah semasa pengumuman perarakan masuk dan keluar graduan dengan diiringi muzik gamelan, jalan slow-slow dengan hati kembang, bangga, terharu, bersyukur, sebak dan macam-macam perasaan. Lega berjaya graduat setelah puas tak tidur malam, mengikat perut, susut berat badan, menangis air mata darah semata-mata sekeping ijazah. Jadi, memang wajar la konvo tu dilakukan untuk meraikan para graduan yang berdaya menghabiskan pengajian. Apabila berarak keluar, perasaan bangga tu bersambung pula dengan sebak apabila para ibu bapa bertepuk tangan mengiringi langkah para graduan. Dalam tengah berarak keluar tu, mak hulur bunga ke tangan aku, terharu sangat.

Hanya Tuhan sahajalah yang tahu sama ada benar-benar layak atau tidak mendapat ijazah tersebut, bukan hanya pada kertas, atau gambar dengan berpakaian jubah yang digantung bangga di dinding rumah. Nilai sebenar ijazah tersebut bagi aku benar-benar memberi nilai ialah apabila ia menjadikan seseorang itu bermanfaat setaraf dengan yang pengiktirafan yang diperolehi untuk sepanjang hidupnya selepas itu...chewahhh...

Rindu dengan UNIMAS, kampus yang lama la. Kampus waktu tu kecik je, bangunan tak bertingkat-tingkat, fakulti pun berdinding kayu, macam resort. Memang humble la. Tapi kekecikan itu menambah kemesraan warganya. Sebab kecik la, asyik-asyik muka orang tu je yang kita jumpa.

Kalau nak merasa konvo lagi lepas ni pun (itupun kalau aku ada rezeki nak sambung master huhuhu...insyaAllah...), perasaan tak sama sebab dulu dikelilingi oleh teman-teman seperjuangan yang masih otak gila-gila, darah masih muda, pemikiran pun tak berapa matang (sekarang pun bukannya matang sangat pun). Masa tu rata-rata tak kahwin lagi, jadi memang banyak kejadian cinta kampus. Sekarang ni kalau sambung belajar ke peringkat master, mungkin tak semeriah zaman nak ambik bachelor degree. Rakan sekuliah pun agaknya dah matang-matang dan terlampau matang pun ada. Nak main-main mata pun tak teruja dah, balik rumah tengok husband la kalau nak main-main mata. Otak pun dah penuh perasaan tanggungjawab berbanding dulu yang bawa diri sendiri je.

Paling aku tak boleh lupa tentang kampus lama UNIMAS dulu ialah gerai makan yang terletak di pinggir tasik yang penuh dengan ikan kap dan bunga teratai. Tasik tu betul-betul terletak belakang fakulti. Gerai makan tu memang famous di kalangan warga kampus sebab makanan yang murah dan sedap. Part murah tu yang betul-betul menyelamatkan keadaan siswa siswi yang rata-rata poket berlubang. Time pengajian pun memang kena banyak makan dan cepat lapar sebab otak asyik kurang glukosa sebab otak banyak guna tenaga.

Syok sangat duduk lepak kat gerai situ sambil mengadap tasik. Mee rebus la yang terfamous, tak sampai tengah hari habis dah. Kalau rehat kul 10 antara waktu kuliah tu, memang berebut-rebut order mee rebus. Gerai ada tiga aje, bayangkan keciknya kampus tu waktu itu kalau dibandingkan dengan universiti-universiti di semenanjung sini yang memang tak boleh nak jalan kaki kalau nak tawaf satu kampus, takpun macam kampus UNIMAS yang baru sekarang. Walaupun aku tak pernah jejak lagi kampus UNIMAS yang baru yang lebih besar, tengok gambar dalam internet aje dah boleh agak, mesti tak larat nak jalan kaki. Kampus lama UNIMAS masa tu memang takde masalah, setakat kawad PALAPES tu dalam satu petang aje dah boleh habis satu tawaf.

Setelah beberapa tahun meninggalkan alam pengajian undergraduate, yang tinggal sekarang hanya kenangan manis. Aku macam terlupa dengan kesengsaraan mengikat perut sementara menunggu duit PTPTN yang akan datang, menyiapkan assignment sampai tak tidur malam. Aku teringat lagi yang aku lebih suka buat assignment daripada mengulangkaji untuk exam sebab melalui assignment aku rasa betul-betul dapat korek isi otak berbanding dengan exam yang aku rasa macam muntah balik nota-nota. Tapi member-member kebanyakannya suka exam berbanding assignment. Habit suka assignment tu melekat sampai sekarang. Clinical attachment di wad yang aku sedang lalui sekarang ni hanya memerlukan aku buat report mengikut disiplin, tapi aku suka-suka buat case study dan case management dan sebagainya. Macam lebih mendatangkan kepuasan, semacam ada tujuan.

Banyak lagi kesengsaraan. Cemburu jugak orang sekarang nak beli laptop, notebook pun dah murah, ringan aje nak bawak sana-sini. Sengsaranya dulu bila pindah kolej kediaman aje, terpaksa angkut set komputer besar gajah. CPU besar, monitor besar, printer besar, dah la processor slow. Assignment hilang akibat virus tu jangan cerita la, memang menangis la. Internet pun satu hal, mana ada broadband atau WIFI macam sekarang. Sejam di cyber cafe mau RM5, sekarang dapat RM2 aje.

Nak reload kredit handphone pun satu hal. Masa tu kena ada RM50 baru dapat top up. Sekarang ni nak top up RM2 pun boleh alahai.... Masa tu sebulan sekali la aku top up semata-mata nak hidupkan talian. Harga handphone pun mak ai, paling murah sekitar RM700. Awal-awal tu aku beli yang paling murah dengan baki-baki duit hadiah cemerlang SPM. Bila memikirkan sekarang, rasa nyesal beli handphone tu masa tu, apasal la aku tak pakai public phone je, tak payah sakit-sakit kepala nak beli kredit. Tapi dah namanya jiwa dan darah muda, tengok member-member pakai, aku pun nak merasa juga, dan tau aje la lagi-lagi bila dah ada 'dahan pokok' sendiri nak bergayut. Hanya mereka yang benar-benar kuat prinsip dan teguh iman aje yang tak tergoda dengan peer pressure nak pakai handphone masa tu. Tahun pertama aje aku pakai handphone sendiri beli, tahun-tahun selepas tu aku tak mampu dah, nasib baik 'dahan pokok' masa tu sponsor bagi aku pakai, tiap-tiap tahun merasa jugak handphone brand lain-lain. Cuma bab nak beli reload tu yang sengsara.

Kesengsaraan zaman tu banyak berkisar dengan poket, komputer, internet, assignment dan masa tu aku cukup tak suka pergi attachment sebab kena bangun awal pagi-pagi nak tunggu bas ke hospital. Masa tu selalu sangat demam dan sakit sebab badan kurus, imuniti badan lemah. Yelah, makan pun tak betul, tidur pun kadang-kadang dua tiga hari berturut-turut tak tidur nak siapkan assignment. Kursus orang lain kuliahnya empat enam jam je sehari, kursus yang aku lalui dengan nilai kredit 22 ke 24 satu semester, perit beb mula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Kenangan manis paling aku tak boleh lupa selain gerai tepi tasik ialah kelas muzik. Masa tu betul-betul enjoy dan tak terasa macam kelas pun. Santai dalam belajar. Lagi -lagi dapat join orkestra univesiti main violin masa konvokesyen senior-senior, memori yang sweet sangat.

Library...ohhh...kitorang panggil CAIS (sebutan kais). Memang tempat untuk pinjam buku, belajar, fotostat nota, diskusi dengan kawan-kawan malah berjumpa buah hati. Pendek kata tempat sejagat la.

Musim konvo adalah waktu paling meriah. Dengan karnival, pesta, gerai, konsert yang mengiringi majlis konvokesyen yang penuh protokol itu sendiri. Jika dalam dewan, walaupun dewan tak sebesar dewan universiti lain rasanya, suasananya tetap terasa grand, gemilang, penuh protokol. Di luar dewan pula penuh kegilaan pesta konvo. Meriah betul.

Lepas konvo, semacam tradisi pula nak berarak ramai-ramai sekeliling kampus yang kecik tu untuk mengambil gambar. Paling famous depan pintu CAIS selain di luar dewan. Masa tu terharu semacam mengimbas kembali tempat-tempat yang dijejaki semasa masih bergelar pelajar. Lepas tu mana lagi dah nak pergi CAIS ke, fakulti ke untuk saja-saja kalau bukan sambung belajar kat UNIMAS tu jugak.

hmmm...harap-harap selepas sesi luahan blog ni, demam aku kebah sikit...hihihi

Wednesday, October 20, 2010

Cerita 20.10.2010, raptai konvokesyen dan rumusan orang Malaysia....

Menarik hari ini.

Sepupu, Eliza, melahirkan anak perempuan yang kedua, pada tarikh unik hari ini 20.10.2010, sepuluh hari selepas adik, Sumik, yang melahirkan juga anak perempuan pada tarikh yang juga unik iaitu 10.10.10.

Lagi satu, raptai konvo kolej hari ni. Menarik sungguh, sebagai AJK Jubah kononnya, aku dan beberapa member, Aiman dan Picha, jadi pak jaga tak bertauliah menunggu barisan agar tiada berlaku kes potong-potong barisan. Aneh, sepatutnya bakal bergraduat ni, tahap sivik tu sepatutnya nampak la tinggi sikit, tak banyak pun sikit la. Paling asas, kalau tak sanggup berbaris, jangan la potong barisan yang dah sedia ada. Yang lebih teruk pulak berlaku. Ada yang main lompat-lompat tali penghadang yang sepatutnya jadi panduan tidak bernotis supaya beratur. Dalam hati tu terlintas juga nak letak notis SILA MAIN LOMPAT TALI DI SINI. Member-member yang dua orang dah bengang juga jadi tukang halau mana-mana yang nak potong barisan. Tapi akal individu pemotong barisan tu pun panjang jugak, diorang pegi lompat tali penghadang pulak. Aku malas nak bising-bising, tapi sempat merakamkan beberapa insiden lompat tali dan pemotongan barisan dengan kamera handphone. Ada yang terperasan tu segan jugak, tak jadi nak potong. Ada gak yang muka tebal. Aku ingat nak upload dalam blog ni. Best jugak, ada bahan cerita menarik. Tapi mengenangkan aku malas nak memanjangkan insiden ni sampai mendatangkan dosa pulak kat aku, maka aku tak jadi la nak publish foto-foto tu. Kena saman malu orang berkenaan dah satu hal, dapat dosa ngumpat dengan publish untuk tatapan orang dah satu hal lain.

Kelambatan mengambil jubah itupun disebabkan kekurangan kefahaman sendiri. Arahan memberitahu, ambik borang, isi borang, baru lancar. Jadi, bila dah sampai kaunter, takde la nak tersadai lama nak ambik borang dan isi lagi. Kalau tak tau ada arahan semacam itu, ambil tau la orang-orang sekeliling yang tengah dok isi borang ambik jubah. Bukankah orang kita ini suka menjaga tepi kain orang. Oh...masalahnya orang kita ni suka menjaga yang tak perlu, yang perlu tu MOYB.

Ketidaklancaran oleh sebab kedua-dua pihak, satu pihak yang tak paham-paham dan tak jelas-jelas yakni bakal-bakal graduan, dan pihak kedua, yang membahagikan jubah (aku tak bahagi pun jubah tu, ingatkan kerja AJK Jubah ni berkaitan pengagihan, rupanya langsung tak sentuh pun jubah). Pihak ni dah tau orang Malaysia ni jenis payah nak paham bahasa (termasuk aku la orang Malaysia), bagi la notis ke, sepanduk ke, besar-besar, arahan suh isi borang dulu baru berbaris. Di bawah papan tanda PENGAMBILAN JUBAH tu, letak la notis TATACARA / LANGKAH-LANGKAH PENGAMBILAN JUBAH. Senaraikan borang mana nak isi, Borang AHOFHOA!@#?(((?999 ke. Satu-satu arahan, bagaimana nak isi, apa nak isi, kenapa nak isi. Kan Malaysia ni suka borang, isi borang, compile borang. Baru la lancar.

Lagi satu, di Malaysia ni kita perlu sentiasa meletakkan papan tanda SILA BERBARIS, sebab dasar orang Malaysia memang takde habit berbaris punya la. Macam lampu isyarat, kuning tu tandanya SILA PECUT. Kalau perlahankan kereta dan sedia untuk membrek, bermaksud KERETA BELAKANG AKAN HON. Kalau toilet pulak, SILA FLUSH TOILET SELEPAS GUNA, atau SILA JANGAN MENCANGKUNG DI MANGKUK TANDAS. Kalau di pantry tempat kerja, SILA BASUH SENDIRI PINGGAN, GELAS DAN SUDU YANG TELAH ANDA GUNAKAN, atau SILA JANGAN BUANG SISA MAKANAN KE DALAM SINKI BAGI MENGELAKKAN TERSUMBAT.

Macam biasa dengar, bukan? Rumusan, orang Malaysia suka borang dan suka notis arahan.

Monday, October 18, 2010

Laluan Burung...

hehehe terlintas dalam kepala nak bagi nama 'Laluan Burung'.

Laluan ni ialah laluan pintas antara kolej tempat kerja dengan hospital bersebelahannya. Laluan untuk pejalan kaki sahaja ni terletak di belakang salah satu bangunan kuarters kakitangan hospital.

Apa yang menarik ek? Aku lama dah tertarik dengan laluan ni, dari ofis nak ke kafe hospital, atau nak ke hospital. Cuma baru hari ni aku ada mengambil gambar laluan tersebut. Kebetulan bawa kamera digital sebab nak ambik movie hands-on kursus Tracheostomy Care di hospital hari ni. Jadi on the way balik tu aku tergerak nak ambil gambar laluan tu. (*malas nak upload lagi, nanti la bila rajin)

Mungkin bagi orang lain laluan tu biasa aje, tak ada yang istimewanya. Tapi aku memang tertarik la dengan laluan tu, rasanya kalau aku dah tak kerja kat kolej tu lagi pada masa akan datang, aku akan paling banyak terkenangkan laluan tu.

Pertama, aku suka bau rumput semasa lalu kawasan tu, terutama macam hari ni, rumput baru ditebas, jadi aroma rumputnya memang segar. Walaupun tak mengingatkan aku secara langsung dengan apa yang baut aku tersenyum sendiri, tapi bila difikir-fikirkan semula, bau rumput tu mengingatkan aku dengan bau rumput yang ditebas daddy aku di sekitar halaman rumah ketika kecik-kecik dulu. Aku cukup teruja la bila rumput halaman ditebas, sebab aku suka kumpul rumput yang dah kering, kemudian mak buat unggun api petang-petang. Aku pulak suka main di halaman yang luas dengan rumput pendek sebab boleh lompat-lompat berlari-lari mengejar belalang dengan puas, tak ada perasaan takur semak atau ular sangat. Mungkin itu sebabnya bau rumput membangkitkan kenangan manis masa kecik dulu. Mak pula ada kenangan sendiri dengan bau rumput, tapi kenangan manisnya lain sikit berbanding aku. Mak suka cerita masa dia kecik-kecik dulu, dia suka tengok lembu melepak kunyah rumput sambil duduk berehat. Bau rumput yang dikunyah tu seperti bau rumput yang baru ditebas bagi aku, membawa mak kembali ke zaman kanak-kanaknya.

Kedua, aku boleh melihat bermacam jenis burung kat laluan tu. Ada burung pipit yang melompat-lompat cari makanan, atau tengah mengumpul rumput kering untuk dibuat sarang. Atau banyak lagi burung yang aku tak tau nama (nanti la aku tengok kat mana-mana, buku ke website ke nak cari nama burung). Nak ambik gambar burung tu satu-satu tu segan pulak rasanya, nanti orang lain yang lalu lalang kat situ pandang lain je. Aku ingat nak tunggu cuti semester baru nak curi ambik gambar burung-burung yang aku jumpa kat situ, baru la orang tak ramai. Seronok perati telatah burung-burung kat situ. Nasib baik tak ada burung gagak, aku tak suka ada burung gagak sebab tandanya kawasan tu kotor.

Ketiga, ada saja kucing melepak kat situ, berbaring-baring. Sahabat aku, Kak Jaja suka tegur kucing-kucing ni, kadang-kadang dia usap kucing-kucing ni. Aku selalu terfikir, nikmatnya haiwan-haiwan ciptaan Allah ni dapat lepak kat situ sebab ada bau rumput segar, angin bertiup pun sedap je.

Sebab tu aku suka laluan tu, walaupun 5 minit saja perjalanan kaki. Terasa macam terapi pulak apabila lalu situ, terutama kalau dapat tengok burung atau tegur kucing yang lepak (tapi bila aku nak tegur kucing, aku tengok-tengok keliling dulu, macam mereng senteng saja heheheh). Betul-betul lepas stress kerja bila lalu laluan tu. Syukur sangat laluan tu wujud kat situ.

Ada jugak aku terfikir, ada tak orang lain yang macam aku masa lalu laluan tu, menganggap laluan tu sebagai terapi minda, tak payah terkejar-kejar tentang kerja selama 5 minit, hanya nikmati permandangan, bau dan tiupan angin kat situ.

Sunday, October 17, 2010

Cerita 10.10.10, atas jalan dan Bajet 2011...

Plan nk update 10.10.10 hari tu, tapi tak terupdate sebab air takde hari tu, jadi malas nak duduk umah, ajak husband dan anak-anak lepak-lepak di The Curve hari tu. Takde air bikin hati stress aje...

Apa ye peristiwa 10.10.10 yang menarik untuk dicerita?
Sepupu aku, Sumik, melahirkan anak sulung, baby perempuan. Wahhh...bestnya dapat tarikh yang special. Orang lain sampai minta doktro cepatkan atau postpone kelahiran dan sanggup mengambil risiko semata-mata kerana tarikh tu. Dah la 9.10 tu birthday maknya, si Sumik tu. Baby tu sulung pulak tu. Kalau lahir di Selangor, lagi best, MyKid nombor 101010-10-xxxx.

Hmmm...angkasawan pertama negara kahwin hari tu. Tapi malang la siapa lagi yang kawin hari tu tapi air takde. Kenduri-kendara ni kalau air takde, adehhh sengsaranya...yang kahwin tu sedikit sebanyak risau sebab mengganggu kemeriahan. Yang paling risau ialah penganjur majlis, yakni mok dan pok pengantin. Yang tukang cuci pinggan pun mengeluh, walaupun ada berbotol Sunlight kat situ.

Lagi? Lagi kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspres, kereta Myvi merah di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas, Negeri Sembilan. Tengok gambar dalam paper pun tau dah ngeri betul. Aku yang sekarang ni kerja di hospital, hari-hari tengok kes orang masuk wad sebab eksiden, tu belum lagi yang masuk bilik mayat. Patah tangan, rusuk, rahang pun dah macam sengsara sangat aku tengok. Yang macho-macho, body 'taf' kental-kental bak kata Dania Awan Dania, pun jadi lembik je bila duduk wad. Mengaduh-ngaduh sakit bila cucuk masuk ubat, ataupun bila cuci luka. Tapi terkenangkan cara kebanyakan orang driving kat jalan, aku memang pelik la, mana pergi kemachoan atas jalan tu bila menjerit sakit dalam wad. Aku yang perempuan ni dengan sticker 'P' kat cermin kete memang asyik kena la. Insiden paling biasa, antaranya ialah bila sampai simpang. Walaupun aku ni kat jalan lurus, yang keluar simpang tu semberono je terus keluar. Pastu bila aku hon sebab terkejut dorang tiba-tiba keluar, tunjuk pula isyarat lucah, gangster semacam. Aku yang dekat jalan lurus ni tak pasal-pasal kena tekan brek, kalu tak memang langgar la. Pastu orang belakang lak hon bila brek mengejut. Dah tu aku pulak jadi sandwich kat tengah-tengah.Orang gini bila duduk wad la yang lebih-lebih mengada panggil nurse minta minum air, minta basuh berak, takpun jerit-jerit sakit kena cucuk, mana pegi ntah kejantanan kemachoan atas jalan seblum tu.

Keta ratus riban pun belum tentu kebal dari mati. Tau la keta aku ni Myvi je, dorang tu keta ratus ribu. Baca la paper, siapa yang paling banyak eksiden sebab pandu laju, kebanyakan keta mahal-mahal, pastu budak-budak muda, pastu eksiden sendiri langgar pokok ke, penghadang jalan ke. Eksiden sendiri takpe gak, eksiden langgar orang lain yang pandu berhemah tu yang 'panah hati' tu.

Penunggang motosikal lagi mendebarkan jantung. Kalaulah kete aku tu frameless, senang nak tengok diorang ni tiba-tiba muncul sebelah kita, terutama time kita nak tukar lorong ke, potong kete lain ke. kadang-kadang kebetulan diorang di kawasan 'blind spot' keta, dah puas jeling cermin belakang, cermin tepi bila nak tukar lane, pastu baru bagi signal nak tukar lane. Tiba-tiba muncul diorang sebelah kita...kusssss semangat!!!!. Adeh...takkan tak tengok signal kita bagi dah. Nenong je pecut. Tolonglah, motor tu pikap nak pecut ambik masa, berdebar dada bila hampir "terbergesel" dengan diorang ni. Aku dengan motorsikal atas jalan ni memang ngeri. Aku memang tak terlintas langsung nak sombong bila pandu keta pastu tengok dorang bawak motosikal, kena ujan panas, malah aku rasa kesian diorang. Bila diorang lalu tu aku memang hati-hati tahap paling tinggi. Terbayang diorang kalau tergesel dengan keta tu memang sah-sah kalah, memang konpem jatuh. Keta tu entah-entah calar je. Kalau kena gilis keta lain dari belakang ke, depan ke, lagi naya. Aku tak nak la lihat insiden 18PG depan mata, trauma kang nak bawak keta. Bukan apa, aku penah eksiden motosikal, penah hampir kena langgar lepas jatuh dari motosikal yang aku bonceng. Jatuh gara-gara jalan licin masa ambik lap bulatan. Pastu cousin dulu pernah parah eksiden motorsikal. Pastu tengok kat ward, rata-rata yang patah riuk sampai tertonjol keluar tulang lutut tu yang naik motosikal. Belum lagi yang terkoyak daging paha la. Yang terkeluar otak sebab tak pakai helmet tu memang aku tak jumpa la di wad. Yang pandu keta pulak ramai yang patah rusuk, atau patah tulang muka.

Hikmahnya aku keja wad sekarang ni, tengok macam-macam keadaan orang eksiden ni memang menginsafkan la. Kalau tak, hati tengah panas, ikut nafsu memang rasa nak join je jadi driver gangster sebab geram selalu kena potong tak bagi signal la, masuk simpang time kita nak keluar simpang tapi tak bagi signal la, pastu kita bagi signal tapi dorang pecut taknak bagi laluan. Kalau dapat pecut atas jalan macam anak sendiri punya jalan, memang rasa hero betul la. Tapi mengingatkan untuk memuaskan ego sementara dengan sakit cacat berpanjangan tu, memang tak berbaloi langsung. Jadi, aku sekarang ni, sedaya upaya cuba jadi pemandu berhemah. Bagi jugak signal untuk orang, sama ada untuk kemudahan diri sendiri atau orang lain. Bagi jugak laluan kalau dorang nak potong jalan. Tak rugi sesen pun, walaupun banyak yang mungkin tak appreciate 'kemudahan' pemandu macam aku bagi. Mungkin bagi dorang, ala P memang la takut atas jalan, dorang tu hero jalan, keta besar kena la ego besar, tak main la bagi-bagi jalan kat orang, apa lagi bagi keta kecik cikai-cikai. Tapi aku pikir, ego mungkin terluka sekejap, tapi takde la terluka sangat dibandingkan dengan semasa nurse masukkan tiub kencing dalam lubang kencing bila tak dapat kencing sebab kemalangan, ataupun bila nak capai air minum pun nak kena panggil orang tolong, nak cuci berak pun nak minta orang tolong basuhkan. Pernah sorang pesakit eksiden bagitau aku, "lebih baik mati aje, malu betul hidup macam ni, semua orang nak kena buatkan...". Mudah-mudahan hati orang-orang ini dibukakan. Tapi kadang-kadang aku ni bila letih dan pening, keluar jugak carut dan isyarat ntah hapa-hapa aku huhuhu turun sekejap tahap sivik, pastu istighfar panjang-panjang, "kenapalah aku nak jadi macam diorang..."

Cukup membebel pasal atas jalan...berita baik untuk aku sempena Bajet 2011 Jumaat lepas. dapat RM500, alhamdulillah, duit jugak daripada takde. Tak baik meminta-minta kalau kerja tak capai tahap yang dihalalkan. Tengok la orang kerja gomen (aku yang kerja gomen sendiri pun), pagi minum, kul 10 minum, kul 12 minum, kul 2 baru nak solat Zohor, walhal kul 1.30 dah boleh solat dah (aku sendiri terasa sebab time-time peknen sekarang aku kuat makan, 2-hourly feeding, harap-harap tak jadi habit lepas bersalin nanti). Pastu kebanyakan benda yang boleh siap hari ni, "esok ambik ye". Aku baru tahun ni join keja gomen, sebelum ni private, memang sampai sekarang pelik dengan budaya kerja gomen. Dulu dengar aje, sekarang baru paham. Harap-harap tak terasimilasi sepenuhnya dengan budaya gini.

Banyak lagi kalau nak diceritakan. Ada perkara tu yang aku rasa geli hati pun ada. Contohnya baju korporat. Kelab ni ada baju korporat sendiri, AJK ni baju koroprat gini, gred gaji ni ada baju korporat gini. Kalau time meeting atau time function tertentu, tiba-tiba ada segerombolan yang baju sedondon batik warna corak gini-gini, aku tercengang, "ehh, ada etika baju yang aku tak tau ke?". Risau aku, takut salah kod pakaian. Teringat aku pernah terbaca buku Culture Shock tulisan Heidi Munan dulu, katanya orang Malaysia terutama orang gomen, suka baju uniform. Semua benda nak uniform. Dah join gomen ni terasa betul kebenarannya. Dulu tengok aje mak dengan baju PERKEPnya, dengan rantai, beg dan kasut sedondon.

Aku pun pernah dijemput (tapi sampai sekarang tak terbuat-buat lagi pun), hinggakan mula-mula tu terkebil jugak bila orang ajak buat baju korporat, "apa benda baju tu?". Tapi kalau tak join nak buat macam mana, nanti jadi kera sumbang pulak. Dah masuk kandang kambing, ikut ngembek la. Asal aku jangan jadi kambing sudah...

Oh ya..apa berita baik tu ya? Tentu sekali cuti bersalin fleksibel hingga 90 hari bergaji penuh. Fleksibel? Aku for sure nak ambik penuh, sebab itu peluang nak pulihkan diri betul-betul selepas bersalin. Dah nak masuk anak ketiga ni, ikut pengalamn, selepas 3 bulan, baru la badan rasa betul-betul okay. Tidur pun dah terjaga sikit. Siapa kata time cuti bersalin tu dapat rehat? Time tu la paling busy, paling tak cukup tido aku rasa. Letih bersalin tak habis lagi.

Baby pun dalam 3 bulan pertama saja tidur sekejap-sekejap dengan berak sekejap-sekejap, lepas tu baru lega sikit. Tapi nak pulihkan minda tu memang betul-betul lepas setahun lebih baru la rasa cerdas sikit, awal-awal lepas bersalin memang pelupa, blur, slow dan ala bodoh-bodoh sikit. Tapi itu disebabkan banyak zat terutamanya untuk otak tu banyak diberi pada baby, ikut kajian pun memang otak si ibu mengecut semasa mengandung sehingga dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin sebab nak bagi cukup asid lemak untuk otak dan saraf bayi. Kedua-dua pengalaman lepas bersalin aku, rasa dah setahun umur anak tu baru la otak clear sikit.

Lagi berita baik? Tentu sekali PTK dihapuskan. Walaupun aku belum sah jawatan nak duduk PTK tu, tapi dah belek buku PTK tu, aku rasa errrr jugak la. Tak sangka masuk gomen nak kena hafal G.O. tebal gajah, tak termasuk PEKELILING...Untuk pegawai khidmat atau tadbir tu logik la, dah memang kerja dorang. Buat apa la dorang ramai-ramai kat ofis tu kalau bukan nak buat kerja-kerja tu. Takkan nak compile borang aje. Diorang la tempat rujukan terbaik sebab diorang la expert bidang diorang. Tapi yang kumpulan professional khususnya, jadi macam tak professional pulak dibuatnya. Macam member doktor aku tiba-tiba nak jawab pasal tender, pening beliau. Bukan la nak lepas tangan hal-hal pengurusan ke apa ke, tapi kalau hanya 1% aje diamalkan dalam bidang kerja, baik la pegawai tersebut menumpukan sepenuhnya nak naikkan tahap kerja profesion beliau yang berkaitan daripada risau nak duduk exam macam nak duduk kertas pengajian am. Contohnya, ada tak kerja-kerja kertas penyelidikan ke, ape ke. Masa tu la nilai sebenar degree dorang tu terserlah, sebab ada yang ada degree je, tapi nilai kerja dan profesionalisme tu macam orang takde degree. Sekadar cakap-cakap pegawai rendah macam aku la...