Thursday, June 28, 2012

Memulakan Bisnes Online

http://www.facebook.com/AuliyaApparel
14 Jun 2012 secara rasminya aku menjadi SAHBM. Apa tu? Itu aku punya suka-suka term, tambahan kepada term SAHM (stay-at-home-mom). SAHBM tu stay-at-home-businessmom hehehe status pertama post bawah page Auliya Apparel dimulakan dengan lafaz bismillah...semoga diberkati Allah hendaknya usahaku ini.

http://auliyaapparel.blogspot.com/
27 Jun 2012 pula aku mula melancarkan blog online bisnes sebagai kesinambungan daripada Auliya Apparel Facebook page tu. Terbalik, biasanya orang buat blog atau websitenya dulu, baru facebook fanpage.

Jual apa ye? Jual baju kurung, baju kanak-kanak, baju muslimah, tudung, pen Quran digital, krim kecantikan, serum kecantikan wajah, dan macam-macam...pendek kata, apa-apa yang boleh dijual secara online...

Al-kisahnya aku seronok juga la mengadap desktop sambil bisnes-bisnes ni. Sebelum ni memang dah ada bisnes batik, kebaya, blouse, seluar, skirt, dress secara butik rumah di kampung yang diuruskan oleh mak, tetapi kepuasannya kurang sebab aku hanya bekalkan stok saja kepada mak, jarang deal secara langsung kepada pelanggan. Jadi adanya bisnes online ni, baru aku berpeluang juga deal terus dengan pelanggan walaupun bukan face to face.

Yang seronoknya bisnes ni, bukan setakat rajin, kena pandai juga.
sekadar ingatan sambil nak meriahkan entry ni
Yang aku cuak sikit buat bisnes ni, aku takut ada bahagian aku dilaknat dalam urusan jual-beli...'termenipu', 'terkurang', 'termenganiaya, 'termenzalimi', dan apa-apa 'ter' yang dilarang Allah dalam perniagaan..berat tu. Semoga perkara-perkara tu dijauhkan Allah, semoga terang mata hati aku agar sentiasa berwaspada dan jujur dalam berbisnes..aminnn

Monday, June 11, 2012

Cintaku di Kutub Utara

Bismillahirrahmannirrahim...
Dah berapa bulan aku tak post apa-apa ni blog ni. Ni dah masuk bulan Rejab pun, sedangkan banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh semenjak the last post. Memang tak ada karisma sebagai blogger full-time langsung.
Iya lah...apa yang aku nak bebelkan di sini. Sekarang bercuti panjang daripada kerja, basically hidup aku macam "no life". Itu dulu, sekarang aku rasa ada "life" sikit walaupun pada pandangan kekawan seangkatan mungkin aku memang "no life" sekarang ni. Lepak kat rumah, takde keje, main Farmville (macam lah anak-anak tu pandai pakai baju sendiri, makan sendiri, basuh berak sendiri, masak nasik sendiri, goreng ikan sendiri, basuh pinggan sendiri, cuci baju sendiri, lap lantai, lap kipas, vakuum umah, kemas umah, dan paling penting mendidik anak, bukannya bibik - maka aku berkata dengan nada sinis sebab tipikal la orang kata suri rumah ni xde keje goyang kaki ajerrr) , kan?
Selain perniagaan kebaya keluarga (Guek & Anak-anak Kebaya and Batek House) yang berkembang slow and steady, itu aje la perkembangan terbaru selain bilangan ahli keluarga yang bertambah dan membesar, seiring dengan volume suara aku.
Sememangnya terasa nak post something hari ni, rasa nak countdown bilangan puasa yang tertinggal. Insyaallah selesai puasa lengkap hari ni, ada lagi 13 hari puasa yang aku kena ganti. Puasa wajib, bukan sunat. Lagi 39 hari nak bulan Ramadhan, kelam kabut I cakap you huhuhu...
Banyak alasan pun tak guna, sebab aku ni tak punya kekuatan iman untuk ganti puasa yang sebelumnya. Ditambah dengan proses kandungan yang diiringi dengan sindrom pembawaan anak yakni mabuk hamil, selepas kelahiran pun aku jenis tak tahan lapar disebabkan program penyusuan badan secara eksklusif pula (tapi yang bestnya, masuk bulan Randhan , puasa tu tahan la sikit daripada bulan lain). Baru sekarang ni yang aku konfiden sikit nak puasa ganti sebab si kecik dah mula menyusu botol dan makan nasi. Jadi si kecik dah kurang nak menyusu sangat pada siang hari. Kalau tidak, bak kata anak buah, lapar tahap macam ada bela hantu raya. Kesan hormon dah kick in, nak tak nak kena bagi susu formula. Semuanya gara-gara beberapa hari pergi menjual kebaya di tapak pesta kaul sehingga anak di rumah disusukan dengan susu formula, maka peranan hormon lactating mula merajuk, jadinya susu badan mula berkurangan dan bermula balik kitaran bulanan yang fitrah bagi wanita. Akan tetapi penyusuan badan itu masih diteruskan terutama pada waktu malam, ingin ikut anjuran dalam Islam, susuan sehingga umur 2 tahun. Insyaallah...
Selain itu, bilangan orang di rumah juga bertambah. Aku mengambil sedara dua pupuku untuk membantu aku di rumah, sebagai pembantu. Lega lah sikit, tak lah letih sangat dengan kerja-kerja di rumah sambil melayan anak-anak. Apatah lagi husband di sempadan Norway-Iceland, berdekatan kutub utara, jadi pening juga nak berperanan sebagai "aku lah emak, aku lah bapak" ni. Bagi yang tak pernah mengalami ditinggalkan pasangan selama berbulan-bulan (yang ibubapa tunggal tu aku tak leh lawan la tahap respek ku), korang apa tau. Berat tanggungjawab tu, paling berat bab keselamatan. Tambahan lagi tinggal di KL ni, aku tawakkal je kepada Allah. Hinggakan aku rasa sampai tahap kalau apa-apa terjadi, aku rela mati syahid daripada apa-apa jadi keburukan dan kejahatan kat anak-anakku.
Apa-apapun, sepanjang hibernasi, aku betul-betul cuba cari hala diri selanjutnya. Dan aku tahu, aku mencari akhirat...insyaallah...Ya Allah tetapkan imanku, ameennn...