Thursday, January 3, 2013

Happy New Year 2013

2012 telah berlalu pergi dengan selamatnya.

Tiba sudah 2013. Tak ada beza sangat dengan tahun yang sudah-sudah. Ada ups, ada downs.

Cuma tahun ini aku menjangkakan akan ketibaan seorang lagi kerabat yang bakal lahir April 2013...insha Allah.

Helper aku di rumah selama 6 1/2 bulan berhenti mendadak 28 Disember 2012 walaupun tiada tanda-tanda jelas ditunjukkan. Barang-barangnya masih ada di rumah apabila aku memeriksa sekembali ke rumah termasuk yang masih bersepah-sepah atas katil. Pakaian, buku, majalah dan sedikit barang peribadi. Terdetik sedikit kasihan melihat barang-barangnya sebab mesti jiwa raganya terseksa nak terus bekerja dengan kerja yang langsung tidak sesuai dengan karakternya yang suka enjoy, merayau-rayau, melepak-lepak dan berseronok dengan kawan-kawannya. Baru umur belasan tahun, tapi sudah tercicir sekolah sejak Form 2. Bimbang dia akan menjadi lebih liar dan lebih -lebih lagi berkawan dengan kumpulan yang dengarnya dari orang kampung, boleh tahan liar juga, keluarga dan sedara-mara terdekat mahu dia dipisahkan daripada kumpulan kawan yang agak sosial sebelum terjebak dengan perkara yang lebih teruk. Aku pun berbesar hati juga sebab darah daging sendiri. Tapi, ya lah, dia sudah membuat keputusan untuk menurut kata hati dia dan tidak mahu ketinggalan menikmati zaman remajanya dengan berseronok bersama kawan-kawannya (menurut katanya melalui sms kepadaku), aku tak boleh paksa dia untuk terus tinggal bersamaku menjaga anak-anak dan membuat kerja-kerja rumah. Mujur juga aku tidak kembali bekerja pada 1 Januari 2013 lepas, kalau tidak kelam kabut juga lah nak uruskan anak-anak sambil bekerja dengan nature kerja suami yang sentiasa out station berbulan lamanya. Bayangkan, 3 kids and another 1 akan datang dalam lebih kurang 3 bulan sahaja lagi. Apa-apapun, aku cuma mahu dia bayar hutang advance gaji dan ganti rugi tiket flight kembali ke KL. Kalau dia bagi notis awal, dia tak ada hutang pun yang perlu ditanggung. Aku tak kisah sangat dia berhenti mendadak sebab cuma ralat caranya yang agak tidak bertanggungjawab dan pengecut untuk memberitahu sendiri kepadaku sebaliknya aku tahu daripada orang kampung tempatnya bercerita. Lepas tu buat senyap sahaja, kecoh juga aku dan mak nak hubunginya. Marah jugalah dibuat macam sampah. Aku suspek jugalah kawan-kawannya mungkin menghasutnya supaya berhenti supaya dapat lepak bersama-sama. Tak apalah, itu urusan mereka. Dah lah sepatah sorry pun takde, lepas tu nak banyak alasan pula. aiii nak berhenti tu berhenti aje lah, cakap banyak tak guna.

Oh..hari ini muktamad aku akan meletakkan notis pemberhentian 24jam dengan bayaran satu bulan gaji. Sudah tiada rezeki nampaknya. Takpe, aku redha dan bersedia untuk fokus dengan satu-satu perkara dahulu. Tak semua perkara yang kita mahu kita akan dapat, sentiasa ada harga yang perlu dibayar dan perlu dikorbankan. I put my career on hold first, tumpukan dengan anak-anak buat masa sekarang, one thing at a time, insha Allah...