tag:blogger.com,1999:blog-74293167064714176262024-03-06T00:47:47.739+08:00Asteria GilAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.comBlogger124125tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-24068289543010439382013-05-07T21:12:00.001+08:002013-05-07T21:14:38.480+08:00Pasca PRU13ohh takde apa-apa yang hendak diceritakan, memadai saya nak kata,

buruk macam mana pun kebanyakan orang rasa, saya berharap kita

haruslah menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak

dan jangan

memaku dulang paku serpih

kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi

kerana akhirnya nanti

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

menang sorak kampung tergadai...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-59116982502006199642013-03-28T09:25:00.002+08:002013-03-28T09:26:01.408+08:00Happy Birthday Yaya!Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-2 buat anakku, Yaya Rahima.

Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah daripada keburukan dan kejahatan.

Dan semoga menjadi anak yang solehah...amiinnn.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-27419226590398687652013-01-03T11:04:00.001+08:002013-03-28T09:26:37.478+08:00Happy New Year 20132012 telah berlalu pergi dengan selamatnya.

Tiba sudah 2013. Tak ada beza sangat dengan tahun yang sudah-sudah. Ada ups, ada downs.

Cuma tahun ini aku menjangkakan akan ketibaan seorang lagi kerabat yang bakal lahir April 2013...insha Allah.

Helper aku di rumah selama 6 1/2 bulan berhenti mendadak 28 Disember 2012 walaupun tiada tanda-tanda jelas ditunjukkan. Barang-barangnya masih ada di rumah apabila aku memeriksa sekembali ke rumah termasuk yang masih bersepah-sepah atas katil. Pakaian, buku, majalah dan sedikit barang peribadi. Terdetik sedikit kasihan melihat barang-barangnya sebab mesti jiwa raganya terseksa nak terus bekerja dengan kerja yang langsung tidak sesuai dengan karakternya yang suka enjoy, merayau-rayau, melepak-lepak dan berseronok dengan kawan-kawannya. Baru umur belasan tahun, tapi sudah tercicir sekolah sejak Form 2. Bimbang dia akan menjadi lebih liar dan lebih -lebih lagi berkawan dengan kumpulan yang dengarnya dari orang kampung, boleh tahan liar juga, keluarga dan sedara-mara terdekat mahu dia dipisahkan daripada kumpulan kawan yang agak sosial sebelum terjebak dengan perkara yang lebih teruk. Aku pun berbesar hati juga sebab darah daging sendiri. Tapi, ya lah, dia sudah membuat keputusan untuk menurut kata hati dia dan tidak mahu ketinggalan menikmati zaman remajanya dengan berseronok bersama kawan-kawannya (menurut katanya melalui sms kepadaku), aku tak boleh paksa dia untuk terus tinggal bersamaku menjaga anak-anak dan membuat kerja-kerja rumah. Mujur juga aku tidak kembali bekerja pada 1 Januari 2013 lepas, kalau tidak kelam kabut juga lah nak uruskan anak-anak sambil bekerja dengan nature kerja suami yang sentiasa out station berbulan lamanya. Bayangkan, 3 kids and another 1 akan datang dalam lebih kurang 3 bulan sahaja lagi. Apa-apapun, aku cuma mahu dia bayar hutang advance gaji dan ganti rugi tiket flight kembali ke KL. Kalau dia bagi notis awal, dia tak ada hutang pun yang perlu ditanggung. Aku tak kisah sangat dia berhenti mendadak sebab cuma ralat caranya yang agak tidak bertanggungjawab dan pengecut untuk memberitahu sendiri kepadaku sebaliknya aku tahu daripada orang kampung tempatnya bercerita. Lepas tu buat senyap sahaja, kecoh juga aku dan mak nak hubunginya. Marah jugalah dibuat macam sampah. Aku suspek jugalah kawan-kawannya mungkin menghasutnya supaya berhenti supaya dapat lepak bersama-sama. Tak apalah, itu urusan mereka. Dah lah sepatah sorry pun takde, lepas tu nak banyak alasan pula. aiii nak berhenti tu berhenti aje lah, cakap banyak tak guna.

Oh..hari ini muktamad aku akan meletakkan notis pemberhentian 24jam dengan bayaran satu bulan gaji. Sudah tiada rezeki nampaknya. Takpe, aku redha dan bersedia untuk fokus dengan satu-satu perkara dahulu. Tak semua perkara yang kita mahu kita akan dapat, sentiasa ada harga yang perlu dibayar dan perlu dikorbankan. I put my career on hold first, tumpukan dengan anak-anak buat masa sekarang, one thing at a time, insha Allah...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-64777755554434736912012-12-20T01:53:00.003+08:002012-12-20T02:09:28.653+08:00Sabut serabut yang tenggelam...nanti timbul balik lah tu...

Yup...aku takda ketahanan jati diri yang jitu apabila berhadapan tekanan yang hebat-hebat (untuk orang lain mungkin thresholdnya lagi tinggi, so tak sehebat mana sebenarnya, bagi aku je). Cuma dua tiga hari ni dah tenggelam serabut tu, mungkin sementara waktu ni graf tekanan agak kurang.

Hmmm...kalau ikut jam dan tarikh sekarang, esok hari aku akan berlepas balik ke kampung di Sarawak (in sha Allah) dengan si kecik, Yaya dan sedara yang tinggal denganku sekarang, si Ucox, merangkap helper aku jaga anak-anak. Aku seorang dengan tahap mental emosi tinggi rendah depressive-hypomania-normal ni, memang agak payah juga nak berhadapan dengan karenah harian anak-anak.

Esok balik, yeayy...jenguk parents di kampung, jumpa sedara-mara yang lama sudah tidak ketemu. Agak kurang seronok sebab tak semua anak-anak dan Mr. Hubby pun tak ikut balik. Abang dan adik bongsu yang baru bekerja di Marudi sejak 3 bulan lepas pun tak dapat bercuti krismas. Aku sambil mengiring Ucox balik kampung sempena krismas seperti dalam perjanjian, sambil tu time-time sedara sibuk berkrismas ni la masa terbaik nak berkumpul dengan mereka. Walaupun aku dah muslim, tak semestinya lupa sedara, putus keluarga dan sebagainya walaupun dorang non-muslim, ye dok?

Harapnya cuti ini dapat melegakan sedikit sebanyak serabut aku ni. Yelah, agak depressed kebelakangan ini. Hati ingin nak berkerjaya dan majukan diri macam kekawan yang lain, yang dah tahap senior, expert bidang masing-masing, sambung belajar ada yang sampai PhD. Aku? Seploh tahun masih takuk ni jugak. Hmmm kadang-kadang terdetik hati bila sampai je nafsu pentingkan diri tu.

Tapi apabila fikir-fikir balik, tak semuanya kita boleh dapat (memetik kata puan HR kat opis). Yelah, dari satu segi tu aku ada suami, anak-anak, tambah seorang lagi akan datang in sha Allah April tahun depan. Dari segi itu rezeki aku murah, walaupun dari segi kerjaya aku jauh terkebelakang. My personal life agak on hold sekarang, aku memang tumpukan beberapa tahun ni dengan urusan keluarga sahaja dan soal kerjaya agak suram je. Perlu berubat siap-siap dapatkan balik masa yang hilang sepanjang tempoh 10 tahun ini, bukan sebab anak-anak, tetapi lebih kepada penyakit kurang-daya-tahan-jati-diri (KDTJD) ni hehehe... Yelah, orang lain pun ada anak-anak kecik juga, bak kata mak aku, dorang boleh survive, kenapa aku tak boleh? Satu realiti pahit aku perlu telan, aku kena healkan diri dulu dari KDTJD huhuhu...

Pelan 2013, elakkan diri daripada manusia-manusia yang bersifat negatif terutama sekali yang bermulut negatif aka lancang aka laser tahap gaban aka celupar biadap tak yang rasa diri tuhan tahun apa saja isi hati orang (marah bebenor nampak). Ye, sebab selagi hati ini masih lemah, takde antibodi langsung nak hadapi insan-insan begini, baik aku avoid je dulu. Nanti sikit-sikit berubat tambah vaksin, tambah vitamin antibodi tu bolehlah aku ngadap dorang sikit-sikit dengan ketahanan yang ada, so takde la hati ni parah sangat, tak sempat masuk wad biasa dah asyik nak kena ICU 2-3 minggu aje.

Kedua (patutnya pertama, priority ni), solat banyak-banyak, istighfar banyak-banyak, zikir banyak-banyak. Harap dapat counter attack bisikan-bisikan setan tak nampak dan yang nampak ni. Kekadang aku ni bila depressed sangat lepas jumpa mulut-mulut hantu ni, hilang akal sampai nak solat pun tak semangat. Mulalah overdose tidur. Kadang-kadang insomnia tidur sikit-sikit jam aje. Dahlah hormon pregnant ni bukannya stabil sangat pun emosi jadinya huuuuu...

Seterusnya, ya...jumpa psychiatrist. Tiba masanya, dah kritikal sangat ni. Dah 10 tahun aku tak jumpa dorang ni. Makan ubat pandai-pandai default, padan muka lah relapse balik dah. I know bila benda tu datang. Sekarang dah terima hakikat, malas dah nak sembunyi-sembunyi. Sembunyikan diri kang, orang tak paham, walhal benda ni ada dari kecik lagi, tak hilang ke mana pun, tenggelam timbul je. Jadi, here I am...I need strong support owkayhh... korang kalu tak dapat bagi kata-kata positif pun, jangan keluarkan kata-kata negatif kat saya wokeh? Ada paham? (marah bebenor hehehe)

Haiii...cuti ni harapnya aku detox sikit perasaan yang serabut amat ni. BBQ dengan family ke, lawat-lawat sedara ke, makan mee goreng basah Mukah puas-puas, mee kolok Sarawak, berambih rami-rami makan linut, umai huhuhu kesian my husband, mesti dia kepingin detox mental jugak.. In sha Allah ada rezeki, ingin sangat bawak husband gi umrah (ikutkan solat yang khusyuk aje ok dah kalu nak detox spiritually ni, tapi ye lah iman tahap gini perlu environment yang sangat positive chargenya...).

Dok cerita serabut-serabut ni, serabut kenapa yek? Ye, aku serabut nak resign kerja aku tu ke tak, nak uruskan balik kampung, uruskan duit yuran register dua anak yang nak kena hantar preschool RM1250 seorang tu, nak buat rumah pindah rumah ke tak, belum lagi hal keluarga kat kampung yang sedia ada yang macam telenovela dah entah bila nak reda, bil-bil rumah yang sentiasa setia setiap bulan...semua tu sikit-sikit lama-lama jadi bukit gak menserabutkan otak aku ni...tak sangka aku jadi homemaker ni aku patutnya kena ada management diary jugak...ya, 2013 aku kena ada satu management diary lah, pening jugak nak ingat satu-satu semua perkara yang nak dibuat dan ada deadline jugak.

Belum resign lagi pun, hantar surat sambung cuti unpaid lagi setahun. Maybe resign jugak akhirnya kot, sebab berkarat sangat dah rasanya, tambahan pula stress levelnya amat tinggi bukan sahaja dari segi nature profesion itu sendiri, malahan politik opisnya memang tahap politikus lah. Ahli-ahlinya kebanyakannya jenis yang patut aku elak sementara nak berubat ni. Jadi, mungkin aku perlu perlu dapatkan kemahiran baru , mungkin business hakhakhak...kadang-kadang aku terasa nak jadi pekebun je, sebab sangat terapeutik untuk aku ni, Degree nursing tu simpan ajelah gamaknya, bukan boleh buat bon jaminan iman pun. Bukan tak bersyukur dengan ilmu yang Allah dah kurniakan, tapi aku pikir kalau tak cukup ilmu di dada, takde perakuan yang kukuh yang muktabar dari para ilmuwan dan pakar, memang bahaya nak kerja-kerja sebar ilmu ni. Dahlah jati diri kureng je..jadi cikgu motivasi kena tinggi.

Kalau dah tak boleh sangat kerjaya dalam nursing ni, apa kerja yang aku boleh buat ye sambil nak imbangkan dengan keperluan keluarga? Entah lah, aku memang bertawakkal aje (ke pasrah menyerah je??? huhuhu). Mungkin masanya akan tiba, mungkin tidak. Yang pasti, aku harap berbaloi la hidup kat dunia ni. Itu aje..

...paham tak? Maksud aku, tak guna aku berjaya di dunia tapi gagal di akhirat...kalau gagal di akhirat, alangkah tidak berbaloinya hidup...apa lagi dalam kes aku ni, sudah kutemukan mutiara, kenapa nak campak balik ke dalam laut kan?

...apapun, itu semua dalam rahmat Allah kan?

P/S: Yasmin Sumayya kalau girl, Nuh Ridhwan kalau boy, ok tak?

Boy or girl, apa yang Allah beri pasti terbaik untuk kita.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-21287278058245114002012-11-20T01:45:00.004+08:002012-11-20T01:46:30.702+08:00when those unjust ask for justice

even those who are unjust ask for justice, let alone those who fear their God (regardless of what faith)

I have to restrain myself,

not to make haste in action or words

whenever i feel my anger is because of nafs, not sincerity.

Thus i leave it to Allah, yet it does not mean i give up passively.

i may be not loud in fighting it,

it's because i fear my nafs will ruin it,

and something else might easily take control

and laugh at it.

i just want to fight it in positive energy, guided by Allah,

not by my nafs and especially and eventually by that something else.

Because if you really know me

and us

we are easily affected by negative energy, that cunning whispers,

O Allah, i give it to You to take control of it.

So dear my assertive and aggressive friends,

just be husnuzon,

i'm saying my prayer for all of them...

and i pray for myself too, inshaaAllah, my faith grow stronger,

as i have faith (it's from Allah)

and patience (it's from Allah too)

O Allah, strengthen my faith

O Allah the Most Just

O Allah the Most Merciful

la hawla wala quwwata illa billah

***open for grammar correctionAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-39103439582320932232012-08-02T12:48:00.000+08:002014-06-05T23:48:19.418+08:00Makaroni Kari Bakar Versi Mama Miasowh...Mama Mias tu panggilan manja Mr. Hubby dan anak lelaki kepadaku huhuhu...

Resepi ni asalnya ku ambik dari majalah Rasa Oktober 2009 paeg 118. Aku lagi suka layout Rasa 2009 daripada 2011 yang serabut nak tengok resepi. Sudahnya tahun ni aku tak beli-beli lagi majalah Rasa.

Aku buat makaroni ni dalam dua tiga hari lepas. Ada lagi sedikit baki dalam peti sejuk. Banyak jugak, satu acuan kek huhuhu lebihan spaghetti meatball pada hari yang sama pun masih ada baki lagi, aku makan sikit-sikit tengah malam sambil layan customer online business dalam facebook. Bubuh spaghetti siap rebus yang disimpan dalam peti sejuk, bubuh sosnya yang disimpan asing, pastu hangatkan dengan microwave selama 1 1/2 minit...siap, macam maggi segera.

Sama gak dengan makaroni kari bakar ni.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-41513505205574118662012-07-31T14:56:00.003+08:002012-08-02T12:26:52.248+08:00Lepat Pisang MekAssalamualaikum wbt

Post pertama dalam bulan Ramadhan hehehe

Lepat pisang..yup hari pertama puasa aku belajar cara-cara buat lepat pisang yang proper daripada mak mertua. Maka resepi ni aku ingin abadikan supaya next time tak lupa, maka jadi la Lepat Pisang Mek.

Sebelum ni pernah gak buat lepat pisang, tapi yang biasa-biasa aje, bukan sepenuhnya memenuhi selera Mr. Hubby. Jadi, untuk memenuhi selera beliau yang dibesarkan dengan resepi lepat pisang ibu beliau, dan juga insyaallah menggembirakan hati Mek pada bulan puasa pada tahun ini, maka hari pertama berpuasa di kampung aku manfaatkan dengan aktiviti buat kuih manis untuk keluarga. Apabila dah namanya Lepat Pisang Mek, mesti buatan Kelantan, dan semestinya kuih manis memang terkenal dari Kelantan, jadi lepatnya kena manis baru memenuhi piawaian hehehe

Kena sediakan dulu bahan-bahannya, baru lancar pembuatannya...

aku tak amik photo tengah2 masak, so ni photo lepat dari blog ini
http://akuseekorkuman.blogspot.com/2011/03/lepat-vs-pengat.html

Peralatan;

Daun pisang secukupnya (sudah dilap dengan kain bersih yang lembap dan dilayur di atas api untuk melembutkan daunnya, senang nak bungkus)

Periuk kukus

Bahan-bahan:

Sesikat pisang (dalam kes aku, pisang apa-apa pun ok asalkan pisang dah masak dan sedikit lembik)

Tepung gandum secukupnya (rasanya 500gm ok)

1/2 biji kelapa muda parut dicampur sedikit garam

Manisan gula kabong/gula melaka 200ml (ikut suka nak manis banyak mana, tapi jangan sampai batal puasa dalam dok testing tu)

Nak manis sikit lagi boleh tambah gula pasir (sesuka rasa, tapi kalau boleh tu kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman)

Cara-cara:

1. Lenyek-lenyekkan pisang sehingga hancur. (iyeee, buang kulitnya dulu...)

2. Tambahkan tepung gandum. Gaul rata.

3. Tambah garam dan gula. Gaul lagi.

4. Masukkan kepala muda parut. Gaul rata lagi. Teksturnya haruslah lembut tapi tidak terlalu lembik.

5. Sendukkan dua sudu makan ke dalam daun pisang yang sudah dicarik dalam ukuran kiran-kira 15cm x 15cm.

6. Bungkus dan susun dalam periuk kukus.

7. Dah siap semua, bolehlah mula mengukus sehingga masak dan berbau wangi. Kira-kira 20 minit.

Sejukkan, boleh dihidang sambil tunggu berbuka puasa.

*Tips: Malas nak layur daun pisang atas api? Bersihkan daun pisang dan panaskan dalam microwave selama 10 saat. Buat satu-satu. Memang lembut, senang nak lipat, tiada bahagian terlepas. Petua ni aku discover sendiri bila dah balik try kat dapur sendiri.

Sorry takde gambar, apabila di dapur tak ingat dan tak sibuk nak ambil gambar pun. Ada gambar atas tu pun orang punya. Mana-mana yang berminat nak try dan nak clear lagi, ni aku kasi link blog sila klik kat sini. Nak step by step lagi clear, boleh search youtube ye dear :P

Alhamdulillah...selamat memikat selera suami...

*Kredit photo http://akuseekorkuman.blogspot.com/2011/03/lepat-vs-pengat.htmlAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-69765720750597515542012-07-08T11:54:00.002+08:002012-07-08T13:08:47.689+08:00Jururawat Solah (Part 1)Di sebalik keinginan terkini hendak meletakkan jawatan profesion sekarang, aku masih juga rasa terbelenggu oleh satu hal.

Iya, tajuk entry sahaja sudah jelas, yakni 'Jururawat Solah'. Ikut la istilah bagaimana, jururawat solat, solah, ibadah, Islam, pokok asalnya saya masih terfikir-fikir tentang perkara itu.

Iya, macam-macam pernah didengar (atau mungkin tidak?) tentang Hospital Mesra Ibadah (Baby-Friendly Hospital boleh wujud, kenapa tidak Solah-Friendly Hospital?). Dua tahun lepas juga (2010) rasanya, ada rakan sekerja diarahkan oleh pihak atasan untuk menghadiri kursus berkaitan solat untuk orang sakit, peranan jururawat dan sebagainya yang menjurus ke arah hospital lebih mesra ibadah, suasana lebih Islamik kepada pesakit-pesakit dan juga ahli keluarga. Walaupun pada masa itu hati teringin sangat untuk menghadiri kursus tersebut, mulut seakan terkunci untuk meminta daripada bos. Mungkin kerana mengetahui natijahnya bekerja atas prinsip, "YANG MENURUT PERINTAH". Tambahan pula status sosial yang dipegang hanya SuJu (super junior), jadi kemungkinan untuk bersuara itu amat tipis, apatah lagi setelah melalui pengalaman yang amat mengesankan yang golongan SuJu ini TIDAK harus menyuarakan apa-apa, yakni menurut sahaja dek pengalaman kerja yang hanya sekelumit. Kebernasan sesuatu idea malah pertanyaan boleh jadi hanya sesuatu yang idealistik, tetapi jauh realistiknya gara-gara kurang pengalaman. Jadi, baik sahaja jangan memberi bunga kepada kera. Simpan sahaja bunga tersebut, jaga elok-elok, mungkin ada orang lain yang lebih berhak, yang barangkali lebih menghargai.

oh hentikan rungutan..

Berbalik kepada topik, mungkin bagi sesetengah yang peka tentang ibadah sewaktu sakit pernah terdengar Hospital Kampung Baru, Kuala Lumpur yang boleh dikatakan mempelopori kepekaan solat semasa sakit dan adanya jururawat khusus untuk mengingatkan solat. Aku belum berkesempatan lagi untuk melawat hospital tersebut untuk melihat sendiri pelaksanaannya.

Terbelenggu. Ya, terbelenggu. Hatiku menjauh daripada bidang kejururawatan atas banyak faktor. Malas nak cerita satu-satu, bagi yang mengikuti blog ini mungkin mengesan sedikit di sana sini luahan perasaan, kekecewaan dan harapan serta hujah-hujah yang adakalanya berbunyi dangkal, sangat tidak matang. Ya, ini blog saya, apa yang saya taip dalam setiap entry blog adalah perjalanan pemikiran saya. Mungkin dulu fikiran saya begini, sekarang fikiran saya begini. Dan saya tidak terobligat untuk menukar setiap entry menurut pemikiran terkini.

hmmm...entry kali ini menggunakan kata ganti nama "saya". Saya dalam mode rasmi :-) .

Iya, hati semakin tawar terhadap nursing kerana naturenya yang hostile (ironi bukan?) ditambah juga profesion yang dipegang bukanlah selayaknya dipegang akibat kurang pengalaman yang meyakinkan. Meyakinkan diri sendiri sudah cukup sukar, golongan SuSe pula sangat tidak yakin dengan kebolehan golongan muda. Sindrom ini memang sentiasa ada di mana-mana bidang, bukan dalam nursing sahaja. Cuma kiranya mungkin tepu di Malaysia, apatah lagi nursing di Malaysia yang bertunjangkan colonial. Tanda aras pengalaman adalah kuantiti. Mungkin disebut-sebut kualiti, pada penghujungnya tetap juga kuantiti.

Iya, nursing seharusnya lembut kepada pesakit, tetapi realiti di sebaliknya adalah hostile di kalangan 'penganut'nya sendiri. Mungkin hormon estrogen terlalu tinggi kerana dikuasai oleh golongan wanita (sekadar spekulasi, tiada kajian ilmiah dirujuk). Akan tetapi degupan Islam yang semakin mengiringi iman sering mengetuk-ngetuk hati yang telah tawar.

Kenapa? Tiga perkara sebelum mati yang aku ingin capai, anak yang soleh dan solehah, ilmu yang berguna, sedekah amal jariah.

Part 2

Mode "aku".

Aku semakin mendekati peranan ibu kepada anak-anak dengan kesanggupan meninggalkan profesion sekarang (iya, aku pengajar nursing yang sedang bercuti tanpa gaji yang panjang, dalam proses berkira-kira hendak berhenti kerana sukarnya juggling antara kebajikan anak-anak dan rumahtangga dengan kerja kerana nature profesion suami yang sering ke luar negara berbulan lamanya).

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-48798225405187937672012-07-07T02:15:00.003+08:002012-07-07T02:55:21.534+08:00Macam-macam (Ceritera Farmville, Empire Earth, Bisnes Online, Saham Akhirat)Setengah Syaaban sudah berlalu, lagi setengah Syaaban, Ramadhan bakal menjelma.

Buat masa sekarang, aku selesa duduk di rumah, melayan karenah anak-anak, sambil melayari facebook melayan kata-kata motivasi mahupun foto poster berupa peringatan, ilmu atau nasihat yang dikongsi oleh sahabat dalam friendlist. Sambil-sambil tu, aku ni masih lagi gamer tegar Farmville...satu kekurangan dari segi ketagihan yang melampau terhadap game...mungkin dapat diatasi suatu hari nanti sekiranya memiliki tanah yang real di halaman rumah untuk bercucuk tanam. Sekarang ni masih duduk di apartment, jadi tanah yang boleh didapati pada paras ini hanyalah dalam pasu bunga.. Berdasarkan pengalaman menanm bunga pada tahun-tahun lepas, apabila rumah ditinggalkan kosong sahaja tatkala balik bercuti ke kampung, baik ke Termeloh mahupun nun menyeberangi Laut China Selatan ke Sarawak, mati kering kontang lah tanaman akibat kekeringan dek tiada penyiraman apatah tempias air hujan pun tidak kena. Hendak mengharapkan embun di Kuala Lumpur, sebagaimana tidak sucinya kota ini, begitu juga lah embunnya yang bersalut debu, kering dan berjerebu... Jadi, buat masa sekarang, aku masih melayan ketagihan itu kerana belum punya cukup kekuatan melawannya.

Mungkin kerana semasa kecil, aku terdedah kepada kedua-dua aspek Farmville, iaitu berkebun sayur dan juga tv game, apabila disatukan, jadi combo Farmville memberi kenangan zaman kecil yang tidak tercapai pada umur sekarang. Berkebun sayur semasa kecil memberi aku nilai sentimental yang tinggi, iaitu emak dan sekolah. Aku selalu berkebun sayur dengan emak di halaman rumah semasa kecil-kecil dahulu. Bertanam kangkung, ubi, jagung, petola, dan macam-macam lagi. Paling seronok tengok terung berbuah, bagi budak sekolah rendah pada masa itu, pencapaian aku berjaya menghasilkan pokok terung berbuah sangat memuaskan hati, walaupun pada masa itu bukannya gemar sangat pun memakan terung. Kedua, sekolah. Sekolah rendah aku dulu menjalankan projek pertanian sekolah. Memang seronok beramai-ramai mengerjakan kebun sekolah. Hasilnya ditimbang dan dijual. Hujung tahun, siapa yang mengeluarkan hasil timbangan sayur tertinggi akan mendapat penghargaan.

Game pula, sejak kecil terdedah oleh bapa saudara dengan game tv. Galaga, galaxy, bomberman, popeye dan macam-macam lagi. Sekarang ini senang sahaja untuk download game-game tersebut dari internet.

Selepas itu, beralih pula ke era computer game. Game paling aku minat, boleh aku kata sampai sekarang aku minat lagi ialah Empire Earth kerana ia sejenis permainan strategi (walaupun sekarang lama dah tak main EE). Memang best betul la explore, cari resource, buat settlement, bina komuniti, kampung, seeterusnya bandar. Sambil itu jangan lupa pertahanan sebab musuh boleh menyerang bila-bila masa sahaja. dah kaya, boleh la kumpul dana untuk menambah kekuatan tentera untuk menyerang pihak musuh. Tapi oleh kerana aku ni jenis tak sampai hati nak bunuh rakyat, maka aku buat banyak-banyak priest, jadi boleh convert mana-mana rakyat biasa mahupun tentera yang boleh diconvert daripada musuh kepada rakyat sendiri.

Setelah ekonomi dan pertahanan kuat, barulah boleh bina monumen-monumen yang menambah nilai dan bonus serta kekuatan negara. Cuma aku tak pernah main mode campaign, sebab kena pandai politik. Bab politik ni, usahkan negara, politik kerja pun aku teruk dikerjakan.

~Ibu saudaraku, A'ee Choo dengan sepupuku, Ethan pada Krismas 2010 (sekadar nak letak gambar :D )~

Sesuatu yang baru berlaku dalam hidup, seperti dalam entry sebelumnya, aku mula menjalankan bisnes secara online yang diberi nama Auliya Apparel, sempena nama anak ketigaku, Auliya Rahima. Alhamdulillah, berkurang jugalah aktiviti tegar yang melalaikan, aktiviti sia-sia lagi lagha iaitu bercucuk tanam secara maya aka Farmville. Duit pun dapat, walaupun tak mewah mana, tapi kepuasannya tinggi berbanding aku kerja makan gaji. Walaupun sebelum ini hujung bulan gaji dan elaun beribu, tapi hati macam kosong. Mana nak berkatnya, kerja dengan hati separuh ikhlas. Amanah tak dipikul dengan baik, ada sebahagian tu agaknya gaji buta. Untung bisnes walaupun sedikit dan tak tetap, aku rasa benar-benar daya usaha sendiri. Jadi perasaan bersyukur tu macam lebih sedikit selain kepuasan atas sebab minat yang tinggi.

Pun begitu, aku bersyukur juga dulu atas rezeki yang aku dapat daripada makan gaji. Cuma pada umur sekarang, rasa terlewat betul untuk memulakan sesuatu atas sebab minat yang boleh dibawa sehingga tua...insyaalllah dipanjangkan umur. Itu yang buat aku terasa mahu resign sahaja, ada baiknya jawatan itu diberi kepada mereka yang benar-benar minat dan layak.

Keinginan yang tinggi, diiringi dengan kelayakan serta niat kerana Allah, insyaallah amanah kerja dapat dipikul dengan baik. Memiliki hanya salah satu aspek, agak sukar untuk mengekalkan momentum keikhlasan dalam memikul amanah. Jadi, dari segi keinginan itu, aku "kurang" teringin hendak meneruskan profesion tersebut. Tambahan pula, dari segi pengetahuan, aku rasa memang below par, masih sangat rapuh dan goyah.

Enggan menyahut cabaran? Ya, aku enggan menyahut cabaran yan gtidak wajib bagi aku. Cabaran terbesar aku ialah menjaga rumahtangga dan didikan anak-anak dalam keadaan ilmu dan akhlak yang aku yang serba kekurangan, yang masih merangkak-rangkak. Anak sulung lagi maju bacaan iqranya berbanding aku. Jadi bagaimana aku akan mendidiknya menurut anjuran Quran dan Sunnah sedangkan aku sendiri masih belajar tahap "tadika" lagi akan hal-hal tersebut. Pendek kata, biarlah aku lepaskan profesion fardhu kifayah tersebut untuk diteruskan oleh orang yang lebih layak dan berkemampuan. Aku hanya mahu mendakap profesion wajib ke atasku sekarang sebagai isteri dan ibu. 'Kukuhkan ilmu dan akhlak', itu kata Ustaz Hasrizal dalam status fbnya. Biarlah apa orang nak kata, aku mahu saham dunia akhirat dari segi anak yang soleh solehah insyaallah. Sedekah amal jariah pun terkial-kial lagi. Ilmu yang berguna, biarlah ilmu yang aku mantap, sahih dan fasih dalam sanubariku. Paling aku tak suka, merungut banyak dalam bekerja.

Aku target by umur 40-an, patutnya aku dah kukuh dalam bidang yang aku minat. Jadi umur 30-an sekarang tinggal sedekad sahaja lagi untuk mengukuhkan diri dalam bidang kegemaran. Kerja yang aku makan gaji itu, minatnya pada tahap yang kurang, jadi apa-apa cabaran besar di tempat kerja, mudah sahaja buat aku kecewa dan putus semangat. Tambahan pula, buat masa sekarang, aku rasa best sebab banyak masa dengan anak-anak, mengaji sikit-sikit, solat pun tak terkejar-kejar, dapat masak untuk keluarga. Tambahan pula dengan ada seorang sedara yang aku bawa untuk membantu kerja-kerja di rumah, membuatkan langkah aku untuk memulakan bisnes online lebih lancar...alhamdulillah...kepada Allah juga dipulangkan segala tahmid..
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-9714893218857278462012-07-03T08:47:00.002+08:002012-07-03T09:01:07.865+08:00Apabila anak menegur... (cover version Ustaz Hasrizal)Dialog ini berlaku semlaam. Aku dah letak status ni kat facebook, tapi gatal juga pagi ni nak letak dalam blog. Rasa sangat penting untuk aku ingat.

Tempat: Depan desktop, di rumah.

Waktu: Sedang menunggu nak hantar Acha ke prasekolah.

Lebih kurang begini la dialognya, tapi ini la dialog yang aku boleh ingat sebijik-sebijik ayatnya...

Acha: Mama, ada tak syurga?

Mama: Ada.

Acha: Mama, neraka pun ada tak?

Mama: Ada.

Acha: Takutnya...nanti api kena kat kakak, sakitnya. Takutnya.

Mama: Aaa???

Acha: Nanti papa pun masuk. Takutnya. Jahatnya syaitan.

Mama: ... (speechless)

Ada beberapa lagi dialog Acha sejak akhir-akhir ni yang melibatkan syurga, neraka, pahala, dosa, syaitan...alhamdulillah dia faham apa yang dipelajarinya di sekolah yang menerapkan pendidikan Islam (Smart Soleh Preschool).

Yang aku tak boleh tahan tu apabila kakak, si Acha gaduh dengan adik, si Acheh yang suka menyakat kakaknya, dialognya pasti lebih kurang begini:

"Taknak lah kawan Acheh...Acheh kawan sajalah dengan syaitan..." huuuu...

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan anak-anakku berkawan dengan syaitan...aminnnn...
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-58350293075811825622012-06-28T22:39:00.001+08:002012-07-07T02:42:53.325+08:00Memulakan Bisnes Onlinehttp://www.facebook.com/AuliyaApparel

14 Jun 2012 secara rasminya aku menjadi SAHBM. Apa tu? Itu aku punya suka-suka term, tambahan kepada term SAHM (stay-at-home-mom). SAHBM tu stay-at-home-businessmom hehehe status pertama post bawah page Auliya Apparel dimulakan dengan lafaz bismillah...semoga diberkati Allah hendaknya usahaku ini.

http://auliyaapparel.blogspot.com/

27 Jun 2012 pula aku mula melancarkan blog online bisnes sebagai kesinambungan daripada Auliya Apparel Facebook page tu. Terbalik, biasanya orang buat blog atau websitenya dulu, baru facebook fanpage.

Jual apa ye? Jual baju kurung, baju kanak-kanak, baju muslimah, tudung, pen Quran digital, krim kecantikan, serum kecantikan wajah, dan macam-macam...pendek kata, apa-apa yang boleh dijual secara online...

Al-kisahnya aku seronok juga la mengadap desktop sambil bisnes-bisnes ni. Sebelum ni memang dah ada bisnes batik, kebaya, blouse, seluar, skirt, dress secara butik rumah di kampung yang diuruskan oleh mak, tetapi kepuasannya kurang sebab aku hanya bekalkan stok saja kepada mak, jarang deal secara langsung kepada pelanggan. Jadi adanya bisnes online ni, baru aku berpeluang juga deal terus dengan pelanggan walaupun bukan face to face.

Yang seronoknya bisnes ni, bukan setakat rajin, kena pandai juga.

sekadar ingatan sambil nak meriahkan entry ni

Yang aku cuak sikit buat bisnes ni, aku takut ada bahagian aku dilaknat dalam urusan jual-beli...'termenipu', 'terkurang', 'termenganiaya, 'termenzalimi', dan apa-apa 'ter' yang dilarang Allah dalam perniagaan..berat tu. Semoga perkara-perkara tu dijauhkan Allah, semoga terang mata hati aku agar sentiasa berwaspada dan jujur dalam berbisnes..aminnnAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-8763270833406370752012-06-11T18:01:00.002+08:002012-07-07T02:47:35.052+08:00Cintaku di Kutub UtaraBismillahirrahmannirrahim...

Dah berapa bulan aku tak post apa-apa ni blog ni. Ni dah masuk bulan Rejab pun, sedangkan banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh semenjak the last post. Memang tak ada karisma sebagai blogger full-time langsung.

Iya lah...apa yang aku nak bebelkan di sini. Sekarang bercuti panjang daripada kerja, basically hidup aku macam "no life". Itu dulu, sekarang aku rasa ada "life" sikit walaupun pada pandangan kekawan seangkatan mungkin aku memang "no life" sekarang ni. Lepak kat rumah, takde keje, main Farmville (macam lah anak-anak tu pandai pakai baju sendiri, makan sendiri, basuh berak sendiri, masak nasik sendiri, goreng ikan sendiri, basuh pinggan sendiri, cuci baju sendiri, lap lantai, lap kipas, vakuum umah, kemas umah, dan paling penting mendidik anak, bukannya bibik - maka aku berkata dengan nada sinis sebab tipikal la orang kata suri rumah ni xde keje goyang kaki ajerrr) , kan?

Selain perniagaan kebaya keluarga (Guek & Anak-anak Kebaya and Batek House) yang berkembang slow and steady, itu aje la perkembangan terbaru selain bilangan ahli keluarga yang bertambah dan membesar, seiring dengan volume suara aku.

Sememangnya terasa nak post something hari ni, rasa nak countdown bilangan puasa yang tertinggal. Insyaallah selesai puasa lengkap hari ni, ada lagi 13 hari puasa yang aku kena ganti. Puasa wajib, bukan sunat. Lagi 39 hari nak bulan Ramadhan, kelam kabut I cakap you huhuhu...

Banyak alasan pun tak guna, sebab aku ni tak punya kekuatan iman untuk ganti puasa yang sebelumnya. Ditambah dengan proses kandungan yang diiringi dengan sindrom pembawaan anak yakni mabuk hamil, selepas kelahiran pun aku jenis tak tahan lapar disebabkan program penyusuan badan secara eksklusif pula (tapi yang bestnya, masuk bulan Randhan , puasa tu tahan la sikit daripada bulan lain). Baru sekarang ni yang aku konfiden sikit nak puasa ganti sebab si kecik dah mula menyusu botol dan makan nasi. Jadi si kecik dah kurang nak menyusu sangat pada siang hari. Kalau tidak, bak kata anak buah, lapar tahap macam ada bela hantu raya. Kesan hormon dah kick in, nak tak nak kena bagi susu formula. Semuanya gara-gara beberapa hari pergi menjual kebaya di tapak pesta kaul sehingga anak di rumah disusukan dengan susu formula, maka peranan hormon lactating mula merajuk, jadinya susu badan mula berkurangan dan bermula balik kitaran bulanan yang fitrah bagi wanita. Akan tetapi penyusuan badan itu masih diteruskan terutama pada waktu malam, ingin ikut anjuran dalam Islam, susuan sehingga umur 2 tahun. Insyaallah...

Selain itu, bilangan orang di rumah juga bertambah. Aku mengambil sedara dua pupuku untuk membantu aku di rumah, sebagai pembantu. Lega lah sikit, tak lah letih sangat dengan kerja-kerja di rumah sambil melayan anak-anak. Apatah lagi husband di sempadan Norway-Iceland, berdekatan kutub utara, jadi pening juga nak berperanan sebagai "aku lah emak, aku lah bapak" ni. Bagi yang tak pernah mengalami ditinggalkan pasangan selama berbulan-bulan (yang ibubapa tunggal tu aku tak leh lawan la tahap respek ku), korang apa tau. Berat tanggungjawab tu, paling berat bab keselamatan. Tambahan lagi tinggal di KL ni, aku tawakkal je kepada Allah. Hinggakan aku rasa sampai tahap kalau apa-apa terjadi, aku rela mati syahid daripada apa-apa jadi keburukan dan kejahatan kat anak-anakku.

Apa-apapun, sepanjang hibernasi, aku betul-betul cuba cari hala diri selanjutnya. Dan aku tahu, aku mencari akhirat...insyaallah...Ya Allah tetapkan imanku, ameennn...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-87327895696399720392012-02-29T21:12:00.002+08:002014-06-05T23:48:47.585+08:00Must...publish...a post...happy Leap DAy!

I don't know what exactly is the point wishing for leap day today..but hey...God knows maybe this is our last leap day...heheheAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-39602801355230121682012-02-25T20:58:00.006+08:002012-07-07T02:52:37.989+08:00Sorry for hibernating for so long...wait..almost a year? You must be kidding me...I had problem with the blog since the past almost a year, I could not publish my post...so I saved most of it, and decided to publish only one because after reading back some the draft, they sound so stupid that I feel so ashamed to publish them hahahah

Chehh apa keja aku skeaping neh...hahaha belasah jer lah (ayat kasar bila iman tipis)

Buat masa sekarang, aku tengah bercuti tanpa gaji, sedang berkira-kira nak resign aje despite some comment made especially by my mother, "apa belajar tinggi2 tapi jadi housewife jek?"...

So, first of all, aku decide dengan sepenuh hati demi anak-anak, I want to be a SAHM (stay-at-home-mother)...I don't think it's a low-class job, in fact it is a huge responsibility of which I don't think I can exchange it with any career or profession in this world...I'm not saying the working moms are irresponsible, it is just that working in KL (traffic, safety, society, overtime bla bla bla), nasty bosses (boss berdaulat dan tidak berdaulat) suck my energy and time (you don't say?) with my kids...

My kids need their parents..let my husband be the main breadwinner...

Pasal tu la sekarang aku berjinak-jinak dengan bisnes kain batik dan kebaya dah sekarang. Rasanya bukan aku sorang je buat, ramai lagi mak-mak di Kl dan Putrajaya di luar sana yang telah membuat keputusan yang akan aku putuskan dalam beberapa bulan lagi, aku still on unpaid leave, so not officially resign huhuhu)...

Kedua...nanti-nanti la aku cerita sikit-sikit...

Biarlah aku miskin duit gaji sendiri, asalkan anak-anak kaya masa dengan mak dorang, sebab bapak dorang pun keje jenis asyik kuar berminggu-minggu berbulan-bulan huhuhuAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-41163862160981356662011-08-16T00:14:00.006+08:002014-06-05T23:48:31.243+08:00Ramadhan kali ini (edisi 1432H)
Alhamdulillah..bertemu juga Ramadhan pada tahun ini. Cuma aku tak berapa yakin prestasi aku macam mana, seperti tahun-tahun sudah juga, terawih entah ke mana, puasa pun entah tahap berapa. Lagi-lagi tahun ni, aku baru lepas bersalin anak ketiga pada 28 Mac 2011, dengan dua orang lagi otomen (as they refer themselves) yang tengah lasak. Seorang umur 4 tahun, sorang lagi 2 1/2 tahun. Jadi, puasa tahun ni pada awalnya aku bimbang dengan tahap kesabaran yang tak berapa sabar. Tambahan pula dengan si kecik tengah kuat menyusu badan, pasti cepat lapar, haus dan letih. Dan fitrahnya manusia bila lapar memang cepat marah. Dengan trigger di sekeliling, tak mustahil apa yang aku bimbangkan untuk puasa tahun ini akan berlaku.

Tetapi so far, hari ini ke-15 hari Ramadhan, keadaan puasaku dari penilaian tahap kesabaran tu ada menunjukkan peningkatan prestasi daripada tahun lepas. Alhamdulillah, Allah yang memberi segala kekuatan. Aku punya la berdebar-debar semasa mula-mula memasuki Ramadhan, bimbang aku mensia-siakan Ramadhan tahun ini dengan sekadar lapar dahaga, sedangkan Ramadhan akan datang entahkan berjumpa entahkan tidak. Itu hanya penilaian dari segi tahap kesabaran. Dari satu segi lain, aku sedang bercuti tanpa gaji menjaga anak, maka aku agak selamat dari segi mengharungi politik dan gosip pejabat. Alhamdulillah rezeki aku dari segi itu walaupun tak masuk gaji dalam poket... Apa-apapun, aku bukan orang selayaknya nak menilai puasa aku tahun ini macam mana sebab bak kata Wardina, "kita tiada thermometer pengukur tahap ketakwaan seseorang", kerana semuanya hanya dalam penilaian Allah. Wallahualam.

Hmmm...semalam birthday ke-35 husband. Aku mendoakan keberkatan umur dan kemurahan rezeki kepada suami tercinta, semoga senantiasa dirahmati-Nya, sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dan sehingga bercinta sampai syurga. Doa panjang umur tapi panjang yang tak diredhai pun tak best juga.

Kenapa baru update? Adatlah bagi aku yang sibuk dengan anak-anak, tapi dalam masa yang sama tu sempat jugak la main Farmville. Aku kata kat husband, ini je aku punya "rokok" yang menenangkan aku buat masa sekarang sambil menghadap karenah harian anak-anak, itupun husband banyak bantu dengan memandikan anak-anak dan sebagainya. Kiranya aku sangat bertuah walaupun pada masa yang sama otak aku kust jugak dengan ntahapa mende. So far "berkebun" terapi minda aku sambil memerhati anak-anak. Aku mengaku belum sampai (insyaallah sampai) tahap berzikir setiap masa sebagai terapi minda huhuhu...dalam keadaan sekarang, solat pun sering buat wajib sahaja, dan waktu tu memang takdenye nak awal waktu sebab kalau aku sorang2 di rumah dengan anak-anak, bimbang tengah2 solat tu anak-anak entah buat apa kat si adik, entah jumpa apa kat dapur...huishhh nauzubillah la...payah nak tenang solat. Walaupun itu bukan alasan kukuh, tapi saat sekarang aku bukannya solehah sangat nak menentang perasaan sendiri agar tenang (jauh lagi nak khusyuk sekhusyuk para salafussoleh) dengan mendengar hiruk-pikuk anak-anak di sekeliling. Lagi-lagi saudara baru macam aku ni, banyak sangat serangan was-was...ni pengakuan jujur huhuhu
Hmmm teringin pulak nak duduk kampung dan berkebun yang real punya, dapat jugak hasil yang real...

Bangun sahur ku 3.30am. Tidur malam dapat la 2 jam ke, ganti tidur esok hari lepas subuh. Hari-hari macam tu, sebab anak-anak tidur lewat terutama si abang. MEmang dah pattern anak-anak tidur jam tu agaknya bila umur dalam lingkungan 1-3 tahun, sebab si kakak pun tidur lewat juga malam semasa seusianya. Lampu padam gelap-gelap pun main basikal tiga roda lagi. Bila dah besar sikit, baru jam tu normal balik. Alkisahnya puasa kali ni aku rasa agak makruh juga sebab aku banyak tidur siang huhuh

Makan pun banyak. Bila berbuka, berpinggan-pinggan nasik. Sahur la yang paling tak logik, kuantiti makan sahur tu sama macam berbuka. Biasanya orang takde selera masa sahur, tapi aku time tu sama lapar macam masa berbuka. Sebabnya satu je, si kecik tengah kuat menyusu, tambahan pula aku ni semula jadi mempunyai metabolisme badan yang tinggi. Jadi aku betul-betul mementingkan sendiri jugak la puasa tahun ni, makan banyak, tidur banyak. Kalau tidak, aku risau tak boleh survive puasa. Puasa pun asyik tahap makruh je kalau tak cukup support menyusu anak. Jadi, sekali lagi, husband yang memahami penyelamat keadaan. Makanya, kerana Alah aku berpuasa, kerana Allah juga la aku berbuka dengan berpinggan-pinggan nasik, kuih 4-5 ketul, sahur serupa berbuka, supaya penyusuan si kecik tidak terjejas...Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia jadikan aku larat menghabiskan sebanyak-banyak makanan tersebut, malahan boleh aku kata tahap pembaziran makanan tahun ini berkurangan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Alkisah juadah pasar Ramadhan tahun ni, aku juga betul-betul dapat mengurangkan pembaziran daripada banyak membeli makanan tahun ini. Ye lah, mungkin sebab tahun-tahun sebelum ni ialah tahun-tahun terawal aku berpuasa semenjak embracing Islam, maka aku dulu macam kanak-kanak riang. Pergi bazar tu, kalau boleh segala macam kuih dan juadah nak disapu. Lepas tu membazir sebab tak larat habis. Umpama episod si Upin dan Ipin memborong segala macam lauk ayam di pasar Ramadhan. Tapi tahun ni mungkin dah "besar" sikit, jadi aku tak menurut nafsu sangat nak membeli segala macam kuih atau lauk. Pendek kata, rilek sikit la berhadapan dengan makanan tu time2 puasa.

Adusss si kakak terkencing atas tilam la... Bereh dulu...
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-38908778382312325972011-06-10T16:20:00.004+08:002014-06-05T23:48:44.081+08:00Anak sudah tigawowwww...lama juga cuti bersalin hehehe...

betul-betul bercuti sehinggakan tak sempat nak update blog. Tapi yang peliknya dalam pantang tu makin galak pula aku berkebun Farmville dan meneroka Frontierville hehehe..

Banyak cerita terkini. Aku sudah melahirkan anak yang ketiga pada 28hb Mac 2011. Alhamdulillah, segalanya sihat sempurna. Bersyukur sangat dengan anugerah Allah, tiada kurangnya (siapalah kita untuk mengkritik ciptaan Allah, subhanallah dari perasaan bahawa Allah menciptakan keburukan, tiada buruk dtg dari Allah)... Nama bayi perempuan yang aku beri ialah Auliya Rahima aka Baby Yaya. Si abangnya, Acheh memanggilnya baby Achak pada mulanya, tetapi sekarang dah boleh terima dengan panggilan Baby Yaya hehehAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-14730213804104077542011-03-06T13:40:00.004+08:002014-06-05T23:48:26.481+08:00Menghitung hari-hari......hari-hari yang sarat...

hehehe awal minggu ni (Hari Isnin), aku dikejutkan dengan hakikat aku kena admit masuk ward selaam 3 hari 2 malam (pakej perlancongan hospital) gara-gara irregular contraction / irritable uterus / uterine irritablity. Doktor bimbang aku melahirkan baby sebelum waktu term, aku masih dalam 34-35 minggu pregnant. Anak-anak sebelum ni pun yang first 36 minggu, yang kedua borderline pretem 37 minggu. Jadi yang kali ketiga ni high risk juga la untuk keluar awal.

Check punya check kat 'bawah' tu, jalan tak buka lagi. So, masuk ward la aku untuk observation, bagi rehat. Kot-kot jalan terbuka. Kalau jalan tak buka lagi, doktor nak bagi rehat, rilek jangan buka lagi sehingga sekurang-kurangnya hingga 38 minggu. Maka, aku diberi la juga injection Dexamethasone nak bagi paru-paru baby matang, in case baby nak jugak kuar awal.

Takde la efek sangat kat aku kalu bersalin awal, tapi aku kalau diizinkan, nak baby tu kuar matang. Sebab yang penting baby sihat. Setiap hari, minggu itu penting. Perbezaannya sangat ketara, aku dapat perati pada kedua-dua anakku. Yang sulung tu kurang seminggu dalam rahim daripada si adik. Dia memang kurang sikit daya tahan perut, yakni cepat kembung, cepat cirit-birit, dan juga cepat selsema. Si adik tu ok sikit daya tahan dia, setakat demam kanak-kanak tu biasa la.

So, untuk kebaikan anak yang kali ini, aku nak save seberapa banyak minggu yang boleh untuk dia insyaAllah... walaupun bosan jugak duk ward sebagai patient.. dengan tahap kesaratan sekarang pun asyik senak, sakit yang sangat hingga tak boleh tidur bila irritability tu datang. Memulas-mulas rasanya, macam nak bersalin sangat tapi lepas 2-3 jam, ilang...

Doktor kata, maybe la sebab aku ni kuat sangat kerja kot, letih sangat, aktif sangat... aku sengih je. Maknanya aku kena banyak baring. Baring banyak-banyak pun letih jugak, senak jadinya, so aku banyak kebun Farmville wakaka...

Hmmm...banyak kelas yang sepatutnya aku mengjaar, bos dah bagi kat tutor lain sebab keadaan aku yang tak menentu ni. Aku sempat habiskan dua kelas aje, lepas ni aku ada banyak masa nak habiskan apa-apa report, kerja apaa-apa yang terbengkalai sejak busy pergi ke ward untuk buat attachment, dan juga tertangguh sebab MC seminggu...

Esok, pergi kerja dengan harapan uterus aku tu tak irritated sangat supaya dapat bertahan at least lagi 2 minggu...jangka lahir asalnya 6 April 2011, dapat pertengahan Mac kira okey sangat lah...

Amiiin...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-56203269959696638972011-02-10T21:54:00.005+08:002014-06-05T23:48:22.963+08:00Refleksi post meeting...Entah ape hal, tetiba aku mempersoalkan kedudukan kerjaya aku hari ni. Terbit juga rasa bimbang adakah aku sedang bodoh 'berperang' tanpa senjata yang ampuh?

Hari ini meeting program kitorang. Satu perkara yang hari ini makin jelas pada pikiran aku ialah, meeting apa2, ada soal hidup mati ka, selagi bergelar junior, jangan cakap apa-apa dalam meeting, angguk-angguk geleng-geleng je. Walaupun dalam ati aku sedih sebab betul2 aku pelik dengan situasi ni. Aku tengok program lain bila meeting, open je yang junior-junior tu bagi pendapat ke, cadangan ke. Bernas tak bernas, asalkan luahkan pandangan dari sudut lain. Sudut orang takde pengalaman ke, tak cukup pengalaman ke, asalkan bercakap, diberi peluang untuk bercakap. Tidak dipandang rendah.
Aku terpikir, adakah selamanya aku akan dihukum dengan alasan aku ni tak cukup pengalaman klinikal, tidak ada pos basik, tidak ada pengalaman kerja bertahun-tahun, sepuluh tahun, berbelas tahun macam yang lain? Apakah aku sedang bernafas dalam lumpur? Adakah forever aku akan dicop begini?

Setelah pergi attachment konon-kononnya nak tambah pengalaman klinikal, aku jadi sinis. Sebab bukan main lagi aku di'belittle' tentang clinical skills, being under-valued..tapi bila pergi ke tempat aku attachment, memang aku rasa nak question diorang-diorang yang rasa pandai sangat menilai aku ni...aku tahu apa yang aku tahu, dan walaupun dalam kesinisan itu, aku rendah diri juga nak pergi attachment tu sebab siapa tahu apa yang aku tak tahu, jadi itu peluang terbaikku untuk menambah apa yang aku tak tahu...
Tapi kebanyakan masa aku jadi semakin sinis. Aku rasa macam nak tanya diorang, apa definisi clinical skills bagi diorang? Kepandaian mengendalikan task? Prosedur? Yang aku perati, boleh perform procedure tapi tanpa tau hanya sedikit rasional atau knowledge untuk perform prosedur yang kononnya didefinisikan sebagai skill. Sekali lagi aku mempersoalkan definisi clinical skill itu sendiri. Hanya tactile kinestatik kecekapan semata-mata kah? Sebab aku tengok yang dah berapa tahun keja, banyak tahun kerja daripada aku yang dikata pramatang ni pun sangat jelas di mataku sama ada tiada rasa tanggungjawab dalam kerja atau memang kerja takde rasional. Tiada strong knowledge untuk anticipate. Aku yang konon-konon dikata tak cukup skill ni lebih jelas tentang sesuatu kepentingan memantau dengan baik walaupun nampak seremeh mana pun sesuatu skill tersebut. Mujur la tak semua yang macam tu...tapi kebanyakannya macam tu...

Contoh paling obvious bagi aku, intake-output chart. Jelas kes-kes yang memerlukan strict I/O charting contohnya decompensated CCF atau post surgery yang major, atau APO. Tapi I/O jangan kata nak accurate, nak estimate pun tak lepas sebab kebanyakan masa tak dipantau langsung. Aku jadi sinis, sebab jika ini yang diorang nak aku belajar, alangkah butanya. Jadi di mana skillnya? Jadi inikah apa yang senior2 aku buat atau yang sedang seangkatan aku buat di wad pada masa sekarang ni? Buat asal ada? Mana anticipation to perform based on knowledge? IO charting - when to chart, when not to chart? Perlu ke doktor nak kena tulis semua "Strict IO charting" please...bagi aku itu memalukan sebab kalau kita ada knowledge tentang kes mana yang perlu when to chart, when not to chart, doktor tak perlu tulis pun kes ini nak perlu IO ke, strict IO ke..ni doktor dah tulis strict IO siap dengan please pun tak jugak buat-buat dengan accurate, atau dengan rasa penuh tanggungjawab...aku tertanya-tanya adakah mereka ini (yang terbabit aje la, yang rasa diri tu buat betul tu tak payah terasa la) benar2 memang kurang rasa tanggungjawab dalam buat kerja, sambil lewa, atau lupa apa yang dipelajari, atau just plain dumb. In the end, aku rasa macam lebih kepada refresh balik, observe dan mengambil iktibar. Aku rasa selama mana masa yang dikata tak cukup itu, kualiti skill aku adalah lebih baik, aku yakin tentang itu.

Aku betul2 jadi sinis, jika ini lah tahap skill yang aku nak belajar/top up/ upgrade konon2nya, in the end aku jadi semakin wonder apa yang senior-senior aku ajar pada geng-geng yang sedang aku hadapi di klinikal sekarang ini. Sebab kalau nak salahkan golongan sekarang atau kata junior2 sekarang tak pandai buat kerja, jadi siapa yang mengajar mereka? Aku? Aku baru je nak mula belajar mengajar, aku belajar daripada mereka. Dan setakat ini pemerhatian aku, aku nampak banyak bersifat berkepentingan peribadi saja. Profesion? Professionalism? Critical thinking? Reflective practitioner? Alahai...

Adakah aku sedang bodoh sombong berperang di medan perang yang jelas tumpul senjata aku sekarang ni? Tapi kebanyakan masa sekarang ni aku rasa senjata aku tak setumpul yang aku sangka, yang mereka buat aku percaya, yang mereka percaya.
Suasana kerja yang aku hadapi sekarang ini sangat tidak menggalakkan creative thinking...critical thinking? Ahaks...

Dulu berdegar-degar isu aku tak cukup klinikal, maka dengan nekadnya aku minta kat orang atasan agar kami ni diberi peluang attachment. Sekarang bising pulak attachment lama sangat, makan gaji kebih daripada sepatutnya lah, tidak berfungsi seperti sepatutnya lah... Aku pelik lah, apa isu sebenar terbuku dalam hati mereka sebenarnya?

Jelas aku sedang berperang di medan perang yang sangat luar biasa tahap tekanannya. Macam dikelilingi oleh sekalian Abu Masad, Abu Lahab dan isterinya... Tak tau la sampai bila aku dapat bertahan, sebab di mata akal aku sekarang jelas mereka hanya nak seorang dummy yang boleh disuruh2 buat kerja mereka, mereka sign dan pura2 tunjuk pada bos dorg yang buat kerja tu, atau nak aku resign sebab memegang gred yang sama taraf dengan tahap senior adalah sesuatu yang sangat menyakitkan perasaan mereka. Sorang member aku dah resign gara2 politik begini.

Aku semacam teringin nak menghadiahkan buku sejarah/biografi Florence Nightingale kepada sorang2 mereka. Jika benar mereka sebaik yang didakwa, adakah mereka mencontohi semangat Flo? Yang aku nampak mereka lebih kepada si kakak Flo, Parthenope atau si ibu Flo.

Entah apa yang aku merepek2, tapi hakikatnya sekarang aku cuma mampu yakin dengan jalan yang Allah berikan. Walaupun ada ragu2 dan bimbang sama ada betul jalan yang aku pilih sekarang, iaitu stay dalam gomen, menghadapi perkara yang ingin aku ubah dengan senjata yang tidak cukup meyakinkan ni...aku cuma mampu berdoa agar Allah menguatkan aku, mempermudahkan jalanku, menetapkan niatku...sebab sekarang ni yang buat aku stay menghadap golongan Abu Lahab sekarang ini ialah aku rasa ini fardhu kifayah atau jihad dalam bidang ini bagiku...Kalau aku lari ke tempat lain yang memberi kelebihan kepadaku tapi semuanya sudah baik2 saja, maka aku seperti lari meninggalkan medan perang yang memerlukan orang yang ada kesedaran diberi Allah macam aku. Aku tahu aku diberi kesedaran ini, sebab kalau tak mesti awal2 aku dah cabut, mesti aku dah tinggalkan bidang ni dan buat kerja lain, mesti aku dah lari ke tempat yang selesa dan memberi kepentingan kepadaku. Aku hanya mampu bersangka baik dengan Allah. Sukar untuk aku confirm aku ni ikhlas ke tak, sebab hati bila2 masa boleh dibolak-balik. Hari ni boleh jadi niat kerja sebab Allah, esok pula entah2 nak naik pangkat ke, nak gaji buta lebih ke..

Tapi aku rasalah kan, dengan tahap aku sekarang, selagi aku tak cukup KUANTITI macam yang diorang harapkan (tak kiralah KUALITI tu macam mana), aku akan forever jadi junior, akan forever tak boleh bercakap dalam meeting, forever jadi senior dari segi seniority masa, tapi forever pandangan aku dipandang rendah...

Aduhai Ya Allah...semoga aku terlindung daripada kesombonganku sendiri...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-65619334427361433112011-01-24T22:27:00.004+08:002014-06-05T23:48:17.846+08:00Kisah cuti sakan dan blues home alone...Last December balik ke Sarawak sempena Xmas..walaupun aku tak celebrate, tapi aku bawak anak-anak dan husband balik atas niat pada masa itu la dapat berjumpa sedara-mara belah aku, berkumpul ramai-ramai. Walaupun aku dah memeluk Islam, tidak bermakna hubungan keluarga aku yang bukan muslim sudah terputus. Malahan, pada masa itu aku dapat menggembirakan ibu bapaku hanya dengan kehadiran kami, lebih-lebih lagi anak-anakku yang merupakan cucu-cucu daripada satu-satunya anak yang sudah kahwin dan punya anak sendiri.

Kenapa baru update hari ni ye? Kebanyakan blogger bersemangat menulis blog balik pada awal tahun, teringat balik blog yang lama ditinggalkan. Heh! Aku sekadar takde mood, sebabnya pada saat ini aku seorang diri di rumah, cuma sekali-sekala adik dan sepupu datang menjenguk.

Tahun baru masihi 2011 kali ini bermula dengan sayu setelah 'berpesta' bagai nak rak di rumah parents hehehe
kalau ikut rentetan peristiwa dari mula cuti sakan;

16hb Dec - flight balik Sarawak..cuaca buruk, bergegar-gegar dalam flight, naik MAS atas ihsan tambang free untuk warga Sarawak/ Sabah bekerja di Semenanjung atau sebaliknya...alhamdulillah rezeki..tiap kali juga aku sentimental tengok muara sungai sebaik nampak dataran tanah Borneo dari dalam 'belon' bak kata orang Sarawak..my homeland..dari rumah ke KLIA naik teksi dalam 45 minit, pastu naik 'belon' ke Sibu dekat 2 jam yang tak terasa sangat sebab kecoh dengan anak-anak dalam flight, dari Sibu ke Dalat dengan speedboat selama 2 jam, dari Dalat daddy amik di pangkalan, 40 minit lagi baru sampai rumah..aduhaiii Sarawak...tertunggu-tunggu bila la agaknya airport di Mukah yang lebih besar siap, boleh la direct flight dari KL. Gila-gila punya travel...itu pun belum lagi nak kena jalan kaki lalu tanah merah kalau orang belah-belah hulu sana..aduyaiii...

17hb - melawat baby baru lahir pada subuh 16hb, baby boy uncleku, Ku Sui yang dinanti-nanti setelah bertahun-tahun mencuba selepas kelahiran dua anak perempuan sebelumnya..padat betul aktiviti...

18hb - dua pupu aku kahwin, dpt la bawak husband tengok budaya orang kampung aku bila kenduri kahwin..bila difikir-fikir balik, kalau kami nak kawin ikut adat belah aku, memang kopak la...lagipun dalam adat belah aku (Melanau), pihak lelaki pergi ke rumah perempuan, tetapi dalam adat Melayu, sambut menantu tu perempuan pegi umah lelaki. Sebab tu aku kata kat husband, kita ni jadi rebutan pihak masing-masing. Kalau belah husband, adatnya expect aku ikut dia balik umah dia. Kalau belah aku pula, lelaki yang kena ikut perempuan balik umah belah perempuan la...sudahnya, aku rasa baik kami duduk KL aje, win-win situation sebab susah nak ubah adat yang memang dah sebati dalam diri, keluarga, masyarakat...chewahhh...

19hb - dinner di Riverside ke Riverview seafood restaurant di tebing Batang Mukah (batang tu sungai la dalam bahasa orang Sarawak)...errrr cuma sup gamat kurang kawwww kalau dibanding dengan seafood restaurant lain yang dah habis dijelajah satu Mukah tu (hobi famili aku bila berkumpul ramai-ramai ialah makan di seafood restaurant, yang lain-lain tu mesti BBQ). Tapi dari segi view dan servis memang ok sangat lah...

20hb - husband dpt panggilan pulau..panggilan pegi keje ke Qatar..huhu maka dengan pantasnya beliau kene berangkat ke KL dengan segera dan terus berangkat ke Qatar...fuhhh...kesian hubby aku tu cari rezeki..sedih tu sedih jugak sebab tak puas nak bercuti sakan dengan hubby dan anak-anak di kampung, tapi redha aje lah, jihad suami nak cari sesuap nasi kena la diiringi doa agar selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan anak-anak..dari segi perasaan tu memang aku sebagai wife kena berkorban, tapi memang kesian kat anak-anak selalu kena tinggal. Tapi yang sulung tu dah macam paham, si kecik tu biasanya nenong jugak la cari papa dia dua tiga hari...

21hb - berangkat la beliau, kuiiringi dengan doa...

22hb - tiada aktiviti menarik, lepak di rumah dengan adik bongsu dah berkira-kira nak buat kek biskut apa...aku takde plan nak buat apa dengan hidung tengah sensitif lagi dengan bauan ni...

23hb - tahun ni takde pegi Sibu untuk shopping Xmas...shopping sekitar bandar Mukah aje...tahun ni aku nengok daddy layan aje jadi driver kitorang pegi shopping dari tengah hari sampai kul 6 petang hehehe

24hb - sorang-sorang berperang dengan anak-anak kat umah sebab ahli famili yang lainnya ada rehearsal sambutan di gereja..takkan la kitorang nak ikut kot heheh

25hb - Xmas day, hari besar bagi ahli-ahli keluargaku yang lain-lainnya, aku paham dan aku hormatinya...yang seronoknya tengok anak-anak seronok dengan ramai geng yang terdiri daripada pangkat auntie dan uncle mereka (sepupu2 aku). Meriah la umah parents yang saban tahun sunyi apabila anak-anak berada di luar kawasan masing-masing...abang di utara Sarawak (Limbang), adik lelaki di Johor (Batu Pahat), adik permepuan di Sibu, walaupun dekat aje tapi rumah parents tetap kosong tanpa anak-anak..dan aku pulak di KL dengan hubby dan anak-anak... Menu wajib setiap tahun (order dari JS seafood aje, nak masak suma tu tak larat) ialah sup gamat, mee goreng basah, lemon chicken, black pepper ostrich, mixed veggies..yang lain-lain tu tambah la ikut selera berubah tiap tahun...tahun ni mee jawa, steamed red snapper...tahun lepas nasi minyak, rendang ayam, rendang daging...

26-30hb - aktiviti aku suka, lawat dan jumpa sedara mara yang lama dah tak jumpa, mengeratkan ikatan keluarga sempena rumah terbuka Xmas..makan kek, makan biskut, ais gas, buah kering, keropok...huhuhh

30hb - shopping untuk sambutan new year pula, beli chicken wing banyak-banyak sebab esok malamnya nak buat BBQ...kalau beli last minute, memang payah nak cari sebab satu Mukah orang cari ayam kepak...BBQ macam wajib je new year kat Mukah ni...

31hb - bersiap untuk BBQ, karaoke, poco-poco dan apa-apa la...aku menghitung jam hubby balik untuk satu malam ke Mukah, nak jumpa anak-anak katanya sebelum berlepas pula ke Arab Saudi pada 3hb Januari nanti...dan semestinya malam new year dengan makan-makan dan sebgainya aktiviti orang kampung aku ni sambut new year..ronda-ronda naik motosikal dengan hubby ajak dia tengok org kampung aku sambut new year, ada karaoke kat balai raya, bergendang bertandak, tumbang lembu seekor yang diderma oleh bakal Yb (yelah, tak lama lagi election adun Sarawak)...memang la hubby pelik sebagaimana dulu aku pelik pada malam new year di kampung hubby, senyap sunyi aje kampung dia hehehe tapi itu sudah budaya masyarakat masing-masing, orang kata masuk kandang kambing mengembek, kandang lembu menguak..asalkan jangan lari akidah dan terpesong iman udah lerr...

1hb - hari yang sayu...sayu terpaksa tinggalkan anak-anak selama sebulan lebih di Sarawak dengan parents. Terpaksa, sebab hubby nak kene pegi Saudi, aku keje, mak yang tak boleh ikut pegi KL lagi sebab dia ada appointment hospital, tambahan pulak anak-anak mak yang lain masih dua tiga hari lagi lepak di umah dorang, takkan aku nak selfish angkut mak datang KL...bibik? Aku tak berkeras sangat nak dapatkan bibik kalau aku kurang percaya...petang new year kul 3pm sempat bawak anak-anak pegi pantai...aktiviti hubby kalau balik kammpung aku je mesti nak pegi pantai , dan satu lagi makan udang sebab sana udang fresh, beli pun time tengah lompat-lompat lagi udang-udang tu...kul 530pm berangkat dengan bas ke Sibu...sedih wooo tinggalkan anak-anak walaupun sebulan lebih...kesian anak-anak, mesti diorang rasa shocked sangat kene tinggal lama macam tu pasal tak pernah-pernah lagi...apakan daya tapi aku yakin ada hikmahnya semua ni...Tido satu malam di hotel Medan di terminal bas di Sibu...alhamdulillah dapat bilik, last bilik yang tinggal...

2hb - bangun awal pagi, bergerak ke airport Sibu, kembali ke KL...sayunya tanpa anak-anak di sisi, lagu karaoke Baik-baik Sayang Wali Band itupun dok terngiang-ngiang di telinga...boarding pastu kaki tak jejak tanah Sarawak..huhuh sentimental..bila la aku akan kembali, tempat terjatuh bangun, tempat bermain, membesar, belajar...

3hb - kerja dengan semangat fresh, tapi hati tertinggal di Sarawak..

4hb - hubby ke Saudi, adik lelaki dengan sepupu datang dari Mukah, singgah satu malam di KL sebelum berangkat ke Batu pahat esoknya...

5hb until present - bermula episod menghitung hari nak berkumpul semula dengan hubby dan anak-anak...seksanya...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-33612810047715674202010-12-01T19:47:00.009+08:002014-06-05T23:48:50.797+08:00Hello December...another 20 weeks of pregnancy...
30 days to go...
apa yang dihitungkan?

bak lagu Stacie Orrico...
There's got to be more to life than chasing down every temporary high to satisfy me...

mencari, merancang, melaksana, menilai pelan
pelan jangka masa pendek
pelan jangka masa sederhana pendek
pelan jangka masa sederhana panjang
pelan jangka masa panjang
pelan jangka masa yang amat panjang
pelan jangka masa yang infiniti panjang...azali

umur dah main tua
hutang bertambah
simpanan berkurang
tanggungjawab bertambah
umur berkurang
iye, berkurang, makin tua, makin dekat kubur, entah2 esok, entah2 malam subuh nanti, entah2 dua tiga jam lagi, entah2 beberapa minit lagi, entah2 sesaat nano saat lagi...

adehhh dosa aje yang bertambah, amalan pulak kebarangkalian mengalami muflis jika asyik diderma sedang asyik makan daging manusia...

tapi belum cukup faham
jauh lagi cukup ikhlas
apatah lagi amalan ntah hapa hapa lagi

haishhh...
ruginya
ruginya
ruginya

tertipu diri sendiri

nauzubillah

peliharakanlah aku daripada kejahatan diri sendiriAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-78413533046559612452010-11-18T16:51:00.002+08:002014-06-05T23:48:15.862+08:00Cinta itu...Kelakar, setiap kali aku menghadapi sesuatu perkara, Allah cepat-cepat berikan petunjuk. Dan memandangkan aku ni suka beli majalah dan buku, ada sahaja artikel yang memberi aku petunjuk. Setiap kali juga boleh dikatakan jawapannya dalam majalah Anis. Alhamdulillah,syukur kepada mereka yang menulis artikel yang sangat terkesan merawat hati dan membawa kembali rasa keimanan, bukan bersifat dakwah dengan nada membosankan yang asyik menekankan amalan semata-mata tapi tidak dapat merawat hati yang merana.

Aku selalu memujuk diri setiap kali rasa husband kurang memberi perhatian dan bercintaan dengan wife sendiri, aku ni nombor 5 aje dalam ranking keutamaan husband. Kekadang aku direct cakap kat husband, ”mama nombor 5 aje”. Entah husband paham ke tak maksud aku tu, tak pasti la pulak. Yelah, ranking keutamaan bagi seorang lelaki dalam Islam ialah Allah, Rasulullah, ibu dan ibu mertuanya, bapa dan bapa mertuanya, baru la isterinya.

Nak dijadikan aku rasa kelakar tu, selama ni aku rasa ranking nombor 5 tu dah bawah dah, tapi rupa-rupanya ranking sebenar aku sebagai isteri ialah nombor 6. Berdasarkan satu artikel dalam Anis keluaran terbaru (Disember), ranking ke-5 ialah saudaranya, lepas tu baru la isteri. Adehhh...mula-mula dulu aku sukar terima hakikat, tapi sebab dalam Islam anjurannya begitu, maka aku redha. Tapi sukar juga la bagi perempuan saudara baru macam aku ni nak adjust sebab dah agak sebati dalam diri dari kecil bahawa our lover should be number one in our heart. Sukarnya mengubah percintaan gaya Valentine's kepada percintaan dalam perkahwinan dalam Islam. Tapi, bagi seorang isteri, husband dalam ranking ke-3. Pertama ialah Allah, kemudian Rasulullah, baru suaminya. Jadi, giliran aku jadi nombor 3 selepas Rasulullah ialah bagi anak lelakiku. Tak apala, masanya akan tiba.

Sebab itu lama-lama aku redha. Aku melatih diri sedikit demi sedikit apa yang termampu untuk menjadikan Islam landasan hidup, agar anak-anak terdidik begitu juga dalam setiap aspek hidup. Bukannya hanya rutin puasa , raya semata-mata tapi roh amalan tiada. Bagi aku, tanda ada hayati Islam dalam hidup ialah apabila tidak menyingkirkan apa-apa aspek Islam dalam setiap apa yang dilakukan. Ditakdirkan salah seorang anakku jadi tukang sapu sampah sahaja, aku redha andainya dia tidak meninggalkan iman, jaga solat, jaga akhlak dalam Islam, sesungguhnya tukang sapu sampah juga manusia yang bermanfaat jika tidak membuat kerosakan dan zalim kepada manusia lain. Tapi sudah tentu sebagai ibu, aku mengharapkan anak-anak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Apa guna menjadi profesional yang mendapat rezeki yang haram? Kesian anakku andai tak berjaya akhiratnya, neraka la tempatnya. Jadi, yang abadi di akhirat nanti menjadi keutamaanku.

Cuma kekadang nafsu seorang perempuan ni nak manja lebih kekadang demand jugak huhuhu... Tapi aku geram jugak apabila ada masanya husband tak 'menomborsatukan' Allah. Macam penat je aku melatih diri meredhakan bahagianku kerana Allah. Susah tau nak mengubah apa yang kita percaya hanya semata-mata kerana disuruh walaupun hikmahnya tak nampak segera di depan mata. Lagi-lagi dengan background aku yang terdidik dengan tiada ranking keutamaan yang begini jelas. Dulu ingat bila kawin tu husband la nombor satu, kita la nombor satu bagi husband. Esemen...

Alahai cinta... Pendefinisian semula bagi aku. Akhirnya, konklusinya, aku cuma mampu tunduk bahawa cinta kepada manusia yang paling sejati bukanlah mencintai diri dahulu atau berenang merentas lautan api, tapi semuanya kerana Allah semata-mata. Jika seseorang mampu bercinta kerana Allah, maka itu lah cinta sejati kerana bersumberkan Allah yang sejati. Cinta ini juga pasti mendapat kekuatan mengharungi apa sahaja cabaran, kerana insyaAllah mendapat pertolongan dari The Almighty. Sebab sombong la manusia jika dia kata cintanya paling sejati jika dari dalam diri sahaja, sebab diri itu lemah, maka cinta itu bersumberkan lemah.

Mampukah aku jadi pencinta kerana Allah? Allah sahaja yang tahu, sebab aku manusia, perempuan beremosi yang nipis imannya, banyak nafsunya, dan mudah dibolak balikkan hatinya oleh syaitan tak nampak dan yang nampak. Kan perempuan ni suka gosip, cemburu dan mudah curiga? HehehheAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-78665644987683677302010-11-13T10:39:00.007+08:002014-06-05T23:48:42.169+08:00Kelik Kelate...Baru dapat access internet...letih balik dari Kelantan last week baru settle, baru rasa segar sikit nak menatap internet. Balik meraikan majlis perkahwinan anak Pok Teh, Kak Long Ena dan suaminya Aman, orang Kuala Langat.

Balik Kelantan benar-benar refresh diri. Banyak sebab, antara sebab walaupun bukan sebab utama - shopping sakan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah hehehe...

Sebab lain, dapat jumpa sedara-mara belah husband di Kelantan yang dah lama tak jumpa. Orang lain tu aku tak tau la, mungkin tak seexcited aku jumpa sedara mara belah husband, sebab biasanya kita lebih excited jumpa sedara mara belah sendiri je. Tapi aku rasa excited nak jumpa diorang ni. Lamanya dah tak jumpa, walaupun bukannya related by blood pun. Last aku balik Kelantan ialah semasa Mok (ibu Mek, mak mertua aku) meninggal dunia.

Sebab lain lagi, duduk kat umah Mok Su. Merasa jugak duduk umah banglo sedara husband hehehe Bukan sebab umah banglo tu, tapi sebab isi rumahnya. Sejuk perasaan tengok anak-anak Mok Su. Terdetik dalam hati, dapat ke aku nak didik anak-anak aku macam tu? Terdetik lagi, dapat ke aku jadi parent yang mengikut lunas-lunas Islam bagi anak-anakku? Macam tak mampu aje, iman sendiri terkapai-kapai...

Bukan luaran Islamik yang aku pandang, tapi kefahaman yang teguh tentang Islam itu yang penting bagi aku. Sebab itu antara sebab aku terbuka hati terhadap Islam dahulu, iaitu apabila wujud terselit member yang Muslimah tapi tidak jumud. Ada member-member lain, bertudung litup labuh hanya bergeng sesama sendiri, enggan bercampur dengan kaum bangsa lain yang tak seagama dengan alasan kafir. Tapi member yang sorang ni benar-benar buka mata aku. Aku tak kata dia Islam semata-mata, tapi bagi aku dia Muslimah sejati. Solat tak tinggal, selalu puasa sunat, berprasangka baik terhadap orang, open-minded, sederhana dan segala sifat-sifat baik la. Tak pula bertudung labuh, dan dia sentiasa menahan diri daripada mengumpat orang. Pembersih dan tidak ujub, tidak rasa diri lebih baik daripada orang lain.

Itu yang aku harap dapat didik dalam diri anak-anakku. Persoalannya, mampukah? InsyaAllah... kalau aku sendiri tak mampu, aku harap persekitaran dapat membantu. Terfikir juga nak pindah ke Kelantan, nak hantar anak-anak ke sekolah agama swasta, dengan harapan kukuhkan tauhid, fikah dan kefahaman agama mereka dahulu, dah besar tu harap-harap mudah nak mendapat kefahaman agama taufiquhdin (sebut reti, eja tak reti, entah betul ke tak) agar menjadi muslim muslimah sejati, bukan ikonik semata-mata, tapi memang terbit dari kefahaman sejati.

Memang menyegarkan, at least aku bernafas juga la dalam kelemasan sendiri. Chewahhhh bahasa....Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-31243049824967350962010-11-04T19:54:00.006+08:002010-11-04T20:21:28.930+08:00Islam berbangsa Melayu vs Melayu IslamMemeluk Islam kerana Islam, bukan kerana Melayu. Sebab sampai mati aku tetap bukan Melayu.

Sukarnya berjumpa Muslim berbangsa Melayu. Banyaknya Melayu yang pastinya lahir Islam. Kekadang terkeliru, aku rasa aku banyak di'melayu'kan, bukan di'Islam'kan.

Nak jadi apa aku ini akan datang? Muslimahkah atau Melayukah?

Mukminah? ?? ??? Solehah? ?? ???Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-35567095278758972402010-11-03T00:41:00.005+08:002010-11-03T01:10:52.222+08:00Please do not wish me anymore birthday...pada tahun-tahun mendatang...itupun kalau diizinkan Allah, masih hidup sampai tahun depan dan tahun-tahun seterusnya...

Apapun, terima kasih kepada semua yang wish, aku sangat hargai. Mungkin ini tahun terakhir aku excited dengan birthday wishes. Azam umur 30 dan seterusnya ialah, "1 November is just like any other day. I should just thank my mum for giving me birth."

Walaupun rasa seronok dan diingati apabila mendapat birthday wishes, tapi aku dah mula agak fobia dengan 1 November.

Bukannya aku tak suka makin tua, cuma aku tak nak hari itu berlalu dengan frustration. Sedari tahun ini aku perasan, aku dah tak menaruh sebarang expectation or thought for celebration or surprises or any present, aku cuma berharap 1 November berlalu dengan tiada apa-apa perkara yang tidak ingin diingati. Lebih baik ia adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja daripada diingati tapi penuh dengan kenangan buruk yang menghantui tahun-tahun akan datang. Sebab itu aku sendiri pun rasa kelakar dan terkejut dengan perasaan sendiri. Terdetik juga bimbang, kot-kot aku ni mula 'membiuskan' perasaan aku sendiri supaya tidak berasa apa-apa lagi, yang penting untuk mengelakkan further hurt. Jangan sampai hilang perasaan cinta sudah hehehe...

Sound merajuk? Entah la, maybe, maybe not. Tetapi menerima perubahan yang mendadak dalam hidup dalam keadaan tidak dijangkakan, adakalanya membuatkan aku perlu rasa betul-betul kena adjust denga perubahan tersebut. Dan sekarang aku sudah mula sedikit sebanyak mencapai tahap adjustment tersebut. InsyaAllah, lama-kelamaan aku akan ada daya tahan terhadap kebiasaan dari kecil tu, dan berharap kebiasaan baru kali ini akan tahan lama.

Maybe anak-anak pun aku akan tidak sambut birthday mereka sebaik sahaja mereka baligh. Sebab lebih baik mereka rasa biasa-biasa saja tentang birthday, daripada merasakan tarikh itu istimewa tapi jika spoil, sangat menghantui perasaan. Sambut masa kecil-kecil sahaja, sekadar untuk menggembirakan zaman kanak-kanak mereka. Sebab aku ingat semasa kecik-kecik dahulu, birthday adalah sesuatu yang sangat special untuk diri. Biarlah zaman kanak-kanak adalah penuh keriangan, zaman remaja mereka perlu belajar terima hakikat bahawa pada masa akan datang, dewasa, berkahwin dan tua, birthday hanyalah hari yang biasa sahaja.

Sebenarnya, aku lebih suka umur meningkat. I just cannot wait to gain autonomy in my own life. And I hope maturity and wisdom will follow with my age, not merely bigger number.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7429316706471417626.post-72804052651393680172010-11-02T02:01:00.004+08:002010-11-02T02:44:51.173+08:00Pasca harijadi...Sebagaimana sedramatiknya aku ni, maka ulangtahun kejadian aku pun berakhir dengan dramatiknya juga.

Aku selalu terfikir, alangkah baiknya jika aku tak lahir 1 November, maka tak perlulah aku bernaung bawah zodiak Scorpio yang memang terkenal angin lintang pukang.
Semalam berakhir dengan baik. Aku harap la, dan aku berjaya melakonkannya dengan baik. In the end, as always, frustration akan sentiasa mengekori. Tapi wajarkah aku sebagai seorang Muslim mempercayai zodiak ni? Tak wajar, tapi atas beberapa sebab aku tak tau, orang yang lahir bulan November ni rata-ratanya moody (atau zodiak itu sendiri sudah memberi gagasan psikologi kepada manusia sejak kepercayaan tentang zodiak itu diperkenalkan, maka manusia bertindak mengikut apa yang dia percayai siapa dia???). Masalahnya aku dah sebati selama hampir 30 tahun untuk mempercayai bahawa aku seorang Scorpion yang moody, the darkest, the most hated amongst all zodiacs huhuhu...so,macam mana ekk nak tukar balik apa yang telah sebati minda ni dan memulakan benda baru, to turn a new leaf bak kata orang putih (antara usaha aku ialah masuk Islam). Antara perkara lain yang sebati dalam minda aku ialah imej aku yang berkulit gelap dan bukan calon isteri / ibu yang baik. Sehingga sekarang persepsi diri tu susah betul nak ubah sebab dengar perkara tu ulang-ulang macam diprogram dari kecik lagi. Orang sekeliling kata aku berkulit cerah pun, kalau aku membayangkan diri aku sekarang ni, aku terbayang aku yang berkulit gelap. Payah betul nak bayangkan diri yang berkulit cerah... Masalah besar ialah hal percaya diri tentang jadi isteri / ibu yang baik. Sebab buat macam mana terbaik pun, diri tetap akan rasa tak cukup.

Aku sebenarnya suka naik umur ni, tapi semenjak akhir-akhir ini, aku tak suka, berdebar-debar rasanya. Aku bimbang expectation aku tentang melalui hari itu dengan baik, tanpa ada perkara-perkara yang menspoilkannya. Tahun ni aku dah tak memikirkan tentang celebration dan sebagainya, cukup aku mengingati tarikh hari ulangtahun itu sebagai satu hari yang tidak spoil.

But as always...the biggest spoiler kalau bukan tidak tentu sekali diri sendiri. Haiii...aku ingat tutup mata pukul 12 tadi aku dah selamat melalui hari dengan baik. Tau tau terbangun pukul 1 pagi dengan perasaan sungguh bad mood dan tak boleh tidur pulak. Tiada salah siapa-siapa, merely salah aku yang moody.

Esok nak kerja, migraine baru nak reda, badan letih, otak letih....huhuhuh apa la nasib...

Entah la, tiba-tiba aku rasa nak ambik tiket wayang tengah malam dan tonton wayang sorang-sorang di Cineleisure. Ataupun tiba-tiba rasa nak duduk dalam kedai buku. Ada banyak lagi tempat-tempat dan kaedah-kaedah aku boleh relaks, tapi tak boleh nak sebut sini.

Tapi ehhh kenapa tak terfikir nak solat ek?

Tapi akhirnya, aku cuba meletihkan diri dengan membasuh pakaian, menggosok baju, menjemur pakaian, mencuci pinggan mangkuk sehingga sekarang! Itu pun masih ada lagi pakaian aku target nak lipat malam ni, sampai letih, sampai rasa nak tertido. Aku dah letih menderita sakit kepala minggu lepas, jadi aku tak nak aggravate benda tu balik dengan berfikir macam-macam sementara nak menidurkan mata. Better aku buat something yang meletihkan badan dan otak, tapi tidak berfikir ke arah pemikiran yang tidak sihat. Syaitan ni suka cucuk time-time umat manusia tengah hanging satu badan.

Dah telan panadol, kepala mula denyut balik dah, rasa loya pun ada...adehhhh...

Alahai, rasa nak tukar date of birth to ke bulan Januari ke, Februari ke, Ogos ke, September ke...tapi terima aje la dah takdir...aku ditakdirkan begini...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07696122122371535146noreply@blogger.com0