Thursday, July 22, 2010

Perkara-perkara hebat...dalam Little things (part 2)

Apakah perkara-perkara hebat yang pernah anda lakukan?

Apakah perkara-perkara hebat yang pernah aku lakukan?

Perkara-perkara hebat yang aku lakukan, adalah apa sahaja yang aku rasa aku tak mungkin dapat buat...

Ada orang kata, dapat habis pengajian bachelor dari menara gading...mungkin kepada sesetengah orang..aku tak dapat tak setuju, sebab setiap orang ada rasa hebat masing-masing. Mungkin bagi dorang yang berpendapat macam ni adalah kerana dorang tak sangka akan dapat segulung ijazah (orang dulu-dulu kata segulung, sedangkan sebenarnya sekarang benda yang kita dapat time konvokesyen tu replika aje, surat suruh kita pi amek sijil sebenar dengan ofis pengurusan)...aku tak dapat kata dorang salah...

Tapi bagi aku, mendapat ijazah bachelor bukan perkara hebat sangat (mungkin aku tak rasa sekarang, mungkin pada masa akan datang...). Bukan aku sombong ke apa, tapi aku dibesarkan, dan bersekolah di sekolah yang macam konfem kita ni akan dapat degree, so perkara ni semacam dijangka bagi kebanyakan kami kat sekolah aku menengah aku dulu (errr sekolah asrama penuh, macam tu la, skema dan ambitious). Cuma bila dah lalui proses nak dapat degree tu, payah jugak, especially semasa bersengkang mata buat assigment dan final project. Keadaan pada masa itu pula dengan komputer gedebab harga RM3,500, tak macam budak sekarang laptop boleh dapat dalam RM1,200 aje. Aduih sengsaranya mengangkut monitor, CPU yang besar gajah, printer...tapi still alhamdulillah kalu banding dengan member-member yang takde komputer sendiri dan mereka terpaksa pinjam member ataupun pergi cyber cafe yang bayaran sejam RM5, tak macam sekarang RM2 aje. Tapi bila pikir-pikir balik, ada baiknya kita di'condition' untuk percaya kita akan dapat, sebab otak kita diprogram untuk dapat dan buat sehingga dapat.

Berbalik kepada perkara hebat aku...

Time sekolah menengah dulu, aku berjaya main gitar hehehe sebab tengok orang main macam susah je, pastu best je... Lagu pertama aku berjaya main ialah Unchained Melody.

Pastu abis SPM, aku berjaya berenang setelah 3 bulan berusaha berenang kat sungai belakang umah nenek aku kat kampung. Kitorang adik-beradik semuanya tak tau berenang walaupun kampung aku setiap ujung tahun banjir tahunan. Macam acara wajib budak-budak kampung untuk mandi sungai tiap kali musim banjir tiba. Aku selalu gak curi-curi mandi sungai, tapi berpaut dengan tangga ataupun kat badan auntie aje huhuhu... Dengan tekad aku berusaha, dan berusaha, akhirnya aku berjaya walaupun sekali hampir lemas dan diselamatkan oleh saudara dua pupu dengan perahu (naya kalau mak tau). Alkisahnya kitorang adik-beradik tak pandai berenang sebab mak tak kasi sangat kitorang mandi sungai, takut lemas. Lagipun, masa aku kecik-kecik dulu, adik aku mati lemas lepas jatuh dalam sungai situ. Apapun, sekarang rasanya aku seorang aje antara adik-berasik yang berjaya berenang. Bayangkan, umur 17 tahun baru belajar berenang sorang-sorang. Sekarang aku dengna happynya dapat berenang kat swimming pool dengan puasnya apabila ada peluang...alhamdulillah...

Pastu time di universiti, aku berjaya baca tauge, yakni not-not muzik dan main violin...paling tak sangka dapat join orkestra universiti walaupun kitorang kat dalam orkestra tu aje yang tau betapa ngek ngok nya bunyi violin time tu. Tapi dengar orang lain kata macam sedap je huhuhu...

Pastu, dalam umur lewat 20-an ni, aku berjaya driving keta, kat KL lagi tu...sesuatu yang aku tak pernah dapat bayangkan. Something yang tak pernah percaya aku akan dapat drive, sama macam orang lain rasa macam tak sangka dapat degree. Apatah lagi dulu masa di tahun kedua universiti, aku penah eksiden bawak motorsikal, tak sedarkan diri beberapa saat atau minit, aku tak tau la. Lepas tu macam trauma nak bawak motorsikal ke, apatah lagi keta... Tapi sekarang bila pegang stereng kete sendiri dan bawak pegi keje, alhamdulillah...tak sangka, perkara yang orang lain pandang biasa, tapi aku berasa hebat...yelah, ingatkan takkan dapat drive sampai bila-bila pun...

Macam ni la kut agaknya perasaan orang yang rasa hebat ada degree, tapi aku rasa biasa-biasa...dengan orang rasa biasa-biasa je drive di KL, tapi aku rasa hebat hehehehe...

Wednesday, July 21, 2010

Little things...

Perkara yang nampak kecil tapi buat aku betul-betul happy hari ni. Insiden ini beberapa minit yang lepas, aku baru lepas habis shooting untuk kelas (ada teknologi, pakai la...)

Terjumpa student yang pernah aku supervise semester lepas. Diorang tanya aku, "puan kat hospital mana klinikal nanti?"

Aku jawab, "kat hospital X dan Y. Kenapa?"

"Kitorang kat hospital Z. Ala, rugi la, banyak benda belajar dengan puan hari tu."

huhuhuhu bahagianya aku mendengarnya...sekurang-kurangnya aku rasa berjaya jugak walaupun ada ketikanya aku rasa macam melukut di tepi gantang, entah student belajar apa daripada aku, entahkan tidak. Tapi, dapat feedback macam ni, kiranya ok la aku teruskan apa yang dah aku buat semester lepas, iaitu sentiasa tanya rasional membuat sesuatu perkara (supaya tidak buat kerja macam robot) dan sentiasa memberi inspirasi, bahawa it's gotta to be more to life, than chasing down every temporary high to satisfy...(ourselves, siapa lagi) (lagu Stacie Orrico pulak)....

Friday, July 9, 2010

Directions in Education (Part 1)

Cehhh...serius bunyinya entry aku kali ni...malas la nak cerita pasal World Cup kali ni, team aku Germany dah kalah dah lawan Spain...takde mood nak borak pasal World Cup dah...

By the way (bak kata orang zaman sekarang), kete baru aku tu aku kasik nama Paul Jabulani, sempena mengingati beli kete dalam sibuk-sibuk nak World Cup. Paul tu dapat dari nama the famous Paul the Octopus tu la, Jabulani tu nama bola yang kontroversi kali ni, siap NASA buat research aerodinamik lagi (ehhh...betul ke fakta aku ni? kalu tak silap laaa....)

Hmmm...macam biasa mukadimah tu mesti nak mengarut dulu, baru nak masuk cerita sebenar hehe...

oh, by the way, sekarang ni rehat hours, orang lain gi keluar makan rehat dan jalan-jalan (yang lelaki gi semayang Jumaat), aku decide nak stay kat opis sambil memikir isu ni yang berkaitan dengan kerja, sekadar reflection...takde ngelat ye...

Lama dah tak update blog, sibuk betul dengan lesson plan. Kalu tak tau apa kebendannya lesson plan tu, aku sendiri pun baru nak menghayati. Lesson plan tu secara ringkasnya pelan untuk mengajar. Nak mengajar kena ada pelan, rancangan, bukan syok-syok sendiri nak cakap apa pada student. Kena ikut kurikulum. Kurikulum tu apa? Sukatan pelajaran diorang la, supaya nanti nak exam kita tau la nak tanya student tu apa, takde la buat soklan exam syok-syok sendiri, tak tau student tu ada belajar ke tak, atau iktu tahap dorang ke tak. Kalu tak, student diploma bagi soklan tahap Master, naya bebudak tu.

Tajuk di atas ni aku dapat daripada kursus metodologi pengajaran (nak mengajar pun kena ada teknik) yang aku hadiri dulu sewaktu kerja di sebuah institusi swasta yang terkenal, yang iklannya masuk tv, siap taja jam masuk waktu berita lagi...rahsia...Speaker yang menyampaikan topik ni pada masa itu berpangkat Datuk (time tu kerja kat situ hi hi bye bye je dengan Datuk Datin, tak terasa sangat ada kasta, "aku senior", "aku pangkat besar"...boleh tegur mesra lagi huhuhu sekadar renungan untuk aku yang takde pangkat apa-apa ---> total achievement is noble ignorance dan gain respect by respect, not by fear)

Yang bagusnya, perkara ni aku dengar tahun 2006, tapi tak sangka aku akan kembali memikirkannya pada hari ini. Komen? Kritik? Entahlah, sekadar untuk reflection aku je dalam blog ni...

Slide powerpoint yang dicetak masih aku simpan lagi, nasib baik la, boleh aku buat reference. Antara isu dalam topik hala tuju pendidikan ialah (mohon rujukan ye Datuk);
1. From mass approach to individualised diagnosis & teaching
2. From reciting & listening to participation
3. From 'ivory tower' to community's problem & consumer's need
4. From 'negative attitude to youths' & students to developing individual & unique potential.
5. From cynicism in educational technology to effective utilisation of appropriate media.
6. From meeting rigid requirement to meaningful evaluation.
7. From education based on administration requirement to greater creativity.
8. From fixed system of teaching to flexible & differentiated approach.

itu aje dulu...esok-esok hari cuti aku sambung...nak sambung kerja yang masih berlambak (ayat cover line) hehehe...

P/s: betul..aku risau jugak makan gaji buta kalau tak buat kerja yang sepatutnya time kerja, syubhat tau gaji kita makan tu,pastu beli susu anak-anak pulak, beli cikedis, kopok ikan, coklat cadbury, duit minyak pegi kfc...time rehat ni aku nak cover la mana-mana masa aku ter"mengelat" hehehe

Wednesday, July 7, 2010

Baru ada kete baru...

Orang lain seangkatan,sebaya dengan aku dah bersepah-sepah ada kete sendiri. Siap dah tukar kete lagi mahal dan lagi besor lagi.

Tapi alhamdulillah...akhirnya hari ini first day ke tempat kerja bawak kete sendiri. Kete Myvi 1.3 Premium, Silver. Alhamdulillah, orang lain pakai Honda Toyota dah...Macam tak percaya sebab baru 13 Januari 2010 dapat lesen P hehehe ;P...

Ambik kete pada hari Isnin 5 Julai 2010, tapi semalam mengada-ngada nak husband hantarkan, so baru hari ni drive sendiri ke opis. Lambat 1 minit pegi punch kad eheheh...

Perasaan? Bersyukur...sebab bila keluar makan malam tadi, ada satu family tu naik motosikal dengan dua anak lelaki, si ibu bawak si kecik dengan perut mengandung lagi, si sulung dengan si bapak yang bawak motosikal. Sayu tengok, sebab kete aku ni second car dalam family, selain kete husband.

Perasaan? Sedih jugak, sebab pagi-pagi husband hantar dan petang-petang husband amek dari opis, itu je time dating-dating dengan husband, borak-borak dan husband nak tak nak kene dengar ehhehehe... Pasni pegi keje sorang-sorang, balik sorang-sorang, takde pegang-pegang tangan dengan husband kat sebelah huwaaaa...

Cuma aku masih ada perasaan macam 'kena tumbuk di perut' apabila mengingatkan bagaimana kete aku tu first night bermalam bawah pokok sebab parking kete full. Kesian kete aku...dan bagaimana aku balik dari amik kete tu, tak sempat nak pijak umah pun lagi dengan perasaan 'joy', someone rosakkan kenangan itu forever. Lepas ni kalau aku beli another kete pun, dah bukan 1st car. Ibarat macam first love yang menyakitkan, ibarat first night bukan dengan husband /wife, ibarat dapat first gaji tapi kena rompak, ibarat makan aiskrim dapat jilat sekali pastu aiskrim tu jatuh ke tanah, ibarat nak pegi dating tapi kena dumped huhuhuh...

Apapun, alhamdulillah...semoga dapat bayar sampai habis hendaknya...takde kene tarik...amin.

Wednesday, June 30, 2010

Senyumlah alahai che mek molek....

Sekarang ni lunch hour. Aku kena luahkan apa dalam kepala otak aku sekarang supaya otak lebih clear untuk function petang ni. Aku tak marah-marah, aku pelik, hairan bin ajaib je...

Satu perkara yang kawan kat tempat kerja aku luahkan semasa lunch tadi, orang-orang kat tempat kerja i.e. senior, susah sangat nak senyum, atau dalam kata lain - kedekut hangit bab-bab nak senyum.

Dan awal pagi ni jugak, ada seorang member bisikkan kat aku, semalam ada senior tanya kenapa kitorang yang junior ni tak nak bergaul dengan senior. Ah, aku rasa soalan yang amat kelakar sekali.

Aku rasa semenjak dari mula-mula masuk kerja dulu, berapa kerat la yang nak senyum kat junior yang baru mula kerja ni. Puas dah senyum sorang-sorang, tersengih kambing sorang-sorang, jangan kata nak balas senyum, eye contact pun takde, paling muka pulak kat tempat lain macam la kita ni halimunan. Bagi salam pun tak balas. Telinga dah kurang sikit pendengaran, tang tu aku paham la (berdosa tau tak jawab salam)...

Tak lawak ke namanya bila tanya kita ni tak nak bergaul dengan diorang. Takkan la first day sampai tetiba aku nak sapa semua orang dengan penuh mesra, dengan detail peribadi dan sebagainya yang mendefinisikan aku ni peramah, tak sombong. Datang kat tempat baru, seperamah mana pun manusia, mesti ada rasa insecure, kecuali la aku ni Perdana Menteri kot.

Kalau ya pun ada such person yang peramah kat dunia ni, tak semua orang macam tu. Dalam sains tingkah laku pun rasanya ada belajar, manusia ni ada introvert, ada ekstrovert. Yang ekstrovert pun kalau mula-mula tiba tempat asing tu, senyap jugak. Gentar jugak nak pergi dari meja ke meja. Jadi tuan rumah tu kena la menyambut orang baru, takkan orang baru nak berlebih-lebih dalam rumah orang, nanti isu lain pulak. Kalau tak nak buat kenduri parti sekalipun, paling mudah tu senyum la...ni tak, orang baru datang tersenyum kambing, tuan rumah bawak muka masalah dunia...

Aku kekadang termalu sendiri apabila senyum kat orang tapi orang tak pandang pun. Macam orang gila sengih sorang-sorang. Tapi pastu, komen kita ni sombong la, tak approach dorang. Aduhai, macam mana nak approach kalu muka masing-masing macam memikul masalah dunia. Awal-awal dulu aku ingat lagi, "selamat pagi puan", "good morning"... Kalu la aku buat graf carta pai ke, histogram, graf X-Y ke, nak tengok berapa kerap dorang senyum balik kat aku, jawab salam aku. Tu yang diberi salam, belum lagi yang memberi salam kat aku, mula-mula senyum kat aku...boleh kira dengan jari. Tapi aku pelik, senior bahagian lain ok jekkk...hok yang caring dan nurturing ni macam ironi sangat aku tengok...

So far aku rasa aku approach senior yang balas senyum aku bila pagi-pagi datang ofis je. Tak semua la buat macam tu, yang ok tu aku tak kata la. Kalau ada senyum tu, tak payah la terasa. Hok the rest ni, golongan spesel ni yang aku tak berani kecuali ada hal yang amat mustahak yang melibatkan hidup dan mati atau periuk nasi aku. Kalu tak, aku takut gak terkena angin lintang. Kena sound pagi-pagi. Sound direct yang membina tu takpe la juga, tapi sound direct volume rosak yang tak best tu. Tak pasal-pasal mood nak kerja rosak. Dahlah tempat baru banyak benda nak belajar, pusing-pusing bangunan pun selalu sesat.

Akhir-akhir ni aku pun dah jadi macam dorang, memikul masalah dunia. Bimbang juga, tapi kekadang tu rasa puas hati sebab aku dah tak perlu memikirkan nak senyum ke tak (susah jugak ye nak decide senyum ke tak tapi hati separuh ikhlas, last-last aku pilih tak yah senyum laa..). Tapi selective la. Aku dah tak senyum-senyum macam dulu, apatah lagi ucap salam ke, selamat-selamat ke. Selective bermaksud hanya mereka yang aku dah kenal pasti takkan menghalimunankan aku. Mula-mula dulu tu senyum sebab ikhlas, tanda menjalinkan silaturahim, sedekah di awal pagi. Tapi sekarang aku dah takleh senyum sangat sekarang sebab hati aku tak ikhlas nak senyum, kalu senyum pun aku rasa buruk benar rupa. Sedekah yang tak ikhlas, baik takyah bagi. Tapi aku tak putus harap lagi suasana akan berubah lebih mesra, insyaAllah aku orang pertama tersengih gembira. Harap sangat sebenarnya budaya yang membina, bukan budaya yang stressful. Stressor banyak-banyak ni hanya membawa ke arah exhaustion aje, takde pekdah pun. Tu yang ada staff tak produktif, macam zombie aje datang keje. Aku memang tak salahkan zombie-zombie ni kalau begini la budayanya.

Entah la, senyum la alahai...
Kalu rasa tak reti senyum tu, meh belajar senyum. Senang aje, klik sini...

Wednesday, June 23, 2010

Lama dah tak in...

alahai lama dah post pape dalam blog aku ni...busy beb dengan lesson plan...so baik aku buat lesson plan dulu

Monday, May 10, 2010

Anna Karenina

yeahooo...at last aku ada buku Anna Karenina aku sendiri yang hard cover, unabridged...Tadi pegi Popular di Ikano, rambang mata tengok buku.Rasa macam nak sapu sebanyak-banyaknya...huhuhuh

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day...(Part 2)

Ni untuk aku sendiri...

Aku memulakan sambutan aku sendiri dengan memasak untuk family. Sejak bekerja balik ni, jarang sekali dapat masak untuk family. Kesian betul husband dan anak-anak. So, sempena Hari Ibu, I want to enjoy being a mama, cooking for my family...

Yang ajaibnya minggu ini, aku berjaya masak pada hari Jumaat dan untuk dinner malam tadi. Jarang sekali dapat memasak untuk family, sekali seminggu tu kira okey dah, apatah lagi minggu ni dapat masak dua kali seminggu, pada hari bekerja pulak tu (hari Jumaat). Dan malam tadi (kira malam tadi la sebab sekarang ni pukul 230 am), aku masak spesel sikit (sikit je...), ikan bawal emas kukus stail Mak aku, dan kerang kicap resepi stail ciptaan aku sendiri sejak mula kahwin...faveret husband ni. Nak prepare bahan tu yang spesel sebab leceh, nak kopek bawang, halia, serai, cili, asam keping bla bla bla...aku ni kalau boleh masak simple simple aje, bawang ikan bilis dah le. Kalau bahan-bahan banyak daripada biasa tu dah kira rajin dah heheheh....nasib baik nak masak bersantan tu pakai santan kotak je, takpun kelapa siap beli yang parut. Dibuatnya kena kait kelapa, 'koyok' kata urang Kelantan, parut lagi, blend lagi, perah lagi...alamatnya setahun sekali masak gulai bersantan ni pun dah kira nasib baik sangat (yelah, aku ni background lauk stail Cina dan Melanau kebanyakannya, so kari ayam atau masak lemak yang kat Semenanjung sini jadi lauk harian pun kira dah luar dari kebiasaan sangat. Kesian husband aku hehehe...)...

Anak-anak dah tidur dah dengan bapa dorang sekali, tinggallah aku meneruskan projek Hari Ibu aku untuk meraikan sendiri detik-detik menjadi ibu ni. Maka start la aku korek-korek printed copy ultrasound scan anak-anak aku semasa dorang dalam perut lagi. Aku mulakan dengan si adik dulu,Acheh, sebab dia punya salinan scan perut dulu hampir-hampir hilang gara-gara rumah tak terkemas (anak dah masuk dua, yang sulung toddler, bayangkan hari-hari main polis sentri dengan anak, rumah macam kena samun).

Siap dengan tag band yang dipasang kat kaki anak-anak masa diorang kecik dulu. Cuma strip Urine Pregancy Test positive kedua-dua anak yang aku tak jumpa. Dulu aku simpan, tapi sejak anak-anak pandai menggeledah rumah, tak tau la dah entah ke mana hilang strip UPT aku tu..huhuhuu....sedih...

Pastu masuk projek si kakak pulak, Acha. Aku punya la konfiden salinan tu ada dalam satu beg biru yang aku khaskan untuk antenatal visit yang sulung ni dulu (aku khaskan satu beg untuk barang antenatal and delivery si kakak, satu beg lagi untuk si adik, so senang nak cari barang dorang). Cari punya cari, alamak...takda..yang ada cuma bil-bil pemeriksaan klinik dan injection imunisasi dia. Kesian pulak aku dengan si Acha, aku terhilang pulak dia punya salinan. Kononnya konfiden dia punya ada, dan si adik punya hampir hilang dulu, so aku take for granted yang si kakak takkan hilang. Oh man...aku cari dekat sejam juga la kat bilik bacaan merangkap bilik stor. Last-last aku give up, habis korek dah fail lama, dari beg ke beg, rak ke rak, laci ke laci (harap husband tak marah bilik tu bersepah balik sebab dia yang kemaskan bilik tu dulu). Aku give up dah, tutup lampu, bukak lap top, tenangkan diri supaya lepas tu dapat tidur (kesian kat si kakak sebab kalau dia tahu dia punya salinan scan takde sedangkan si adik ada, mesti dia akan merajuk bila besar esok). Tapi, sure aku susah nak lelap mata. Dalam hati tu berdoa-doa agar jumpa balik salinan scan Acha. Tup-tup aku tergerak nak check timbunan beg bawah stok pampers. Alhamdulillah, tak sangka jumpa dalam beg susu (aku tak teringat langsung dengan beg tu)... Jumpa dan simpan, kepala aku dah berpinar nak sambung projek tu. esok-sok la pulak...

Taip entry ni pun aku pening semacam sebab mengantuk dan letih tadi berpeluh-peluh mencari...

Happy Mother's Day...(Part 1)

..to my mum...

dua bulan lepas aku tak sempat nak post pun birthday wish untuk Mak dalam blog ni. Rasa tak adil juga sebab last year aku wish birthday Daddy dalam blog ni.

Jadi, sempena Mother's Day hari ni...

Happy Mother's day to my mum...Mak (Mdm Evelyn Tan Khueng Guek)

...with all my love...

Thursday, April 22, 2010

Earth Day

...hari ini...

Aku masih ingat lagi aku ni memang seorang pencinta alam, malangnya sekarang aku agak kurang sikit mengamalkannya. Tak tau la kenapa sejak berkahwin, habit yang parents aku didik tentang alam sekitar, dan jga kesedaran dari kecik melalui pembacaan ke, ape ke (aku ni mudah diberi kesedaran) dari kecik lama-kelamaan mula luntur.

Contohnya, aku ni berjimat bila buka air semasa berus gigi. Semasa berus gigi air paip ditutup sebab kalau tak, free-free je air mengalir. Sama juga semasa mandi shower, kalau bersabun, air kena tutup. Tapi sekarang macam kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa nak amalkan...

Kertas pun macam tu, rasa bersalah kalau keronyok dan buang kertas yang masih ada ruang kosong untuk diconteng. Jadi kertas-kertas tu disimpan sebagai kertas rojak (masalah berlaku apabila sampah menimbun pulak, jadi tempat pembiakan lipas hehehe).

Air pun sama, kalau setakat nak siram sayur ke, pokok bunga ke, memang kalau boleh nak takung air hujan dan guna air tu. Tak payah guna air paip.

nanti la aku update lagi...

Sunday, April 18, 2010

Sekitar tentang alam sekitar...

Dua hari ni aku layan Discovery Channel, NGC dan History Channel di Astro. Tak lama lagi anniversary Earth Day yang ke 40 tahun pada 22 April nanti (rujukan daripada majalah anak sulung aku, Disney's Princess Magazine issue no. 69).

Global warming akibat ketamakan, kelalaian, ketagihan manusia akan tenaga...

Perjanjian Kyoto 1997 yang mana negara-negara buat pertama kali selepas lima tahun setuju untuk mengurangkan kesan rumah hijau, bagaimanapun menyaksikan negara penyumbang utama pencemaran dunia iaitu Amerika di bawah pimpinan Presiden George W. Bush pada masa itu enggan menyertainya atas alasan Amerika tidak bersedia untuk perubahan gaya hidup. Barangkali Amerika berasa kebal atas segala-galanya, terlupa dorang jugak tak boleh lari dari hukum alam selagi tanah dorang masih atas peta bumi. Selepas Taufan Katrina, hikmahnya berlaku kesedaran besar-besaran pada rakyat Amerika akan global warming, yang mana dorang pun tidak kebal apabila 'mak semulajadi' (mother nature) marah.

Sekarang bermacam-macam dah kita dengar. Terbaru kemarau paling teruk di China sehingga berjuta-juta petani China dan manusia yang terbabit dalam rangkaian makanan yang dikeluarkan China berdepan masalah (ayat aku ni sekejap macam bercerita kedai kopi, sekejap macam berita kat tv huhuhu).

Sekarang pun panasnya lain macam je di KL ni...

Membuatkan aku terfikir...dengan pelbagai masalah yang lebih besar yang kita hadapi sekarang jelas dan nyata (cuma kurang kesedaran), betapa kecilnya masalah malas pergi kerja, letih balik kerja, kereta tak cukup besar, rumah tak cukup selesa, baju tak ikut trend, tak dapat naik pangkat, gaji tak naik-naik, gaduh dengan sapa-sapa...bla bla bla...

Walaupun kita tak tebang hutan, tetapi apabila kita membazir kertas (sikit-sikit keronyok, sikit-sikit fotostat atas nama dokumentasi dan macam-macam la unnecessary use of paper), secara tidak langsung kita terlibat sama.

Apabila kita tapau makanan asyik guna polisterin atau minum air guna cawan kertas...

Apabila kita sikit-sikit nak naik keta, taknak jalan kaki....

Apabila kita asyik-asyik nak makan ayam goreng la, buang susu, makan kek...semuanya berkaitan...(yelah ayam goreng tu terpaksa tebas hutan untuk minyak kelapa sawit goreng ayam, untuk tanam soya dan jagung untuk makanan ayam yang akan digoreng, dan kawasan untuk ayam diternak besar-besaran...dahlah musnahkan hutan, badan pun banyak kolestrol)....

Terfikirkah kita, dunia apa yang bakal kita tinggalkan untuk anak-anak kita, keturunan kita dalam 20 tahun lagi???

Saturday, April 17, 2010

Enid Blyton

Sesiapa yang mengaku dirinya ulat buku, pasti kenal Enid Blyton. Di library sekolah, baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah, pasti terjumpa buku Enid Blyton di rak-rak buku. Siri pengembaraan lima sekawan, tujuh sekawan, siri cerita-cerita pendek. Original dalam bahasa Inggeris, tetapi juga terdapat dalam terjemahan bahasa Melayu.

Baru tengah hari ke kedai buku MPH di Mid Valley. Beli tiga buah buku, satu A Children's History of Malaysia oleh Tunku Halim, dua lagi tulisan Enid Blyton - koleksi cerita pendek iaitu The Strange Umbrella and Other Stories dan Twelve Silver Cups and Other Stories. Teringat masa kecik-kecik dulu malah sampai ke umur sekolah menengah pun masih sukakan buku-buku klasik Enid Blyton. Kawan-kawan sebaya lain pada umur remaja sudah mula baca majalah artis-artis popular, majalah Remaja, aku pulak masih dengan Enid Blyton (tapi baca sembunyi-sembunyi, nak pinjam tak berani, dorang jahat, gelakkan kita). Rasanya macam hingga sekarang aku tak habis baca koleksi Enid Blyton sebab terlampau banyak.

Jadi, antara impian aku ialah membuat koleksi buku-buku Enid Blyton. Aku ni sentimental orangnya, jadi koleksi ni macam best je untuk sentimental value. Aku harap anak-anak pun akan kenal Enid Blyton, bukan setakat J.K. Rowling aje. Entah-entah bila anak-anak dah besar, ada banyak lagi penulis baru muncul yang lebih grand daripada penulis buku Harry Potter. Hmmmmmm.....

Rumah semakin sempit. Satu bilik sudah dipenuhi buku-buku (dua rak semuanya), dan selebihnya dah macam stor. Terpaksa slow down dulu beli buku, kalau tak jadinya macam animasi ROD TV, buku bertimbun-timbun hinggakan nak jalan pun susah eheheh...aku ni ada ciri-ciri hoarder, hoarding buku...

Tu baru Enid Blyton, belum lagi koleksi klasik yang lain macam Jane Austen, Shakespeare, Oscar Wilde, dan lain-lainnya. Baru bahasa Inggeris, buku bahasa Melayu pun nak kumpul juga. Belum termasuk buku ilmiah, ensiklopedia dan lain-lain lagi...adehhhh...berazam nak pindah umah lain, kalu boleh duk umah kampung, boleh bina satu rumah kecik jadikan macam library. InsyaAllah ada rezeki....

Friday, April 16, 2010

Jalan-jalan cari makan...

Kalau ditanya apa favourite food aku, takde jawapan yang pasti. Sebabnya feveret food tu ikut mood dan waktu dan lokasi. Berikut antara my favourites, tapi bergantung di mana dan bila la....

The best teppayaki aku penah makan kat Malaysia (so far sebab tak penah pun pegi obersea huhuhu) ialah di Teppanyaki, KLCC, kat medan selera, especially beef teppanyaki. Dagingnya masak tapi still juicy nyam nyam nyam...tauge dan kobisnya pun fresh rangup, takde layu-layu macam teppanyaki tempat lain.

Ayam goreng KFC pun ikut tempat,sebab tak semua KFC ada kualiti ayam yang sama. Memang la dorang claim ayam dorang sama, sebab francais, tapi boleh dikata macam tu la. So far aku tak dapat spot sangat tempatnya, tapi aku boleh terima yang kat Mutiara Damansara. Sebab tu bertahan jugak la pegi KFC kat situ.

Burger? Opkos McDonald, Spicy McChicken. Kalu desperate sangat nak Spicy McChicken especially kalu satu-satu tempat takde McDonald macam di hometown di Mukah, Sarawak, aku akan opt kepada Zinger burger. Dengan syarat tengah tingin sangat dan tengah lapor sangat-sangat. Kalu setakat nak makan sesaje, tak habis seketul burger.

Best steamboat? Opkos steamboat mak aku buat. Tapi kena yang pakai arang punya, walaupun sekarang dah ada yang elektrik steamboat.

Best udang bakar? Pun mak buat bila aku balik kampung. Udang kat Mukah fresh-fresh. Time beli pun udang tu masih hidup lagi, terlompat-lompat lagi. So, imagine la kefreshannya.

Best pari bakar? Kat pasar malam di Saberkas, Miri setiap hari Jumaat. best untuk aku la. Especially kuahnya bila cicah dengan lemang yang beli kat situ juga. Pari bakar tu makan dengan sagu (butir-butir sagu orang Melanau, bukan tepung sagu). Pehhh...rindu lama dah tak makan pari bakar ni. Last semasa sekeluarga masih tinggal di Miri dulu (pindah balik ke Mukah pada tahun 2003/2004). Aduiii mak...

Best patin tempoyak? Yang kakak ipar, iaitu Kak Nik buat. Nyam nyam nyam...original dari Temerloh ni.

Best barbeque? BBQ ayam bila balik kampung. Mak guna air cola campur jeruk mangga yang merah oren tu. Pehhh...

Best nasi ayam BBQ? Ni kat kolej Muara masa study kat UNIMAS dulu (ntah ada lagi tak kolej kediaman ni tak tau la). Kitorang suka sangat tapau nasi ayam BBQ kat seberang jalan kolej ni. Dulu tak berapa nak appreciate sebab boleh dikata hari-hari makan, tapi sekarang terasa rindu pulak, lebih-lebih lagi sekarang ni dah lama tak jumpa nasi ayam BBQ Sarawak punya.

Best mee kolok? Mee kolok atau mee kering ni aku rasa yang paling best di Mukah la. Ada yang kata di pasar malam Satok, Kuching. Bagi aku, janji Sarawak punya, sebab tekak aku selera Sarawak hehehe... Ada jugak terjumpa yee mee kat Semenanjung ni, tapi aku tok leh gi...

Best mee goreng basah? Mee kat Mukah. Sekarang feveret kat kedai Mukah Laksa seberang stesen bas di Mukah, Sarawak. Dulu-dulu di Nam Hua dan ada satu kedai seafood di Miri, tapi sekarang dah tak leh pasal kedai-kedai tu tak halal hehehe...

Best sup gamat? Seafood restaurant di Miri (tapi tak halal, dulu la time dulu-dulu sebelum convert). Sekarang ni setiap kali balik Mukah, almost setiap minggu ajak family makan kat seafood yang sekarang macam cendawan tumbuh kat Mukah. Menu wajib, opkos sup gamat. Susah nak kata kat mana kedainya, sebab rasanya tak konsisten. Yang terbest mak kata kat Nam Hua, tapi untuk aku tak boleh sebab kedai tak halal hehehe... Yang lain-lain tu yang contohnya Medan Selera, JS Seafood, Nibong, pastu ada satu yang kat tebing sungai (aku tak ingat dah nama restaurant tu, tapi yang paling mahal).

Best aiskrim? Aku rasa Haagen-Daz. Baskin Robin nombor dua. Kalu paling sedap dengan harga paling best,opkos McDonald hehehe....Tu yang aiskrim beli kat kaunter la. Kalu aiskrim yang kita beli dalam freezer tu, aku tak kesah apa brand pun. Kadang-kadang tungidam jugak aiskrim batang yang selalu dimakan masa kecik-kecik dulu, seposen dua je. Bubuh air dalam plastik, pastu bekukan dalam fridge. Paling aku suka perisa asamboi.

Best steak? Aku rasa kat Crystal Seafood, Danau Kota. Dagingnya tak kering, juicy je. Aku paling suka sirloin steak, mudah nak makan. Yang hotel punya aku tak ingat, rasanya yang ok setakat aku ingat guna room service la, kat Everly Hotel, Miri. Banana splitnya pun sedap.

Best breakfast package yang hotel bagi bila kita duduk hotel? Harbour View, Kuching. Aku memang beria makan breakst situ each time kitorang sefamili duduk situ transit on the way balik Mukah atau balik ke KL melalui flight transit di Kuching (kekadang tu kena transit satu malam). Breakfastnya standard la macam kat hotel, ada cereal, ada kek, ada roti, bun, mee goreng...tapi entah la, aku rasa kat situ la yang terbest, selain daripada Hotel Singgahsana di Petaling Jaya. Tapi untuk level hotel yang bajet sikit, memang Harbour View, Kuching la.

Best gulai kawah? Gulai kawah kat kampung husband di Temerloh. Dan mesti yang ayah(bapa mertua) yang jadi tukang masaknya. Nyam nyam...

Best kerabu sarang? Pun yang wanita-wanita kampung husband yang buat tiap kali ada kenduri. Makan dengan gulai kawah dan nasi, pehhh...

Best nasi lemak? Nasi lemak kak Ani buat. Beliau orang kampung hsband. Sekarang dah takde sebab beliau tak jual nasi lemak dah huhuhuh...Teringat dulu everytime balik kampung mesti nak makan nasi lemak dia, macam kena jampi pun ada. Tak pekena tu macam tak sah.

Best makanan penah aku makan time kelaparan yang sampai sekarang aku ingat? Nasi baru masak, panas-panas lagi dengan ikan kering yang digoreng. Masa tu mak tak sudah masak lagi, aku dah lapar sangat. Masa tu aku sekolah rendah lagi tapi tak ingat darjah berapa, itu la makanan yang paling nikmat sekali huhuhu...