Lantikan baru....
Dulu selalu dengar orang keja gomen..bapa keja gomen...orang kata keja gomen ni bagus, terjamin...bagi aku, keja gomen memang khidmat untuk masyarakat la...itu kata orang..dan kata aku dulu...
Tapi dah sebulan aku keja gomen...alhamdulillah aku hidup lagi hehehe...alhamdulillah juga so far aku rasa visi hidup karier aku selaras dengan majikan yakni berkhidmat untuk masyarakat chewahh! Takde la aku rasa ilmu aku yang dianugerah oleh Allah ni untuk kepentingan profit-oriented oleh majikan hehehe
Cuma yang ralatnya sekarang ramai rasa aku ni telah berada di laluan kerja yang salah, terlalu awal untuk berada dalam khidmat latihan, bukannya di klinikal. Aku tak ralat, sebab ni semua rezeki dan takdir.
Entah la, aku cuma boleh cakap, dah rezeki aku, dan ada sebab dan hikmah kenapa aku yang dipilih oleh pihak yang berkenaan..chewahh grandiosity pulak heheh...apapun, aku masih dalam tahap tabah hati dan hati kering. Aku bidup dalam bubble heheh...Adatlah, lumrah dunia pekerjaan. Ada okay, ada kurang okay. Lumrah la, bukan semua macam yang kita nak tu ada atau jadi. Kalau takde hasad dengki tu bukan dunia namanya. Pergi mana-mana pun selagi di situ ada iblis dan syaitan, selagi tu la hamba Allah termasuk aku ni dibolak-balikkan hati. Aku pelik campur lawak pun ada apabila super duper junior macam aku ni dikata berpeluang jadi ketua apa ntah bila dah senior. Mak oiii setakat aku masih kaki di bumi junior yang nyata ni, tak terlintas nak pikir soal pangkat atau nama. Terkejut jugak asyik-asyik gred U ke, G ke, DG ke jadi sebutan orang-orang gomen. Terpinga-pinga jugak sebab realitinya gini yang tak terlintas di kepala. Politik keja, nak join tak larat, tak join kang macam isytiharkan diri jadi pronounced victim pulak. huuuu...Takut gak esok-esok aku terikut-ikut minded gini huhuhu...
Mati esok pun bawa tiga perkara je. Gred gaji, pangkat tu takde lak dalam list. Gred gaji tu ada engraved kat batu nisan tak ek? Plus, aku tak melihat diri aku berada di takuk sekarang sampai pencen. InsyaAllah nak majukan diri amek master, PhD amiinnn...bukan kerana nak senang naik pangkat, tapi untuk ilmu dan nak try research area pulak...
Macam nak elak mengaku ada degree pun ada adehhh...orang lain entah berlambak lagi ada master dua tiga keping, Phd...setakat degree aku malu jugak la nak rasa diri terror aduhai tolong....
Tapi aku tetap menabahkan diri..dan bersyukur...menarik nafas yang dalam tatkala sujud solat Zohor di surau di temmpat kerja macam ketagihan bagiku kini alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment