Sunday, February 21, 2010

Happy Belated Birthday, Acheh...

Dah sebulan berlalu, baru berkesempatan dan teringat nak ucapkan happy belated birthday kepada anak lelakiku, Acheh... kecik je badannya, genap umur setahun mula bertatih pada harijadinya.

happy 1st birthday sayang...20 Januari...

Semoga menjadi anak yang soleh, sihat dan sempurna sifat, akal, akhlak, budi pekerti. Semoga sentiasa diberkati Allah, dipeliharakan Allah dalam lindunganNya, daripada keburukan dan kejahatan, daripada musibah dan kecelakaan, daripada fitnah dunia dan akhirat, dan daripada kejahatan manusia dan syaitan. Semoga mulia, dan keturunanmu dan keturunan daripadamu. Semoga menjadi anak yang bermanfaat kepada manusia. Semoga dikurniakan Allah keberkatan umur dan kemurahan rezeki. ameen...

Friday, February 19, 2010

Hari-hari terawal Keja gomen...

Lantikan baru....

Dulu selalu dengar orang keja gomen..bapa keja gomen...orang kata keja gomen ni bagus, terjamin...bagi aku, keja gomen memang khidmat untuk masyarakat la...itu kata orang..dan kata aku dulu...
Tapi dah sebulan aku keja gomen...alhamdulillah aku hidup lagi hehehe...alhamdulillah juga so far aku rasa visi hidup karier aku selaras dengan majikan yakni berkhidmat untuk masyarakat chewahh! Takde la aku rasa ilmu aku yang dianugerah oleh Allah ni untuk kepentingan profit-oriented oleh majikan hehehe
Cuma yang ralatnya sekarang ramai rasa aku ni telah berada di laluan kerja yang salah, terlalu awal untuk berada dalam khidmat latihan, bukannya di klinikal. Aku tak ralat, sebab ni semua rezeki dan takdir.
Entah la, aku cuma boleh cakap, dah rezeki aku, dan ada sebab dan hikmah kenapa aku yang dipilih oleh pihak yang berkenaan..chewahh grandiosity pulak heheh...apapun, aku masih dalam tahap tabah hati dan hati kering. Aku bidup dalam bubble heheh...Adatlah, lumrah dunia pekerjaan. Ada okay, ada kurang okay. Lumrah la, bukan semua macam yang kita nak tu ada atau jadi. Kalau takde hasad dengki tu bukan dunia namanya. Pergi mana-mana pun selagi di situ ada iblis dan syaitan, selagi tu la hamba Allah termasuk aku ni dibolak-balikkan hati. Aku pelik campur lawak pun ada apabila super duper junior macam aku ni dikata berpeluang jadi ketua apa ntah bila dah senior. Mak oiii setakat aku masih kaki di bumi junior yang nyata ni, tak terlintas nak pikir soal pangkat atau nama. Terkejut jugak asyik-asyik gred U ke, G ke, DG ke jadi sebutan orang-orang gomen. Terpinga-pinga jugak sebab realitinya gini yang tak terlintas di kepala. Politik keja, nak join tak larat, tak join kang macam isytiharkan diri jadi pronounced victim pulak. huuuu...Takut gak esok-esok aku terikut-ikut minded gini huhuhu...
Mati esok pun bawa tiga perkara je. Gred gaji, pangkat tu takde lak dalam list. Gred gaji tu ada engraved kat batu nisan tak ek? Plus, aku tak melihat diri aku berada di takuk sekarang sampai pencen. InsyaAllah nak majukan diri amek master, PhD amiinnn...bukan kerana nak senang naik pangkat, tapi untuk ilmu dan nak try research area pulak...
Macam nak elak mengaku ada degree pun ada adehhh...orang lain entah berlambak lagi ada master dua tiga keping, Phd...setakat degree aku malu jugak la nak rasa diri terror aduhai tolong....
Tapi aku tetap menabahkan diri..dan bersyukur...menarik nafas yang dalam tatkala sujud solat Zohor di surau di temmpat kerja macam ketagihan bagiku kini alhamdulillah....

Monday, February 8, 2010

Kembali ke alam pekerjaan...

Aku bekerja kerana Allah Taala...
What does not kill us, will make us stronger...

Kata-kata keramat yang aku ingatkan diriku hari-hari dalam menghadapi hari-hari mendatang setelah kembali ke alam pekerjaan... Report duty pada 15hb, tarikh rasmi 18hb. Hmmm..sibuk dan letih, sampaikan blog ini sedikit terabai... Alhamdulillah sama-sama dapat kerja dan tempat kerja yang sama dengan kakak angkat, jadi kami sama-sama menghadapi susah senang bersama. Hampir setiap hari mengingatkan diri kami sendiri...what doesnt kill us, will make us stronger...rezeki di tangan Allah, betulkan niat bekerja, mohon perlindungan daripada Allah dan mohon agar dipermudahkan urusan, agar hati lebih tenang dan langkah lebih diberkati..insyaAllah...