Thursday, December 31, 2009

10... 9... 8... 7... 6... 5... 4... 3... 2... 1...

...apa yek? Tahun yang baru? Azam yang baru? Harapan yang baru?
Aku tidak sedih meninggalkan tahun yang lepas. Ianya hanya satu masa yang berlalu... (baru lepas membantai karaoke sepuluh lagu huhuhu...)
Kenapa perlu tunggu sekarang. Kenapa perlu tunggu tahun baru. Dulu aku sedih menoleh ke belakang, tapi sekarang tidak lagi. Aku perlu fokus keep moving forward. Manfaat segala masa yang ada. Setahun terbentang depan mata tak semestinya kita hidup sepanjang masa itu. Ntah-ntah seminit sebelum kul 12 tgh malam tiba-tiba malaikat maut menjemput kita... hmmm...
Hidup kenapa perlu serius sangat. Tidak juga bermakna hidup perlu senang lenang tidak berusaha. Yang penting menjadi manusia bermanfaat, tidak menyusahkan hidup orang. Buat sehabis baik tidak kira sekecil manapun peranan tersebut. Lantak la dorang nak kata aku ape, sebab penghujungnya yang penting Allah terima.
Azam aku tahun ini... mengingatkan diri agar lebih ikhlas dalam perkara-perkara yang dilakukan. Dan memohon kepada Allah agar memandu aku ke arah ikhlas. Tidak mengharap pujian dan balasan bagi apa yang dilakukan, tidak juga marah dan kecewa apabila dikutuk.
Apa harapan aku? Lebih bahagia.. kerana bagiku jalan ke arah bahagia ialah ikhlas. Banyaknya tingkatan ikhlas itu, ikhlas kepada manusia, ikhlas kerana Allah, dan ikhlas kerana semata-mata ikhlas, aku harap dapat memanjatnya satu-persatu.
There is a reason for everything...
Alangkah sukarnya ikhlas itu...
Alangkah manisnya ikhlas itu...

Ya Allah, pilihlah aku...

Wednesday, December 30, 2009

Kiraan turun...

...atau dalam bahasa Inggerisnya - countdown... Awal Muharram 1431 baru berlalu, 1 Januari 2010 pulak...
Yeahhh...countdown tahun baru... Family dah bercadang nak sambut dengan barbekeu, seperti biasa. Dulu-dulu masa kecik buat steamboat. Dah besar-besar ni, ekonomi pun alhamdulillah mantap sikit, buat la makan-makan. Dulu goreng ayam, goreng mi, jadik la. Tengah-tengah malam kul 12, gi cuci muka, cuci kepala, mandi. Ntah apa sebab, ikut je la. Tanda sambut tahun baru kot.
Apabila aku berpindah ke KL dan berkahwin, memang aku pelik sungguh la. Aku pelik sebab , asben aku pelik bila aku citer yang kitorang sambut new year. Kui kui kui...aku pulak pelik diorang tak sambut detik 12 tgh malam tu. Sunyi sepi je, siap leh tidur lagi. Kalau orang kampung aku, diorang siap cukur rambut dan terjun dalam sungai tengah-tengah malam. Umah aku pulak pasang mercun panjang-pnajang selama lebih kurang 10 minit. Pastu karaoke la, steamboat party ke, bbq ke...
Jadi, bila dah bercampur budaya ni, aku pun slow down sikit bila sambut new year dengan asben. Tak la macam first time dulu, berkobar-kobar dalam keanehan. Asben lak consider gak dengan perasaan aku yang berkobar tunggu countdown. So, dia teman aku je la countdown tu, takde la tidur macam first time dulu. Pastu tengok bunga api yang meletup-letup belah langit KLCC ke, The Curve ke, orait la. Taklah aku terkebil-kebil tengok jarum jam lalu kul 12 malam, tapi asben bedengkur sebelah kui kui kui...
Kali ni, asben masih di India, berjihad mencari rezeki untuk keluarga. Aku dan anak-anak masih dalam mood umah parents yang berkrismas lagi, dan sekarang tengah tunggu nak new year pulak. Teringat Along, anak buah asben yang belajar di US. Entah macam mana culture shock yang kena dia terima di sana. Hari tu tengok dalam facebook dia gambar Along dengan kostum sambut Halloween... banyak benda baru yang dia kena adjust...
Khabarnya asben nak balik sini 15 Januari nanti... alhamdulillah...sayu gak tak dapat sambut new year sama-sama, tapi asben tak ralat sangat kot, sebab dia bukan dari background yang menyambutnya hehehe...lagipun aku nak biasakan diri tak sambut benda-benda gini, cukuplah Eid Fitri dan Eid Adha. Lainlah kalu duduk kat umah parents, memang kena join, takkan la nak buat hal sendiri. Tapi, bila Awal Muharram tu aku ajak-ajak jugak wish dia Maal Hijrah hehehe...

Tuesday, December 29, 2009

Masih dalam mood Krismas...

Aku dah duk kat umah parents aku sebulan lebih. Raya Haji kat sini, Krismas ni pun aku dan anak-anak join parents dan adik-beradik aku sambut Krismas. Aku join sekaki dengan niat nak berkumpul bersama-sama dengan keluarga.
Sedara mara dan jiran tetangga masih berkunjung ke rumah. Kat Sarawak sini hidang air berkarbonat atau bahasa pasarnya air gas. Makan kek manis-manis, kek buah, kek lapis, kek rempah, kek coklat...macam-macam... Biskut itu ini, buah asam, jeruk masam manis, gula-gula, coklat... hmmm... ikan bilis, kacang macam-macam jenis kacang...
Aku kembung perut dengan air gas. Masa untuk mengastrikkan perut, menambahkan manis dalam darah, menaikkan tekanan darah...
Apapun... mari kita minum duluuuu.... itu air gasss....

Friday, December 11, 2009

Keputusan temuduga SPA... berjaya!!!

...alhamdulillah...
Aku baru check di laman web SPA, dapat la post pengajar jururawat U41. Tak sangka sebab semasa aku memohon melalui online, aku hanya mohon jawatan jururawat U41. Dapat surat panggil temuduga untuk kedua-duanya pula iaitu jururawat dan pengajar jururawat. Semasa temuduga pun ada bagi tau interviewer tu yang aku tak mohon pengajar sebab ingatkan nak kasi kental itu skill dulu, sebab itu berharap kembali ke klinikal. "Tapi saya akan terima jawatan pengajar jururawat sekiranya pihak tuan rasa saya layak." Jawapan selamat. Sebab aku tak nak over confident kalau aku apply tapi tak cukup layak. Tapi tidak pula menolak jika penilaian mereka rasa aku layak.tapi aku confident tak dapat sebenarnya.
Bimbang juga, bimbang tak terpikul tanggungjawab dari segi emosi terutamanya. Aku dah lama menganggur, dua tahun lebih. Kekadang rasa putus asa juga. Kekadang rasa nak tukar bidang juga. Rasa nak buka kedai makan pun ada juga hehehe... Semoga aku tabah la mengharungi dugaan yang akan datang. Memang akan ada, sebab aku dah rasa dah culture shock dengan politik kerja perempuan nih hehehe....

Monday, November 9, 2009

Balik Sarawak...

Tinggal beberapa jam lagi aku dan anak-anak serta mak akan berangkat balik ke Mukah, Sarawak. Flight jam 1205pm dari LCCT, Air Asia. Tiba di Sibu jam 200pm. Ku Yen dijangka akan ambil kami di airport dan terus menuju ke Mukah dengan kereta, perjalanan yang mengambil masa seakan selamanya kerana terpaksa melalui jalan ladang kelapa sawit yang teruk. Kalau takde orang ambik, kena tidur satu malam di Sibu, tunggu daddy ambik pulak. Kalau nak diikutkan hati, rasa nak guna speedboat aje dari Sibu ke Dalat, pastu baru naik kereta ke Mukah. Aduhaii letihnya memikirkan hari esok. Dulu ada flight Sibu ke Mukah okay sikit, sekarang dah dibatalkan. Kalau guna Kuching ke Mukah, letih juga nak naik turun flight. Dengan nak angkut barang-barang lagi sambil main kejar-kejar dengan Acha, check in naik turun...aduyaiii...
Baju baru siap dikemas. Tak dikemas sepenuhnya lagi, yang tinggal lagi segala peralatan susu anak dan sedikit barang.
Husband pula akan ke India pada hari Selasa selama 2-4 bulan. Tak confirm lagi berapa lama, bergantung kepada keputusan interview SPA hari tu. Kalau dapat kerja tu, dan kena melapor diri di mana-mana dalam tempoh empat bulan akan datang ni, husband akan minta tukar dengan orang lain di India untuk membantu aku menguruskan hal kerja kau. Kalau tak dapat, husband akan stay di India sehingga selesai kerja, lebih kurang empat bulan la. Maka aku akan tinggal la di Sarawak selama itu juga. Husband bimbang tinggalkan keselamatan aku sorang-sorang dengan anak-anak kecil. Kebetulan mak ada di sini selepas meyertai rombongan PERKEP pada 24 Oktober lepas, boleh lajoin mak balik sekali. Kalau tak, husband kena hantar kami balik pula. Kali ni tak payah sebab mak ada. Mak dan daddy apalagi, happy dapat main dengan cucu-cucu mereka sehingga Krismas dan Tahun Baru 2010 pula.
Aduhaiii...dah mula rasa rindu dengan home sweet home sini...dan mula rindukan husband dah...

Sunday, November 8, 2009

Kebaya Nyonya Pertama...

Dua hari lepas bawak mak jalan-jalan ke Putrajaya. Balik dari Putrajaya, tak puas lagi jalan-jalan. Aku pun cadangkan pada husband agar konar ke Cheras, pegi Downtown Cheras pula. Tak pernah lagi pegi situ. Biasanya Uptown D' Kota Damansara dan Danau Kota aje. Sebelum ni Uptown Damansara, tapi sebab dah tutup, maka bertebaranlah peniaga-peniaga asal Uptown Damansara ni ke serata uptown downtown pula. Aku tau la, sebab kawan husband aku bukak banyak cawangan pasar malam kat tempat-tempat ni. Selalu beli baju dan sandal je.
Kononnya esok hari nak pegi ke PKNS, Shah Alam, nak bawak mak cari baju kebaya nyonya kat siut. Tapi mak dah terjumpa satu stall jual kebaya nyonya kat Downtown Cheras tu. Apalagi...rambang mata. Aku yang tak plan nak beli kebaya nyonya pun dah terbeli sehelai. Sebenarnya memang lama dah niat nak memiliki sekurang-kurangnya sehelai. Ada jugak hantar kain kasa rabia untuk ditempah sulaman kerawangnya, kira eksklusif la untuk aku. Tapi dah terjumpa kat situ, saiz pun ngam, warna pun sesuai la dengan selera, kerawang nya pun cantik. Nasib baik la husband aku murah hati tul beli baju tu. Dan nasib baik betul baju yang aku berkenan tu satu-satunya saiz XXS. Ada juga warna lain tapi saiz besor-besor. dapatla Rm 120 selepas ditawarkan. Corak bunga ros. Kalau corak burung merak, RM140. Mak pulak sambar empat helai. Dua helai untuk diri sendiri, dua helai lagi sepupu mak pesan. Senyum lebar Kak Ratna. Dia kata memang orang Sarawak suka sangat beli kebaya nyonya banayak-banyak. Yelah, murah berbanding di Sarawak, dah la jauh nak datang Malaya sini, alang-alang beli lebih daripada sehelai. Kalu tempah sendiri, RM 250 ikut corak la.
Sonok sangat, my first little kebaya nyonya...Thank you honey...

Tuesday, November 3, 2009

Bahasa Acha...

Acha makin hari makin banyak dah perbendaharaan kata. Pandai-pandai kita la faham apa dia cuba nak cakap. Berikut antara beberapa perkataan yang aku ingat. Nanti sikit-sikit edit, malas nak buat banyak sangat entry, kecuali kalau jarak masa itu lama, maka perlu buat entry berbeza sebagai penanda aras tahap perkembangan bahasa Acha (cehhh...kemain lagi bahasa);

hafua - baju
hashua - seluar
ay nanu - nak dukung, nak turun
dom - jom jalan
ha cuda - haa sudah (exclamation as per Ya Allah)
a ceci - cuci, basuh berak
nak - nak
ngak - sudah
nenen - susu botol
pi - pampers
biyum - belon

Monday, November 2, 2009

Bersyukurlah wahai Nina...

Semalam menyambut birthday dengan bermakna. Ada Mak di umah kali ini. Bangun pagi-pagi mak datang cium pipi dan wish birthday. Disebabkan aku kurang sihat, mak yang memasak untuk tengah hari.
Plan nak jalan-jalan tengok singing group perform ala-ala baskin' di The Curve pun tergendala sebab hujan. Ingatkan sambut tahun ni nak enjoy group perform nyanyi lagu-lagu oldies kat laluan The Street, The Curve...."Oh Carol...I'm but a fool..darling I love you..."... Bestnyer...aku jenis appreciate kalau dapat duduk lepak di al fresco dengan segelas hot choc sambil dengar live performance lagu-lagu oldies... salah satu angan-angan birthday celebration (aku patut buat list cara-cara aku nak sambut birthday la nanti hehehe senang sikit orang lain nak plan kuang kuang kuang)...
Husband beli american choc cake. Malam lepas maghrib tiup-tiup lilin dan makan-makan cake, tapi takde la wish apa-apa masa tiup tu, khurafat pulak.Thank you honey... Aku appreciate husband dapat beli kek untuk celebrate macam tu, sebab kalau ikut latar belakang dia (dia cakap la dan aku tengok macam mana), memang family dia jenis yang happy-happy birthday ni tak celebrate, new year pun senyap-sunyi je... Berlawanan sungguh dengan family aku yang birthday nak kek ke, pizza ke, barbekeu ke... Kalau sambut new year tu siap terjun dalam sungai tengah-tengah malam pukul 12, botakkan kepala (untuk lelaki la), mercun panjang-panjang, barbekeu, karaoke, parti steamboat... memang lain sangat. So, kiranya beli kek tu dah lebih daripada yang aku expect dia paling-paling wish aje huhuhu....Cuma yang kurengnya, aku kurang sihat, jadi mood tu macam down sikit nak celebrate-celebrate nih hehehh...
Lepas sesi shooting (heheh ambik gambar, nanti la upload)... lapar nasik pulak. Lauk tengah hari habis, kena masak baru pula. Part ni memang best, sebab husband tolong aku di dapur. Aku potong-potong, hiris-hiris bawang, halia, cili manakala husband siapkan ikan, titikkan serai...mesra pulak last-last minit tu heheh...ingat dah agak frust jugak memerap di rumah tak dapat dengar oldies di The Curve kui kui kui...
So, kitorang makanlah ikan siakap stim ala mama di rumah semalam...alhamdulillah...

Sunday, November 1, 2009

Terima kasih...

...kepada mak dan daddy kerana membawa aku ke dunia ini pada 28 tahun yang lepas, dan menyayangi aku seikhlasnya tanpa syarat...
...kepada husband yang menerima diri seadanya, dan mencintai dengan sangat lebih daripada adanya aku...
...kepada anak-anak, kerana memberi lebih makna dalam hidup mama...
...kepada brothers and sister, yang menerima walau kekadang aku rasa bagaimana Dimitri pun aku ni...
...kepada mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu-sepapat, Ma dan Mayeng, mendiang Kong dan Ama, Mek, Ayah, abe ipar, kakok ipar, anok-anok buoh dan kaum keluarga semuanya...
...kepada sahabat dan rakan yang menemani dalam susah dan senang...dulu dan sekarang...dalam nyata dan maya...
Terutama sekali...alhamdulillah...keranaNya aku hidup di dunia selama ini dengan segala nikmat...subhanallah... yang selalu aku lupa nak bersyukur...astaghfirullah...
Pilihlah aku, Ya Allah, untuk menjadi lebih ikhlas...
Dakaplah aku dalam rahmatMu...
Sambutlah aku dalam ujianMu...
Jadikanlah aku untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur...
Dan hidupkanlah aku dalam iman...
Dan matikanlah jua aku dalam iman...
Dan terima kasih kepada diri sendiri kerana dapat bertahan selama ini...
Semoga dapat bertahan sehingga tibanya ajal sendiri datang menjemput nanti...semoga sentiasa dalam iman, dengan kasih sayang, dengan doa dan harapan, dengan amal, dan penuh keikhlasan dalam menjadi insan yang lebih bermanfaat walau andaikata masa ada nano saat saja...
Selamat Hari Jadi untuk aku yang ke-28...Semoga selamat selamanya...Amin...

Saturday, October 31, 2009

Hari-hari terakhir aku...

berumur 27 tahun...hehehe...
Aku menyambutnya dengan keadaan tidak sihat sejak dua hari lepas. Perut sebu, kembung, muntah-muntah, pening-pening, sakit-sakit badan la... hingga la aku ada terfikir jugak...adakah...double line ataupun cross??? Hisshhh...tak mungkin hehehe, tapi segalanya mungkin, kan? Dan aku akan terima apa jua, ada dan tak ada...
Hari ni aku dengan husband dan anak-anak serta mak pergi jalan-jalan ke Zoo Negara. Mula-mula tu plan nak ke Menara KL. Tapi tiba aje ke KL tower tuh, mak aku kata dia dah gi dah KL tower dulu. Alamak! Aku terlupa la. Pusing balik dalam kawasan parking KL tower dan ubah plan menuju ke Zoo Negara pulak. Mak oiii letihnya sebab badan 'berangin' tak hilang lagi. Tapi seronok la tengok Acha happy dan excited sangat tengok binatang dalam zoo tu. Si Acheh pula kurang sihat, hidung berair, jadi dia macam meragam sikit. Nasib baik tak teruk sangat meragam. Mujur juga mak dan husband tolong pegangkan Acheh sebab aku memang tak larat nak dukung anak dalam keadaan kurenggg ni. Si Acha pulak kecoh lari sana-sini, cuma letih nak kejar aje... kang dia terjun pulak dalam kandang buaya ke, harimau ke...ehehhh...
Tinggal beberapa jam aje lagi aku meningkat umur 28. Tak lama lagi 29. Pejam celik pangkal umur 30-an. Hehhh..terasa macam baru semalam aku sambut 1989. Dan masih termimpi-mimpi lagi nak study untuk SPM tahun 1998. Macam belum habis lagi studies di UNIMAS. Macam baru tadi je aku bersalin si Acha dan si Acheh. Esok-esok siapa pulak ehehhh... dan kelip-kelip mata, tak lama lagi aku pencen (andai rezeki aku kerja la dan umur panjang huhuhu...)...
Apapun, semoga the older the wiser untuk aku...insyaAllah... Ameen...

Thursday, October 22, 2009

Misteri Wanita...

Lying there beside me
With your head resting on my arm
Your body feels so warm
And your hair smells
Like a Sunday morning

I feel you moving closer
And I know what you're gonna say
But girl there's just no way
I'll ever like what you'll be saying
Don't tell me goodnight
It makes me feel so empty inside
And if I only could
I wouldn't sleep at all
Don't tell me goodnight
Just let me drift off slowly away
And dream of you
You reach out and you touch me
Just to let me know you're there
And I can feel your hair
And somehow I don't
Feel like sleeping
Hmmm...apa kaitan lagu ni dengan tajuk atas ni ek? Jiwang romantik kan lagu ni? Sangat romantik... Minggu ni aku demam romantik agaknya. Dua tiga hari layan album The Very Best of Lobo yang popular dengan lagu How Can I Tell her, I'd Love You to Want Me dan Stoney.
Walaupun aku ni boleh la dikategorikan dalam golongan hopeless romantic, tapi ada sempadannya juga. Lagu di atas ni sedap dilayan, memang feeling abis la. Rangkap satu memang fuiyooo...berangan je, bayangkan orang tercinta boleh dapat inspirasi buat lirik nyanyi-nyanyi gini tentang kita hanya dengan baring-baring aje. Lepas tu imagine la suasananya macam mana. Tapi bila dah masuk rangkap-rangkap seterusnya, aku rasa errrrr sikit...
"...and if only I could, I wouldn't sleep at all..." ...aduyaiii, be realistic la, manusia perlu tido.
"...and somehow I don't feel like sleeping...' ...fuiyoo, mesti aku kena jadi macam bidadari dari kayangan kalau nak buat lelaki rasa macam ni kat aku hehehe... macam Puteri Aurora beradu...
Aku rasa agak melampau la. Aku suka jugak lelaki yang mampu romantik ni, tapi kalau terlampau romantik sentimental ni aku mental jugak nak melayannya karang hehee...dah la aku ni emosi, kang jadi lebih emosi pulak layan emosi-emosi ni. Kena la ada bad boy gangster ala Nelly tu nak jadi bodyguard. Lemak lemau ni aku tak yakin la...
Jadi, itu la misterinya wanita. Korang perasan tak yang wanita ini selalu jatuh cinta dengan lelaki yang nampak macho, ala-ala bad boy gitu...makin bersubang hidung nampak grunge tu, tatu -tatu naga harimau ganas-ganas, makin head over heels la. Yang senyap, tak bercakap banyak tu nampak misteri dan penuh cool je. Baca aje la komik ke, novel ke, musti nak muscle taf-taf, kental-kental, tinggi, six-pack dan sebagainya. Ada watak cekeding? Kalau ada pun, manga Jepun biasanya, musti watak 'kawaii', lelaki Jepun yang badan kecik, bergaya, rambut tutup muka, dan paling biasa jenis senyap, jeling-jeling je. Cakap sepatah-sepatah je huhuhu... Novel bahasa Inggeris pula, musti wataknya badan kental-kental, kulit tanned silver bronze dek matahari, menggambarkan kemachoan yang tiada belah baginya...
Tapi, bila dah jadi couple, Mr Loba-Loba ni, wanita ni tetiba demand nak bercakap la, berborak la, nak romantik la, nak bunga la, nak coklat la...heishhhh...aku sendiri pun tak paham la dengan wanita ni hehehe...
Bagi aku la, orang yang tak romantik kalau jatuh cinta dia boleh jadi romantik. Tapi orang yang romantik tu tak semestinya setia bercinta, macam Mr. Casanova la. Lebih baik la dapat yang tak romantik tapi setia, daripada yang romantik tapi romantik dengan semua orang, tak eksklusif langsung la keromantikannya itu.
Aku ni, watak Lobo ni aku reject kuang kuang kuang... Kalau macam Steelheart dalam She's Gone tu aku memang tak pakai la, dah la buat salah, minta maaf pun langsung tak romantik...

Pendek kata, yang sedang-sedang aje...macam Eric Clapton dalam Wonderful Tonight...

Wednesday, October 21, 2009

Aku yang Suka Romantik...

;) Tidak la dapat aku pasti sama ada aku ini romantik ke tak, tapi aku suka orang romantik-romantik dengan aku, lebih-lebih lagi dah kahwin ni. Siapa kata lepas kahwin no more romance? Cehhh salah itu... Pasangan yang ada sifat sentimental sikit ni memang buat aku cair la. Tak salah lelaki menangis sekali-sekala, menunjukkan sifat terdalam lubuk hatinya. Kalau berlakon tu lain cerita la... Sentimental okay, tapi bagi aku pada orang tertentu aje la. Kalau ramai-ramai kang, mental pulak aku ngadapnya.
Aku ni perempuan, boleh dikata fitrah perempuan ni sekeras-keras mana pun hati perempuan, ingin sesekali diberi layanan yang romantik. Lebih-lebih lagi la perempuan manja bedo'oh macam aku ni (ke manja mengade-ngade? huhuhu...), bukan sesekali tapi kalau boleh selalu. Tapi kalau selalu sangat kang, muak pulak. Pendek kata, less is more. Macam pakai blusher, pakai sikit nampak berseri, pakai banyak macam terdesak, terlampau banyak macam badut.
Lagipun, dah namanya perempuan ni emosi-emosi hehehe lagi-lagi apabila 'sahabat' datang bertandang, so setting mood tu kena cun, ngam sikit, kalau tak, kena angin lintang. Lelaki tak percaya? Try la have a happy period sekali huhuhu...
Dulu masa kecik-kecik, aku dah tau dah aku ni suka benda-benda sentimental romantik ni. Mungkin menurun belah mak kot. Dari kecik dah suka sangat dengar lagu-lagu oldies zaman 50-an sampai la 70-an macam Elvis, Lobo; lagu-lagu cintun zaman rock kapak baik yang Malaysia mahupun Barat, belum lagi pop balada termasuk la geng-geng Ramlah Ram, Rahim Maarof, Eric Clapton, errr ramai lagi; belum lagi kena jugak lagu leleh zaman band banyak mula nama dengan huruf S... Scan, Spoon, Spring, Slam... boyband yang tumbuh macam cendawan seperti 911, Backstreet Boys, Boyzone (I'll never break your heart la kunun...), sampai la sekarang If I Were a Boy la, Pupus la, Selimut Hati la....entah macam-macam, suka sangat layan jiwa-jiwa ni... Happy-happy birthday ni seronok sangat. Mak pun suka sangat buat kek homemade, takde icing-icing. Pastu tiup-tiup lilin sebelum gi sekolah. Haaa itulah sisi-sisi orang yang suka sentimental ni. Orang yang kurang sentimental dan kurang romantik ni tak berapa heran benda-benda ni. Tetapi kalau jatuh cinta, keras batu macam mana pun boleh tetiba belikan kita perfume mahal hehehe....
Masuk umur remaja sikit, baru nak reti ada crush dengan 'pihak sebelah sana' (lelaki daaa...), lagi la berangan. Zaman sekolah menengah tu rasa terharu je tak pernah dapat coklat Vochelle, gara-gara iklan "dia betul-betul cintakan saya!!!" tu...hehehe... Mana la ada lelaki nak rapat, rupa gitu-gitu aje, geek pula, ada psiko-psiko sikit, garang dengan lelaki bukan main (bukan apa, fobia sangat, baca la post-post aku yang lepas). Orang lain dapat 'request' macam-macam, apple request la, candy request la, coklat la... aku dan kawan-kawan senasib je yang terkulat-kulat huhuhu... takkan la nak bagi diri sendiri, pathetic pulak gayanya... Tapi hikmahnya, sekarang aku sedar la, aku dapat concentrate dengan studies pada masa itu kerana tak lari fokus dengan benda-benda jiwa tu. Sublimation la katakan. Bayangkan kalau aku yang jiwa-jiwa ni diberi benda jiwa-jiwa pada masa itu, tak tau la apa jadi...
Lepas sekolah menengah baru pandai bercinta (chewahhh!!!). Arrrggghhh...malas la aku nak cerita lebih-lebih, cinta monyet dan cinta kampus nih (husband aku baca kang kui kui kui).
Hmmm kenangan romantik antara yang best? Aku pernah diberi perfume Forever and Ever by Dior dengan tak semena-menanya. Ribut taufan takde, merajuk-rajuk pun takde... Sampai sekarang aku simpan, berapa tahun dah, bau pun dah nak berubah dari asal dah. Tapi sayang nak guna sebarang, apabila rasa special je baru pakai, lantak la bau lari dah, sebab kenangan tu menyentuh jiwa hehehe...
Kenangan romantik lain yang best? Pernah dinyanyikan lagu Wonderful Tonight by Eric Clapton. Bukan Eric la yang nyanyi (kalau dia, pengsan gue). Masa tu rasa special sangat, macam lirik lagu tu, "I feel wonderful tonight..." Masa kecik-kecik suka lagu ni amat sangat, umur baru satu angka pun dah berangan-angan orang nyanyi lagu ni kat aku. Ada jugak kenangan yang seakan romantik tapi lucu. Husband pernah belikan bunga ros dalam pasu. Logiknya ada, bunga tu takkan mati punya kalau jaga elok-elok. Malangnya tangan aku ni bukan 'green hand'. Tanam apa pun payah nak jadi. Nak jadi tu kena tanam pokok heavy metal punya, macam pokok buluh Jepun. Tapi, dalam romantik tu aku rasa lucu, macam movie komedi romantik pulak...
Pendek kata la, aku ni nampak je garang, kasar, hati kering...tapi yang sebenor-benornya jiwa-jiwa...bagi la bunga ros merah ka, coklat ka, perfume ka, surprise gift without any special event ka... Errr susah-susah sangat tak payah la benda-benda material ni, jadi la kalau dapat surprise kiss or hugs semasa kita (malu nak sebut 'aku') masak, pegang-pegang tangan masa shopping (takde la sorang tinggal sekilometer di belakang), suap-suap makan tak kira la di rumah ke, restoran ke (lantak la orang lain jeling, diorang jeles la tu), borak-borak mesra masa breakfast sama-sama lepas subuh semasa anak-anak masih tidur lagi, borak-borak mesra depan tv dalam gelap semasa anak-anak dah tidur...
Yelah, takkan masa dating je nak buat semua tu, apatah lagi masa dah 'halal' ni. Aku rasa sampai ke tua nanti aku akan still nak romantik lagi. Tengok aje la mak aku, masih nak ngedate-ngedate lagi dengan bapa aku.
Romantik? Even dah kahwin ni pun, aku suka bangettt... (terhad kepada husband aje ye, orang lain takde maknenyerr). Titik.

Tuesday, October 20, 2009

Cinta Lelaki vs Cinta Perempuan...

Hmmm...tetiba rasa nak post tentang topik ni. Topik ini timbul daripada buku yang baru aku baca balik hari ini, hasil tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. yang berjudul Komunikasi Intim (diterbitkan oleh PTS Publications, harga SM RM 13, SS RM 16). Buku ini diberi oleh kakak angkatku pada 2005 semasa aku datang ke KL sini untuk temuduga kerja di Cheras.
Seperti biasa, aku suka baca balik buku-buku yang dah lama tidak dibaca, diulang-ulang baca sampai jemu. Apabila dah lama dan hilang jemu, aku akan baca semula buku-buku tersebut. Termasuk la buku ini, entah berapa kali dah aku ulang membacanya.
Kenapa aku nak post pasal ni? Saja nak berkongsi dengan sesiapa yang berminat membaca, dan juga untuk mengingatkan diri sendiri. Aku mengambil sebahagian sahaja daripada isi kandungan buku ini untuk dikongsi dalam post ini. Bahagian-bahagian lain pula, kalau aku rajin, aku post dalam entry lain pula. Ayat-ayat seterusnya aku petik terus daripada isi kandungan buku tersebut dengan sedikit pengubahsuaian sana sini. Hanya poin-poin penting yang aku ambil. Selebihnya baca la buku tu sendiri. Ini kerana perkataan dan ayat yang digunakan sudah cukup mudah untuk kita fahami, maka aku tak mahu la mem'paraphrase' ayat-ayat tersbebut kepada ayatku sendiri, nanti lari pula pemahamannya. Macam telefon buruk pula.
Pengertian cinta
"...bagi perempuan, cinta adalah sejenis emosi... Kepada lelaki, cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian, bukannya emosi."
"Kepada lelaki, sesudah bernikah, tidak ada gunanya dia mengulang-ngulang kata-kata 'cinta' kalau semata-mata untuk dibisik-bisikkan ke telinga isterinya, seperti yang dulu mungkin pernah diucapkan semasa belum berkahwin."
"Berbeza halnya dengan perempuan, sekali perempuan jatuh cinta, dia mahu terus bercakap-cakap mengenai cintanya dari masa ke masa."
Cara bercinta
"Cara wanita memupuk cinta ialah dengan menggunakan kegiatan bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai 'cinta' itu sendiri."
"Bagi wanita, pusat cinta dan kemesraan perhubungan antara lelaki dan wanita ialah pada aktiviti bercakap-cakap dan berbincang mengenai cinta..."
"Semakin kerap dia dan pasangannya bercakap-cakap mengenai cinta mereka berdua, semakin dia berasa perhubungan mereka amat mesra."
"Cara lelaki menjalin dan memupuk perhubungan cinta dengan perempuan adalah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama dengan perempuan itu..."
"...bagi lelaki, apa yang berfungsi sebagai pusat cinta lelaki adalah aktiviti-aktiviti fizikal..."
"Lelaki tidak mendapat apa-apa nikmat dan kepuasan kalau hanya dengan hanya bercakap-cakap mengenai cinta dengan pasangannya disebabkan daripada kaca mata lelaki, bercakap-cakap bukan suatu aktiviti."
Aktiviti Lisan vs Aktiviti Fizikal
"Melalui aktiviti lisan perempuan berpeluang menyatakan pelbagai emosi mereka. Dengan bercakap perempuan akan mendapat kepuasan."
"Tetapi lelaki...mengucapkan cinta mereka melalui aktiviti fizikal... dengan melakukan sesuatu untuk orang yang mereka cintai, walaupun mulut mereka membisu".
"...sebenarnya lelaki dan perempuan mengingini perkara-perkara yang sama. Perkara-perkara itu ialah rasa hormat-menghormati, kasih sayang, kemesraan, kedamaian dan ketenangan. Bezanya pada cara lelaki dan perempuan mentakrifkan apa yang dikatakan kasih sayang dan kemesraan."
Komunikasi suami isteri dan bilik tidur
"Perempuan cenderung mentakrifkan kasih sayang dan kemesraan berdasarkan aktiviti komunikasi lisan dengan suami, seperti aktiviti berbual-bual, berbincang dan bergurau senda."
"Lelaki cenderung mentakrifkan maksud kasih sayang dan kemesraan berdasarkan aktiviti fizikal bersama isteri, seperti melakukan banyak seks, mencuci kereta bersama, memancing bersama, ke ladang bersama, menonton televisyen bersama..."
"Bagi lelaki seks ialah sejenis permainan dengan isteri yang boleh mendatangkan banyak kepuasan... apabila suami mengajak isteri, dia mungkin cuma ingin berkasih sayang dan bermesra-mesra dengan isteri [bukan] mahukan seks sahaja."
"Sebaliknya pula apabila perempuan mengajak suaminya duduk dan bersembang-sembang, dia ingin bermesra-mesra dengan suami, bukannya membuang-buang waktu sahaja."
Prioriti yang terbalik
"...walaupun lelaki dan perempuan mahukan perkara-perkara yang sama, prioroti mereka terbalik."
"Lelaki mengutamakan ketenangan dan kedamaian [antaranya takde leter-leter la tu]. Oleh itu mereka bekerja kuat menghindarkan sebarang konflik dengan isteri. Selepas mereka berasa tenang dan damai barulah lelaki berminat meningkatkan komunikasi."
"Sebaliknya perempuan sangat mengutamakan komunikasi. Oleh itu mereka bekerja kuat demi memperbanyakkan komunikasi dengan suami. Apabila mereka puas berkomunikasi, barulah perempuan berasa konflik akan terhindar dengan sendirinya."
"...Kalau mahu mendorong lelaki supaya suka bercakap-cakap, perempuan perlu pandai mencipta 'keadaan yang betul' [yakni takde leter-leter, rungut-rungut, relaks je] ".
owwhhh...
Maka, kalau mahu mendorong perempuan terlibat dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan, lelaki perlu memberikan kemesraan dan kepuasan lisan kepada perempuan.
Perempuan apabila nak bercakap tu slow-slow, tenang, relaks. Lelaki pula kena belajar peka apabila isteri bercakap. Jangan buat tak tau sampai tahap membebel baru nak sakit kepala. Pendek kata, peranan kedua-duanya la...
Rumusan, kalau nak perkahwinan aman damai mesra sentiasa, dua-dua kena belajar memahami keinginan bercinta masing-masing. Tak guna kalau salah seorang tak nak mengalah. Nak puas seorang je. Kalau menang pun, ibarat menang sorak kampung tergadai. Kalau dua-dua tolak ansur, dua-dua puas dengan kehendak bercinta masing-masing, bayangkanlah betapa mesra dan bahagianyaaa....

Saturday, October 17, 2009

Acheh

Ni la anak aku yang si adik...Acheh...

Friday, October 16, 2009

Pasca temuduga...

...letihnya...
...setelah mengemaskini resume, sijil-sijil dan dokumen berkaitan yang diperlukan, sambil berperang dengan anak-anak yang sibuk nak main beras, nak conteng dan keronyok salinan fotostat dokumen yang telah disahkan...huhhhh pendek kata life has never been the same, kata orang speaking nih...
Semalam temuduga SPA di Putrajaya, alhamdulillah aku tak pengsan... Macam biasa aku membebel dan melalut banyak, tapi aku harap penemuduga-penemuduga tu dapat melihat satu dua sisi kelebihanku di sebalik sisi-sisi dan ngomel-ngomel yang amat banyak. Pertama kali temuduga jawatan gomen ni, libang libu...nervous tul... Tapi pada masa yang sama aku agak tenang, sebab jika berjaya, alahamdulillah...jika tidak, aku redha (mungkin sedih juga, aku insan biasa je), ada la bahagian yang lebih baik disimpan untukku olehNya, cuma perlu usaha lagi untuk mencari.
Bertolak sebelum masuk waktu subuh lagi menuju ke Putrajaya melalui Lebuhraya Damansara Puchong. Kira-kira 45 minit perjalanan. Semasa lalu surau di kawasan kediaman, terdengar la azan subuh berkumandang. Husband memandu, Acha, yang sulung baring di tempat duduk belakang, manakala aku pula meriba Acheh, si adik. Kedua-duanya mamai lagi. Agaknya mereka ingat nak balik kampung kot, sebab hari tu balik raya sangkut traffic jam sepanjang perjalanan dari KL ke tol Bentong Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Jalan berderet-deret. Tengok depan lautan merah lampu kereta, toleh belakang macam tengok banyak mata mengekori huhuhu... Perjalanan ke Temerloh selama sejam setengah menjadi hampir enam jam.
Berbalik ke topik asal...
Sampai di rumah sepupu, Bis, yang bekerja di Putrajaya pada jam 6.20 pagi.. Boleh la minta tolong dia sahkan mana-mana salinan yang belum disahkan. Borak sambil-sambil tengok anak Bis yang baru berumur hampir lima bulan, comel sangat. Pagi benar bangun dah menghantar mak ayahnya bekerja. Ibu mertua Bis pun ada sama untuk menjaga si cucu ni. Selepas solat subuh, tanpa berlengah-lengah lagi terus menuju ke destinasi yeah...yeah... (macam lagu Siti), Bis pun membantu la tunjuk jalan, husband memandu mengekor belakang kereta mereka. Sambil tu menikmati panorama Putrajaya yang jammed juga dengan kereta, masing-masing berderet ke tempat kerja. Memang cantik dan tersusun la Putrajaya ni. Tabik la dengan visi dan ilham Putrajaya oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir.
Tiba di bangunan kawasan JPA dan SPA, aku pun ready-ready la. Pakai kasut yang dah lama duduk dalam kabinet semenjak berhenti kerja. Lusuh pun ada. Lantak la, pakai apa yang ada. Mujur la Bis nak teman sampai tempat pendaftaran, sebab husband tak boleh nak ikut. Nak cari tempat tu sorang-sorang, macam takut tersesat. Yelah, dah nama nervous. Kalau husband ikut, anak-anak kena gendong sekali. Alahai lucunya bawa anak tempat temuduga dengan muka mereka pun mamai-mamai lagi , air liur basi, susu kering kat pipi huhuhu...
Aku orang kedua yang sampai. Lepas daftar di kaunter depan, dapat nombor giliran. Giliran nombor dua la, sistem siapa dulu sampai. Okay la, aku pun nak cepat, kesian husband nak layan askar-askar kecil berdaulat yang pergi berehat di rumah sepupu. Nak tunggu dalam kereta memang tak larat la. Dengarnya dalam 200 lebih je calon jawatan ni seluruh Malaysia. Bis kata sikit betul, sebab kalau jawatan lain memang ribu-ribu, puluh-puluh ribu. Orait la, kira jawatan ni demand la juga. Temuduga di Putrajaya ni pun dalam lebih kurang 20 orang je. Wahhh...tengok-tengok rupanya ramai jugak ex-Unimas yang datang. Borak-borak la, ada yang sama batch, ada yang junior. Ada juga lain-lain dari UKM, yang sedang berkhidmat dalam jawatan tapi memohon jawatan lain. Alhamdulillah, lega...takde la stress sangat...
0902...sampai la giliran aku..masuk. Ucap selamat dan salam, bagi sijil dan dokumen yang diperlukan dan berdiri, tunggu diorang suruh duduk. Ada dua orang penemuduga, sorang lelaki dan sorang wanita. Yang lelaki tu macam bukan dari area nursing, mungkin dari Bahagian Sumber Manusia. Yang wanita tu memang nursing la. Mula-mula yang lelaki tu tanya, macam-macam la. Latar belakang, perkembangan semasa, sejarah nursing, pengasas modern nursing, sejarah Crimean War, menteri-menteri Melanau dari Sarawak... Mana yang aku reti aku jawab la, mana yang blur-blur tu, aku blur jugak la... "Cerita pengalaman anda adjust life di Semenanjung dalam English", tanya si lelaki. Bah! Terkedu aku. Kalau tulis boleh adjust lagi, ni bercakap ni aku gagap sikit. Maka, aku jawab la itik serati itik jawa kuang kuang kuang....
Beralih ke bahagian wanita itu pula, alhamdulillah la memang bidang aku, aku jawab la apa yang aku rasa...kenapa nak kerja nursing, kenapa nak jawatan mengajar, seronok ke mengajar dan mendidik pelatih nurse... Alhamdulillah, hikmah pelbagai sebelum ini mengajar aku banyak benda. Aku berharap la dapat kerja di tempat yang sama idea dan value kepada aku iaitu berkhidmat untuk negara (chewahhh), bukan untuk duit dan pangkat mahupun nama semata-mata. Dan, jauh di sudut hatiku, aku ada ilmu dan rugi jika aku tak amalkan. Aku ada ilmu, rugi jika tidak dikongsikan. Dan aku tidak mahu menjadi manusia yang sia-sia kepada umat (chewahhh), maka Allah memberi jalan. Harap aku dapat mengimbangi antara menjadi isteri, ibu dan khidmat masyarakat. Niat dari sudut terdalam hatiku, agar jadi manusia yang bermanfaat kepada masyarakat, bukan kepada diri sendiri sahaja. InsyaAllah... tapi kalau aku tak dapat kerja ni, aku redha. Allah taknak aku merosakkan diri sendiri dan masyarakat kot. Wallahualam...
Usai sudah...lega...call husband mari ambil...meh makan-makan celebrate. Ronda-ronda Putrajaya cari tempat makan kata Dataran Putrajaya..alamak renovate la pulak... Lapar nih! Cari Restoran Selero Nogori di Kelana Jaya, nak makan nasi padang, minang. Alamak, tempat lama tutup pulak. Malas nak cari tempat baru. Takde rezeki, balik umah la...singgah Pizza Hut, makan...husband ikut je, walaupun tak minat sangat makan pizza nih...
Alhamdulillah...semoga diberkati jua hendaknya...

Tuesday, October 13, 2009

Tentang Acha, Acheh dan Temuduga Kerja...

Tentang Acha...anak sulung yang kini hampir masuk umur 2 tahun 3 bulan sudah mula bercakap agak banyak la dalam seminggu dua ni. Ada ayat yang boleh difahami, selebihnya hanya dia dan Allah yang tahu. Jika dibandingkan dengan sepupu-sepupunya yang sebaya, aku tak nafikan perkembangan bahasa Acha agak perlahan. Mungkin sebab dia didedahkan dengan banyak bahasa pada satu-satu masa. Kata sepupu aku yang mengambil jurusan perguruan bahasa Inggeris, lambat bercakap adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang didedahkan dengan bahasa percakapan di rumah lebih daripada satu bahasa. Aku takde masalah dengan hal ni, cuma kesian kadang-kadang Acha marah kalau aku dan papanya tak paham apa dia cakap. Jelas komunikasi kami tidak berkesan. Kadang-kadang aku 'tersilap' memarahinya gara-gara tak paham apa yang dia mahukan, kemudian mengamuk-ngamuk apabila mama dan papanya tak paham. Paling naya sekali adik dia, Acheh, yang blur aje.
Bahasa Acha sekarang :-
Adam Mayik - si adik, Adam Maliqk
Air atu - segala jenis air minum, termasuk air sungai, kolam, laut, kecuali susu botol dia
aucak - bukak
tcutcuk - tutup
madji - mandi
badjin - bantal / baring
mamam - makan
ayam - lauk ayam dan juga ikan, telur, daging...
Yam - panggilan kepada aku, mamanya, ikut papanya panggil Ayang
Bam - panggilan kepada papa, ikut aku panggil Abang
Papa - panggil papa apabila manja
Mama - panggil aku apabila manja
hasyuk - makanan minuman panas
hasyik - nasik
hasyut - kasut dan selipar
iyaci - berak, nak mintak tolong cebok
shiyaci - kencing, pampers penuh, mintak tukar
Tapi pada masa yang sama aku perasan Acha mempunyai kepintaran kinestatik (pada pendapat aku la). Kalau ada orang menari-nari dalam tv tu, cepat dia dapat mengikut. Paling dia asyik ialah tarian zapin. Tangannya boleh dikatakan lembut la bagi peringkat umurnya, jika dibandingkan dengan sepupunya yang lain, yang goyang-goyang badan aje apabila dengar lagu. Acha siap ada step naik turun tangan, pusing badan, step dua ke depan, dua ke belakang, ada pause untuk hayun tangan, jari jemari gerak-gerak. Nenek dan ibu saudaranya di kampung pun perasan dengan kelebihan yang satu ni. Papa Acha cakap, mungkin ambil darah belah aku, ada seni dan muzik sikit. Kalau belah dia, husband sendiri kata takde seni langsung huhuhu...
Acheh pula dalam seminggu ni dah galak merangkak. Makin busy la aku main police and thief dengan anak-anak. Memang super aktif, tahap ultimatum. Tidur malam pun lewat daripada biasa, excited dapat merangkak agaknya. Jika sebelum ni dia banyak menggunakan deria lidahnya untuk testing objek depan mata, kali ni dah berkembang ke tapak tangan dan jari. Acheh akan pegang dan ramas-ramas objek tersebut. Dah puas pegang, baru masuk mulut. Ada la terjumpa biji bunga kering dan stirofom bean yang 'diberakkan' dalam pampers...adehhh... Jika si kakak kena banyak main psikologi dah, si adik pula kena marathon satu rumah. Tempat favourite Acheh ialah dapur, bilik mandi dan beranda. Apapun, alhamdulillah...
Temuduga kerja...husband tiba-tiba bawa surat hadir temuduga SPA di Putrajaya Khamis ini. Jawatan Jururawat, dan juga Pengajar Jururawat. Ehhh! Aku takde mintak pun Pengajar Jururawat masa isi borang tu. Mungkin diorang tengok pengalaman kerja kot, dulu jadi junior lecturer cum tutor cum clinical instructor (rencam tau...). Alamak! Rasa terkejut, sebab boleh dikata tahap keyakinan tu dah sangat banyak berkurangan. Gerun tenuk dah aku ni. Libang libu macam gajah bunting nak beranak. Adehhh...
Dah dua tahun jadi YBhg Puan Suri Rumah ni, rasa berkarat juga nak kembali bekerja. Cehhh..baru nak interview, entah dapat entah tidak...kuang kuang kuang... Tapi husband sokong habih la aku mintak kerja ngan gomen ni. Sebelum ni cuba jugak minta kerja dalam sektor swasta, tapi samada memang tak dapat atau dapat tapi terpaksa reject sebab bakal majikan tu nak hantar gi negeri-negeri lain. Aduhaiii...memang takde rezeki la, dah la husband tak approve kalau asyik kena out of town ni, atau bahasa orang kita, outstesen. Apabila aku saja-saja mintak kerja kat oversea, dapat pulak, husband pun approve (Ireland approve, Saudi Arabia tak approve pulak). Prospek dapatkan pengalaman negara orang dan untuk English anak-anak, katanya. Cuma aku yang tak ready lagi...semangat tu ada huhuhu...
Doakan aku kawan-kawan, jangan pengsan semasa interview nanti hehehe...Ameen... Andai rezeki aku, dapat la. Tapi kena usaha yang terbaik juga interview nanti. Kalau takde rezeki, takpe jugak, ada plan yang lebih baik untuk aku daripada-Nya la tu. Chaiyok!

Monday, October 12, 2009

Syoknya Raya..

Andai Ramadhan bagiku
seperti cooler box yang ada air dingin
1 Syawal pula seperti tekak yang baru lepas minum air dingin itu
Yang amat menyegarkan
dan kusambut dengan penuh kesyukuran

Andai Ramadhan bagiku
seperti membuat thesis tahun akhir universiti
1 Syawal pula seperti berkonvo
Seronoknya tidak terkata
Jika dapat with Honours lagi cantik
Tetapi setakat degree pass pun dah syukur sangat
dan kalau tidak lulus pula
Boleh repeat balik Ramadhan akan datang

Andai Ramadhan bagiku
seperti pusat pemulihan akhlak
1 Syawal pula seperti bebas
Bebas daripada kekangan hawa nafsu
Bebas daripada kawalan diperhamba amarah
Daripada turutan beraja di mata bersultan di hati
Dan hidup di jalan yang lurus
dengan sabar, tenang, aman dan bahagia...

arghhh...

Syoknya Raya...

*copyright reserved

Sunday, October 11, 2009

Aku, Syawal dan Facebook...

Tentang aku...baru dapat online malam ni. Husband bawak broadband gi outstation di Kerteh, Terengganu selama 10 hari. Maka, aku duduk la di rumah main polis sentri (or police and thief?) dengan anak-anak di rumah, dan sepi dari komunikasi tanpa batasan ini...
Tentang Syawal...yakni bulan Syawal...baru tadi memenuhi undangan rumah terbuka bapa saudara husband di Gombak. Baru tadi juga aku dapat hubungi kakak angkat untuk mengucapkan selamat hari raya. Dua handphone, dua-dua rosak. Maka, aku bergantung dengan internet dan telefon faks umah aje la nak hubungi insan-insan di luar sana. Aku belum ganti lagi puasa yang perlu diganti. (*Nota peringatan untuk diri sendiri, kena ganti 5 hari puasa tahun ini. Fidyah tahun lepas 2 hari tak bayar lagi...whoaaa...hutang...). Mana lagi la nak puasa enam yang seperti puasa setahun itu huhuhu...
Bulan Syawal ni macam result segera bagaimana prestasi puasa Ramadhan yang baru lepas. Pass with flying colours ke tak, or sekadar pass sahaja...atau fail sama sekali? Fail dalam erti kata balik ke tabiat lama dengan beraja di mata bersultan di hati??? Hawa nafsu semata? Mana iman, mana takwa? Cewahhhh...
Result aku? Biasa-biasa saja, tapi sejujurnya aku dapat rasakan pass la, walaupun tak cemerlang. Alhamdulilah...semoga prestasi dapat dikekalkan dan berusaha agar lebih baik lagi pada masa akan datang...Ameen...
Dan tentang Facebook...aku dah lama mengelak nak join facebook ni. Fenomena friendster, facebook meledak, aku tak ambil pusing. Mungkin sebab aku nak hibernate, bertapa, menyendiri, low-profile dan sewaktu dengannya. Tapi, Syawal ini menyedarkan aku akan kepentingan menyambung silaturrahim, maka aku memberanikan diri search friends, walaupun ragu-ragu (nak menetapkan status low profile la kunun). Lagipun, sebenarnya lebih kepada nak main FarmVille kat Facebook tu, macam best je aku tengok husband bercucuk tanam tapi takde hasil nyata, hasil maya je huhuh... dan akhirnya aku end up chat dengan friends berjam jugak adehh...jangan aku lalai sudah...

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA 1430 H

Thursday, September 17, 2009

Hikmah demam...

Aku demam teruk jugak malam tadi selepas dua hari demam kura-kura. Mula-mula demam tu, larat lagi nak perang sikit dengan askar-askar kecik kat umah, nak jalan-jalan gi bazram. Masa tu tak hengat H1N1 pun. Selamba derk je. Takde tanggungjawab sosial langsung. Yelah, sebab sebelum tu anak-anak dan husband baru sembuh demam, so ingat jangkit dari mereka la. Tapi aku beringat jugak la dari segi nak sentuh sana sini, bersin tak merata-rata, nak kiss anak pun control dulu (ayat cover line huhuhu).
Tetiba malam tadi rasa teruk sangat. Azab amat. Menggigil, berpeluh, badan rasa berbahang, sakit badan, memulas perut, kepala berat yang amat...rasa nak mati pun ada. Berjalan pun terhuyung-hayang, macam orang tua, paut sana, paut sini. Apabila solat, macam nak tumbang pun ada.
Alhamdulillah...Allah bagi aku demam ni banyak juga hikmahnya. Memula demam tu ralat juga, nak solat tak selesa, jangankan nak tarawikh. Puasa pun rasa nak berbuka je, sebab rasa lembik sangat. Husband pun suruh berbuka, tapi aku gagahkan juga.
Awal-awal hingga ke pertengahan bulan puasa, aku istiqamah juga la dengan Ramadhan ni, maksud aku berasa seronok dan suka dalam bulan penuh berkah ni. Solat pun target awal waktu, dan penting lagi penuh, tak tertinggal solat macam biasa, paling biasa solat Subuh la. Solat yang paling berat ialah yang paling sikit rakaatnya huhuhu... Masuk pertengahan puasa tu, masih rasa tak nak raya lagi walaupun dalam radio dah start dah lagu-lagu raya, baju-baju dan kasut raya pun dah beli.
Tapi nak dijadikan kisah, dah masuk sepuluh terakhir Ramadhan, aku jadi slow. Sindrom letih (atau sindrom tahi ayam, hangat semetar jah?), macam tahun-tahun sudah. Bila tinggal sehari lagi nak raya, baru terasa ralat.
Bezanya tahun ni muhasabah awal sikit. Apabila demam baru sehari dua, ada jugak terfikir, 'aduhaiii tak larat nak tarawikh...ralat tul.' Lepas tu terdetik kat hati, mana hilangnya nikmat menanti bulan Ramadhan. Mana hilangnya nikmat perasaan buat amal tu Allah akan ganda-gandakan ganjaran dan pahala? Sekarang buat macam biasa je, apa kes? Kini dah berada dalam bulan Ramadhan, sepuluh hari terakhir lagi tu, tak hargai ke? Tak takut terlepas lagi ke? Bukan la target dapat malam seribu bulan, tapi memang sayang la (aduhaiii siapa la aku nak diberi Lailatul Qadr huhuhu...).
Allah bagi ilham agaknya. Dia tahu aku terfikir-fikir gitu, perasaan tu mula pupus, dan aku macam tercari-cari 'rasa' itu. Nikmat itu. Malam tadi punya demam kuat, tak tipu la memang rasa nak mati. Bukan apa, teringat H1N1. Nak makan pun tak lalu. Takde selera. Makan dengan niat untuk dapat tenaga je.
Andai kata la aku dapat H1N1, pastu ajal aku dekat je lagi...aduhaiii... Dalam demam-demam tu lepas solat aku mohon la andai tiba ajal aku dalam masa yang terdekat ni, ampuni aku ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang beriman, matikan aku dalam iman. Peliharakan husband dan anak-anak dalam rahmatMu. Redhakan hati mereka yang aku tinggalkan. Jadikan mereka anak-anak yang soleh. Pastu teringat-ingat belum minta maaf kat sedara mara, kawan-kawan lagi, hutang buku tak berbayar lagi, hutang PTPTN...ya Allah, bagi aku kesempatan nak selesaikan hutang aku di dunia ni dulu...aku doa macam-macam la. Rasa macam bercakap direct pada-Nya. Macam nak tinggal wasiat dekat diri sendiri pun ada.
Aku pernah terbaca gak, kalau sakit tu kena redha, tandanya Allah nak kita dekat dengan-Nya. Buat apa solat banyak-banyak kalau hati lalai. Solat yang sikit atau sekali je kalau khusyuk adalah lebih baik...aku terbaca dalam buku la. Kira aku redha la dapat demam tu. Dosa pun diampunkan, kira kaffarah la. Alhamdulillah...terasa tenang la...
Pagi ni aku rasa sihat sikit dah...alhamdulillah...gagah juga nak jemur baju, lipat baju yang dah tertangguh tiga hari menimbun dalam laundry basket. Kesian kat husband yang tak terkejar buat kerja umah dan perang dengan anak-anak dua tiga hari ni...

Wednesday, September 16, 2009

Nikmatnya berbuka puasa...

...dalam kereta...
hehehe dua hari lepas aku dan husband berbuka puasa dalam kereta. Makan McD set Spicy Chicken McDeluxe.
Biasanya dalam bulan-bulan lain tu dalam sebulan ada dua tiga kali jugak la KFC, McD, JomBali , Madam Lim's...sudah agak terbiasa sejak zaman bujang pastu kahwin tapi masih kerja lagi (sekarang housewife cum domestic manager - takde gaji yang nyata macam dulu hehehe). Penat nak balik rumah masak lepas sehari suntuk mengajar di kolej, aku ajak husband gi makan kat kedai je. Letih. Nak masak sekali-sekala je. Masa tu kerja trainee lecturer, dah dapat anak je terus duduk umah jaga anak sampai loni...takpe, aku redha.
Tapi semenjak husband seorang jadi pencari nafkah dalam keluarga, maka kena bajet sikit makan luar ni. Anak pun bertambah. Duit pampers, susu. Jadi sesiapa yang bercadang nak berkahwin dan ada anak tu, simpanlah duit. Jangan boros, kalau rasa tak nak pening kepala dengan financial. Emergency fund kena ada, bukan setakat harap insurans dan takaful, kena ada saving cash dalam bank ke, ASB ke. Anak sakit masuk hospital, suntik vaksin macam-macam, nak ibunya bersalin di hospital swasta (boleh demand lebih sikit, bukan nak mengada, tapi untuk lebih selesa melawat dan sebagainya, si ibu pun lebih selesa nak berehat selepas berhempas pulas melahirkan anak - pesanan untuk bakal bapa), mau riban-riban jugak.
Tahun ni pun takde jemputan berbuka, economy slow gamaknya.
arghhh...macam biasa aku melalut jauh...
Tapi dalam bulan puasa kali ni la aku beria-ria betul memasak. Lepas sahur je dah siap tanya husband nak menu apa. Bukan ingat nak makan dah, tapi aku ni jenis perancang, kira dah lambat kalau setting menu pada hari yang sama. Biasanya aku set menu semasa beli lauk kat Tesco lagi dah hehehe...
Tetiba la dua hari lepas aku demam. Lama dah tak demam. Aku tak boleh demam, kalau tak siapa nak jaga anak apabila husband gi offshore je cari makan. So, aku kena sihat sepanjang masa. Cuma bulan puasa ni dah letih puasa, husband pun ada kat umah, so aku manja sikit. Dia la yang siapkan anak dan sebagainya. Part makan, nak tak nak dia kena taupau la, kalau tak kena masak. Takpe la, sekurang-kurangnya dia paham apa yang aku lalui bila celik mata aje pagi-pagi sampai la ke nak tidur - perang dengan askar-askar kecil sambil nak meet husband punya demand dari segi makan dan macam-macam laaa....
So, dah aku daripada direct straight memasak takde coti-coti bukak puasa kat luar ke dalam bulan puasa ni, tetiba dapat rehat. Hikmah demam. Bukan selama ni tak suka, tapi sekali-sekala kan. Bulan tak puasa pun takde la beria-ria begini.
So, nak jadi cerita, aku pun ajak-ajak la nak bukak puasa kat luar kali ni. Hari tu 14hb September, pegi la ke Shah Alam, nak gi Kompleks PKNS, cari jubah untuk mak dan pak mertua. Pastu bajet nak cari tempat makan best. Dapat solat kat Masjid Biru, alhamdulillah...saudara baru macam aku ni jarang-jarang dapat gi masjid. Takut-takut pun ada sebab tak biasa. Last gi masjid pun semasa adik ipar menikah tiga tahun lepas. Dalam life pun ada pat lima kali je gi masjid.
Yang lawaknye, dah kul 5 petang tu, aduhai penatnya...shopping tak ingat demam. Masak tak larat, jalan-jalan shopping larat pulak eheheh... Nak tunggu bukak puasa macam lama sangat. Macam budak-budak baru belajar puasa pun ada, asyik tengok jam dan dua tiga kali mengeluh lapar huhuhu...
So, aku ajak husband balik umah, tak larat dah. Husband pun orait je, dia sendiri pun dah penat sebab tak bersahur hari tu. Kes aku demam dan terlajak tidur, bangun dengar iqamat subuh dah.
Kami pun pegi la ke Bazram di Stadium Shah Alam. Husband dan Acha gi beli, aku dan Acheh tunggu dalam kereta je. Taupau air mangga yang original, bukan sirap, dan nasi beriyani gam Johor. Gerak balik umah area PJ, dah jam 6.30 ptg. Husband kata macam kena bukak puasa dalam kereta.
Dah dekat waktu berbuka tu, kat highway NKVE lagi, ajak husband berenti kat stesen minyak. Boleh la berbuka dengan selesa. Nampak McD drive-thru, ajak husband beli burger. Terliur pulak. Dalam nak bayar tu, azan pun berkumandang.
Alhamdulillah...sedapnyer burger masih panas-panas. Nikmatnya berbuka bila tukar setting ni, at least kat luar jugak kan, walaupun dalam kereta...

Tuesday, September 15, 2009

Zikir, fikir, ikhtiar...

Apabila ada masalah...
Kita bungkus dan serah kepada Allah...
Itu namanya zikir
Itu maknanya tawakkal

Tetapi zikir sahaja tidak cukup
Otak kena fikir cara solusinya
Dan tubuh berikhtiar menjalankan caranya
Maka itulah sebenar-benarnya tawakkal...

*berdasarkan Bicarawara Rawat Hatinya, Bangunlah Insan oleh KH Abdullah Gymnastiar di Astro Oasis

Sunday, September 13, 2009

Tepung Pelita pertama...

Hari ini aku cuba-cuba buat tepung pelita. Resipinya aku dapat dari paper The Star semalam. Menjadi jugak la acuannya, bezanya cuma tak bubuh dalam 'sampan' daun pisang je hehehe...mana la aku nak cari daun pisang kat KL ni. Sebenarnya ada berlambak pokok pisang liar kat sekitar kawasan perumahan sini, tapi takkan aku nak ambik kot. Kot-kot ada tuan hehehe...

Aku try je la bubuh dalam loyang kek. Cuma dapat bayangkan masalah nak makan, payah nak cedok. Pasal tu kot orang yang cipta kuih tepung pelita yang femes masa bulan puasa ni timbul idea nak bubuh dalam acuan 'sampan' daun pisang...

Cara membuatnya lain daripada yang aku tengok kakak biras aku buat semasa dia menuntut ilmu dengan mak mertua baru-baru ni. Aku tengok je, macam complicated je. Lagipun masa tu aku baru nak try-try belajar buat kuih butir nangka hehehe...
Cuma berlaku satu kesilapan teknikal, teknik penting yang menjadikan tepung pelita itu the tepung pelita, yakni kuihnya yang terapung-apung dalam lautan gula cair di dasar 'sampan' daun pisangnya...iaitu aku telah mencampurkan gula ke dalam adunan lapisan bawah. Waaa...aku tak tau la dah jadi kuih apa pulak namanya...
Sepatutnya aku tabur gula pasir kat dasar acuan, pastu baru la dituangkan adunan lapisan bawah, kukus, pastu tuang adunan lapisan atas, kukus. Baru la ada ilusi kuih tu terapung dalam 'sampan', bila dicedok air gula akan melimpah masuk dalam sudu. Penuh seni makan tepung pelita ni (bagi aku la).
Tapi kesilapan ini ada rahmatnya. Bayangkanlah kalau aku tabur gula pasir kat dasar loyang kek tu, kuih tepung pelita aku tu terapung-apung dalam larutan gula cair...ibaratnya seperti terapung dalam 'kapal' loyang besar, bukan yang sepatutnya dalam 'sampan' daun pisang...

Saturday, September 12, 2009

Syoknya Ramadhan...

Ramadhan bagiku
seperti satu cooler box
yang di dalamnya ada air dingin
untuk imanku yang kehausan
setelah nafsu bermarathon sebelas bulan lamanya

Ramadhan bagiku
seperti berada dalam pengajian tahun akhir di universiti
bangun berjaga malam dan bersengkang mata
mengajak aku analisis dan sintesis
tajuk thesis tentang iman dan takwaku

Ramadhan bagiku
seperti pusat pemulihan akhlak
mendidik nafsu
melemahkan amarah
meredhai diri
dan redha padaNya

Agar di pagi fitrah nanti
mengharap Dia redha padaku...

Arghhh...
Syoknya Ramadhan...

*copyright reserved

Friday, September 11, 2009

Happy birthday Daddy...


Happy 54th birthday, Daddy...
Love you always...
(Aku menyayangi Daddyku kerana daddy ialah daddy aku,
dan,
Aku menyayanginya sangat-sangat kerana Allah)

Wednesday, September 9, 2009

Sarimah Curry House


Hehehe minta maaf Sarimah Curry House, saya sudah berhutang beberapa bulan tulis tentang restoran ni dalam blog saya, seperti yang saya janjikan. Sekarang saya teringat, maka saya perlu menunaikan janji saya.
okey...
Sarimah Curry House ni famous di Limbang, lebih-lebih lagi di kalangan orang Brunei. Terletak di Jalan Ricketts (kalau tak silap), sederet dengan lot pejabat Tabung Haji.
Aku tinggal dekat sebulan juga la kat umah abang aku dekat area-area kedai makan ni, so alhamdulillah la ada Sarimah Curry House berdekatan. Senang aku nak makan, cari makanan halal sebab rata-rata sekitar umah abang aku tu kedai makan tak halal. Walaupun di Limbang banyak kedai makan halal jika nak dibandingkan dengan kebanyakan bandar di Sarawak, tapi lokasinya jauh jarak berjalan kaki dari umah abang aku. Syukur la ada Sarimah Curry House...makanan pun sedap-sedap (untuk tekak orang Sarawak dan Brunei la, orang Semenanjung aku tak tau la, selera masing-masing).
Lagi satu, restoran Sarimah Curry House ni menang anugerah peringkat negeri rasanya. Tak ingat la anugerah apa, sesuatu berkaitan anugerah pilihan pengguna dan berkualiti something macam tu la.
Dari segi pekerjanya, okey...peramah, servis pun cepat. Ada yang in charge ambil order bahagian table, ada in charge ambil order semasa berbaris kat tempat lauk-pauk campur. Orait la. Premisnya pun bersih, dapat A. Penilaian aku sendiri pun memang tampak bersih la. Aku kalau premis makan kotor, sedap mana pun orang kata makanan dia, no second time la aku nak datang makan lagi. Au tak kisah la premis tu nampak standard dan eksklusif ke atau biasa-biasa aje atau warung aje, janji bersih.
Harga pun okey, mahal standard KL, cuma difahami sebabnya Limbang terletak di antara dua bahagian Brunei, banyak imigresen nak kena lalu (abang aku kata la). Paper The Star pun mahal giler, lambat 2 3 hari lak tu sebab nak kena lalu imigresen. Daerah lain di Sarawak lambat dalam tengah hari aje daripada di Semenanjung awal-awal pagi boleh dapat dah paper The Star dan Berita Harian. Kat Limbang beritanya udah sejuk senyik.
Berbalik Sarimah Curry House ni tadi, masalahnya tutup pukul 6 petang. Tu yang lemah tu. Kalau berangan nak supper lewat-lewat malam nanti, kena taupau awal-awal pulak huhuhu... Mungkin sebab budaya di Limbang ni kedainya tutup awal, hanya beberapa kedai je yang bukak makan. Kedai runcit kecik-kecik pun rata-rata tutup, mengingatkan aku dengan bandar Kuala Terengganu, lebih kurang je.
Hmmm...terima kasih Sarimah Curry House. Semoga perniagaan menjadi lebih maju, semoga dapat berjumpa lagi...

Tuesday, September 8, 2009

Bazram... (Part 1)

Biasanya kita dengar orang sebut 'pasar Ramadhan' atau 'bazaar Ramadhan'. Kalau dalam istilah singkat, dalam chatting channel astro@15 misalnya, chatters sebut 'param'. Tapi aku dan husband, sebut bazram hehehe...
Bulan Ramadhan kali ini, aku sudah mengunjungi tiga bazram, yakni di Kg. Sg. Penchala, TTDI, dan Stadium Shah Alam. Tiap tahun pun begini. Sekitar kawasan umah pun ada juga, tapi tak pernah pergi tengok, sekadar tunggu dalam kereta sementara husband pergi membeli sedikit juadah.
Antara ketiga-tiga bazram yang aku dah pergi tahun ni, TTDI la yang paling hollywood. Tak tau la kenapa, adakah disebabkan lokasinya di TTDI, yakni kawasan perumahan yang dikira elit la, atau kerana berdekatan dengan Sri Pentas, Bandar Utama, ramai selebriti gitu. Sebabnya ialah pengunjung-pengunjung bazram yang ni la dressing daring-daring, barat-barat gitu. Yang selebihnya tu tak la daring sangat dressingnya.
Walaupun kat Bazram TTDI ada jual dim sum halal favourite aku, tapi kalau rasa sayang dengan puasa tu, baik takyah pegi. Habis 'kurus kering' puasa kita. Baik lelaki mahupun perempuan. Aku cakap macam tu sebab kalau tahap orang awam macam aku ni puasa, pastu cuba-cuba nak puasa khusus (pancaindera lainnya, baik penglihatan, pendengaran, lidah, tangan, kaki dan lain-lain) ataupun nak elak menjerumuskan pancaindera kita dari dosa, memang payah. Memang balik tahap puasa tahap awam aje la, setakat menahan lapar dan dahaga.
Bagi lelaki, dok melihat pengunjung-pengunjung bazram yang seksi-meksi, dressing killer...aduyaiii bak kata pepatah, kopiah pak lebai pun boleh tercabut. Kesian pula aku dengan peniaga-peniaga lelaki kat bazram tu, dahlah letih memasak berjual sepanjang hari, sedar tak sedar tak pasal-pasal pahala puasa jadi 'kurus kering' kalau dah hari-hari dok jamu mata tengok aurat-aurat yang terbuka berlebih-lebihan (malas aku nak cerita tang mana yang terbuka, rasanya tak perlu cerita). Hati mungkin tak nak, tapi dah dapat free show, takkan berniaga nak tutup mata pula.
Bagi perempuan pula, kalau tak mengumpat dengan lidah pun, mengumpat dalam hati pula. Tu yang aku malas sangat, dengan iman yang serba nipis ni, mudah aje aku nak ngumpat dalam hati. Lepas tu dah la dapat dosa ngumpat dalam hati, bersambung pula dosa ujub, yakni berasa bangga diri, rasa lebih baik daripada diorang sebab diri ni menutup aurat (astaghfirullah...ya Allah, jauhkan aku daripada sifat-sifat buruk ni). Kesian pula aku dengan peniaga-peniaga yang perempuan pula, letih-letih puasa, pastu masak lagi, berjual lagi, tapi dalam sedar tak sedar diuji begini pula.
Astaghfirullah...semoga Allah ampuni aku. Aku menulis hal ini dalam blog, dengan niat sebagai peringatan, baik kepada diri sendiri mahupun sesiapa yang terbaca, bukan nak mengumpat pengunjung-pengunjung di sana, sebab aku pun bukan baik sangat, not in the position kata orang putih, nak tegur-tegur orang. Sebab, kalau tak tengok diorang pun, bukan jaminan juga dapat puasa tahap khusus (berkurung kat umah pun ada tv, takyah la MTV, layan rancangan Made in Malaysia pun lebih kurang sama juga) huhuhu...tapi sekurang-kurangnya harap tak la pahala puasa jadi 'cekeding' pula bila dah petang di bazram. Tu belum pergi area lain-lain lagi...malas aku nak sebut area mana, timbul fitnah pula nanti...
Tapi, huhuhu...inilah dikatakan ujian. Tanya iman masing-masing la.
Aku hanya dapat berdoa, semoga pengunjung-pengunjung yang seksi-meksi ini akan diberikan taufik dan hidayah oleh Allah. Ameen... (kita tak tahu rahsia Allah, hidayah itu milik-Nya, mana tahu yang seksi-meksi ni suatu hari nanti jadi jauh lebih baik, lebih beriman daripada kita, lebih muslimah, dan kita pula yang mati dalam dosa ujub, nauzubillah...)

Saturday, September 5, 2009

Cinta hakiki...

Aku pernah ditanya seseorang - adakah aku sudah menemui cinta hakiki? Siapa seseorang itu, aku tak tahu. Yang aku tahu, pastinya seorang Muslim. Apa tujuan dia bertanya, aku tak tau dan tak ingin buruk sangka (walaupun terdetik juga curiga, apekehalnya tetiba nyebuk).
Alkisahnya begini...
Aku tengah chit-chat la dengan seorang member, tentang macam-macam. Masa tu aku baru-baru lagi convert, so iman dan ilmu pun tahap baru-baru jugak la. Apa yang aku rasa, itulah yang aku rasa. Tiada istilah tertentu dalam Islam yang aku tahu merujuk kepada apa yang aku rasa pada masa itu.
Dalam dok ralit bercerita tentang kisah menemui nur, dan bertemu jodoh dengan suami, aku menyebut la tentang berjumpa jodoh dan cinta. Tetiba seseorang ini menyelit, "Bagaimana dengan cinta hakiki? Sudahkah bertemu?". Aku kaget dan terkesima la juga dengan soalan mendadak begitu. Aku ketawa kecil je la, aku cakap bersyukur la jumpa husband yang sememangnya jodoh aku tak kira la macam mana sulitnya untuk terjadi hubungan akad nikah itu antara kami. Tetapi, jodoh itu rahsia Allah, sudah ditakdirkan aku dan husband ada jodoh, dan Allah permudahkan segalanya...alhamdulillah...
Tetapi persoalan itu aku terus bawa sehingga ke hari ini. Semacam mengekori hari-hari, sebab aku gelisah ingin tahu apa maksud sebenarnya istilah cinta hakiki itu. Dalam pada itu, masa pun berlalu, aku berusaha menambah ilmu agama dalam jiwa, aku terjumpa la istilah cinta hakiki itu. Ohhh....baru la aku tahu apa maksud orang itu. Sebenarnya persoalan itu sudah lama bersarang dalam jiwa, cuma istilahnya sahaja aku tak tahu. Sekian lama aku dapat rasa aku sering bertanya diri sendiri - ikhlaskah cintaku kepada Allah? Cinta dengan sungguhkah aku kepada Allah?
Aku tertanya juga, dalam nada apakah orang itu bertanya. Sekadar ingin tahu kah? Atau turut sama bersyukur kerana aku menyertai seagama dengannya kah? Atau dengan nada sinis, curiga tujuan sebenar aku memeluk Islam - kerana nak kahwin, atau kerana Islam itu sendiri? Nada yang terakhir itu adalah menurut fikiran musykil aku la. Ada prasangka sikit.
Mungkin bagi orang itu, aku belum menemui cinta hakiki - yakni cinta kepada Allah. Bagi aku, walaupun sekarang aku tahu dah istilah cinta hakiki itu dan maksud orang itu, aku masih belum mampu menjawab dengan sejujur-jujurnya. Ini kerana hal ini bukan berkaitan perkataan semata-mata. Hanya iman yang mampu menjawabnya. Sebab aku rasa jika aku memandai-mandai cakap aku ni memeluk agama Allah ini kerana Allah semata-mata, aku takut. Takut jika datang ujian kelak, iman aku tidak mampu bersaksi. Mungkin betul katanya, aku berani kerana ada bakal suami, ada kakak angkat, ada suasana tempat kerja yang sangat menyokong, ada PERKIM, aku berani kerana itu, aku berani kerana ini. Aku sendiri pun tak pasti. Cuma, aku sudah dapat rasa hidayah itu datang jauh lebih awal, tetapi soal nekad atau tidak, aku tak pasti. Aku cuma fikir, masanya sudah tiba, Allah sudah setkan perjalanannya begitu, maka aku menyambutnya dengan jiwa, hati dan akal terbuka.
Sehingga kini aku bersyukur soalan itu datang. Kerananya aku sering muhasabah adakah aku ikhlas kerana Allah, atau ada sebab-sebab lain. Adakah aku riak, munafik dan sebagainya yang akhirnya akan memusnahkan aku. Adakah aku beribadah, buat begitu begini kerana cuba meyakinkan orang sekeliling bahawa aku benar-benar cintakan Islam, atau meyakinkan diri sendiri, ataupun semata-mata kerana Allah. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat riak dan munafik, dan jauhkanlah aku daripada sifat ujub dan takbur...
Adakala aku terganggu sedikit dengan soalan tersebut, seperti 'kepulangan' aku ke agama fitrah, agama Allah ini tidak dsambut mesra, tidak dirai-raikan oleh saudara seiman. Seperti aku dipandang sinis, skeptik. Aku jadi sedih dan kecewa juga. Tetapi cepat-cepat aku mengingatkan diri, andai aku ikhlas, aku tidak perlu sedih dan ambil pusing kata-kata orang. Ini adalah urusan Allah ke atasku. Cinta kepada Allah, hatta perasaan cinta itu sendiri tidak akan datang sendiri jika tidak kerana Allah, jika bukan kerana Allah terbitkan rasa itu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku. Malah aku sendiri tidak tahu isi hatiku yang paling dalam. Wallahualam.
Tentang ikhlas mencintai Allah, jika tidak sepenuhnya pun, aku memujuk diri, sekurang-kurangnya aku ada niat dan berusaha ke arah ikhlas, insyaAllah, dan aku berharap Allah akan menolongku. Dalam pada itu, aku harus siap memerhati dan menghadapi ujian dan dugaan yang tiba untuk menguji adakah aku ikhlas cintakan Allah atau tidak. Dan jika ya, sedalam manakah, seikhlas manakah. Atau adakah aku akan kecut perut, atau lari, atau berdusta? Dan jika tidak, Allah tolonglah aku kembali kepada-Mu. Aku berharap dari ujian dan musibah itu nanti hikmahnya dapat menambahkan cinta kepada Allah. Tetapi, Ya Allah, jangan diuji aku hingga aku rebah dan terpesong dari jalan-Mu...
Dan pada malam ini, dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah, aku berdoa...
Ya Allah, dakaplah aku dalam rahmat-Mu. Ameen.

Friday, September 4, 2009

Long lost friend...Nazir

Dah post pasal Apoi, teringat dengan si Nazir. Nazir sama kelas dengan aku sejak Form 1 sampai la Form 5. Sama tempat asal dengan aku, Mukah. Walaupun sama kaum, bercakap bahasa ibunda yang sama dengan aku, tapi kami tak la berbual sangat. Diingatkan (baca old posts aku), aku ni ada masalah 'fobia' sikit dengan budak-budak lelaki semasa sekolah menengah dulu. Tapi, apabila terjumpa tu, kami pasti bertegur sapa.
Alkisahnya...
Aku terjumpa Nazir semasa di Limbang (esok hari kami berangkat pulang ke Mukah) di Limbang Plaza. Tanya khabar, dah kahwin ke belum (soalan standard), kerja mana, anak berapa. Nazir rupanya dah kerja dalam bidang kesihatan (alamak aku lupa la apa dia, tak nak memandai-mandai sebut) di Marudi. Dia berada di Limbang sebab menghadiri kursus atau something berkaitan kerja la. Pada masa itu sedang menunggu cahaya mata, isteri sedang sarat mengandung, due dalam bulan Mei (sekarang dah lebih kurang tiga bulan la baby dia). Tahniah...alhamdulillah...
Nazir pun sempat mengucap tahniah kepada aku apabila aku bagitau yang aku memeluk Islam dan kahwin orang Melayu Pahang pula. Mula-mula tu dia nampak terkejut juga. Macam biasa, Nazir senyum sampai ke telinga. Segan juga nak bagitau dia yang sekarang aku dah ada anak dua, tak bekerja pula, duduk rumah jaga anak. Macam produktif sangat pula hehehe...
Mengenang kembali kawan-kawan Sainsri sepuluh tahun yang lalu, macam masih terngiang-ngiang dan terkenang-kenang soalan pada masa itu - Macam mana rupa kita pada masa itu? Dan kini, 'masa itu' sedang berlaku. Siapa yang dah kahwin, siapa belum. Siapa betul-betul berjaya sebagaimana yang diramalkan, siapa biasa-biasa saja. Siapa yang mendapat profesion impian, siapa buat asal ada sahaja. Siapa dapat rezeki anak cepat, siapa lambat. Siapa nampak lain, siapa nampak sama je. Macam-macam persoalan yang kini lebih kurang terjawab.
Namun, bagi aku, perjalanan kami semua masih panjang. Hari ini tidak semestinya sama dengan esok hari, bulan depan, tahun depan, dan sepuluh tahun akan datang lagi. Dan siapa yang tidak akan bersama kita lagi...

Thursday, September 3, 2009

Apoi

Saje nak post pasal ex-classmate aku ni di sekolah di Miri. Dari Form 1 sampai Form 3, jiran kelas sebelah. Form 4 sampai 5 sekelas. Pengajian matrikulasi sama pusat tapi tak sama kelas. Masuk universiti yang sama tapi kursus lain-lain. Kahwin dengan ex-bestfriend (bestfriend pun ada ex ye?) aku semasa matriks dulu di Kota Samarahan. Dah ada seorang anak lelaki, Elijah namanya.
Alkisahnya sangat la pelik...
Semasa aku balik Sarawak selama tiga bulan (April hingga pertengahan Julai), dalam bulan Mei la, banyak-banyak tempat di dunia, aku boleh terserempak dengan si Apoi ni di tempat yang tidak disangka-sangka. Aku menghadiri majlis perkahwinan tiga pupu (anak dua pupu daddy) di Kampung Tellian, Mukah. Aku pergi dengan mak, daddy, anak-anak dan husband aku yang kebetulan ada sekali masa tu. Lepas tu aku baru je tiba kat pintu rumah sebelah tempat kenduri, aku ternampak la satu orang ni yang macam aku kenal sangat, tapi sempat lagi aku terfikir, takkan la mamat ni ada kat sini pula. Dia wat apa la kat sini.
Tengok punya tengok lagi, aku ternampak kakak dia. Ahhh...sah la mamat tu ialah si Apoi. Selidik punya selidik rupanya kakaknya si Apoi ini, Dr. ***** kahwin dengan tiga pupu aku. So, dia menghadiri la majlis kahwin sepupu husband dia, si Apoi ada sekali.
Hmmm...sempat la bertanya khabar, tentang kerja, anak, isteri dan macam-macam... Mula-mula tu nampak kekok sebab lama dah tak jumpa, lagipun husband kat sebelah (huhuhu)...tapi orait la, jumpa kawan lama...alhamdulillah...semoga Apoi bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Wednesday, September 2, 2009

Kasih sayang dan percaya...

Kasih sayang dan percaya...berdasarkan pengalaman peribadi aku sebagai seorang anak, dua perkara ini sangat penting dalam membesarkan anak-anak. Kedua-dua perkara ini aku belajar daripada mak dan daddyku. Walaupun mereka tak pernah mengajar aku secara direct perkara-perkara ini, aku mendapatnya daripada mereka. Setelah puas aku muhasabah diri, menimbang-nimbang itu ini, mengasihani diri sendiri, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, bermonolog sendirian, merenung nasihat abang, memaafkan diri, berdamai dengan Tuhan, berdamai dengan semua orang...aku bersyukur Allah memberikan aku mak dan daddyku.
Melalui mak, aku merasakan kasih sayang yang sangat banyak, luas, tidak ternilai...Semenjak jadi ibu ni selama dua tahun lebih ini, aku banyak menghadapi perkara yang aneh-aneh dan serba mustahil yang datangnya daripada anak-anakku, yang menguji segenap kesabaran, akal dan kebijaksanaan yang ada. Tapi, kena layan juga. Sekali sekala tu jentik cubit, tampar sikit jugak bila geram yang amat...astaghfirullah....Hanya kasih sayang yang mengatasi semuanya, kalau takde kasih sayang, memang hilang sabar betul lah huhuhu...maka aku memikirkan mak aku yang menghadapi aku dari kecik sampai ke besar ni dengan segala perangai, pikiran dan tuntutan serta permintaan yang pelik-pelik, macam mana la ye? Mak aku sabar juga...maafkan juga...terima juga...
Melalui daddy pula, aku merasakan kepercayaan yang cukup tinggi, walaupun mungkin satu dunia telah memberitahu segala kelemahan aku, hodoh, gelap, kurus, malas, menyusahkan, miskin, low-class, dan macam-macam lagi la sampaikan aku percaya aku orang semacam itu, tetapi daddy tetap percaya aku anak yang baik. Bagi aku, kerana daddy la aku tetap percaya sampai sekarang aku ni anak yang baik, yang pandai. Maka aku berusaha seboleh-bolehnya tidak mahu melukakan hati mereka (walaupun banyak kali), dan apabila aku melukakan hati mereka, begitu juga luka yang sama terjadi dalam hatiku...(sentimental dan dramatik juga aku ni, yelahhh scorpio katakan)...dan begitu jugalah aku berusaha merawat luka itu... dan kerana itu juga maka aku berusaha betul-betul nak jadi pandai, sebab kalau daddy dah percaya aku ni pandai, maka aku ni pandailah, tapi kena usaha...aku usaha bro, bukan minta macam tu je...
Mak aku selalu rasa dia takde apa-apa peranan dalam 'kejayaan' aku dalam pelajaran (istilah kejayaan di sini merujuk pada semua keputusan peperiksaan yang flying colours, dan dapat grad uni) berbanding dengan daddy yang hantar gi sekolah, beri duit sekolah, bagi motivasi dan macam-macam lagi, tapi bagi aku mak pun sangat besar juga peranannya. Dulu kecik-kecik mak bangun awal nak siapkan breakfast milo susu, nasi goreng, siap buat bekal gi sekolah supaya sentiasa ada tenaga badan dan otak untuk belajar. Mak basuh baju sekolah bersih-bersih, seterika lagi, bagi aku segak dan rasa bangga dan seronok pergi sekolah. Dah lah zaman tu mana ada mesin basuh lagi, basuh guna tangan je. Awal-awal tu pakai air perigi je. Banyak lagi la, Allah je yang tahu...
Daddy dan mak juga ajar aku supaya hormat buku dan ilmu, jangan pijak buku atau apa-apa bahan bacaan, balut buku teks, jaga buku elok-elok, semua tu ilmu... Walaupun kami orang susah, tapi daddy dan mak usaha juga belikan kami empat adik-beradik meja belajar sorang satu. Kata mak, jika ada meja sendiri, rasa macam harta sendiri. Bila budak-budak ada harta sendiri, seronok la jaga harta sendiri dan buat macam-macam. Dulu masa kecik-kecik aku suka sangat meja aku sampai macam-macam aku buat asalkan aku dapat buat something atas meja tu, contohnya buat buku skrap ke, melukis ke. Jadi, buat kerja sekolah pun satu perkara yang amat seronok bagi aku.
Alhamdulillah thank you Allah...
Terima kasih mak dan daddy...Allah sahaja dapat membalas kasih sayang dan kepercayaan serta segala kebaikan yang aku dapat daripada mak dan daddy...

Tuesday, September 1, 2009

Ondeh-ondeh, lepat pisang dan butir nangka...

Bulan puasa ni aku dah kira boleh la buat sendiri ondeh-ondeh (Kelantan, bahasa luar Kelantan kuih melaka), lepat pisang dan butir nangka...yeahooo...kursus dengan kakak biras dan mak mertua di kampung hari tu.
Agak-agak lepas ni muak le husband aku makan kali ni, testing punya testing ekekeke...

Monday, August 31, 2009

Ramadhan: aku refleksi dan koreksi diri

Ramadhan datang lagi. Aku menunggu Ramadhan, dalam suka dan bimbang. Suka sebab Ramadhan bulan penuh berkah, bimbang sebab bagi orang macam aku ni...hehehe kena puasa sebulan. Puasa aje insyaAllah tak ada apa macam tahun-tahun sudah, tapi mengenangkan askar-askar dah bertambah jadi dua dan tenaga diorang pun pada tahap lasak yang amat...adoiii...kena zikir banyak bagi jangan letih hehehe...
Tapi apabila dah dapat momentum berpuasa tu taklah teruk sangat, nak start enjin tu payah sikit. Malah bila berpuasa ni nikmatnya lebih berbanding bulan-bulan lain sebab sepanjang masa baik siang, lebih-lebih lagi malam time sunyi sepi orang dah pakat tidur, syahdunya lain sikit. Perasaan pun sentiasa berjaga-jaga dan selalu rasa takut tak sempat mengejar Ramadhan, takut tiba-tiba Syawal menjelma dan rasa tidak puas lagi menikmati Ramadhan. Tak tahulah kenapa. Lagipun, aku sentimental sangat sebab dalam bulan puasa jugalah dulu aku memeluk Islam (tapi tak dinafikan hidayah tu awal lagi, tinggal berani atau tidak je), pada sehari sebelum Nuzul Al-Quran, hari kematian Allahyarham Datin Seri Endon (tahun 2005 le tu, aku baru lagi ni)...
Aku sangat menantikan Ramadhan setiap tahun, walaupun tidak membuat persediaan puasa ganti atau sunat ke, solat sunat ke dari Rejab dan Syaaban. Tapi masuk je Rejab, aku buat countdown dah. Tak tau la kenapa. Nak kata aku ni alim, memang la tidak. Tapi bagi aku, inilah peluang terbaik untuk aku refleksi dan koreksi diri, memohon ampun banyak-banyak atas dosa baik kecil apatah lagi besar, sengaja dan tidak, yang ingat dan yang dah lupa, yang terlepas, kerana jahil, lalai atau cuai...
Semua ini untuk bekalan penetapan iman untuk setahun akan datang, dan sebaik-baiknya dapat bertahan lebih lama daripada itu supaya Ramadhan akan datang lagi dapatla aku menguatkan lagi apa yang ada, takde la kes terkial-kial nak 'warm up' iman ni balik (yelah, kot-kot Ramadhan ni yang terakhir, takleh alpa). Bukan la bulan lain tu tak boleh buat, tapi Ramadhan ni lain sikit, aku sangat mengharapkan Ramadhan, mengharap sedikit cebisan rahmat yang melimpah pada bulan mulia ini untuk aku ni yang serba kurang dan banyak kelemahan, ilmu agama pun tohor, mengaji pun tak tau lagi, hafal surah baru tujuh surah pendek, Asma ul-Husna pun tak hafal lagi huhuhu...kalau takde Ramadhan, dengan iman yang masih tahap bayi baru lahir, aku takut la nak membayangkan andai iman aku jadi makin nipis dan menghilang...jadi Ramadhan la harapan untuk orang tahap awam semacam aku ni nak mengupgrade tahap iman dan takwa, melatih diri untuk lebih istiqamah, supaya bateri iman aku tahan lebih lama daripada sebelumnya...dan seterusnya aku mengharapkan Ramadhan akan datang lagi (insyaAllah kalau ajal belum menjemput) untuk mengecas bateri lebih lagi... Yelah, jangankan soal ikhlas kepada Allah, soal rukun Islam pun tak kukuh lagi, tauhid, akidah pun goyang lagi...
Rukun Islam pertama rasanya orait dah.
Tapi kena berjaga-jaga juga.
Jangan terpedaya dengan syirik yang kabur pula, rosak le syahadah...
Rukun kedua pula.
Daripada solat terkantoi-kantoi, nak kena latih dapat full lima.
Dah dapat full lima, nak kena latih bersegera waktunya.
Sebab meringankan solat itu pun dosa juga, neraka Wail jawabnya.
Rukun ketiga, puasa...alhamdulillah...
Tapi kena latih juga agar tak la pada tahap puasa awam saja.
Taklah setakat tahan lapar dahaga sahaja.
Mudah-mudahan sampai tahap dapat latih pancaindera lain-lain juga.
Zakat pula...
Mudah-mudahan urusan ini Allah permudahkan aku nak menguruskannya
Tinggal nak usaha lebih sikit lagi.
Haji pula...
InsyaAllah, aku menunggu jemputan Allah...
Jadi, bak kata lagu Man Bai...
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Saturday, August 15, 2009

Menjelang Ramadhan...

Aku berada di kampung suami sekarang. Minggu depan hubby nak gi KK, Sabah, ada job, deep sea. Bila dah kat deep sea ni, nak tepon koling-koling tak dapat, nak mintak duit lagi la. Mungkin seminggu, mungkin sebulan. Tahun lepas dia keje kat tengah-tengah perairan Palawan, aduhai sedihnya dua minggu jugak la payah nak dengar suara. Ada la tepon satelit atas kapal tu, untuk emergency je, mahal gile. Baru sebut, "hello, bley cakap dengan Encik ***?", dah kene Rm20 kredit kapisshhh...
Minggu depan dah nak masuk bulan puasa, bulan Ramadhan. InsyaAllah, ada rezeki tahun ni dapat menyambut Ramadhan lagi. Dua hari lepas Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, bulan lepas Yasmin Ahmad. Jadi perkara-perkara ni mengingatkan aku, jangankan nak beraya, nak berpuasa di bulan Ramadhan pun tak sempat apabila ajal dah tiba. Aduhai...teringat lagi soal mati, berdebar pulak rasanya.
Apa azam bulan puasa tahun ini ye? Patutnya dah sedia dari bulan Rejab lagi huhuhu tapi dah namanya aku ni dalam golongan orang awam je, jadi puasanya peringkat orang awam juga la hehehe... macam mana la nak tingkatkan tahap puasa ke tahap kedua kalau masuk Syaaban baru kelam kabut nak ganti puasa, tu belum lagi dosa-dosa sepanjang tahun baik yang kering dan tak kering, tambah-tambah lagi anak dah masuk peringkat lasak ni cepat betul ilang temper aduyaiii huhuhu... Peringkat satu? Alahai, tak tercapai rasanya...

Sunday, August 9, 2009

Perkembangan dan ragam: Acha dan Acheh

Pada umur 3 bulan, Acheh dah boleh meniarap. Kakaknya dulu 6 bulan lebih baru dapat meniarap.
Sekarang umur Acheh dah lebih 6 bulan, Acheh dah kuat mengangkat bahagian badan bawah, posisi merangkak gitu, tapi belum dapat merangkak lagi. Serentak itu juga, tiba-tiba la dalam minggu ni Acheh dapat mengengsot ke depan. Tiba-tiba bangun satu pagi tu aku lihat dia mengejar paper yang aku baca. Syabas! Cuma kena sentiasa awas sebab mengikut pengalaman dengan si kakaknya, waktu mengengsot dan meniarap begini la tempoh kena berjaga-jaga lebih dengan sampah, sisa makanan dan benda-benda kecik atas lantai - nanti masuk mulut kang tercekik, takpun keracunan.
Si kakak, Acha dulu ada dalam umur 10 bulan juga la baru mula mengengsot, umur 1 tahun 2 bulan baru merangkak sambil-sambil dapat berdiri memegang atau berpaut pada sofa (itupun lepas lama mengengsot, balik Temerloh tengok sepupu dia Ayih muda 3 bulan daripada Acha tapi dah merangkak, tiba-tiba dia dapat ikut merangkak). Umur 1 tahun 3 bulan Acha mula berdiri (minggu terakhir Oktober - awal November) dan dapat berjalan pada umur 1 tahun 4 bulan. Macam takut kena kejar adik dia nak lahir pula, cepat-cepat nak berjalan. Acheh lahir semasa Acha berumur 1 tahun 6 bulan. Lebih kurang dalam tempoh 2-3 bulan Acha nak menyambut birthday yang ke-2, barulah nampak boleh berlari. Sekarang steady dah memanjat-manjat...syukur tapi adehhh...
Jadi korang-korang yang plan nak ada anak tu, ready-ready la korang:-
berjaga malam, tidur tak tentu masa, nak tidur siang sesuka hati pun dah takleh, lap dan mop umah tengah-tengah malam kalau diorang muntah, meragam bila hidung berair, tak dapat gi tengok wayang (nak tinggal diorang rasa tak sampai hati pulak hehe), pakai tudung pun jenis pasang siap (takleh dah nak pakai tudung lilit-lilit lawa-lawa - gerenti kena tarik), layan diorang main kat playground Tesco atau Giant walaupun perut berbunyi-bunyi, bla bla bla...
dan berjaga-jaga la bila diorang :-
main air dalam mangkuk tandas, picit-picit ubat gigi, makan gel rambut, panjat tv, panjat speaker, tekan microwave oven, nak ikut kita bancuh kek dan biskut raya, berlari masuk dapur restoran, main pili air, korek tong sampah dan makan sampah, makan telur mentah, sapu-sapu najis kat dinding tandas, curah air susu atas kepala adik dia atau kat atas lantai, tenyeh coklat kat karpet, panjat sofa nak main suis kipas, panjat meja solek, testing bukak laptop, berguling-guling kat Tesco nak beskal roda tiga, si kakak kuda-kuda si adik, si adik tarik rambut si kakak, si kakak korek mata si adik huhuhu...
Tapi, anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai nikmatnya, tak kira la macam mana aneka ragam diorang...
Nikmatnya bila:-
syahdunya tengok muka anak-anak bila diorang tido, senyum kat kita bila bangun pagi, ketawa gembira, pegang muka kita, cium pipi kita, salam tangan kita, buat parents kita gembira, panggil kita mama papa...
Sabarlah ye...Allah janjikan pahala...

Thursday, August 6, 2009

Kisah 'barang panas'

Tadi aku menonton Blooger Boy yang ditayangkan di 8tv lakonan Qi. Pertama kali sebenarnya aku menonton satu episod seluruhnya pada kali ini. Tajuk episod kali ni macam best je, 'Demi dia'. Lagipun, kat chanel lain dah takde yang menarik sangat. Biasanya clash dengan Seram Keliwon tv3, tapi dah abis last week. Seram TV3 minggu ni dah start yang baru. Nak sambung yang banyak episod ni aku malas, tak macam Keliwon, cerita pendek-pendek.
Alkisahnya Blogger Boy minggu ni tentang Budi (lakonan Qi) ni sibuk la mencari kamera Nina (gadis idaman yang diminati diam-diam) yang kena copet. Yang sedihnya sebab memori kad kamera tu yang penting - periuk nasi Nina. Aku paham sangat. Dulu aku pernah hilang handphone masa kerja dulu. Siap iklan lagi sape pulangkan balik handphone tu dengan simkad sekali aku kasi RM100. Kalu taknak bagi handphone pun takpe, janji simkad dapat balik. Punya susah hati. Syukurlah dijumpai semula dengan handphonenya sekali.
Balik kepada cerita di atas, Budi ni ada la kawan yang ada kenalan yang tau pasal connection orang barang hilang akibat kecurian - aka barang panas. Dipendekkan cerita, Budi dapat balik la kamera dengan memory cardnya sekali setelah menang pertaruhan melawan ketua samseng yang merupakan dalang kepada kecurian kamera di kawasan tersebut. Agaknya begini la 'dunia' di sebelah satu lagi yang kita tak tau.
Episod kali ni mengingatkan aku pada satu kejadian pada awal-awal tahun aku pindah ke KL. Tak tau ape benda pun kat KL ni, nak kata culture shock tu pun boleh jugak, sebab yang pertama aku rasa kat KL ialah betapa rapuh dan tidak bernilainya nyawa kita manusia di tengah-tengah manusia yang sesak dan sibuk. Macam bila-bila masa je maruah hatta nyawa kita dibuang dalam longkang. Memang macam masuk rancangan Survivor je. Mujur ada kakak angkat, orang jati KL yang amat menolong aku beradaptasi dalam dunia yang boleh buat aku paranoid sentiasa.
Nak jadi cerita, aku dengan suami berjalan-jalan la kat Jalan TAR. Pastu on the way nak gi kereta nak balik rumah dah, tiba-tiba ada sorang mamat ni approach kitorang. Mata dia melilau sana sini sambil tangan memegang satu beg yang berisi satu benda. Dia panggil la suami aku, offer nak jual satu barang. Aku perati dia semacam je - berair mata dan hidung, mat kuyu, cengkung merah, tengok sana sini macam buat salah. Suami aku relaks je. Aku macam biasa la, tak tanya on the spot, tunggu dah setel baru tanya. Suami jenguk la apa barang yang dia jual, pastu geleng-geleng kepala. Mamat tu pujuk-pujuk lagi, jual RM200 katanya. Aku macam orang mengong je, tak tau apa-apa, naif la katakan. Rasanya masa tu kalau ada orang jual pil dadah kat aku pun aku ingat orang jual gula batu je huhuhu...
Suami tolak dengan cepat dan baik dan penuh relaks. Aku gelabah dah sebab pelik. Mamat tu pun pegi la cari klien lain. Dekat nak sampai kat keta, aku pun tanya suami. Suami kata 'barang panas'. Apa bendanya tu aku tak paham. Suami pun tak explain lebih, aku tak tanya lebih. Dia ingat aku tau la kot. Masuk dalam keta, suami bagitau yang kalau dia tawar nak beli pada harga RM50 mungkin mamat tu sanggup kalau dah desperate sangat. Aku pun pelik la, siap tanya kenapa. Suami gelak je, dia kata lebih kurang gini la, "pasal tu orang kat barang panas sebab barang curi. Doktor la tu kot." Aku makin naik pelik, doktor apenye. Aduhai, biul sungguh, maksud suami mat pit la. Mat pit tu ape benda? Adeyaiii...lama jugak la kepala blur aku ni nak paham benda-benda street gini.
Begitu la alkisahnya...

Tentang Malam Nisfu Syaaban dan Tentang Mati...

Malam ni malam nisfu Syaaban. Entah macam mana, hikmah Allah, aku tiba-tiba banyak teringat tentang mati. Sebelum ini selalu juga terlintas dalam fikiran, tetapi pada malam ini ingatan tentang mati itu tiba-tiba sangat kuat dan banyak sehingga sesudah selesai solat Isyak pukul 1 pagi, jantungku berdegup kuat dan badanku seakan menggeletar. Tau-tau aku menangis dengan sungguh-sungguh.
Aku pasti kebanyakan kita terfikir yang kita menjalani kehidupan sehingga tua dan berusaha mencari cara hidup yang kita impikan - belajar, bekerja, berkahwin, ada anak, cucu, tua... Ironinya, hari-hari kita tengok dalam berita tv dan baca dalam paper tentang kisah-kisah kemalangan, mangsa H1N1 meninggal dunia, perang, feri karam, kapal terbang crash dan sebagainya, dan kita berasa ngeri, sedih, marah dan berbagai-bagai emosi tentang betapa bernilai dan tidak bernilainya nyawa manusia... Apabila dirindui, disayangi, diratapi...kita melihat akan tidak ternilainya nyawa. Mati katak, mati dibunuh, bayi dibuang, mati dibom...aduhhh betapa macam tidak berharga pula nyawa manusia itu. Baru-baru ini saudara dekat mak meninggal dunia pada umur yang muda, 33 tahun, lelaki, bujang, dan anak tunggal, satu-satunya harapan si ibu. Cukup menginsafkan.
Tetapi jarang kita terfikir bahawa kita boleh menjadi sebahagian daripada kisah-kisah itu. Bahawa tiada siapa tahu dan tiada siapa dapat menjamin samada pada dua puluh tahun, sepuluh tahun, setahun, sebulan, seminggu, sehari, sejam, seminit, sesaat akan datang, adakah kita masih dapat bernafas seperti saat sekarang, dan bilakah ajal maut mendatangi kita. Bagaimana dengan impian kita hendak melihat cucu, menjadi tua dan sebagainya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku terfikir...
Adakah kini aku hidup dengan sepenuhnya, menggunakan tenaga dan mindaku sepenuhnya untuk perkara baik dan bermanfaat kepada diri, keluarga, kawan-kawan dan manusia sejagat? Tidak bermalas-malas membuang waktu dan bila tiba saat ajal itu, menyesali masa-masa yang berlalu?
Adakah aku telah berbaik-baik dengan semua orang dan mendapat kemaafan daripada mereka yang aku pernah sakiti? Adakah semua benci dan dendam itu berbaloi?
Adakah aku hidup berpandu agama, bukannya pada duit, status, nama dan apa-apa sahaja keduniaan membuat aku melupai Tuhanku? Adakah semua titik-peluh dan segala kerisauan yang menyesakkan dada itu berbaloi jika kerana tiap-tiap hal duniawi itu pada penghujungnya tidak menemani aku menemui Allah?
Adakah aku berbakti dan menunaikan kewajipan, tanggungjawab dan amanahku dengan sepenuh daya upaya terhadap suami, anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan manusia-manusia lain?
Adakah aku bersedia untuk menghadap Tuhan - cukup dan cukup istiqamahkah amal ibadahku, ikhlaskah ibadahku, selama ini? Adakah aku akan muflis di akhirat nanti akibat dosa menganiaya dan menzalimi orang lain?
Adakah aku mendapat keampunan dan keredhaan Allah selama mana peluang yang diberikan-Nya sepanjang hidupku? Ke mana tujuku - syurgakah? atau neraka?
dan...
Adakah selama ini aku benar-benar mengenal dan mencintai Allah, mengingati-Nya setiap waktu, dengan penuh rendah diri, ikhlas, kerdil...dan bergetar hati merindui-Nya sehingga tidak takut menemui-Nya...?

Membuatkan aku teringat satu bait lirik lagu dari satu band Indonesia...

Andai kutahu kapan tiba ajalku...