Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan kali ini (edisi 1432H)

Alhamdulillah..bertemu juga Ramadhan pada tahun ini. Cuma aku tak berapa yakin prestasi aku macam mana, seperti tahun-tahun sudah juga, terawih entah ke mana, puasa pun entah tahap berapa. Lagi-lagi tahun ni, aku baru lepas bersalin anak ketiga pada 28 Mac 2011, dengan dua orang lagi otomen (as they refer themselves) yang tengah lasak. Seorang umur 4 tahun, sorang lagi 2 1/2 tahun. Jadi, puasa tahun ni pada awalnya aku bimbang dengan tahap kesabaran yang tak berapa sabar. Tambahan pula dengan si kecik tengah kuat menyusu badan, pasti cepat lapar, haus dan letih. Dan fitrahnya manusia bila lapar memang cepat marah. Dengan trigger di sekeliling, tak mustahil apa yang aku bimbangkan untuk puasa tahun ini akan berlaku.

Tetapi so far, hari ini ke-15 hari Ramadhan, keadaan puasaku dari penilaian tahap kesabaran tu ada menunjukkan peningkatan prestasi daripada tahun lepas. Alhamdulillah, Allah yang memberi segala kekuatan. Aku punya la berdebar-debar semasa mula-mula memasuki Ramadhan, bimbang aku mensia-siakan Ramadhan tahun ini dengan sekadar lapar dahaga, sedangkan Ramadhan akan datang entahkan berjumpa entahkan tidak. Itu hanya penilaian dari segi tahap kesabaran. Dari satu segi lain, aku sedang bercuti tanpa gaji menjaga anak, maka aku agak selamat dari segi mengharungi politik dan gosip pejabat. Alhamdulillah rezeki aku dari segi itu walaupun tak masuk gaji dalam poket... Apa-apapun, aku bukan orang selayaknya nak menilai puasa aku tahun ini macam mana sebab bak kata Wardina, "kita tiada thermometer pengukur tahap ketakwaan seseorang", kerana semuanya hanya dalam penilaian Allah. Wallahualam.

Hmmm...semalam birthday ke-35 husband. Aku mendoakan keberkatan umur dan kemurahan rezeki kepada suami tercinta, semoga senantiasa dirahmati-Nya, sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dan sehingga bercinta sampai syurga. Doa panjang umur tapi panjang yang tak diredhai pun tak best juga.

Kenapa baru update? Adatlah bagi aku yang sibuk dengan anak-anak, tapi dalam masa yang sama tu sempat jugak la main Farmville. Aku kata kat husband, ini je aku punya "rokok" yang menenangkan aku buat masa sekarang sambil menghadap karenah harian anak-anak, itupun husband banyak bantu dengan memandikan anak-anak dan sebagainya. Kiranya aku sangat bertuah walaupun pada masa yang sama otak aku kust jugak dengan ntahapa mende. So far "berkebun" terapi minda aku sambil memerhati anak-anak. Aku mengaku belum sampai (insyaallah sampai) tahap berzikir setiap masa sebagai terapi minda huhuhu...dalam keadaan sekarang, solat pun sering buat wajib sahaja, dan waktu tu memang takdenye nak awal waktu sebab kalau aku sorang2 di rumah dengan anak-anak, bimbang tengah2 solat tu anak-anak entah buat apa kat si adik, entah jumpa apa kat dapur...huishhh nauzubillah la...payah nak tenang solat. Walaupun itu bukan alasan kukuh, tapi saat sekarang aku bukannya solehah sangat nak menentang perasaan sendiri agar tenang (jauh lagi nak khusyuk sekhusyuk para salafussoleh) dengan mendengar hiruk-pikuk anak-anak di sekeliling. Lagi-lagi saudara baru macam aku ni, banyak sangat serangan was-was...ni pengakuan jujur huhuhu
Hmmm teringin pulak nak duduk kampung dan berkebun yang real punya, dapat jugak hasil yang real...

Bangun sahur ku 3.30am. Tidur malam dapat la 2 jam ke, ganti tidur esok hari lepas subuh. Hari-hari macam tu, sebab anak-anak tidur lewat terutama si abang. MEmang dah pattern anak-anak tidur jam tu agaknya bila umur dalam lingkungan 1-3 tahun, sebab si kakak pun tidur lewat juga malam semasa seusianya. Lampu padam gelap-gelap pun main basikal tiga roda lagi. Bila dah besar sikit, baru jam tu normal balik. Alkisahnya puasa kali ni aku rasa agak makruh juga sebab aku banyak tidur siang huhuh

Makan pun banyak. Bila berbuka, berpinggan-pinggan nasik. Sahur la yang paling tak logik, kuantiti makan sahur tu sama macam berbuka. Biasanya orang takde selera masa sahur, tapi aku time tu sama lapar macam masa berbuka. Sebabnya satu je, si kecik tengah kuat menyusu, tambahan pula aku ni semula jadi mempunyai metabolisme badan yang tinggi. Jadi aku betul-betul mementingkan sendiri jugak la puasa tahun ni, makan banyak, tidur banyak. Kalau tidak, aku risau tak boleh survive puasa. Puasa pun asyik tahap makruh je kalau tak cukup support menyusu anak. Jadi, sekali lagi, husband yang memahami penyelamat keadaan. Makanya, kerana Alah aku berpuasa, kerana Allah juga la aku berbuka dengan berpinggan-pinggan nasik, kuih 4-5 ketul, sahur serupa berbuka, supaya penyusuan si kecik tidak terjejas...Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia jadikan aku larat menghabiskan sebanyak-banyak makanan tersebut, malahan boleh aku kata tahap pembaziran makanan tahun ini berkurangan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Alkisah juadah pasar Ramadhan tahun ni, aku juga betul-betul dapat mengurangkan pembaziran daripada banyak membeli makanan tahun ini. Ye lah, mungkin sebab tahun-tahun sebelum ni ialah tahun-tahun terawal aku berpuasa semenjak embracing Islam, maka aku dulu macam kanak-kanak riang. Pergi bazar tu, kalau boleh segala macam kuih dan juadah nak disapu. Lepas tu membazir sebab tak larat habis. Umpama episod si Upin dan Ipin memborong segala macam lauk ayam di pasar Ramadhan. Tapi tahun ni mungkin dah "besar" sikit, jadi aku tak menurut nafsu sangat nak membeli segala macam kuih atau lauk. Pendek kata, rilek sikit la berhadapan dengan makanan tu time2 puasa.

Adusss si kakak terkencing atas tilam la... Bereh dulu...

Friday, June 10, 2011

Anak sudah tiga

wowwww...lama juga cuti bersalin hehehe...

betul-betul bercuti sehinggakan tak sempat nak update blog. Tapi yang peliknya dalam pantang tu makin galak pula aku berkebun Farmville dan meneroka Frontierville hehehe..

Banyak cerita terkini. Aku sudah melahirkan anak yang ketiga pada 28hb Mac 2011. Alhamdulillah, segalanya sihat sempurna. Bersyukur sangat dengan anugerah Allah, tiada kurangnya (siapalah kita untuk mengkritik ciptaan Allah, subhanallah dari perasaan bahawa Allah menciptakan keburukan, tiada buruk dtg dari Allah)... Nama bayi perempuan yang aku beri ialah Auliya Rahima aka Baby Yaya. Si abangnya, Acheh memanggilnya baby Achak pada mulanya, tetapi sekarang dah boleh terima dengan panggilan Baby Yaya heheh

Sunday, March 6, 2011

Menghitung hari-hari...

...hari-hari yang sarat...

hehehe awal minggu ni (Hari Isnin), aku dikejutkan dengan hakikat aku kena admit masuk ward selaam 3 hari 2 malam (pakej perlancongan hospital) gara-gara irregular contraction / irritable uterus / uterine irritablity. Doktor bimbang aku melahirkan baby sebelum waktu term, aku masih dalam 34-35 minggu pregnant. Anak-anak sebelum ni pun yang first 36 minggu, yang kedua borderline pretem 37 minggu. Jadi yang kali ketiga ni high risk juga la untuk keluar awal.

Check punya check kat 'bawah' tu, jalan tak buka lagi. So, masuk ward la aku untuk observation, bagi rehat. Kot-kot jalan terbuka. Kalau jalan tak buka lagi, doktor nak bagi rehat, rilek jangan buka lagi sehingga sekurang-kurangnya hingga 38 minggu. Maka, aku diberi la juga injection Dexamethasone nak bagi paru-paru baby matang, in case baby nak jugak kuar awal.

Takde la efek sangat kat aku kalu bersalin awal, tapi aku kalau diizinkan, nak baby tu kuar matang. Sebab yang penting baby sihat. Setiap hari, minggu itu penting. Perbezaannya sangat ketara, aku dapat perati pada kedua-dua anakku. Yang sulung tu kurang seminggu dalam rahim daripada si adik. Dia memang kurang sikit daya tahan perut, yakni cepat kembung, cepat cirit-birit, dan juga cepat selsema. Si adik tu ok sikit daya tahan dia, setakat demam kanak-kanak tu biasa la.

So, untuk kebaikan anak yang kali ini, aku nak save seberapa banyak minggu yang boleh untuk dia insyaAllah... walaupun bosan jugak duk ward sebagai patient.. dengan tahap kesaratan sekarang pun asyik senak, sakit yang sangat hingga tak boleh tidur bila irritability tu datang. Memulas-mulas rasanya, macam nak bersalin sangat tapi lepas 2-3 jam, ilang...

Doktor kata, maybe la sebab aku ni kuat sangat kerja kot, letih sangat, aktif sangat... aku sengih je. Maknanya aku kena banyak baring. Baring banyak-banyak pun letih jugak, senak jadinya, so aku banyak kebun Farmville wakaka...

Hmmm...banyak kelas yang sepatutnya aku mengjaar, bos dah bagi kat tutor lain sebab keadaan aku yang tak menentu ni. Aku sempat habiskan dua kelas aje, lepas ni aku ada banyak masa nak habiskan apa-apa report, kerja apaa-apa yang terbengkalai sejak busy pergi ke ward untuk buat attachment, dan juga tertangguh sebab MC seminggu...

Esok, pergi kerja dengan harapan uterus aku tu tak irritated sangat supaya dapat bertahan at least lagi 2 minggu...jangka lahir asalnya 6 April 2011, dapat pertengahan Mac kira okey sangat lah...

Amiiin...

Thursday, February 10, 2011

Refleksi post meeting...

Entah ape hal, tetiba aku mempersoalkan kedudukan kerjaya aku hari ni. Terbit juga rasa bimbang adakah aku sedang bodoh 'berperang' tanpa senjata yang ampuh?

Hari ini meeting program kitorang. Satu perkara yang hari ini makin jelas pada pikiran aku ialah, meeting apa2, ada soal hidup mati ka, selagi bergelar junior, jangan cakap apa-apa dalam meeting, angguk-angguk geleng-geleng je. Walaupun dalam ati aku sedih sebab betul2 aku pelik dengan situasi ni. Aku tengok program lain bila meeting, open je yang junior-junior tu bagi pendapat ke, cadangan ke. Bernas tak bernas, asalkan luahkan pandangan dari sudut lain. Sudut orang takde pengalaman ke, tak cukup pengalaman ke, asalkan bercakap, diberi peluang untuk bercakap. Tidak dipandang rendah.
Aku terpikir, adakah selamanya aku akan dihukum dengan alasan aku ni tak cukup pengalaman klinikal, tidak ada pos basik, tidak ada pengalaman kerja bertahun-tahun, sepuluh tahun, berbelas tahun macam yang lain? Apakah aku sedang bernafas dalam lumpur? Adakah forever aku akan dicop begini?

Setelah pergi attachment konon-kononnya nak tambah pengalaman klinikal, aku jadi sinis. Sebab bukan main lagi aku di'belittle' tentang clinical skills, being under-valued..tapi bila pergi ke tempat aku attachment, memang aku rasa nak question diorang-diorang yang rasa pandai sangat menilai aku ni...aku tahu apa yang aku tahu, dan walaupun dalam kesinisan itu, aku rendah diri juga nak pergi attachment tu sebab siapa tahu apa yang aku tak tahu, jadi itu peluang terbaikku untuk menambah apa yang aku tak tahu...
Tapi kebanyakan masa aku jadi semakin sinis. Aku rasa macam nak tanya diorang, apa definisi clinical skills bagi diorang? Kepandaian mengendalikan task? Prosedur? Yang aku perati, boleh perform procedure tapi tanpa tau hanya sedikit rasional atau knowledge untuk perform prosedur yang kononnya didefinisikan sebagai skill. Sekali lagi aku mempersoalkan definisi clinical skill itu sendiri. Hanya tactile kinestatik kecekapan semata-mata kah? Sebab aku tengok yang dah berapa tahun keja, banyak tahun kerja daripada aku yang dikata pramatang ni pun sangat jelas di mataku sama ada tiada rasa tanggungjawab dalam kerja atau memang kerja takde rasional. Tiada strong knowledge untuk anticipate. Aku yang konon-konon dikata tak cukup skill ni lebih jelas tentang sesuatu kepentingan memantau dengan baik walaupun nampak seremeh mana pun sesuatu skill tersebut. Mujur la tak semua yang macam tu...tapi kebanyakannya macam tu...

Contoh paling obvious bagi aku, intake-output chart. Jelas kes-kes yang memerlukan strict I/O charting contohnya decompensated CCF atau post surgery yang major, atau APO. Tapi I/O jangan kata nak accurate, nak estimate pun tak lepas sebab kebanyakan masa tak dipantau langsung. Aku jadi sinis, sebab jika ini yang diorang nak aku belajar, alangkah butanya. Jadi di mana skillnya? Jadi inikah apa yang senior2 aku buat atau yang sedang seangkatan aku buat di wad pada masa sekarang ni? Buat asal ada? Mana anticipation to perform based on knowledge? IO charting - when to chart, when not to chart? Perlu ke doktor nak kena tulis semua "Strict IO charting" please...bagi aku itu memalukan sebab kalau kita ada knowledge tentang kes mana yang perlu when to chart, when not to chart, doktor tak perlu tulis pun kes ini nak perlu IO ke, strict IO ke..ni doktor dah tulis strict IO siap dengan please pun tak jugak buat-buat dengan accurate, atau dengan rasa penuh tanggungjawab...aku tertanya-tanya adakah mereka ini (yang terbabit aje la, yang rasa diri tu buat betul tu tak payah terasa la) benar2 memang kurang rasa tanggungjawab dalam buat kerja, sambil lewa, atau lupa apa yang dipelajari, atau just plain dumb. In the end, aku rasa macam lebih kepada refresh balik, observe dan mengambil iktibar. Aku rasa selama mana masa yang dikata tak cukup itu, kualiti skill aku adalah lebih baik, aku yakin tentang itu.

Aku betul2 jadi sinis, jika ini lah tahap skill yang aku nak belajar/top up/ upgrade konon2nya, in the end aku jadi semakin wonder apa yang senior-senior aku ajar pada geng-geng yang sedang aku hadapi di klinikal sekarang ini. Sebab kalau nak salahkan golongan sekarang atau kata junior2 sekarang tak pandai buat kerja, jadi siapa yang mengajar mereka? Aku? Aku baru je nak mula belajar mengajar, aku belajar daripada mereka. Dan setakat ini pemerhatian aku, aku nampak banyak bersifat berkepentingan peribadi saja. Profesion? Professionalism? Critical thinking? Reflective practitioner? Alahai...

Adakah aku sedang bodoh sombong berperang di medan perang yang jelas tumpul senjata aku sekarang ni? Tapi kebanyakan masa sekarang ni aku rasa senjata aku tak setumpul yang aku sangka, yang mereka buat aku percaya, yang mereka percaya.
Suasana kerja yang aku hadapi sekarang ini sangat tidak menggalakkan creative thinking...critical thinking? Ahaks...

Dulu berdegar-degar isu aku tak cukup klinikal, maka dengan nekadnya aku minta kat orang atasan agar kami ni diberi peluang attachment. Sekarang bising pulak attachment lama sangat, makan gaji kebih daripada sepatutnya lah, tidak berfungsi seperti sepatutnya lah... Aku pelik lah, apa isu sebenar terbuku dalam hati mereka sebenarnya?

Jelas aku sedang berperang di medan perang yang sangat luar biasa tahap tekanannya. Macam dikelilingi oleh sekalian Abu Masad, Abu Lahab dan isterinya... Tak tau la sampai bila aku dapat bertahan, sebab di mata akal aku sekarang jelas mereka hanya nak seorang dummy yang boleh disuruh2 buat kerja mereka, mereka sign dan pura2 tunjuk pada bos dorg yang buat kerja tu, atau nak aku resign sebab memegang gred yang sama taraf dengan tahap senior adalah sesuatu yang sangat menyakitkan perasaan mereka. Sorang member aku dah resign gara2 politik begini.

Aku semacam teringin nak menghadiahkan buku sejarah/biografi Florence Nightingale kepada sorang2 mereka. Jika benar mereka sebaik yang didakwa, adakah mereka mencontohi semangat Flo? Yang aku nampak mereka lebih kepada si kakak Flo, Parthenope atau si ibu Flo.

Entah apa yang aku merepek2, tapi hakikatnya sekarang aku cuma mampu yakin dengan jalan yang Allah berikan. Walaupun ada ragu2 dan bimbang sama ada betul jalan yang aku pilih sekarang, iaitu stay dalam gomen, menghadapi perkara yang ingin aku ubah dengan senjata yang tidak cukup meyakinkan ni...aku cuma mampu berdoa agar Allah menguatkan aku, mempermudahkan jalanku, menetapkan niatku...sebab sekarang ni yang buat aku stay menghadap golongan Abu Lahab sekarang ini ialah aku rasa ini fardhu kifayah atau jihad dalam bidang ini bagiku...Kalau aku lari ke tempat lain yang memberi kelebihan kepadaku tapi semuanya sudah baik2 saja, maka aku seperti lari meninggalkan medan perang yang memerlukan orang yang ada kesedaran diberi Allah macam aku. Aku tahu aku diberi kesedaran ini, sebab kalau tak mesti awal2 aku dah cabut, mesti aku dah tinggalkan bidang ni dan buat kerja lain, mesti aku dah lari ke tempat yang selesa dan memberi kepentingan kepadaku. Aku hanya mampu bersangka baik dengan Allah. Sukar untuk aku confirm aku ni ikhlas ke tak, sebab hati bila2 masa boleh dibolak-balik. Hari ni boleh jadi niat kerja sebab Allah, esok pula entah2 nak naik pangkat ke, nak gaji buta lebih ke..

Tapi aku rasalah kan, dengan tahap aku sekarang, selagi aku tak cukup KUANTITI macam yang diorang harapkan (tak kiralah KUALITI tu macam mana), aku akan forever jadi junior, akan forever tak boleh bercakap dalam meeting, forever jadi senior dari segi seniority masa, tapi forever pandangan aku dipandang rendah...

Aduhai Ya Allah...semoga aku terlindung daripada kesombonganku sendiri...

Monday, January 24, 2011

Kisah cuti sakan dan blues home alone...

Last December balik ke Sarawak sempena Xmas..walaupun aku tak celebrate, tapi aku bawak anak-anak dan husband balik atas niat pada masa itu la dapat berjumpa sedara-mara belah aku, berkumpul ramai-ramai. Walaupun aku dah memeluk Islam, tidak bermakna hubungan keluarga aku yang bukan muslim sudah terputus. Malahan, pada masa itu aku dapat menggembirakan ibu bapaku hanya dengan kehadiran kami, lebih-lebih lagi anak-anakku yang merupakan cucu-cucu daripada satu-satunya anak yang sudah kahwin dan punya anak sendiri.

Kenapa baru update hari ni ye? Kebanyakan blogger bersemangat menulis blog balik pada awal tahun, teringat balik blog yang lama ditinggalkan. Heh! Aku sekadar takde mood, sebabnya pada saat ini aku seorang diri di rumah, cuma sekali-sekala adik dan sepupu datang menjenguk.

Tahun baru masihi 2011 kali ini bermula dengan sayu setelah 'berpesta' bagai nak rak di rumah parents hehehe
kalau ikut rentetan peristiwa dari mula cuti sakan;

16hb Dec - flight balik Sarawak..cuaca buruk, bergegar-gegar dalam flight, naik MAS atas ihsan tambang free untuk warga Sarawak/ Sabah bekerja di Semenanjung atau sebaliknya...alhamdulillah rezeki..tiap kali juga aku sentimental tengok muara sungai sebaik nampak dataran tanah Borneo dari dalam 'belon' bak kata orang Sarawak..my homeland..dari rumah ke KLIA naik teksi dalam 45 minit, pastu naik 'belon' ke Sibu dekat 2 jam yang tak terasa sangat sebab kecoh dengan anak-anak dalam flight, dari Sibu ke Dalat dengan speedboat selama 2 jam, dari Dalat daddy amik di pangkalan, 40 minit lagi baru sampai rumah..aduhaiii Sarawak...tertunggu-tunggu bila la agaknya airport di Mukah yang lebih besar siap, boleh la direct flight dari KL. Gila-gila punya travel...itu pun belum lagi nak kena jalan kaki lalu tanah merah kalau orang belah-belah hulu sana..aduyaiii...

17hb - melawat baby baru lahir pada subuh 16hb, baby boy uncleku, Ku Sui yang dinanti-nanti setelah bertahun-tahun mencuba selepas kelahiran dua anak perempuan sebelumnya..padat betul aktiviti...

18hb - dua pupu aku kahwin, dpt la bawak husband tengok budaya orang kampung aku bila kenduri kahwin..bila difikir-fikir balik, kalau kami nak kawin ikut adat belah aku, memang kopak la...lagipun dalam adat belah aku (Melanau), pihak lelaki pergi ke rumah perempuan, tetapi dalam adat Melayu, sambut menantu tu perempuan pegi umah lelaki. Sebab tu aku kata kat husband, kita ni jadi rebutan pihak masing-masing. Kalau belah husband, adatnya expect aku ikut dia balik umah dia. Kalau belah aku pula, lelaki yang kena ikut perempuan balik umah belah perempuan la...sudahnya, aku rasa baik kami duduk KL aje, win-win situation sebab susah nak ubah adat yang memang dah sebati dalam diri, keluarga, masyarakat...chewahhh...

19hb - dinner di Riverside ke Riverview seafood restaurant di tebing Batang Mukah (batang tu sungai la dalam bahasa orang Sarawak)...errrr cuma sup gamat kurang kawwww kalau dibanding dengan seafood restaurant lain yang dah habis dijelajah satu Mukah tu (hobi famili aku bila berkumpul ramai-ramai ialah makan di seafood restaurant, yang lain-lain tu mesti BBQ). Tapi dari segi view dan servis memang ok sangat lah...

20hb - husband dpt panggilan pulau..panggilan pegi keje ke Qatar..huhu maka dengan pantasnya beliau kene berangkat ke KL dengan segera dan terus berangkat ke Qatar...fuhhh...kesian hubby aku tu cari rezeki..sedih tu sedih jugak sebab tak puas nak bercuti sakan dengan hubby dan anak-anak di kampung, tapi redha aje lah, jihad suami nak cari sesuap nasi kena la diiringi doa agar selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan anak-anak..dari segi perasaan tu memang aku sebagai wife kena berkorban, tapi memang kesian kat anak-anak selalu kena tinggal. Tapi yang sulung tu dah macam paham, si kecik tu biasanya nenong jugak la cari papa dia dua tiga hari...

21hb - berangkat la beliau, kuiiringi dengan doa...

22hb - tiada aktiviti menarik, lepak di rumah dengan adik bongsu dah berkira-kira nak buat kek biskut apa...aku takde plan nak buat apa dengan hidung tengah sensitif lagi dengan bauan ni...

23hb - tahun ni takde pegi Sibu untuk shopping Xmas...shopping sekitar bandar Mukah aje...tahun ni aku nengok daddy layan aje jadi driver kitorang pegi shopping dari tengah hari sampai kul 6 petang hehehe

24hb - sorang-sorang berperang dengan anak-anak kat umah sebab ahli famili yang lainnya ada rehearsal sambutan di gereja..takkan la kitorang nak ikut kot heheh

25hb - Xmas day, hari besar bagi ahli-ahli keluargaku yang lain-lainnya, aku paham dan aku hormatinya...yang seronoknya tengok anak-anak seronok dengan ramai geng yang terdiri daripada pangkat auntie dan uncle mereka (sepupu2 aku). Meriah la umah parents yang saban tahun sunyi apabila anak-anak berada di luar kawasan masing-masing...abang di utara Sarawak (Limbang), adik lelaki di Johor (Batu Pahat), adik permepuan di Sibu, walaupun dekat aje tapi rumah parents tetap kosong tanpa anak-anak..dan aku pulak di KL dengan hubby dan anak-anak... Menu wajib setiap tahun (order dari JS seafood aje, nak masak suma tu tak larat) ialah sup gamat, mee goreng basah, lemon chicken, black pepper ostrich, mixed veggies..yang lain-lain tu tambah la ikut selera berubah tiap tahun...tahun ni mee jawa, steamed red snapper...tahun lepas nasi minyak, rendang ayam, rendang daging...

26-30hb - aktiviti aku suka, lawat dan jumpa sedara mara yang lama dah tak jumpa, mengeratkan ikatan keluarga sempena rumah terbuka Xmas..makan kek, makan biskut, ais gas, buah kering, keropok...huhuhh

30hb - shopping untuk sambutan new year pula, beli chicken wing banyak-banyak sebab esok malamnya nak buat BBQ...kalau beli last minute, memang payah nak cari sebab satu Mukah orang cari ayam kepak...BBQ macam wajib je new year kat Mukah ni...

31hb - bersiap untuk BBQ, karaoke, poco-poco dan apa-apa la...aku menghitung jam hubby balik untuk satu malam ke Mukah, nak jumpa anak-anak katanya sebelum berlepas pula ke Arab Saudi pada 3hb Januari nanti...dan semestinya malam new year dengan makan-makan dan sebgainya aktiviti orang kampung aku ni sambut new year..ronda-ronda naik motosikal dengan hubby ajak dia tengok org kampung aku sambut new year, ada karaoke kat balai raya, bergendang bertandak, tumbang lembu seekor yang diderma oleh bakal Yb (yelah, tak lama lagi election adun Sarawak)...memang la hubby pelik sebagaimana dulu aku pelik pada malam new year di kampung hubby, senyap sunyi aje kampung dia hehehe tapi itu sudah budaya masyarakat masing-masing, orang kata masuk kandang kambing mengembek, kandang lembu menguak..asalkan jangan lari akidah dan terpesong iman udah lerr...

1hb - hari yang sayu...sayu terpaksa tinggalkan anak-anak selama sebulan lebih di Sarawak dengan parents. Terpaksa, sebab hubby nak kene pegi Saudi, aku keje, mak yang tak boleh ikut pegi KL lagi sebab dia ada appointment hospital, tambahan pulak anak-anak mak yang lain masih dua tiga hari lagi lepak di umah dorang, takkan aku nak selfish angkut mak datang KL...bibik? Aku tak berkeras sangat nak dapatkan bibik kalau aku kurang percaya...petang new year kul 3pm sempat bawak anak-anak pegi pantai...aktiviti hubby kalau balik kammpung aku je mesti nak pegi pantai , dan satu lagi makan udang sebab sana udang fresh, beli pun time tengah lompat-lompat lagi udang-udang tu...kul 530pm berangkat dengan bas ke Sibu...sedih wooo tinggalkan anak-anak walaupun sebulan lebih...kesian anak-anak, mesti diorang rasa shocked sangat kene tinggal lama macam tu pasal tak pernah-pernah lagi...apakan daya tapi aku yakin ada hikmahnya semua ni...Tido satu malam di hotel Medan di terminal bas di Sibu...alhamdulillah dapat bilik, last bilik yang tinggal...

2hb - bangun awal pagi, bergerak ke airport Sibu, kembali ke KL...sayunya tanpa anak-anak di sisi, lagu karaoke Baik-baik Sayang Wali Band itupun dok terngiang-ngiang di telinga...boarding pastu kaki tak jejak tanah Sarawak..huhuh sentimental..bila la aku akan kembali, tempat terjatuh bangun, tempat bermain, membesar, belajar...

3hb - kerja dengan semangat fresh, tapi hati tertinggal di Sarawak..

4hb - hubby ke Saudi, adik lelaki dengan sepupu datang dari Mukah, singgah satu malam di KL sebelum berangkat ke Batu pahat esoknya...

5hb until present - bermula episod menghitung hari nak berkumpul semula dengan hubby dan anak-anak...seksanya...