Wednesday, January 6, 2010

The Empty Nest (part 2)

Baru semalam pada pukul 5.30 pm aku melihat adik lelakiku, Noel berangkat untuk kembali menyambung pengajiannya di Batu pahat, Johor. Mak, Daddy dan Acha menghantarnya ke stesen bas, dia akan mengambil bas menuju ke Kuching pada pukul 6.00pm. Rumah terasa semakin sunyi. Lebih sunyi lagi apabila aku dan anak-anak juga akan meninggalkan rumah agam ini sedikit masa lagi. Mak dan Daddy akan kembali dengan rutin drama Korea. Dua tiga hari ni pun aku tengok mereka dah mula layan balik drama Korea. Sudah sebulan juga mereka tak menonton tv sangat sebab berebut dengan anak-anak dan anak-anak buah mereka, selain sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Krismas yang baru berlalu.
Mak masih batuk-batuk lagi. Dalam sebulan lebih ini sahaja sejak balik dari KL, mak sudah ke hospital tiga kali untuk mendapatkan rawatan batuknya. Aku pula, sebagai satu-satunya anak yang tinggal (anak perempuan sulung pulak tu) berasa agak serba salah sebab aku tak banyak menolongnya meringankan beban apa-apa tanggungjawab di rumah huhuhu...tiada alasan, cuma aku berasa macam tu. Adik peempuan, Yun lebih arif dan cekap dengan hal ehwal rumah ni, tapi itu masih bukan alasan untuk aku...entahlah...dah jadi macam tabiat, mungkin sebab dah dari tingkatan satu lagi aku tinggal di asrama, balik umah untuk sekejap-sekejap je. Haiii...rasa macam tak berguna aje...

Saturday, January 2, 2010

The Empty Nest...(part 1)

Esok Yun, adik perempuan dan Roy, abang akan berangkat ke tempat masing-masing. Yun ke Sibu untuk menyambung pengajian kejururawatan untuk semester 2, manakala Roy pula kembali ke tempat kerjanya di Limbang. Noel, adik lelaki akan ke Batu Pahat, Johor, menyambung pengajian ke tahun kedua pula di UTHM. Tinggallah aku dan anak-anak di rumah parents, menunggu kepulangan asben dari India, kemungkinan pertengahan akhir Januari ini nanti. Selepas itu, tidak kira ke mana aku akan ditempatkan bekerja, sekali lagi parents aku akan tinggal berdua saja di rumah, menunggu penghujung tahun yang seterusnya untuk berkumpul kembali dengan anak-anak, cucu-cucu dan buat masa sekarang, satu-satunya menantu... Sindrom Empty Nest, kalau dalam istilah Inggerisnya. Mak dan Daddy akan layan drama-drama Korea di Channel KBSW 303 di Astro, lepak-lepak rumah saudara. makan di restoran selang satu malam. Tidak lama lagi Daddy akan pencen, dalam dua tahun lagi, kedua-duanya akan berlepak di rumah. Harap dapat ajar Daddy dan Mak cara-cara nak webchat dengan webcam lepas ni, boleh la diorang hari-hari tengok anak-anak dalam internet...huhuhu...zaman sekarang...internet bagi diorang adalah seperti tv hitam putih pada zaman datuk nenek aku dulu agaknya... Nak tekan butang pun takut...
Setiap kali berkumpul, sudah lumrah adik-beradik, mesti ada yang tergigit lidah dan pipi. Jika sahabat adalah keluarga yang kita boleh pilih, adik-beradik pula ialah sahabat yang ada talian darah yang ngam atau tidak ngam pun personaliti, perangai dan sebagainya, kita kena jugak bersahabat dengan diorang. Beritahu kebenaran apabila perlu walaupun menyakitkan hati. Bagi aku, ukuran sebuah keluarga bukanlah sebaik semanis mana perhubungan, sebab tidak ada keluarga yang sesempurna itu. Selepas 'bertembak-tembak', tidak perlu bermasam muka berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, kerana kita perlu selesa menjadi siapa diri kita dalam kelurga diri kita sendiri. Itulah ukuran sebenar. Comfortable with our own skin, ya. Jika aku asyik kontrol ayu, tetapi jika orang luar lebih mengenali siapa aku dan lebih mengetahui rahsia diri aku hatta yang paling gelap sekalipun berbanding ahli keluarga aku sendiri, maka aku tidak menganggap ahli keluarga aku itu rapat dengan aku. Sepertinya semata-mata kerana takdir dah jadikan kami sekeluarga, bukan atas kehendak aku.
Dalam beberapa hari lagi kami akan bersurai. Aku pasti adik-beadikku berat hati nak meninggalkan rumah parents yang kami gelar rumah agam ini. Cuma, aku tak pasti kedudukan aku dalam rumah ini...agaknya diorang lega tak tengok muka aku kot, hehehe dahlah aku ni bebel-bebel, pemalas nombor satu..semua yang buruk la yang korang boleh imagine...nampaknya aku la calon terbaik untuk jadi the black sheep of the family. Sebab selalu orang kata, dalam satu keluarga mesti ada seorang adik-beradik yang paling tidak digemari..agaknya akulah tu...
Selalu juga aku terfikir yang aku ni ialah the ultimate example of 'The Most Unwanted Sister in the World'...hehehe... Apapun. aku masih macam kakak atau adik orang lain juga, sedih apabila seorang demi seorang meninggalkan rumah ni...

Friday, January 1, 2010