Tuesday, February 24, 2009

Berpantang cara Melayu tradisional : mandi rebusan daun

Aku ni bukan orang Melayu, tetapi berkahwin dengan orang Melayu, jadinya aku terdedah la dengan cara-cara wanita Melayu berpantang selepas bersalin. Memula dulu berpantang selepas bersalin, wahh...susah jugak. Lebih-lebih lagi tiap-tiap hari makan ikan selar bakar dan sayur sawi rebus dengan lada hitam. Nasi nak kena panas-panas..wahhh...muak jugak walaupun ikan bakar tu feveret time-time biasa, cicah budu campur tempoyak..perghhh... Tapi time pantang takleh la cicah-cicah tu sume, biso oghe tuo ghoyak..

Jadi dipendekkan cerita, selepas bersalin di Damansara Specialist Hospital, Damansara Jaya, lepas dua malam kat hospital, pastu dalam tiga hari kat umah sendiri, jadi aku pun balik la ke rumah mak mertua kat Temerloh, Pahang. Kenapa aku tak balik umah mak sendiri bersalin sulung ni? Nanti dalam post lain pulak laa aku cerita...

Mula-mula nak cerita pasal mandi dulu, sebab part ni aku suka. Pagi-pagi Mek (panggilan kepada mak mertua) akan kumpul beberapa jenis daun, tujuh jenis semuanya. Aku tak sure apa daun-daun tu dan aku pun tak sibuk nak tau apa jenis daun-daun tersebut. Cuma yang aku perasan ada daun pandan. Pastu Mek rebus daun-daun tu dalam periuk besar, bubuh dalam besen besar dan campur sikit dengan air paip. Mek suruh aku mandi daun tersak katanya. Aku ingat daun tersak tu ialah sejenis daun je tapi aku tak tau dalam banyak-banyak daun tu daun tersak yang mana satu. Lepas anak sulung dah besar sikit baru la aku tau daun tersak tu nama himpunan suma tujuh jenis tu..adehhh...tapi tak ingat pulak macam mana aku dapat tau.
Pastu kan, ada la aku jumpa dalam majalah Jelita ni tentang cara-cara penjagaan wanita Melayu berpantang selepas bersalin. Baru la aku tau ada banyak jenis lagi rupanya daun yang digunakan untuk mandi herba ni.
Antara ramuan mandian rebusan daun ni ialah;
1. Daun kunyit
2. Daun inai
3. Daun pandan
4. Daun lengkuas
5. Daun sirih
6. Daun serai wangi
7. Daun mengkudu
8. Daun durian belanda
9. Daun limau purut
10. Temulawak
11. Lempoyang
12. Daun jambu batu
Cara-cara: Cuci bersih dulu daun-daun tu,kalau tak nanti gatal-gatal pulak. Didihkan air dulu, lepas tu baru bubuh semuanya dalam periuk. Biar setengah jam sehingga suam-suam sikit, boleh mandi.
(Kalau ikut cara Mek, tuang dalam besen air, tambah air paip sampai suam-suam boleh mandi)
Khasiat: Menyegarkan badan si ibu dan biar bagi harum, bertenaga dan sihat.
(Rujukan: Jelita, Mei 2007)

Berikut ialah gambar-gambar daun tersebut. Aku sendiri pun tak kenal sangat daun-daun ni, kenal daun pandan dan daun sirih je. Lengkuas, kunyit dan durian belanda tu kenal la, tapi macam mana rupa daun-daun tu aku tak kenal. Lempoyang lagi la, first time dengar. Mengkudu, macam pernah dengar. Temulawak tu ingatkan brand krim muka, rupanya sejenis herba yang boleh digunakan untuk kosmetik...adehhh...

~ Pokok kunyit ~

~ Pokok lengkuas ~

~ Pokok pandan ~

~ Sireh ~

~ Inai ~

(Sumber foto:
melur.com)
nanti la aku post lain pasal pemakanan pulak

No comments:

Post a Comment