Saturday, April 17, 2010

Enid Blyton

Sesiapa yang mengaku dirinya ulat buku, pasti kenal Enid Blyton. Di library sekolah, baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah, pasti terjumpa buku Enid Blyton di rak-rak buku. Siri pengembaraan lima sekawan, tujuh sekawan, siri cerita-cerita pendek. Original dalam bahasa Inggeris, tetapi juga terdapat dalam terjemahan bahasa Melayu.

Baru tengah hari ke kedai buku MPH di Mid Valley. Beli tiga buah buku, satu A Children's History of Malaysia oleh Tunku Halim, dua lagi tulisan Enid Blyton - koleksi cerita pendek iaitu The Strange Umbrella and Other Stories dan Twelve Silver Cups and Other Stories. Teringat masa kecik-kecik dulu malah sampai ke umur sekolah menengah pun masih sukakan buku-buku klasik Enid Blyton. Kawan-kawan sebaya lain pada umur remaja sudah mula baca majalah artis-artis popular, majalah Remaja, aku pulak masih dengan Enid Blyton (tapi baca sembunyi-sembunyi, nak pinjam tak berani, dorang jahat, gelakkan kita). Rasanya macam hingga sekarang aku tak habis baca koleksi Enid Blyton sebab terlampau banyak.

Jadi, antara impian aku ialah membuat koleksi buku-buku Enid Blyton. Aku ni sentimental orangnya, jadi koleksi ni macam best je untuk sentimental value. Aku harap anak-anak pun akan kenal Enid Blyton, bukan setakat J.K. Rowling aje. Entah-entah bila anak-anak dah besar, ada banyak lagi penulis baru muncul yang lebih grand daripada penulis buku Harry Potter. Hmmmmmm.....

Rumah semakin sempit. Satu bilik sudah dipenuhi buku-buku (dua rak semuanya), dan selebihnya dah macam stor. Terpaksa slow down dulu beli buku, kalau tak jadinya macam animasi ROD TV, buku bertimbun-timbun hinggakan nak jalan pun susah eheheh...aku ni ada ciri-ciri hoarder, hoarding buku...

Tu baru Enid Blyton, belum lagi koleksi klasik yang lain macam Jane Austen, Shakespeare, Oscar Wilde, dan lain-lainnya. Baru bahasa Inggeris, buku bahasa Melayu pun nak kumpul juga. Belum termasuk buku ilmiah, ensiklopedia dan lain-lain lagi...adehhhh...berazam nak pindah umah lain, kalu boleh duk umah kampung, boleh bina satu rumah kecik jadikan macam library. InsyaAllah ada rezeki....

6 comments:

  1. uuu...dun wori, i oso lurve Enid Blyton...disebabkan dia, sy jd seorg ulat buku. skrg pun, kalu balik bcuti, kompom mesti belikan buku2 E.B sbagai buah tangan untuk anak2 buah dan kazen2 yg kecik...dgn harapan diorg pun akan jatuh cinta dengan buku :)

    ReplyDelete
  2. yup...lamak dah tunggu bibab update blog hehe...

    ReplyDelete
  3. hi :)

    you ada jumpa x terjemahan buku enid blyton dama BM?

    ReplyDelete
  4. Anonymous, hi...adik saya ada set buku enid blyton dalam BM, tapi semua tentang set adventure e.g. 7 pengembara (kalau tak silap, tajuk siri sebenar tak ingat), 5 sekawan dan lain2. Tapi yang collection cerita pendek tu tak ada, semua dalam English.

    ReplyDelete
  5. salam , mana nk dpt semua2 koleksi pnyiasatan tu? rindu plak teringat zaman ank2 dulu... dulu mana mmpu nak beli pinjam kat library sekolah jer. lau ada info mana leh dpt, tlg bg tau. dlm vers melayu lah. tq

    ReplyDelete
  6. Wsalam...adehhh sy sendiri pun tercari lagi yg versi koleksi penyiasatan mcm masa kecik dulu, yg paperback sebijik buku dlm Rm3.00 lebih je..tak terfikir pulak nk check di MPH ke sbb biasanya pegi MPH cari buku English heheh

    ReplyDelete