Thursday, December 20, 2012

Sabut serabut yang tenggelam

...nanti timbul balik lah tu...

Yup...aku takda ketahanan jati diri yang jitu apabila berhadapan tekanan yang hebat-hebat (untuk orang lain mungkin thresholdnya lagi tinggi, so tak sehebat mana sebenarnya, bagi aku je). Cuma dua tiga hari ni dah tenggelam serabut tu, mungkin sementara waktu ni graf tekanan agak kurang.

Hmmm...kalau ikut jam dan tarikh sekarang, esok hari aku akan berlepas balik ke kampung di Sarawak (in sha Allah) dengan si kecik, Yaya dan sedara yang tinggal denganku sekarang, si Ucox, merangkap helper aku jaga anak-anak. Aku seorang dengan tahap mental emosi tinggi rendah depressive-hypomania-normal ni, memang agak payah juga nak berhadapan dengan karenah harian anak-anak.

Esok balik, yeayy...jenguk parents di kampung, jumpa sedara-mara yang lama sudah tidak ketemu. Agak kurang seronok sebab tak semua anak-anak dan Mr. Hubby pun tak ikut balik. Abang dan adik bongsu yang baru bekerja di Marudi sejak 3 bulan lepas pun tak dapat bercuti krismas. Aku sambil mengiring Ucox balik kampung sempena krismas seperti dalam perjanjian, sambil tu time-time sedara sibuk berkrismas ni la masa terbaik nak berkumpul dengan mereka. Walaupun aku dah muslim, tak semestinya lupa sedara, putus keluarga dan sebagainya walaupun dorang non-muslim, ye dok?

Harapnya cuti ini dapat melegakan sedikit sebanyak serabut aku ni. Yelah, agak depressed kebelakangan ini.  Hati ingin nak berkerjaya dan majukan diri macam kekawan yang lain, yang dah tahap senior, expert bidang masing-masing, sambung belajar ada yang sampai PhD. Aku? Seploh tahun masih takuk ni jugak. Hmmm kadang-kadang terdetik hati bila sampai je nafsu pentingkan diri tu.

Tapi apabila fikir-fikir balik, tak semuanya kita boleh dapat (memetik kata puan HR kat opis). Yelah, dari satu segi tu aku ada suami, anak-anak, tambah seorang lagi akan datang in sha Allah April tahun depan. Dari segi itu rezeki aku murah, walaupun dari segi kerjaya aku jauh terkebelakang. My personal life agak on hold sekarang, aku memang tumpukan beberapa tahun ni dengan urusan keluarga sahaja dan soal kerjaya agak suram je. Perlu berubat siap-siap dapatkan balik masa yang hilang sepanjang tempoh 10 tahun ini, bukan sebab anak-anak, tetapi lebih kepada penyakit kurang-daya-tahan-jati-diri (KDTJD) ni hehehe... Yelah, orang lain pun ada anak-anak kecik juga, bak kata mak aku, dorang boleh survive, kenapa aku tak boleh? Satu realiti pahit aku perlu telan, aku kena healkan diri dulu dari KDTJD huhuhu...

Pelan 2013, elakkan diri daripada manusia-manusia yang bersifat negatif terutama sekali yang bermulut negatif aka lancang aka laser tahap gaban aka celupar biadap tak yang rasa diri tuhan tahun apa saja isi hati orang (marah bebenor nampak). Ye, sebab selagi hati ini masih lemah, takde antibodi langsung nak hadapi insan-insan begini, baik aku avoid je dulu. Nanti sikit-sikit berubat tambah vaksin, tambah vitamin antibodi tu bolehlah aku ngadap dorang sikit-sikit dengan ketahanan yang ada, so takde la hati ni parah sangat, tak sempat masuk wad biasa dah asyik nak kena ICU 2-3 minggu aje.

Kedua (patutnya pertama, priority ni), solat banyak-banyak, istighfar banyak-banyak, zikir banyak-banyak. Harap dapat counter attack bisikan-bisikan setan tak nampak dan yang nampak ni. Kekadang aku ni bila depressed sangat lepas jumpa mulut-mulut hantu ni, hilang akal sampai nak solat pun tak semangat. Mulalah overdose tidur. Kadang-kadang insomnia tidur sikit-sikit jam aje. Dahlah hormon pregnant ni bukannya stabil sangat pun emosi jadinya huuuuu...

Seterusnya, ya...jumpa psychiatrist. Tiba masanya, dah kritikal sangat ni. Dah 10 tahun aku tak jumpa dorang ni. Makan ubat pandai-pandai default, padan muka lah relapse balik dah. I know bila benda tu datang. Sekarang dah terima hakikat, malas dah nak sembunyi-sembunyi. Sembunyikan diri kang, orang tak paham, walhal benda ni ada dari kecik lagi, tak hilang ke mana pun, tenggelam timbul je. Jadi, here I am...I need strong support owkayhh... korang kalu tak dapat bagi kata-kata positif pun, jangan keluarkan kata-kata negatif kat saya wokeh? Ada paham? (marah bebenor hehehe)

Haiii...cuti ni harapnya aku detox sikit perasaan yang serabut amat ni. BBQ dengan family ke, lawat-lawat sedara ke, makan mee goreng basah Mukah puas-puas, mee kolok Sarawak, berambih rami-rami makan linut, umai huhuhu kesian my husband, mesti dia kepingin detox mental jugak.. In sha Allah ada rezeki, ingin sangat bawak husband gi umrah (ikutkan solat yang khusyuk aje ok dah kalu nak detox spiritually ni, tapi ye lah iman tahap gini perlu environment yang sangat positive chargenya...).

Dok cerita serabut-serabut ni, serabut kenapa yek? Ye, aku serabut nak resign kerja aku tu ke tak, nak uruskan balik kampung, uruskan duit yuran register dua anak yang nak kena hantar preschool RM1250 seorang tu, nak buat rumah pindah rumah ke tak, belum lagi hal keluarga kat kampung yang sedia ada yang macam telenovela dah entah bila nak reda, bil-bil rumah yang sentiasa setia setiap bulan...semua tu sikit-sikit lama-lama jadi bukit gak menserabutkan otak aku ni...tak sangka aku jadi homemaker ni aku patutnya kena ada management diary jugak...ya, 2013 aku kena ada satu management diary lah, pening jugak nak ingat satu-satu semua perkara yang nak dibuat dan ada deadline jugak.

Belum resign lagi pun, hantar surat sambung cuti unpaid lagi setahun. Maybe resign jugak akhirnya kot, sebab berkarat sangat dah rasanya, tambahan pula stress levelnya amat tinggi bukan sahaja dari segi nature profesion itu sendiri, malahan politik opisnya memang tahap politikus lah. Ahli-ahlinya kebanyakannya jenis yang patut aku elak sementara nak berubat ni. Jadi, mungkin aku perlu perlu dapatkan kemahiran baru , mungkin business hakhakhak...kadang-kadang aku terasa nak jadi pekebun je, sebab sangat terapeutik untuk aku ni, Degree nursing tu simpan ajelah gamaknya, bukan boleh buat bon jaminan iman pun. Bukan tak bersyukur dengan ilmu yang Allah dah kurniakan, tapi aku pikir kalau tak cukup ilmu di dada, takde perakuan yang kukuh yang muktabar dari para ilmuwan dan pakar, memang bahaya nak kerja-kerja sebar ilmu ni. Dahlah jati diri kureng je..jadi cikgu motivasi kena tinggi.

Kalau dah tak boleh sangat kerjaya dalam nursing ni, apa kerja yang aku boleh buat ye sambil nak imbangkan dengan keperluan keluarga? Entah lah, aku memang bertawakkal aje (ke pasrah menyerah je??? huhuhu). Mungkin masanya akan tiba, mungkin tidak. Yang pasti, aku harap berbaloi la hidup kat dunia ni. Itu aje..

...paham tak? Maksud aku, tak guna aku berjaya di dunia tapi gagal di akhirat...kalau gagal di akhirat, alangkah tidak berbaloinya hidup...apa lagi dalam kes aku ni, sudah kutemukan mutiara, kenapa nak campak balik ke dalam laut kan?

...apapun, itu semua dalam rahmat Allah kan?

P/S: Yasmin Sumayya kalau girl, Nuh Ridhwan kalau boy, ok tak?
Boy or girl, apa yang Allah beri pasti terbaik untuk kita.