Friday, October 22, 2010

It's yesterday once more...glorious UNIMAS...

Entah kenapa minggu ni aku demamkan UNIMAS. Mungkin gara-gara konvo kolej semalam. Lagu iringan muzik gamelan mengingatkan aku dengan perasaan ketika berarak masuk ke dalam dewan dan juga ketika berarak keluar, dan paling grand masa naik pentas ambik replika ijazah tu sendiri. Kat kertas tu tertulis, "Sila tuntut ijazah dan transkrip di pejabat akakdemik". Ahakss....

Seingat aku, perasaan grand semasa konvo masa tu ialah semasa pengumuman perarakan masuk dan keluar graduan dengan diiringi muzik gamelan, jalan slow-slow dengan hati kembang, bangga, terharu, bersyukur, sebak dan macam-macam perasaan. Lega berjaya graduat setelah puas tak tidur malam, mengikat perut, susut berat badan, menangis air mata darah semata-mata sekeping ijazah. Jadi, memang wajar la konvo tu dilakukan untuk meraikan para graduan yang berdaya menghabiskan pengajian. Apabila berarak keluar, perasaan bangga tu bersambung pula dengan sebak apabila para ibu bapa bertepuk tangan mengiringi langkah para graduan. Dalam tengah berarak keluar tu, mak hulur bunga ke tangan aku, terharu sangat.

Hanya Tuhan sahajalah yang tahu sama ada benar-benar layak atau tidak mendapat ijazah tersebut, bukan hanya pada kertas, atau gambar dengan berpakaian jubah yang digantung bangga di dinding rumah. Nilai sebenar ijazah tersebut bagi aku benar-benar memberi nilai ialah apabila ia menjadikan seseorang itu bermanfaat setaraf dengan yang pengiktirafan yang diperolehi untuk sepanjang hidupnya selepas itu...chewahhh...

Rindu dengan UNIMAS, kampus yang lama la. Kampus waktu tu kecik je, bangunan tak bertingkat-tingkat, fakulti pun berdinding kayu, macam resort. Memang humble la. Tapi kekecikan itu menambah kemesraan warganya. Sebab kecik la, asyik-asyik muka orang tu je yang kita jumpa.

Kalau nak merasa konvo lagi lepas ni pun (itupun kalau aku ada rezeki nak sambung master huhuhu...insyaAllah...), perasaan tak sama sebab dulu dikelilingi oleh teman-teman seperjuangan yang masih otak gila-gila, darah masih muda, pemikiran pun tak berapa matang (sekarang pun bukannya matang sangat pun). Masa tu rata-rata tak kahwin lagi, jadi memang banyak kejadian cinta kampus. Sekarang ni kalau sambung belajar ke peringkat master, mungkin tak semeriah zaman nak ambik bachelor degree. Rakan sekuliah pun agaknya dah matang-matang dan terlampau matang pun ada. Nak main-main mata pun tak teruja dah, balik rumah tengok husband la kalau nak main-main mata. Otak pun dah penuh perasaan tanggungjawab berbanding dulu yang bawa diri sendiri je.

Paling aku tak boleh lupa tentang kampus lama UNIMAS dulu ialah gerai makan yang terletak di pinggir tasik yang penuh dengan ikan kap dan bunga teratai. Tasik tu betul-betul terletak belakang fakulti. Gerai makan tu memang famous di kalangan warga kampus sebab makanan yang murah dan sedap. Part murah tu yang betul-betul menyelamatkan keadaan siswa siswi yang rata-rata poket berlubang. Time pengajian pun memang kena banyak makan dan cepat lapar sebab otak asyik kurang glukosa sebab otak banyak guna tenaga.

Syok sangat duduk lepak kat gerai situ sambil mengadap tasik. Mee rebus la yang terfamous, tak sampai tengah hari habis dah. Kalau rehat kul 10 antara waktu kuliah tu, memang berebut-rebut order mee rebus. Gerai ada tiga aje, bayangkan keciknya kampus tu waktu itu kalau dibandingkan dengan universiti-universiti di semenanjung sini yang memang tak boleh nak jalan kaki kalau nak tawaf satu kampus, takpun macam kampus UNIMAS yang baru sekarang. Walaupun aku tak pernah jejak lagi kampus UNIMAS yang baru yang lebih besar, tengok gambar dalam internet aje dah boleh agak, mesti tak larat nak jalan kaki. Kampus lama UNIMAS masa tu memang takde masalah, setakat kawad PALAPES tu dalam satu petang aje dah boleh habis satu tawaf.

Setelah beberapa tahun meninggalkan alam pengajian undergraduate, yang tinggal sekarang hanya kenangan manis. Aku macam terlupa dengan kesengsaraan mengikat perut sementara menunggu duit PTPTN yang akan datang, menyiapkan assignment sampai tak tidur malam. Aku teringat lagi yang aku lebih suka buat assignment daripada mengulangkaji untuk exam sebab melalui assignment aku rasa betul-betul dapat korek isi otak berbanding dengan exam yang aku rasa macam muntah balik nota-nota. Tapi member-member kebanyakannya suka exam berbanding assignment. Habit suka assignment tu melekat sampai sekarang. Clinical attachment di wad yang aku sedang lalui sekarang ni hanya memerlukan aku buat report mengikut disiplin, tapi aku suka-suka buat case study dan case management dan sebagainya. Macam lebih mendatangkan kepuasan, semacam ada tujuan.

Banyak lagi kesengsaraan. Cemburu jugak orang sekarang nak beli laptop, notebook pun dah murah, ringan aje nak bawak sana-sini. Sengsaranya dulu bila pindah kolej kediaman aje, terpaksa angkut set komputer besar gajah. CPU besar, monitor besar, printer besar, dah la processor slow. Assignment hilang akibat virus tu jangan cerita la, memang menangis la. Internet pun satu hal, mana ada broadband atau WIFI macam sekarang. Sejam di cyber cafe mau RM5, sekarang dapat RM2 aje.

Nak reload kredit handphone pun satu hal. Masa tu kena ada RM50 baru dapat top up. Sekarang ni nak top up RM2 pun boleh alahai.... Masa tu sebulan sekali la aku top up semata-mata nak hidupkan talian. Harga handphone pun mak ai, paling murah sekitar RM700. Awal-awal tu aku beli yang paling murah dengan baki-baki duit hadiah cemerlang SPM. Bila memikirkan sekarang, rasa nyesal beli handphone tu masa tu, apasal la aku tak pakai public phone je, tak payah sakit-sakit kepala nak beli kredit. Tapi dah namanya jiwa dan darah muda, tengok member-member pakai, aku pun nak merasa juga, dan tau aje la lagi-lagi bila dah ada 'dahan pokok' sendiri nak bergayut. Hanya mereka yang benar-benar kuat prinsip dan teguh iman aje yang tak tergoda dengan peer pressure nak pakai handphone masa tu. Tahun pertama aje aku pakai handphone sendiri beli, tahun-tahun selepas tu aku tak mampu dah, nasib baik 'dahan pokok' masa tu sponsor bagi aku pakai, tiap-tiap tahun merasa jugak handphone brand lain-lain. Cuma bab nak beli reload tu yang sengsara.

Kesengsaraan zaman tu banyak berkisar dengan poket, komputer, internet, assignment dan masa tu aku cukup tak suka pergi attachment sebab kena bangun awal pagi-pagi nak tunggu bas ke hospital. Masa tu selalu sangat demam dan sakit sebab badan kurus, imuniti badan lemah. Yelah, makan pun tak betul, tidur pun kadang-kadang dua tiga hari berturut-turut tak tidur nak siapkan assignment. Kursus orang lain kuliahnya empat enam jam je sehari, kursus yang aku lalui dengan nilai kredit 22 ke 24 satu semester, perit beb mula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Kenangan manis paling aku tak boleh lupa selain gerai tepi tasik ialah kelas muzik. Masa tu betul-betul enjoy dan tak terasa macam kelas pun. Santai dalam belajar. Lagi -lagi dapat join orkestra univesiti main violin masa konvokesyen senior-senior, memori yang sweet sangat.

Library...ohhh...kitorang panggil CAIS (sebutan kais). Memang tempat untuk pinjam buku, belajar, fotostat nota, diskusi dengan kawan-kawan malah berjumpa buah hati. Pendek kata tempat sejagat la.

Musim konvo adalah waktu paling meriah. Dengan karnival, pesta, gerai, konsert yang mengiringi majlis konvokesyen yang penuh protokol itu sendiri. Jika dalam dewan, walaupun dewan tak sebesar dewan universiti lain rasanya, suasananya tetap terasa grand, gemilang, penuh protokol. Di luar dewan pula penuh kegilaan pesta konvo. Meriah betul.

Lepas konvo, semacam tradisi pula nak berarak ramai-ramai sekeliling kampus yang kecik tu untuk mengambil gambar. Paling famous depan pintu CAIS selain di luar dewan. Masa tu terharu semacam mengimbas kembali tempat-tempat yang dijejaki semasa masih bergelar pelajar. Lepas tu mana lagi dah nak pergi CAIS ke, fakulti ke untuk saja-saja kalau bukan sambung belajar kat UNIMAS tu jugak.

hmmm...harap-harap selepas sesi luahan blog ni, demam aku kebah sikit...hihihi

No comments:

Post a Comment