Friday, December 11, 2009

Keputusan temuduga SPA... berjaya!!!

...alhamdulillah...
Aku baru check di laman web SPA, dapat la post pengajar jururawat U41. Tak sangka sebab semasa aku memohon melalui online, aku hanya mohon jawatan jururawat U41. Dapat surat panggil temuduga untuk kedua-duanya pula iaitu jururawat dan pengajar jururawat. Semasa temuduga pun ada bagi tau interviewer tu yang aku tak mohon pengajar sebab ingatkan nak kasi kental itu skill dulu, sebab itu berharap kembali ke klinikal. "Tapi saya akan terima jawatan pengajar jururawat sekiranya pihak tuan rasa saya layak." Jawapan selamat. Sebab aku tak nak over confident kalau aku apply tapi tak cukup layak. Tapi tidak pula menolak jika penilaian mereka rasa aku layak.tapi aku confident tak dapat sebenarnya.
Bimbang juga, bimbang tak terpikul tanggungjawab dari segi emosi terutamanya. Aku dah lama menganggur, dua tahun lebih. Kekadang rasa putus asa juga. Kekadang rasa nak tukar bidang juga. Rasa nak buka kedai makan pun ada juga hehehe... Semoga aku tabah la mengharungi dugaan yang akan datang. Memang akan ada, sebab aku dah rasa dah culture shock dengan politik kerja perempuan nih hehehe....

2 comments:

  1. SALAM, saya dapat interview pengajar jururawat. Boleh tak kongsi dengan saya soalan2 yang di tanya?

    ReplyDelete
  2. wsalam.biasanya tanya kenapa minat, experience, mcmmana cara berkomunikasi dgn pelatih yg berumur remaja/young adult rata2nya

    all the best!

    ReplyDelete