Thursday, November 18, 2010

Cinta itu...

Kelakar, setiap kali aku menghadapi sesuatu perkara, Allah cepat-cepat berikan petunjuk. Dan memandangkan aku ni suka beli majalah dan buku, ada sahaja artikel yang memberi aku petunjuk. Setiap kali juga boleh dikatakan jawapannya dalam majalah Anis. Alhamdulillah,syukur kepada mereka yang menulis artikel yang sangat terkesan merawat hati dan membawa kembali rasa keimanan, bukan bersifat dakwah dengan nada membosankan yang asyik menekankan amalan semata-mata tapi tidak dapat merawat hati yang merana.

Aku selalu memujuk diri setiap kali rasa husband kurang memberi perhatian dan bercintaan dengan wife sendiri, aku ni nombor 5 aje dalam ranking keutamaan husband. Kekadang aku direct cakap kat husband, ”mama nombor 5 aje”. Entah husband paham ke tak maksud aku tu, tak pasti la pulak. Yelah, ranking keutamaan bagi seorang lelaki dalam Islam ialah Allah, Rasulullah, ibu dan ibu mertuanya, bapa dan bapa mertuanya, baru la isterinya.

Nak dijadikan aku rasa kelakar tu, selama ni aku rasa ranking nombor 5 tu dah bawah dah, tapi rupa-rupanya ranking sebenar aku sebagai isteri ialah nombor 6. Berdasarkan satu artikel dalam Anis keluaran terbaru (Disember), ranking ke-5 ialah saudaranya, lepas tu baru la isteri. Adehhh...mula-mula dulu aku sukar terima hakikat, tapi sebab dalam Islam anjurannya begitu, maka aku redha. Tapi sukar juga la bagi perempuan saudara baru macam aku ni nak adjust sebab dah agak sebati dalam diri dari kecil bahawa our lover should be number one in our heart. Sukarnya mengubah percintaan gaya Valentine's kepada percintaan dalam perkahwinan dalam Islam. Tapi, bagi seorang isteri, husband dalam ranking ke-3. Pertama ialah Allah, kemudian Rasulullah, baru suaminya. Jadi, giliran aku jadi nombor 3 selepas Rasulullah ialah bagi anak lelakiku. Tak apala, masanya akan tiba.

Sebab itu lama-lama aku redha. Aku melatih diri sedikit demi sedikit apa yang termampu untuk menjadikan Islam landasan hidup, agar anak-anak terdidik begitu juga dalam setiap aspek hidup. Bukannya hanya rutin puasa , raya semata-mata tapi roh amalan tiada. Bagi aku, tanda ada hayati Islam dalam hidup ialah apabila tidak menyingkirkan apa-apa aspek Islam dalam setiap apa yang dilakukan. Ditakdirkan salah seorang anakku jadi tukang sapu sampah sahaja, aku redha andainya dia tidak meninggalkan iman, jaga solat, jaga akhlak dalam Islam, sesungguhnya tukang sapu sampah juga manusia yang bermanfaat jika tidak membuat kerosakan dan zalim kepada manusia lain. Tapi sudah tentu sebagai ibu, aku mengharapkan anak-anak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Apa guna menjadi profesional yang mendapat rezeki yang haram? Kesian anakku andai tak berjaya akhiratnya, neraka la tempatnya. Jadi, yang abadi di akhirat nanti menjadi keutamaanku.

Cuma kekadang nafsu seorang perempuan ni nak manja lebih kekadang demand jugak huhuhu... Tapi aku geram jugak apabila ada masanya husband tak 'menomborsatukan' Allah. Macam penat je aku melatih diri meredhakan bahagianku kerana Allah. Susah tau nak mengubah apa yang kita percaya hanya semata-mata kerana disuruh walaupun hikmahnya tak nampak segera di depan mata. Lagi-lagi dengan background aku yang terdidik dengan tiada ranking keutamaan yang begini jelas. Dulu ingat bila kawin tu husband la nombor satu, kita la nombor satu bagi husband. Esemen...

Alahai cinta... Pendefinisian semula bagi aku. Akhirnya, konklusinya, aku cuma mampu tunduk bahawa cinta kepada manusia yang paling sejati bukanlah mencintai diri dahulu atau berenang merentas lautan api, tapi semuanya kerana Allah semata-mata. Jika seseorang mampu bercinta kerana Allah, maka itu lah cinta sejati kerana bersumberkan Allah yang sejati. Cinta ini juga pasti mendapat kekuatan mengharungi apa sahaja cabaran, kerana insyaAllah mendapat pertolongan dari The Almighty. Sebab sombong la manusia jika dia kata cintanya paling sejati jika dari dalam diri sahaja, sebab diri itu lemah, maka cinta itu bersumberkan lemah.

Mampukah aku jadi pencinta kerana Allah? Allah sahaja yang tahu, sebab aku manusia, perempuan beremosi yang nipis imannya, banyak nafsunya, dan mudah dibolak balikkan hatinya oleh syaitan tak nampak dan yang nampak. Kan perempuan ni suka gosip, cemburu dan mudah curiga? Hehehhe

Saturday, November 13, 2010

Kelik Kelate...

Baru dapat access internet...letih balik dari Kelantan last week baru settle, baru rasa segar sikit nak menatap internet. Balik meraikan majlis perkahwinan anak Pok Teh, Kak Long Ena dan suaminya Aman, orang Kuala Langat.

Balik Kelantan benar-benar refresh diri. Banyak sebab, antara sebab walaupun bukan sebab utama - shopping sakan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah hehehe...

Sebab lain, dapat jumpa sedara-mara belah husband di Kelantan yang dah lama tak jumpa. Orang lain tu aku tak tau la, mungkin tak seexcited aku jumpa sedara mara belah husband, sebab biasanya kita lebih excited jumpa sedara mara belah sendiri je. Tapi aku rasa excited nak jumpa diorang ni. Lamanya dah tak jumpa, walaupun bukannya related by blood pun. Last aku balik Kelantan ialah semasa Mok (ibu Mek, mak mertua aku) meninggal dunia.

Sebab lain lagi, duduk kat umah Mok Su. Merasa jugak duduk umah banglo sedara husband hehehe Bukan sebab umah banglo tu, tapi sebab isi rumahnya. Sejuk perasaan tengok anak-anak Mok Su. Terdetik dalam hati, dapat ke aku nak didik anak-anak aku macam tu? Terdetik lagi, dapat ke aku jadi parent yang mengikut lunas-lunas Islam bagi anak-anakku? Macam tak mampu aje, iman sendiri terkapai-kapai...

Bukan luaran Islamik yang aku pandang, tapi kefahaman yang teguh tentang Islam itu yang penting bagi aku. Sebab itu antara sebab aku terbuka hati terhadap Islam dahulu, iaitu apabila wujud terselit member yang Muslimah tapi tidak jumud. Ada member-member lain, bertudung litup labuh hanya bergeng sesama sendiri, enggan bercampur dengan kaum bangsa lain yang tak seagama dengan alasan kafir. Tapi member yang sorang ni benar-benar buka mata aku. Aku tak kata dia Islam semata-mata, tapi bagi aku dia Muslimah sejati. Solat tak tinggal, selalu puasa sunat, berprasangka baik terhadap orang, open-minded, sederhana dan segala sifat-sifat baik la. Tak pula bertudung labuh, dan dia sentiasa menahan diri daripada mengumpat orang. Pembersih dan tidak ujub, tidak rasa diri lebih baik daripada orang lain.

Itu yang aku harap dapat didik dalam diri anak-anakku. Persoalannya, mampukah? InsyaAllah... kalau aku sendiri tak mampu, aku harap persekitaran dapat membantu. Terfikir juga nak pindah ke Kelantan, nak hantar anak-anak ke sekolah agama swasta, dengan harapan kukuhkan tauhid, fikah dan kefahaman agama mereka dahulu, dah besar tu harap-harap mudah nak mendapat kefahaman agama taufiquhdin (sebut reti, eja tak reti, entah betul ke tak) agar menjadi muslim muslimah sejati, bukan ikonik semata-mata, tapi memang terbit dari kefahaman sejati.

Memang menyegarkan, at least aku bernafas juga la dalam kelemasan sendiri. Chewahhhh bahasa....

Thursday, November 4, 2010

Islam berbangsa Melayu vs Melayu Islam

Memeluk Islam kerana Islam, bukan kerana Melayu. Sebab sampai mati aku tetap bukan Melayu.

Sukarnya berjumpa Muslim berbangsa Melayu. Banyaknya Melayu yang pastinya lahir Islam. Kekadang terkeliru, aku rasa aku banyak di'melayu'kan, bukan di'Islam'kan.

Nak jadi apa aku ini akan datang? Muslimahkah atau Melayukah?

Mukminah? ?? ??? Solehah? ?? ???

Wednesday, November 3, 2010

Please do not wish me anymore birthday...

pada tahun-tahun mendatang...itupun kalau diizinkan Allah, masih hidup sampai tahun depan dan tahun-tahun seterusnya...

Apapun, terima kasih kepada semua yang wish, aku sangat hargai. Mungkin ini tahun terakhir aku excited dengan birthday wishes. Azam umur 30 dan seterusnya ialah, "1 November is just like any other day. I should just thank my mum for giving me birth."

Walaupun rasa seronok dan diingati apabila mendapat birthday wishes, tapi aku dah mula agak fobia dengan 1 November.

Bukannya aku tak suka makin tua, cuma aku tak nak hari itu berlalu dengan frustration. Sedari tahun ini aku perasan, aku dah tak menaruh sebarang expectation or thought for celebration or surprises or any present, aku cuma berharap 1 November berlalu dengan tiada apa-apa perkara yang tidak ingin diingati. Lebih baik ia adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja daripada diingati tapi penuh dengan kenangan buruk yang menghantui tahun-tahun akan datang. Sebab itu aku sendiri pun rasa kelakar dan terkejut dengan perasaan sendiri. Terdetik juga bimbang, kot-kot aku ni mula 'membiuskan' perasaan aku sendiri supaya tidak berasa apa-apa lagi, yang penting untuk mengelakkan further hurt. Jangan sampai hilang perasaan cinta sudah hehehe...

Sound merajuk? Entah la, maybe, maybe not. Tetapi menerima perubahan yang mendadak dalam hidup dalam keadaan tidak dijangkakan, adakalanya membuatkan aku perlu rasa betul-betul kena adjust denga perubahan tersebut. Dan sekarang aku sudah mula sedikit sebanyak mencapai tahap adjustment tersebut. InsyaAllah, lama-kelamaan aku akan ada daya tahan terhadap kebiasaan dari kecil tu, dan berharap kebiasaan baru kali ini akan tahan lama.

Maybe anak-anak pun aku akan tidak sambut birthday mereka sebaik sahaja mereka baligh. Sebab lebih baik mereka rasa biasa-biasa saja tentang birthday, daripada merasakan tarikh itu istimewa tapi jika spoil, sangat menghantui perasaan. Sambut masa kecil-kecil sahaja, sekadar untuk menggembirakan zaman kanak-kanak mereka. Sebab aku ingat semasa kecik-kecik dahulu, birthday adalah sesuatu yang sangat special untuk diri. Biarlah zaman kanak-kanak adalah penuh keriangan, zaman remaja mereka perlu belajar terima hakikat bahawa pada masa akan datang, dewasa, berkahwin dan tua, birthday hanyalah hari yang biasa sahaja.

Sebenarnya, aku lebih suka umur meningkat. I just cannot wait to gain autonomy in my own life. And I hope maturity and wisdom will follow with my age, not merely bigger number.

Tuesday, November 2, 2010

Pasca harijadi...

Sebagaimana sedramatiknya aku ni, maka ulangtahun kejadian aku pun berakhir dengan dramatiknya juga.

Aku selalu terfikir, alangkah baiknya jika aku tak lahir 1 November, maka tak perlulah aku bernaung bawah zodiak Scorpio yang memang terkenal angin lintang pukang.
Semalam berakhir dengan baik. Aku harap la, dan aku berjaya melakonkannya dengan baik. In the end, as always, frustration akan sentiasa mengekori. Tapi wajarkah aku sebagai seorang Muslim mempercayai zodiak ni? Tak wajar, tapi atas beberapa sebab aku tak tau, orang yang lahir bulan November ni rata-ratanya moody (atau zodiak itu sendiri sudah memberi gagasan psikologi kepada manusia sejak kepercayaan tentang zodiak itu diperkenalkan, maka manusia bertindak mengikut apa yang dia percayai siapa dia???). Masalahnya aku dah sebati selama hampir 30 tahun untuk mempercayai bahawa aku seorang Scorpion yang moody, the darkest, the most hated amongst all zodiacs huhuhu...so,macam mana ekk nak tukar balik apa yang telah sebati minda ni dan memulakan benda baru, to turn a new leaf bak kata orang putih (antara usaha aku ialah masuk Islam). Antara perkara lain yang sebati dalam minda aku ialah imej aku yang berkulit gelap dan bukan calon isteri / ibu yang baik. Sehingga sekarang persepsi diri tu susah betul nak ubah sebab dengar perkara tu ulang-ulang macam diprogram dari kecik lagi. Orang sekeliling kata aku berkulit cerah pun, kalau aku membayangkan diri aku sekarang ni, aku terbayang aku yang berkulit gelap. Payah betul nak bayangkan diri yang berkulit cerah... Masalah besar ialah hal percaya diri tentang jadi isteri / ibu yang baik. Sebab buat macam mana terbaik pun, diri tetap akan rasa tak cukup.

Aku sebenarnya suka naik umur ni, tapi semenjak akhir-akhir ini, aku tak suka, berdebar-debar rasanya. Aku bimbang expectation aku tentang melalui hari itu dengan baik, tanpa ada perkara-perkara yang menspoilkannya. Tahun ni aku dah tak memikirkan tentang celebration dan sebagainya, cukup aku mengingati tarikh hari ulangtahun itu sebagai satu hari yang tidak spoil.

But as always...the biggest spoiler kalau bukan tidak tentu sekali diri sendiri. Haiii...aku ingat tutup mata pukul 12 tadi aku dah selamat melalui hari dengan baik. Tau tau terbangun pukul 1 pagi dengan perasaan sungguh bad mood dan tak boleh tidur pulak. Tiada salah siapa-siapa, merely salah aku yang moody.

Esok nak kerja, migraine baru nak reda, badan letih, otak letih....huhuhuh apa la nasib...

Entah la, tiba-tiba aku rasa nak ambik tiket wayang tengah malam dan tonton wayang sorang-sorang di Cineleisure. Ataupun tiba-tiba rasa nak duduk dalam kedai buku. Ada banyak lagi tempat-tempat dan kaedah-kaedah aku boleh relaks, tapi tak boleh nak sebut sini.

Tapi ehhh kenapa tak terfikir nak solat ek?

Tapi akhirnya, aku cuba meletihkan diri dengan membasuh pakaian, menggosok baju, menjemur pakaian, mencuci pinggan mangkuk sehingga sekarang! Itu pun masih ada lagi pakaian aku target nak lipat malam ni, sampai letih, sampai rasa nak tertido. Aku dah letih menderita sakit kepala minggu lepas, jadi aku tak nak aggravate benda tu balik dengan berfikir macam-macam sementara nak menidurkan mata. Better aku buat something yang meletihkan badan dan otak, tapi tidak berfikir ke arah pemikiran yang tidak sihat. Syaitan ni suka cucuk time-time umat manusia tengah hanging satu badan.

Dah telan panadol, kepala mula denyut balik dah, rasa loya pun ada...adehhhh...

Alahai, rasa nak tukar date of birth to ke bulan Januari ke, Februari ke, Ogos ke, September ke...tapi terima aje la dah takdir...aku ditakdirkan begini...

Monday, November 1, 2010

Happy birthday to me...

ke-29...tak sabar nak menginjak usia 30 hehehe...

tahjiik gak debei udei...

Banyak peristiwa aneh dan kelakar hari ni.

Yang aku paling rasa kelakar atau 'tahjiik' kalau dalam bahasa Melanau, hubby nyaris-nyaris lupa birthday, pukul 945am baru hantar sms wish birthday, tapi aku relaks je. Tak ada lagi episod merajuk-rajuk macam tahun-tahun sudah kuikuikui...sama ada aku dah terbiasa dengan hubby yang birthday2 ni relaks aje (rujuk entry birthday aku last year), ataupun dah makin tua by year, so dah kurang kisah dengan birthday2 ni. Last year siap buat list lagi on what to do to celebrate birthday la konon hehehe...

Dan anehnya, aku melawa lebih ari ni, siap pakai gelang mutiara lagi pegi kerja. Baju pun baju kurung kain sari yang baru first time pakai, siap sedondon dengan kain tudung (biasanya belasah aje, matching tak matching tu janji selesa)...cuma sandal aje dah comot, pasal dengan perut boyot ni, sandal yang tinggal kebanyakannya high-heeled, so tak sesuai la nanti tergolek-golek...

Birthday present dari hubby? Cukupla mendapat hubby yang menjadi bapa yang baik bagi anak-anak, ringan tulang menguruskan anak-anak, aku bersyukur sangat...maybe he is not a romantic lover, but he is a good husband and father to my children..entah apa lagi yang tak cukup...

Aku? ?? ??? hampehhh...kuikuikui