Wednesday, January 6, 2010

The Empty Nest (part 2)

Baru semalam pada pukul 5.30 pm aku melihat adik lelakiku, Noel berangkat untuk kembali menyambung pengajiannya di Batu pahat, Johor. Mak, Daddy dan Acha menghantarnya ke stesen bas, dia akan mengambil bas menuju ke Kuching pada pukul 6.00pm. Rumah terasa semakin sunyi. Lebih sunyi lagi apabila aku dan anak-anak juga akan meninggalkan rumah agam ini sedikit masa lagi. Mak dan Daddy akan kembali dengan rutin drama Korea. Dua tiga hari ni pun aku tengok mereka dah mula layan balik drama Korea. Sudah sebulan juga mereka tak menonton tv sangat sebab berebut dengan anak-anak dan anak-anak buah mereka, selain sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Krismas yang baru berlalu.
Mak masih batuk-batuk lagi. Dalam sebulan lebih ini sahaja sejak balik dari KL, mak sudah ke hospital tiga kali untuk mendapatkan rawatan batuknya. Aku pula, sebagai satu-satunya anak yang tinggal (anak perempuan sulung pulak tu) berasa agak serba salah sebab aku tak banyak menolongnya meringankan beban apa-apa tanggungjawab di rumah huhuhu...tiada alasan, cuma aku berasa macam tu. Adik peempuan, Yun lebih arif dan cekap dengan hal ehwal rumah ni, tapi itu masih bukan alasan untuk aku...entahlah...dah jadi macam tabiat, mungkin sebab dah dari tingkatan satu lagi aku tinggal di asrama, balik umah untuk sekejap-sekejap je. Haiii...rasa macam tak berguna aje...

No comments:

Post a Comment