Sunday, October 17, 2010

Cerita 10.10.10, atas jalan dan Bajet 2011...

Plan nk update 10.10.10 hari tu, tapi tak terupdate sebab air takde hari tu, jadi malas nak duduk umah, ajak husband dan anak-anak lepak-lepak di The Curve hari tu. Takde air bikin hati stress aje...

Apa ye peristiwa 10.10.10 yang menarik untuk dicerita?
Sepupu aku, Sumik, melahirkan anak sulung, baby perempuan. Wahhh...bestnya dapat tarikh yang special. Orang lain sampai minta doktro cepatkan atau postpone kelahiran dan sanggup mengambil risiko semata-mata kerana tarikh tu. Dah la 9.10 tu birthday maknya, si Sumik tu. Baby tu sulung pulak tu. Kalau lahir di Selangor, lagi best, MyKid nombor 101010-10-xxxx.

Hmmm...angkasawan pertama negara kahwin hari tu. Tapi malang la siapa lagi yang kawin hari tu tapi air takde. Kenduri-kendara ni kalau air takde, adehhh sengsaranya...yang kahwin tu sedikit sebanyak risau sebab mengganggu kemeriahan. Yang paling risau ialah penganjur majlis, yakni mok dan pok pengantin. Yang tukang cuci pinggan pun mengeluh, walaupun ada berbotol Sunlight kat situ.

Lagi? Lagi kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspres, kereta Myvi merah di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas, Negeri Sembilan. Tengok gambar dalam paper pun tau dah ngeri betul. Aku yang sekarang ni kerja di hospital, hari-hari tengok kes orang masuk wad sebab eksiden, tu belum lagi yang masuk bilik mayat. Patah tangan, rusuk, rahang pun dah macam sengsara sangat aku tengok. Yang macho-macho, body 'taf' kental-kental bak kata Dania Awan Dania, pun jadi lembik je bila duduk wad. Mengaduh-ngaduh sakit bila cucuk masuk ubat, ataupun bila cuci luka. Tapi terkenangkan cara kebanyakan orang driving kat jalan, aku memang pelik la, mana pergi kemachoan atas jalan tu bila menjerit sakit dalam wad. Aku yang perempuan ni dengan sticker 'P' kat cermin kete memang asyik kena la. Insiden paling biasa, antaranya ialah bila sampai simpang. Walaupun aku ni kat jalan lurus, yang keluar simpang tu semberono je terus keluar. Pastu bila aku hon sebab terkejut dorang tiba-tiba keluar, tunjuk pula isyarat lucah, gangster semacam. Aku yang dekat jalan lurus ni tak pasal-pasal kena tekan brek, kalu tak memang langgar la. Pastu orang belakang lak hon bila brek mengejut. Dah tu aku pulak jadi sandwich kat tengah-tengah.Orang gini bila duduk wad la yang lebih-lebih mengada panggil nurse minta minum air, minta basuh berak, takpun jerit-jerit sakit kena cucuk, mana pegi ntah kejantanan kemachoan atas jalan seblum tu.

Keta ratus riban pun belum tentu kebal dari mati. Tau la keta aku ni Myvi je, dorang tu keta ratus ribu. Baca la paper, siapa yang paling banyak eksiden sebab pandu laju, kebanyakan keta mahal-mahal, pastu budak-budak muda, pastu eksiden sendiri langgar pokok ke, penghadang jalan ke. Eksiden sendiri takpe gak, eksiden langgar orang lain yang pandu berhemah tu yang 'panah hati' tu.

Penunggang motosikal lagi mendebarkan jantung. Kalaulah kete aku tu frameless, senang nak tengok diorang ni tiba-tiba muncul sebelah kita, terutama time kita nak tukar lorong ke, potong kete lain ke. kadang-kadang kebetulan diorang di kawasan 'blind spot' keta, dah puas jeling cermin belakang, cermin tepi bila nak tukar lane, pastu baru bagi signal nak tukar lane. Tiba-tiba muncul diorang sebelah kita...kusssss semangat!!!!. Adeh...takkan tak tengok signal kita bagi dah. Nenong je pecut. Tolonglah, motor tu pikap nak pecut ambik masa, berdebar dada bila hampir "terbergesel" dengan diorang ni. Aku dengan motorsikal atas jalan ni memang ngeri. Aku memang tak terlintas langsung nak sombong bila pandu keta pastu tengok dorang bawak motosikal, kena ujan panas, malah aku rasa kesian diorang. Bila diorang lalu tu aku memang hati-hati tahap paling tinggi. Terbayang diorang kalau tergesel dengan keta tu memang sah-sah kalah, memang konpem jatuh. Keta tu entah-entah calar je. Kalau kena gilis keta lain dari belakang ke, depan ke, lagi naya. Aku tak nak la lihat insiden 18PG depan mata, trauma kang nak bawak keta. Bukan apa, aku penah eksiden motosikal, penah hampir kena langgar lepas jatuh dari motosikal yang aku bonceng. Jatuh gara-gara jalan licin masa ambik lap bulatan. Pastu cousin dulu pernah parah eksiden motorsikal. Pastu tengok kat ward, rata-rata yang patah riuk sampai tertonjol keluar tulang lutut tu yang naik motosikal. Belum lagi yang terkoyak daging paha la. Yang terkeluar otak sebab tak pakai helmet tu memang aku tak jumpa la di wad. Yang pandu keta pulak ramai yang patah rusuk, atau patah tulang muka.

Hikmahnya aku keja wad sekarang ni, tengok macam-macam keadaan orang eksiden ni memang menginsafkan la. Kalau tak, hati tengah panas, ikut nafsu memang rasa nak join je jadi driver gangster sebab geram selalu kena potong tak bagi signal la, masuk simpang time kita nak keluar simpang tapi tak bagi signal la, pastu kita bagi signal tapi dorang pecut taknak bagi laluan. Kalau dapat pecut atas jalan macam anak sendiri punya jalan, memang rasa hero betul la. Tapi mengingatkan untuk memuaskan ego sementara dengan sakit cacat berpanjangan tu, memang tak berbaloi langsung. Jadi, aku sekarang ni, sedaya upaya cuba jadi pemandu berhemah. Bagi jugak signal untuk orang, sama ada untuk kemudahan diri sendiri atau orang lain. Bagi jugak laluan kalau dorang nak potong jalan. Tak rugi sesen pun, walaupun banyak yang mungkin tak appreciate 'kemudahan' pemandu macam aku bagi. Mungkin bagi dorang, ala P memang la takut atas jalan, dorang tu hero jalan, keta besar kena la ego besar, tak main la bagi-bagi jalan kat orang, apa lagi bagi keta kecik cikai-cikai. Tapi aku pikir, ego mungkin terluka sekejap, tapi takde la terluka sangat dibandingkan dengan semasa nurse masukkan tiub kencing dalam lubang kencing bila tak dapat kencing sebab kemalangan, ataupun bila nak capai air minum pun nak kena panggil orang tolong, nak cuci berak pun nak minta orang tolong basuhkan. Pernah sorang pesakit eksiden bagitau aku, "lebih baik mati aje, malu betul hidup macam ni, semua orang nak kena buatkan...". Mudah-mudahan hati orang-orang ini dibukakan. Tapi kadang-kadang aku ni bila letih dan pening, keluar jugak carut dan isyarat ntah hapa-hapa aku huhuhu turun sekejap tahap sivik, pastu istighfar panjang-panjang, "kenapalah aku nak jadi macam diorang..."

Cukup membebel pasal atas jalan...berita baik untuk aku sempena Bajet 2011 Jumaat lepas. dapat RM500, alhamdulillah, duit jugak daripada takde. Tak baik meminta-minta kalau kerja tak capai tahap yang dihalalkan. Tengok la orang kerja gomen (aku yang kerja gomen sendiri pun), pagi minum, kul 10 minum, kul 12 minum, kul 2 baru nak solat Zohor, walhal kul 1.30 dah boleh solat dah (aku sendiri terasa sebab time-time peknen sekarang aku kuat makan, 2-hourly feeding, harap-harap tak jadi habit lepas bersalin nanti). Pastu kebanyakan benda yang boleh siap hari ni, "esok ambik ye". Aku baru tahun ni join keja gomen, sebelum ni private, memang sampai sekarang pelik dengan budaya kerja gomen. Dulu dengar aje, sekarang baru paham. Harap-harap tak terasimilasi sepenuhnya dengan budaya gini.

Banyak lagi kalau nak diceritakan. Ada perkara tu yang aku rasa geli hati pun ada. Contohnya baju korporat. Kelab ni ada baju korporat sendiri, AJK ni baju koroprat gini, gred gaji ni ada baju korporat gini. Kalau time meeting atau time function tertentu, tiba-tiba ada segerombolan yang baju sedondon batik warna corak gini-gini, aku tercengang, "ehh, ada etika baju yang aku tak tau ke?". Risau aku, takut salah kod pakaian. Teringat aku pernah terbaca buku Culture Shock tulisan Heidi Munan dulu, katanya orang Malaysia terutama orang gomen, suka baju uniform. Semua benda nak uniform. Dah join gomen ni terasa betul kebenarannya. Dulu tengok aje mak dengan baju PERKEPnya, dengan rantai, beg dan kasut sedondon.

Aku pun pernah dijemput (tapi sampai sekarang tak terbuat-buat lagi pun), hinggakan mula-mula tu terkebil jugak bila orang ajak buat baju korporat, "apa benda baju tu?". Tapi kalau tak join nak buat macam mana, nanti jadi kera sumbang pulak. Dah masuk kandang kambing, ikut ngembek la. Asal aku jangan jadi kambing sudah...

Oh ya..apa berita baik tu ya? Tentu sekali cuti bersalin fleksibel hingga 90 hari bergaji penuh. Fleksibel? Aku for sure nak ambik penuh, sebab itu peluang nak pulihkan diri betul-betul selepas bersalin. Dah nak masuk anak ketiga ni, ikut pengalamn, selepas 3 bulan, baru la badan rasa betul-betul okay. Tidur pun dah terjaga sikit. Siapa kata time cuti bersalin tu dapat rehat? Time tu la paling busy, paling tak cukup tido aku rasa. Letih bersalin tak habis lagi.

Baby pun dalam 3 bulan pertama saja tidur sekejap-sekejap dengan berak sekejap-sekejap, lepas tu baru lega sikit. Tapi nak pulihkan minda tu memang betul-betul lepas setahun lebih baru la rasa cerdas sikit, awal-awal lepas bersalin memang pelupa, blur, slow dan ala bodoh-bodoh sikit. Tapi itu disebabkan banyak zat terutamanya untuk otak tu banyak diberi pada baby, ikut kajian pun memang otak si ibu mengecut semasa mengandung sehingga dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin sebab nak bagi cukup asid lemak untuk otak dan saraf bayi. Kedua-dua pengalaman lepas bersalin aku, rasa dah setahun umur anak tu baru la otak clear sikit.

Lagi berita baik? Tentu sekali PTK dihapuskan. Walaupun aku belum sah jawatan nak duduk PTK tu, tapi dah belek buku PTK tu, aku rasa errrr jugak la. Tak sangka masuk gomen nak kena hafal G.O. tebal gajah, tak termasuk PEKELILING...Untuk pegawai khidmat atau tadbir tu logik la, dah memang kerja dorang. Buat apa la dorang ramai-ramai kat ofis tu kalau bukan nak buat kerja-kerja tu. Takkan nak compile borang aje. Diorang la tempat rujukan terbaik sebab diorang la expert bidang diorang. Tapi yang kumpulan professional khususnya, jadi macam tak professional pulak dibuatnya. Macam member doktor aku tiba-tiba nak jawab pasal tender, pening beliau. Bukan la nak lepas tangan hal-hal pengurusan ke apa ke, tapi kalau hanya 1% aje diamalkan dalam bidang kerja, baik la pegawai tersebut menumpukan sepenuhnya nak naikkan tahap kerja profesion beliau yang berkaitan daripada risau nak duduk exam macam nak duduk kertas pengajian am. Contohnya, ada tak kerja-kerja kertas penyelidikan ke, ape ke. Masa tu la nilai sebenar degree dorang tu terserlah, sebab ada yang ada degree je, tapi nilai kerja dan profesionalisme tu macam orang takde degree. Sekadar cakap-cakap pegawai rendah macam aku la...

No comments:

Post a Comment