Sunday, November 1, 2009

Terima kasih...

...kepada mak dan daddy kerana membawa aku ke dunia ini pada 28 tahun yang lepas, dan menyayangi aku seikhlasnya tanpa syarat...
...kepada husband yang menerima diri seadanya, dan mencintai dengan sangat lebih daripada adanya aku...
...kepada anak-anak, kerana memberi lebih makna dalam hidup mama...
...kepada brothers and sister, yang menerima walau kekadang aku rasa bagaimana Dimitri pun aku ni...
...kepada mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu-sepapat, Ma dan Mayeng, mendiang Kong dan Ama, Mek, Ayah, abe ipar, kakok ipar, anok-anok buoh dan kaum keluarga semuanya...
...kepada sahabat dan rakan yang menemani dalam susah dan senang...dulu dan sekarang...dalam nyata dan maya...
Terutama sekali...alhamdulillah...keranaNya aku hidup di dunia selama ini dengan segala nikmat...subhanallah... yang selalu aku lupa nak bersyukur...astaghfirullah...
Pilihlah aku, Ya Allah, untuk menjadi lebih ikhlas...
Dakaplah aku dalam rahmatMu...
Sambutlah aku dalam ujianMu...
Jadikanlah aku untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur...
Dan hidupkanlah aku dalam iman...
Dan matikanlah jua aku dalam iman...
Dan terima kasih kepada diri sendiri kerana dapat bertahan selama ini...
Semoga dapat bertahan sehingga tibanya ajal sendiri datang menjemput nanti...semoga sentiasa dalam iman, dengan kasih sayang, dengan doa dan harapan, dengan amal, dan penuh keikhlasan dalam menjadi insan yang lebih bermanfaat walau andaikata masa ada nano saat saja...
Selamat Hari Jadi untuk aku yang ke-28...Semoga selamat selamanya...Amin...

4 comments:

  1. happy birthday to you.. yang ke berapa tu.. 29 kan ishhh muda teng teng teng lagi.. boleh 5 orang lagi tu..

    ReplyDelete
  2. en.eddy yg ke-28...hahaha mmg plan nak tujuh pung hehehe insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. hmm.. insyallah.. ibu muda belia lagi.. my wife nak stop but i said another 2.. 5 orang cukup ler kan...

    ReplyDelete
  4. mengenangkan letih main police and thief, letih yang lebih letih daripada berjaga malam buat final year project, sakitnya bersalin dan tempoh pantang tu, tak cukup tido lagi, anak sakit hati risau macam-macam lagi...rasa nak stop pun adaa..takut tak tergalas amanah Allah...

    ReplyDelete