Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan bagiku...10 tahun lagi...

Bukan kemerdekaan negara, negara sudah 53 tahun merdeka...

tapi kemerdekaan peribadi...

baru semalam berangan-angan dengan husband lewat chatting dalam facebook, lagi sepuluh tahun aku ingin pencen dari kerja sekarang. Ingin merdekakan diri daripada kehidupan bandar yang terkejar-kejar, settle down di kampung...

Kenapa 10 tahun? Kalau tergesa-gesa nak duduk kampung sekarang, alamatnya pun tak merdeka juga, bil keta, bil umah, tanah di kampung pun takde lagi, pendek kata, belum bersedia lagi untuk settle down merdekakan diri di kampung.

Mana pergi cita-cita untuk majukan profesion misi yang tahap makcik? Entah la, aku pun tak tau. Putus harap? Mungkin, cuma aku rasa tidak cukup kuat dan tabah untuk melawan arus ketam-ketam yang cuba memanjat raga, bimbang aku sendiri akan menjadi golongan ketam-ketam itu suatu hari nanti. Biar Allah yang menentukan hala tuju aku nanti, jika itu kemahuan-Nya, insyaAllah aku tak akan menjadi ketam itu, dan aku dapat naik dan keluar dari raga tanpa memijak dan menyepit ketam-ketam lain.

Mengalah di medan perang? Entah la, menang medan perang di tempat kerja, tapi kemungkinan besar kalah di medan perang dalam keluarga sendiri... lagi parah kalau kalah dua-dua..

Buat sementara itu, harapan aku ialah mendapat sekeping tanah di kampung, buat sebuah rumah kampung, tak payah banglo, sebab besar kecik rumah tidak menjamin kita bahagia. Aku cuma mahu lari daripada terkejar-kejar di bandar, terkejar nak elak traffic jam, elak lewat punch card, elak kena marah bos, macam-macam lain. Aku nak mengelak cuba jadi perfect setiap masa, tak perfect memang nak kena marah, sebab kerja aku ni kita mesti 'tiba-tiba' terror, orang tak mudah terima yang kita ni perlu belajar, no room for error.

Nak elak orang dengki dan tamak? kat kampung pun ada juga, tapi sekurang-kurangnya di kampung hidup tidak terkejar-kejar. Di bandar hidup terkejar-kejar masa dan duit, tetapi langsung terlupa kubur.

Mengelak menjadi produktif? Produktif tidak semestinya cepat. Macam orang Jepun buat pisau Kai dan pedang samurai, perlahan dan teliti, kualiti pada tahap tertinggi.

Ada tanah, ada rumah. Bela itik, bela ayam, bela kambing, tanam sayur, cili, serai, pastu jual pasar tani. Pelikkan, ukuran kejayaan bagi kebanyakan orang ialah bekerja glamour, pangkat besar, gaji besar, umah besar di bandar. Tapi aku dan husband ingin lari daripada semua itu, sebab bagi aku, kejayaan sebenar bukan pada itu semua. Sukar difahami? Aku faham, sebab dulu aku pun fikir macam tu juga, ke bandar, cari kerja besar, gaji besar, umah besar, keta besar...

Apa yang paling aku bimbang? Kejar semua tu, sampai kubur tak terjaga, anak-anak tak tau mana tuju mereka.

Menaikkan profesion? Bersediakah aku mengorbankan masa depan anak-anak dan akhirat aku nanti?

Sekurang-kurangnya dengan hidup yang tidak terkejar-kejar masa, aku sempat nak kejar tuju anak-anak, ke sekolah kah atau ke tempat lain. Sempat kejar solat, sempat kejar jemaah di masjid (bagi husband).

Betul ke kalau dah dapat semua tu, aku akan dapat fokus pada anak-anak dan ibadah? Macam janji orang munafik pulak, "kalau aku kaya, aku akan derma pada si anu, si anu...", akhirnya bila Allah dah bagi kaya, tak derma satu sen pun.

Entah la, aku dan husband merancang, Allah jua yang menentukan. Buat masa sekarang, bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada.

Aku jeles dengan orang yang cukup dalam tak cukup, daripada aku yang cukup tapi macam tak cukup-cukup... Hidup di bandar memang tak pernah nak cukup.

Kenapa mesti bersedia? Bersedia supaya betul-betul dapat merdeka daripada hutang-hutang, dan ada cukup duit untuk balik ke Sarawak tiap-tiap tahun....

No comments:

Post a Comment