Wednesday, October 20, 2010

Cerita 20.10.2010, raptai konvokesyen dan rumusan orang Malaysia....

Menarik hari ini.

Sepupu, Eliza, melahirkan anak perempuan yang kedua, pada tarikh unik hari ini 20.10.2010, sepuluh hari selepas adik, Sumik, yang melahirkan juga anak perempuan pada tarikh yang juga unik iaitu 10.10.10.

Lagi satu, raptai konvo kolej hari ni. Menarik sungguh, sebagai AJK Jubah kononnya, aku dan beberapa member, Aiman dan Picha, jadi pak jaga tak bertauliah menunggu barisan agar tiada berlaku kes potong-potong barisan. Aneh, sepatutnya bakal bergraduat ni, tahap sivik tu sepatutnya nampak la tinggi sikit, tak banyak pun sikit la. Paling asas, kalau tak sanggup berbaris, jangan la potong barisan yang dah sedia ada. Yang lebih teruk pulak berlaku. Ada yang main lompat-lompat tali penghadang yang sepatutnya jadi panduan tidak bernotis supaya beratur. Dalam hati tu terlintas juga nak letak notis SILA MAIN LOMPAT TALI DI SINI. Member-member yang dua orang dah bengang juga jadi tukang halau mana-mana yang nak potong barisan. Tapi akal individu pemotong barisan tu pun panjang jugak, diorang pegi lompat tali penghadang pulak. Aku malas nak bising-bising, tapi sempat merakamkan beberapa insiden lompat tali dan pemotongan barisan dengan kamera handphone. Ada yang terperasan tu segan jugak, tak jadi nak potong. Ada gak yang muka tebal. Aku ingat nak upload dalam blog ni. Best jugak, ada bahan cerita menarik. Tapi mengenangkan aku malas nak memanjangkan insiden ni sampai mendatangkan dosa pulak kat aku, maka aku tak jadi la nak publish foto-foto tu. Kena saman malu orang berkenaan dah satu hal, dapat dosa ngumpat dengan publish untuk tatapan orang dah satu hal lain.

Kelambatan mengambil jubah itupun disebabkan kekurangan kefahaman sendiri. Arahan memberitahu, ambik borang, isi borang, baru lancar. Jadi, bila dah sampai kaunter, takde la nak tersadai lama nak ambik borang dan isi lagi. Kalau tak tau ada arahan semacam itu, ambil tau la orang-orang sekeliling yang tengah dok isi borang ambik jubah. Bukankah orang kita ini suka menjaga tepi kain orang. Oh...masalahnya orang kita ni suka menjaga yang tak perlu, yang perlu tu MOYB.

Ketidaklancaran oleh sebab kedua-dua pihak, satu pihak yang tak paham-paham dan tak jelas-jelas yakni bakal-bakal graduan, dan pihak kedua, yang membahagikan jubah (aku tak bahagi pun jubah tu, ingatkan kerja AJK Jubah ni berkaitan pengagihan, rupanya langsung tak sentuh pun jubah). Pihak ni dah tau orang Malaysia ni jenis payah nak paham bahasa (termasuk aku la orang Malaysia), bagi la notis ke, sepanduk ke, besar-besar, arahan suh isi borang dulu baru berbaris. Di bawah papan tanda PENGAMBILAN JUBAH tu, letak la notis TATACARA / LANGKAH-LANGKAH PENGAMBILAN JUBAH. Senaraikan borang mana nak isi, Borang AHOFHOA!@#?(((?999 ke. Satu-satu arahan, bagaimana nak isi, apa nak isi, kenapa nak isi. Kan Malaysia ni suka borang, isi borang, compile borang. Baru la lancar.

Lagi satu, di Malaysia ni kita perlu sentiasa meletakkan papan tanda SILA BERBARIS, sebab dasar orang Malaysia memang takde habit berbaris punya la. Macam lampu isyarat, kuning tu tandanya SILA PECUT. Kalau perlahankan kereta dan sedia untuk membrek, bermaksud KERETA BELAKANG AKAN HON. Kalau toilet pulak, SILA FLUSH TOILET SELEPAS GUNA, atau SILA JANGAN MENCANGKUNG DI MANGKUK TANDAS. Kalau di pantry tempat kerja, SILA BASUH SENDIRI PINGGAN, GELAS DAN SUDU YANG TELAH ANDA GUNAKAN, atau SILA JANGAN BUANG SISA MAKANAN KE DALAM SINKI BAGI MENGELAKKAN TERSUMBAT.

Macam biasa dengar, bukan? Rumusan, orang Malaysia suka borang dan suka notis arahan.

3 comments:

  1. welll...wat do u expect, dats typical for a malaysian...nang budaya bah, e.g: cne x blh buang smph, di sia juak org suka longgokkn smph daknya...

    ReplyDelete
  2. Bibab: aok...paling ku anti mun orang buang sampah keluar dari tingkap keta masa gerak atas jalan...mcm sik sangka ada org tergamak molah kedak ya

    Pa: hehhehhe baru berasa rajin ni...

    ReplyDelete