Sunday, April 18, 2010

Sekitar tentang alam sekitar...

Dua hari ni aku layan Discovery Channel, NGC dan History Channel di Astro. Tak lama lagi anniversary Earth Day yang ke 40 tahun pada 22 April nanti (rujukan daripada majalah anak sulung aku, Disney's Princess Magazine issue no. 69).

Global warming akibat ketamakan, kelalaian, ketagihan manusia akan tenaga...

Perjanjian Kyoto 1997 yang mana negara-negara buat pertama kali selepas lima tahun setuju untuk mengurangkan kesan rumah hijau, bagaimanapun menyaksikan negara penyumbang utama pencemaran dunia iaitu Amerika di bawah pimpinan Presiden George W. Bush pada masa itu enggan menyertainya atas alasan Amerika tidak bersedia untuk perubahan gaya hidup. Barangkali Amerika berasa kebal atas segala-galanya, terlupa dorang jugak tak boleh lari dari hukum alam selagi tanah dorang masih atas peta bumi. Selepas Taufan Katrina, hikmahnya berlaku kesedaran besar-besaran pada rakyat Amerika akan global warming, yang mana dorang pun tidak kebal apabila 'mak semulajadi' (mother nature) marah.

Sekarang bermacam-macam dah kita dengar. Terbaru kemarau paling teruk di China sehingga berjuta-juta petani China dan manusia yang terbabit dalam rangkaian makanan yang dikeluarkan China berdepan masalah (ayat aku ni sekejap macam bercerita kedai kopi, sekejap macam berita kat tv huhuhu).

Sekarang pun panasnya lain macam je di KL ni...

Membuatkan aku terfikir...dengan pelbagai masalah yang lebih besar yang kita hadapi sekarang jelas dan nyata (cuma kurang kesedaran), betapa kecilnya masalah malas pergi kerja, letih balik kerja, kereta tak cukup besar, rumah tak cukup selesa, baju tak ikut trend, tak dapat naik pangkat, gaji tak naik-naik, gaduh dengan sapa-sapa...bla bla bla...

Walaupun kita tak tebang hutan, tetapi apabila kita membazir kertas (sikit-sikit keronyok, sikit-sikit fotostat atas nama dokumentasi dan macam-macam la unnecessary use of paper), secara tidak langsung kita terlibat sama.

Apabila kita tapau makanan asyik guna polisterin atau minum air guna cawan kertas...

Apabila kita sikit-sikit nak naik keta, taknak jalan kaki....

Apabila kita asyik-asyik nak makan ayam goreng la, buang susu, makan kek...semuanya berkaitan...(yelah ayam goreng tu terpaksa tebas hutan untuk minyak kelapa sawit goreng ayam, untuk tanam soya dan jagung untuk makanan ayam yang akan digoreng, dan kawasan untuk ayam diternak besar-besaran...dahlah musnahkan hutan, badan pun banyak kolestrol)....

Terfikirkah kita, dunia apa yang bakal kita tinggalkan untuk anak-anak kita, keturunan kita dalam 20 tahun lagi???

No comments:

Post a Comment