Friday, August 6, 2010

Ketam dalam raga...(Part 2)

Entah kenapa hari ni aku rasa sangat tidak bersemangat, rasa macam *WTH* (what the heck!). Nak keja rasa berat, nak buat kerja, rasa macam tak produktif. Rasa malas, marah sangat. Moody...kesan pembawaan ke? Kesan psikologi selepas tahu double-line ke? Entah...tapi masa drive pegi keja tu standard la macam hari Isnin juga, Monday blues... Walaupun hari ni hari Jumaat, tapi semalam aku amik cuti sehari sebab esok Sabtu kena kerja, cover kelas yang nak dicutikan untuk Hari Raya Puasa nanti.

Awal-awal pagi ke kelas bagi students kuiz kedua yang ibarat markah bonus sebab kuiz pertama memang dorang hancusss... Tapi masa tu okay lagi perasaan, rasa bersemangat, rasa kerja kerana Allah, rasa kerja kerana keluarga, rasa kerja untuk membangunkan profesion misi yang tahap makcik-makcik... tapi awal-awal pagi bawak students ke bilik praktikal, tak pasal-pasal kena sambut dengan muka mencuka dek senorita, adeh...membunuh semangat. Belum pape dah kena marah, ribut takde, angin takde, terkam macam singa betina lapar. Ni salah, itu salah. Ambil lah galah, tolong jolokkan buah di luar pagar tu, jangan la jolok saya...

Lepas tu aku mengajar dengan keadaan tak bersemangat, tatacara prosedur entah ke mana, aku betul-betul dipengaruhi oleh perasaan, bekerja dengan sungguh tidak profesional. Sekarang pun rasa menyesal sebab terlalu mengikut perasaan, patutnya aku kebal, hati kering aje pagi tadi. buat kati keras batu.

Ni tak, terasa betul ajar student dengan caca merba, sampaikan student tegur-tegur sebab asyik salah, rasanya diorang pun perasan aku dah semacam masa tu. Lepas tu time diorang nak buat return demo, masing-masing tak serius. Aku apalagi, naik minyak la. Habis kecut budak-budak tu kena marah. Yang okaynya, masing-masing jadi serius nak buat demo prosedur lepas tu. Adehhhh...terdetik jugak rasa nak tukar profesion aje. Tapi memikirkan, yelah, siapa lagi yang nak teruskan kalau bukan kita. Meninggalkan medan perang, pengecut namanya. Lagipun, mati esok, urusan masing-masing. Ikhlas tak ikhlas, jujur tak jujur, tanya diri sendiri. Jahat ke, baik ke dengan sesama manusia. Mati esok dalam tanah jugak, takdenya nak dibungkus dengan U41 tu.

Ni la budaya misi-misi Malaysia, pergi la ke mana aje, baik gomen atau private, baik klinikal atau education, sama aje. Ketam dalam raga, masing-masing nak naik, tapi pijak masing-masing. Sampai bila pun dalam raga tu aje, sampai bila-bila pun tak dapat naik atas. Satu dua je boleh lepas. Ketam-ketam baru dengan kulit nipis lagi ni, berapa kerat aje yang yang boleh tahan. Kalau terbunuh dan melarikan diri, mana lagi pelapis ketam yang boleh diharap.

Misi-misi Malaysia sampai bila-bila gitu la, dengki-mendengki, pijak satu sama lain, lepas tu masing-masing la duk dalam bakul tu aje, profesion lain dah merata-rata bertebar-tebar out-of-the-box, kita jugak di takuk lama, tengok langit yang sama, dari dalam bakul tu jugak...

2 comments:

  1. Baca cite ketam ni terasa nak makan ketam mama masak.

    ReplyDelete
  2. heheh papa...lain pulak ceritanya...nak ajak makan australian crab la nati tunggu papa balik heheh

    ReplyDelete