Sunday, August 29, 2010

Ramadhan kali ini...

ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Lama dah aku tak post entry baru dalam blog cipan aku ni. Sepatutnya ada banyak cerita menarik, daripada konsert Slash hari tu yang aku teringin sangat nak tengok tapi tak dapat tengok, pasal praktikal setahun setengah yang aku excited sangat nak mula (sekarang dah mula pun, tapi bad starting due to morning sickness), hingga la bermula Ramadhan, sekarang dah melepasi Nuzul Al-Quran yang menandakan sudah 5 tahun aku memeluk Islam kalau ikut tahun Hijrah. Tapi, keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Morning sickness yang agak teruk walaupun sudah memasuki yang ke-3. Jangankan nak post entry baru, nak bukak laptop, surf internet pun tak larat. Minggu pertama kedua puasa aje aku dah tak posa 4 hari, makruh puasa jadinya sebab mabuk teruk. Sapa kata mengandung ni gerenti puasa penuh? Kita merancang, Allah menentukan...sabarlah...

Huhuhu aku tak tau la...Ramadhan kali ni memang terasa lain...jiwa macam kosong. Adakah hati ni mula mati? Atau iman yang sedia tipis ni makin menipis, tunggu berlubang?

Jika Ramadhan yang lepas-lepas, terasa desperate sangat nak perelokkan diri, muhasabah diri... tapi kali ni, lain sangat, agaknya ini rasanya berpuasa tahap nak capai wajib sahaja. Sunat-sunat memang tak buat la. Solat sunat tarawih memang aku ngaku, zero kali ni. Sejak pertama puasa lagi. Mungkin kesan mengandung kot, dengan mood yang terumbang-ambing, loya-loya, muntah-muntah, pening-pening, rasa nak pitam...psikologi pun manja lebih, daya tahan mental pun menjunam...

Tambah-tambah lagi sejak awal puasa husband seminggu ke Penang, lepas tu berlepas ke Arab Saudi mencari rezeki. Jiwa memang kacau la... Husband hanya balik kira-kira 2 minggu lepas raya. Memikirkan beraya tanpa husband kali ni buat jiwa tambah kacau lagi. Nak balik kampung rasa tak larat nak drive dengan mabuk-mabuk gini, tambah lagi dengan dua anak kecik yang tengah lasak. Macam mana la nak jaga diorang dalam keta selama dua jam nak sampai Temerloh. Dengan banyak keadaan yang menghalang, macam takde rezeki nak beraya di kampung husband tahun ni, raya di KL aje la. Bimbang jugak kalau paksa diri nak balik jugak dengan keadaan yang tak berapa steady ni, tak pasal-pasal join statistik Ops Sikap Aidilfitri tahun ni...nauzubillah...

Harapan nak sembahyang raya kali ni agak cerah, sebab kalau balik kampung, dengan adanya anak-anak kecik di rumah, pastu nak kena tolong ipar duai biras nak sediakan juadah untuk makan-makan lagi (takde la menyumbang sangat sebab tak reti sangat, tapi sekadar menyebuk tu boleh la), memang takde harapan nak sembahyang raya. Kena tunggu anak-anak besar dulu. Kalau ada bibik sekalipun, sebagai menantu, kekok juga kalau nak tinggalkan keja-keja tu kat kakak-kakak ipar. Cuma masalahnya sekarang, aku tak konfiden nak pegi masjid sorang-sorang pagi raya nanti, adab-adab masjid ni aku tak pass lagi. Masih perlu bimbingan muslimah lagi. Nak masuk pintu mana, nak amik air semayang macam mana, kat mana kalau terbatal, takbir berapa kali, banyak benda kecik-kecik tapi cukup mengganggu perasaan bagi sedara baru seiman macam aku ni. Hmmm...macam punah gak harapan nak sembahyang raya tahun ni...

Dapat aku rasa pagi raya di Kl tahun ni, aku pakaikan anak-anak baju raya diorang, ada mak dan adik di rumah, sepupu dan keluarganya datang beraya, makan-makan, itu aje la. Sedihnya takde nak salam-salam cium tangan husband, ayah mak mertua, kakak-kakak abang-abang adik ipar, anak-anak buah husband yang aku anggap macam anak buah sendiri. Dorang itu je la yang aku kenal yang aku nak salam-salam pagi raya yang suci. Tapi bersyukur jugak merasa beraya dengan mak walaupun mak tak beraya.

Dengan background aku yang belah keluarga aku ni sambut Krismas dan Tahun Baru Cina, hanya raya keluarga belah husband aku je la kenangan raya aku lima tahun sejak masuk Islam ni. Jadi kampung husband aku aje la yang aku kenal nak sambut raya dengan cara balik kampung dan berkeluarga, selain pertama kali raya puasa tu aku tumpang beraya di rumah Kak Aiza di Ampang. Aku takde kenangan raya kecik-kecik, selain menyibuk main bunga api, pelita, dan pegi beraya rumah jiran-jiran masa kecik-kecik dulu di Sarawak. Tapi tu jiran yang beraya, bukan sendiri punya raya. Raya di kampung aku dengan raya di kampung husband pun berbeza sangat. Paling ketara ialah raya kampung husband takde lampu liplap dan pelita minyak tanah. Kalau di Sarawak, terang-benderang kampung terutamanya bila dekat-dekat nak raya. Lagi satu, raya di kampung husband, tutup rumah lepas Maghrib. Masa kecik-kecik dulu, teringat beraya rumah jiran sampai pukul 10 malam. Lepas maghrib la time nak beraya gi rumah jiran, sebab waktu siang time diorang nak berjalan sesama rumah Muslim. Yang non-Muslim berjalan malam.

Hmmm masa menunjukkan tiba waktu berbuka puasa, tapi aku dengan tak malunya kata aku tak puasa hari ni, semalam muntah teruk. Berdasarkan puasa minggu lepas, kalau aku muntah teruk hari sebelumnya, alamat tahap makruh la puasa aku hari selepasnya sebab badan jadi lemah sangat, dan tahap loya bertambah. Nak ganti puasa tu yang payah, sebab tu dengan tahap iman sekarang, bila tak puasa memang rasa ralat sangat. kalau orang mukmin tu, ralat sebab sedar nikmat bulan Ramadhan melebihi bulan lain. Sayu je dengar azan, orang lain tengah bukak posa dengan keluarga memasing, aku tak dapat join kesyukuran berbuka puasa tu. Bersyukur dengan apa yang ada, sebab lagi kesian orang-orang kat Pakistan yang tengah banjir sana.

Lagu-lagu raya pun dah rancak, makin bertambah parah jiwa....

Selamat berbuka dan selamat berpuasa serta selamat mencari Lailatul Qadr semua...

2 comments: