Saturday, November 13, 2010

Kelik Kelate...

Baru dapat access internet...letih balik dari Kelantan last week baru settle, baru rasa segar sikit nak menatap internet. Balik meraikan majlis perkahwinan anak Pok Teh, Kak Long Ena dan suaminya Aman, orang Kuala Langat.

Balik Kelantan benar-benar refresh diri. Banyak sebab, antara sebab walaupun bukan sebab utama - shopping sakan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah hehehe...

Sebab lain, dapat jumpa sedara-mara belah husband di Kelantan yang dah lama tak jumpa. Orang lain tu aku tak tau la, mungkin tak seexcited aku jumpa sedara mara belah husband, sebab biasanya kita lebih excited jumpa sedara mara belah sendiri je. Tapi aku rasa excited nak jumpa diorang ni. Lamanya dah tak jumpa, walaupun bukannya related by blood pun. Last aku balik Kelantan ialah semasa Mok (ibu Mek, mak mertua aku) meninggal dunia.

Sebab lain lagi, duduk kat umah Mok Su. Merasa jugak duduk umah banglo sedara husband hehehe Bukan sebab umah banglo tu, tapi sebab isi rumahnya. Sejuk perasaan tengok anak-anak Mok Su. Terdetik dalam hati, dapat ke aku nak didik anak-anak aku macam tu? Terdetik lagi, dapat ke aku jadi parent yang mengikut lunas-lunas Islam bagi anak-anakku? Macam tak mampu aje, iman sendiri terkapai-kapai...

Bukan luaran Islamik yang aku pandang, tapi kefahaman yang teguh tentang Islam itu yang penting bagi aku. Sebab itu antara sebab aku terbuka hati terhadap Islam dahulu, iaitu apabila wujud terselit member yang Muslimah tapi tidak jumud. Ada member-member lain, bertudung litup labuh hanya bergeng sesama sendiri, enggan bercampur dengan kaum bangsa lain yang tak seagama dengan alasan kafir. Tapi member yang sorang ni benar-benar buka mata aku. Aku tak kata dia Islam semata-mata, tapi bagi aku dia Muslimah sejati. Solat tak tinggal, selalu puasa sunat, berprasangka baik terhadap orang, open-minded, sederhana dan segala sifat-sifat baik la. Tak pula bertudung labuh, dan dia sentiasa menahan diri daripada mengumpat orang. Pembersih dan tidak ujub, tidak rasa diri lebih baik daripada orang lain.

Itu yang aku harap dapat didik dalam diri anak-anakku. Persoalannya, mampukah? InsyaAllah... kalau aku sendiri tak mampu, aku harap persekitaran dapat membantu. Terfikir juga nak pindah ke Kelantan, nak hantar anak-anak ke sekolah agama swasta, dengan harapan kukuhkan tauhid, fikah dan kefahaman agama mereka dahulu, dah besar tu harap-harap mudah nak mendapat kefahaman agama taufiquhdin (sebut reti, eja tak reti, entah betul ke tak) agar menjadi muslim muslimah sejati, bukan ikonik semata-mata, tapi memang terbit dari kefahaman sejati.

Memang menyegarkan, at least aku bernafas juga la dalam kelemasan sendiri. Chewahhhh bahasa....

No comments:

Post a Comment