Thursday, November 18, 2010

Cinta itu...

Kelakar, setiap kali aku menghadapi sesuatu perkara, Allah cepat-cepat berikan petunjuk. Dan memandangkan aku ni suka beli majalah dan buku, ada sahaja artikel yang memberi aku petunjuk. Setiap kali juga boleh dikatakan jawapannya dalam majalah Anis. Alhamdulillah,syukur kepada mereka yang menulis artikel yang sangat terkesan merawat hati dan membawa kembali rasa keimanan, bukan bersifat dakwah dengan nada membosankan yang asyik menekankan amalan semata-mata tapi tidak dapat merawat hati yang merana.

Aku selalu memujuk diri setiap kali rasa husband kurang memberi perhatian dan bercintaan dengan wife sendiri, aku ni nombor 5 aje dalam ranking keutamaan husband. Kekadang aku direct cakap kat husband, ”mama nombor 5 aje”. Entah husband paham ke tak maksud aku tu, tak pasti la pulak. Yelah, ranking keutamaan bagi seorang lelaki dalam Islam ialah Allah, Rasulullah, ibu dan ibu mertuanya, bapa dan bapa mertuanya, baru la isterinya.

Nak dijadikan aku rasa kelakar tu, selama ni aku rasa ranking nombor 5 tu dah bawah dah, tapi rupa-rupanya ranking sebenar aku sebagai isteri ialah nombor 6. Berdasarkan satu artikel dalam Anis keluaran terbaru (Disember), ranking ke-5 ialah saudaranya, lepas tu baru la isteri. Adehhh...mula-mula dulu aku sukar terima hakikat, tapi sebab dalam Islam anjurannya begitu, maka aku redha. Tapi sukar juga la bagi perempuan saudara baru macam aku ni nak adjust sebab dah agak sebati dalam diri dari kecil bahawa our lover should be number one in our heart. Sukarnya mengubah percintaan gaya Valentine's kepada percintaan dalam perkahwinan dalam Islam. Tapi, bagi seorang isteri, husband dalam ranking ke-3. Pertama ialah Allah, kemudian Rasulullah, baru suaminya. Jadi, giliran aku jadi nombor 3 selepas Rasulullah ialah bagi anak lelakiku. Tak apala, masanya akan tiba.

Sebab itu lama-lama aku redha. Aku melatih diri sedikit demi sedikit apa yang termampu untuk menjadikan Islam landasan hidup, agar anak-anak terdidik begitu juga dalam setiap aspek hidup. Bukannya hanya rutin puasa , raya semata-mata tapi roh amalan tiada. Bagi aku, tanda ada hayati Islam dalam hidup ialah apabila tidak menyingkirkan apa-apa aspek Islam dalam setiap apa yang dilakukan. Ditakdirkan salah seorang anakku jadi tukang sapu sampah sahaja, aku redha andainya dia tidak meninggalkan iman, jaga solat, jaga akhlak dalam Islam, sesungguhnya tukang sapu sampah juga manusia yang bermanfaat jika tidak membuat kerosakan dan zalim kepada manusia lain. Tapi sudah tentu sebagai ibu, aku mengharapkan anak-anak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Apa guna menjadi profesional yang mendapat rezeki yang haram? Kesian anakku andai tak berjaya akhiratnya, neraka la tempatnya. Jadi, yang abadi di akhirat nanti menjadi keutamaanku.

Cuma kekadang nafsu seorang perempuan ni nak manja lebih kekadang demand jugak huhuhu... Tapi aku geram jugak apabila ada masanya husband tak 'menomborsatukan' Allah. Macam penat je aku melatih diri meredhakan bahagianku kerana Allah. Susah tau nak mengubah apa yang kita percaya hanya semata-mata kerana disuruh walaupun hikmahnya tak nampak segera di depan mata. Lagi-lagi dengan background aku yang terdidik dengan tiada ranking keutamaan yang begini jelas. Dulu ingat bila kawin tu husband la nombor satu, kita la nombor satu bagi husband. Esemen...

Alahai cinta... Pendefinisian semula bagi aku. Akhirnya, konklusinya, aku cuma mampu tunduk bahawa cinta kepada manusia yang paling sejati bukanlah mencintai diri dahulu atau berenang merentas lautan api, tapi semuanya kerana Allah semata-mata. Jika seseorang mampu bercinta kerana Allah, maka itu lah cinta sejati kerana bersumberkan Allah yang sejati. Cinta ini juga pasti mendapat kekuatan mengharungi apa sahaja cabaran, kerana insyaAllah mendapat pertolongan dari The Almighty. Sebab sombong la manusia jika dia kata cintanya paling sejati jika dari dalam diri sahaja, sebab diri itu lemah, maka cinta itu bersumberkan lemah.

Mampukah aku jadi pencinta kerana Allah? Allah sahaja yang tahu, sebab aku manusia, perempuan beremosi yang nipis imannya, banyak nafsunya, dan mudah dibolak balikkan hatinya oleh syaitan tak nampak dan yang nampak. Kan perempuan ni suka gosip, cemburu dan mudah curiga? Hehehhe

No comments:

Post a Comment