Friday, April 2, 2010

Yeahoooo...!!!

Hari ini hari Jumaat...maknanya esok hari Sabtu, dan lusa hari Ahad. Maknanya, weekend yang akhirnya setelah sekian lama tidak berehat puas-puas. Last week tu memang la bercuti di Port Dickson, tapi itupun sebab alang-alang dah bersambung dengan kursus selama dua minggu di sana. Kalau saja-saja tu entah bila la nak sampai PD. Weekend sebelum berkursus pula sibuk dengan marathon di kolej. Adehhh...dah la lama dah tak marathon (last kalau tak silap sepuluh tahun lepas), rasa kejang segala otot badan. Yang tak laratnya tu, beria-ria sangat main galah panjang selepas marathon (sukan rakyat la pulak), dapat pulak tergeliat kaki. Alkisahnya glemer yang tak diundang pulak semasa pergi berkursus tu gara-gara berjalan tempang. Dah namanya misi-misi semuanya, semua concern, letih juga nak mengexplainnya. Aku kalu boleh nak invisible je pegi-pegi kursus ni, jadi pelajar baik je hehehe (konon!)...

Sangat kepingin weekend. Nak tidor terlajak sampai jam 10 (amboiii dah jadi mak orang mana leh lambat bangun). Angan-angan je, tapi sejak ada anak ni, payah benar nak tido yang puas-puas sampai rasa tak nak tido lagi hehehe....

Kepingin weekend yang berehat di rumah seperti zaman menganggur dulu. Dulu terlebih berehat hingga muak duduk rumah. Duduk rumah je gelisah. Tapi sekarang rasa nak baring-baring je kat rumah.

Tapi....rumah bersepah seperti azali, apatah lagi sejak ada anak-anak, apatah lagi sejak anak-anak reti nak sepah-sepah barang, apatah lagi sekarang sejak aku kerja...kesian kat husband...

Nampaknya kena projek dulu rumah ni hehehe...bila nak start ye? Hmmmm...esok je la...letih ni berdiri lama kat hospital huhuhuhu....

2 comments: