Thursday, July 22, 2010

Perkara-perkara hebat...dalam Little things (part 2)

Apakah perkara-perkara hebat yang pernah anda lakukan?

Apakah perkara-perkara hebat yang pernah aku lakukan?

Perkara-perkara hebat yang aku lakukan, adalah apa sahaja yang aku rasa aku tak mungkin dapat buat...

Ada orang kata, dapat habis pengajian bachelor dari menara gading...mungkin kepada sesetengah orang..aku tak dapat tak setuju, sebab setiap orang ada rasa hebat masing-masing. Mungkin bagi dorang yang berpendapat macam ni adalah kerana dorang tak sangka akan dapat segulung ijazah (orang dulu-dulu kata segulung, sedangkan sebenarnya sekarang benda yang kita dapat time konvokesyen tu replika aje, surat suruh kita pi amek sijil sebenar dengan ofis pengurusan)...aku tak dapat kata dorang salah...

Tapi bagi aku, mendapat ijazah bachelor bukan perkara hebat sangat (mungkin aku tak rasa sekarang, mungkin pada masa akan datang...). Bukan aku sombong ke apa, tapi aku dibesarkan, dan bersekolah di sekolah yang macam konfem kita ni akan dapat degree, so perkara ni semacam dijangka bagi kebanyakan kami kat sekolah aku menengah aku dulu (errr sekolah asrama penuh, macam tu la, skema dan ambitious). Cuma bila dah lalui proses nak dapat degree tu, payah jugak, especially semasa bersengkang mata buat assigment dan final project. Keadaan pada masa itu pula dengan komputer gedebab harga RM3,500, tak macam budak sekarang laptop boleh dapat dalam RM1,200 aje. Aduih sengsaranya mengangkut monitor, CPU yang besar gajah, printer...tapi still alhamdulillah kalu banding dengan member-member yang takde komputer sendiri dan mereka terpaksa pinjam member ataupun pergi cyber cafe yang bayaran sejam RM5, tak macam sekarang RM2 aje. Tapi bila pikir-pikir balik, ada baiknya kita di'condition' untuk percaya kita akan dapat, sebab otak kita diprogram untuk dapat dan buat sehingga dapat.

Berbalik kepada perkara hebat aku...

Time sekolah menengah dulu, aku berjaya main gitar hehehe sebab tengok orang main macam susah je, pastu best je... Lagu pertama aku berjaya main ialah Unchained Melody.

Pastu abis SPM, aku berjaya berenang setelah 3 bulan berusaha berenang kat sungai belakang umah nenek aku kat kampung. Kitorang adik-beradik semuanya tak tau berenang walaupun kampung aku setiap ujung tahun banjir tahunan. Macam acara wajib budak-budak kampung untuk mandi sungai tiap kali musim banjir tiba. Aku selalu gak curi-curi mandi sungai, tapi berpaut dengan tangga ataupun kat badan auntie aje huhuhu... Dengan tekad aku berusaha, dan berusaha, akhirnya aku berjaya walaupun sekali hampir lemas dan diselamatkan oleh saudara dua pupu dengan perahu (naya kalau mak tau). Alkisahnya kitorang adik-beradik tak pandai berenang sebab mak tak kasi sangat kitorang mandi sungai, takut lemas. Lagipun, masa aku kecik-kecik dulu, adik aku mati lemas lepas jatuh dalam sungai situ. Apapun, sekarang rasanya aku seorang aje antara adik-berasik yang berjaya berenang. Bayangkan, umur 17 tahun baru belajar berenang sorang-sorang. Sekarang aku dengna happynya dapat berenang kat swimming pool dengan puasnya apabila ada peluang...alhamdulillah...

Pastu time di universiti, aku berjaya baca tauge, yakni not-not muzik dan main violin...paling tak sangka dapat join orkestra universiti walaupun kitorang kat dalam orkestra tu aje yang tau betapa ngek ngok nya bunyi violin time tu. Tapi dengar orang lain kata macam sedap je huhuhu...

Pastu, dalam umur lewat 20-an ni, aku berjaya driving keta, kat KL lagi tu...sesuatu yang aku tak pernah dapat bayangkan. Something yang tak pernah percaya aku akan dapat drive, sama macam orang lain rasa macam tak sangka dapat degree. Apatah lagi dulu masa di tahun kedua universiti, aku penah eksiden bawak motorsikal, tak sedarkan diri beberapa saat atau minit, aku tak tau la. Lepas tu macam trauma nak bawak motorsikal ke, apatah lagi keta... Tapi sekarang bila pegang stereng kete sendiri dan bawak pegi keje, alhamdulillah...tak sangka, perkara yang orang lain pandang biasa, tapi aku berasa hebat...yelah, ingatkan takkan dapat drive sampai bila-bila pun...

Macam ni la kut agaknya perasaan orang yang rasa hebat ada degree, tapi aku rasa biasa-biasa...dengan orang rasa biasa-biasa je drive di KL, tapi aku rasa hebat hehehehe...

No comments:

Post a Comment