Friday, March 20, 2009

Anak aku, Acheh, demam hari ni...

Anak lelaki aku (yang kedua), Acheh demam hari ni, sejak petang semalam lagi dia demam. Suhu 38 darjah Celcius. Hari ni genap dua bulan dah umur dia. Bangun pagi tadi dahi dia agak panas, jadi aku beri ubat demam sirap paracetamol 1.5ml.

Semalam Acheh baru kena suntik oleh pakar paediatrik dia sejak dilahirkan di Kelana Jaya Medical Centra (KJMC), Kelana Jaya iaitu Dr. Syed Nazir. Dia dapat dos pertama suntikan pemvaksinan untuk DPT (diphteria, pertussis, tetanus), Polio (poliomyelitis), Hib (haemophilus influenza B) dan Hep B (hepatitis B). Untuk dos penggalak (booster doses) akan datang ialah pada umur 3 bulan dan 5 bulan. Semasa umur 6 minggu yang lepas, Acheh diberi vaksin untuk mencegah cirit-birit yang teruk iaitu Rotavirus yang diberi secara oral (melalui mulut). Tapi dia tak demam masa tu. Berak cirit sikit-sikit pastu okay.

Mujur la aku ni dalam bidang kesihatan, jadi aku konfiden memantau tahap kesihatan dan perkembangan anak-anak aku, tahap mana aku boleh buat penjagaan di rumah dan tahap mana aku perlu cepat-cepat rujuk kepada doktor, walaupun pada pandangan sebahagian orang mungkin perkara biasa sahaja. Kalau tak, mesti aku cepat panik...

No comments:

Post a Comment