Sunday, March 22, 2009

Putera di Balik Tabir (Part 1)

Babak 1 : Seekor Kucing, Sebuah Rahsia dan Si Menawan
Akari dan kawan-kawannya sedang dalam perjalanan balik dari sekolah. Kawan-kawan Akari berbual-bual tentang Horiuchi yang kacak dan terkenal, anggota Kumpulan teater Kabuki bernama Rien, sedangkan Akari langsung tidak mengenali pemuda tersebut, yang juga pelajar tahun tiga di sekolah mereka. Akari kemudian mengatakan bahawa dia tidak mempercayai lelaki kacak yang baginya adalah penipu dan tidak berguna. Dia hanya mengharapkan percintaan yang biasa-biasa sahaja. Kemudian kawan-kawannya mengajak Akari melihat Horiuchi tetapi Akari enggan lalu berlaku adegan tarik-menarik.
Tiba-tiba Akari terpukul seorang lelaki yang kebetulan lalu di belakang dengan beg sekolahnya yang berisi buku yang tebal. Kawan-kawan Akari kemudian menyedari rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Horiuchi. Horiuchi kelihatan menahan kesakitan dan menjeling tajam ke arah Akari. Kawan-kawan Akari terkejut melihat reaksi Horiuchi lalu segera bersetuju dengan pendapat Akari tentang lelaki kacak adalah tidak berguna, tetapi Akari terdiam sahaja. Ini kerana Akari sedar kamus tebal dalam begnya telah menyebabkan Horiuchi kesakitan tetapi lelaki itu langsung tidak menyalahkannya.Peristiwa itu terhenti sejurus Akari teringat janjinya utntuk makan malam bersama keluarga lalu segera beredar daripada kawan-kawannya.
Bagaimanapun, Akari tersesat di Ginza dan tidak dapat mencari keluarganya dan mereka pula tidak dapat dihubungi. Tiba-tiba ada seekor kucing mengiau di sebelahnya. Akari yang mengetahui kucing itu milik seseorang melalui kolar leher itu terkejut melihat kucing tiba-tiba berlari melintas jalan raya yang sibuk lalu mengekorinya.
bersambung...

No comments:

Post a Comment