Tuesday, March 17, 2009

Apasal ekk Asteria Gil???

ohh Asteria Gil ni bukan my full name. Gila apa nak reveal real name hua hua hua... merely due to security purposes la. Unless la blog ni blog official organisasi dan institusi mahupun syarikat berhad atau sendirian berhad waima enterprise...

Tapi aku dah terbiasa guna nama ni as ID aku semenjak 2003, gara-gara kes hospital punya pasal...bukan kes nak nama glemer ke hape....nama real aku lagi glemer...lagipun aku suka nama aku hape, I love my real name...

Nama ni punya la melekat sampai la ada member-member yang aku kenal selepas itu panggil aku, "Aster...Aster..." hua hua hua. Aku pun ye-ye-o je, "ye, aku la tu"...

Okay...kenapa aku nak post pasal nama ni? Sebab ada member-member wonder la 'apakasebab' nya..

Gini ceritanya...

Aku kat Unimas dulu, bila dah final year, final sem...2-3 minggu lagi ni nak habis pengajian ni...gila ka hapa...aku jatuh sakit. Bukan alang-alang punya sakit, aku jadi kurus-kering cekeding bebbb... berat 37kg je dengan tinggi 5 kaki 1 inci...imagine la kak...kena angin pun rasa macam nak terbang. Sebelum tu banyak kali dah aku jumpa doktor tapi tak dapat dikesan, asyik-asyik panadol, flu, viral fever...hampehhh tul. Aku pun dah rasa helpless tul. Penyakit ni dah kronik sangat, yang akhirnya menerangkan my unexplainable breathlessness masa zaman aku di sekolah menengah Sainsri lagi huhuhu...kronik kan???


Hinggalah satu hari tu aku pengsan semasa praktikal, koma bebbb (selama 6 jam atau 16 jam, aku tak ingat)...masuk hospital seminggu lebih...perghhh...

Selepas aku keluar hospital, aku dirujuk la kepada pakar. Dipendekkan cerita, selepas beberapa diskusi dan meeting, maka senat universiti, terutamanya pihak fakulti telah berkeputusan la nak beri cuti penangguhan pengajian selama satu tahun. Masuk balik setahun lagi mengulang semester yang sama yang dah hampir complete. Ye lah, nak completekan lagi 2 minggu tu tak larat, assignment berlambak-lambak overdue, dahlah asyik kena reject sebab takde kualiti langsung. PIhak fakulti tengok result aku memula ok, CGPA 3 lebih, tapi pastu makin menurun prestasinya. Musti sebab aku sakit. Jadi depa berkeputusan tak berbaloi la untuk aku abiskan pengajian sedangkan aku boleh buat lagi elok.
Time kasih bebanyak pada para lecturer yang sangat memahami, terutamanya Ms. Eli kerana sangat mengambil berat, dan juga Mdm. Rosa dan clinical teacher yang lain yang tak prejudis dengan keadaan aku bila aku kembali menyambung pengajian yang tertangguh, kalau tak tak tau la apa jadi kat aku hari ni.
Masa setahun tu boleh la aku berubat perlahan-lahan. Ini kerana keadaan penyakit aku dah kronik bertahun-tahun menapak (malah sampai sekarang aku masih monitor lagi tahap kesihatan aku ni). Ramai juga la yang ingat aku dah gagal semester, kena mengulang semester dan sebagainya...tapi aku maleh tul nak explain kat diorang yang aku ni menangguh je, bukan mengulang fail, tak sama tuuu...

Jadi, aku pun balik la ke rumah di Miri, Sarawak dan menjalani cuti dan penyembuhan perlahan-lahan aku itu. Kena follow up dekat hospital setiap bulan amek ubat...itupun aku default selepas beberapa bulan (hehehe...), mujur la so far penyakit aku tak datang balik macam mula-mula dulu. Sebab tu sampai sekarang aku closely monitor jugak la kot-kot datang balik, risau aku...

Pokok ceritanya, tiap-tiap bulan aku pegi amek ubat, follow up, check up dan sebagainya...ada sekali tu lepas jumpa doktor dan dia check sikit-sikit, refer pakar kat Kuching, prescribe ubat, aku pun pegi la ke bahagian farmasi amek ubat. Amek angka giliran, tunggu. Biasa la kan. Tapi nak dijadikan cerita, tabiat aku ni aku suka perati siapa orang sebelum aku dalam giliran tu (mujur la...). Jadi selepas orang tersebut (tak ingat daaa rupa dia) amek ubat dia, patutnya giliran aku la kan...tapi tak jugak nama aku dipanggil-panggil. So, dispenser ubat tu panggil la nama orang lain dulu. Aku cuak dah bebbb, mana la ubat aku. Hilang preskripsi, tak berubat aku karang. Nak jumpa doktor balik ,aduhai letih kak weiii... Tau-tau la hospital kerajaan, menunggunya dekat setengah hari, itupun kalau pegi awal pagi. Lepas tu, dispenser tu asyik-asyik panggil satu nama ni "Asteria Gil...Asteria Gil...", aku pun curious la. So, aku gi ngadap kaunter dan konon-konon nak check mana ubat aku...huahuahua rupa-rupanya tulisan doktor kat preskripsi tu maha buruk sangat sampai dispenser ubat tu takleh eja nama aku dengan betul. Tu yang dari tadi duk jerit-jerit, "Asteria Gil..Asteria Gil.." wahaha glemer tul...


Haaa sapa-sapa yang jadik doktor tu, tolong la tulis jelas sikit, tak cantik pun takpe laaa...

Kepada kawan-kawan yang tau nama betul aku, korang tau la kan kenapa boleh salah eja...dekat-dekat sama kan?..so aku bukan nak nama glemer ye...dah hospital yang bagi hehehe

No comments:

Post a Comment