Friday, March 20, 2009

Buku terakhir yang aku baca...(18 Mac 2009)

Buku...bukan buku dalam erti kata sebenar, sebab sebenarnya buku itu ialah manga, atau komik Jepun. Aku memang peminat manga sejak zaman sekolah lagi, tapi dulu-dulu tak ada bajet sangat nak beli, sehinggalah aku dah kerja, aku menjadi seorang pengumpul manga yang terlampau.
Setiap kali selepas bersalin, aku takde banyak masa nak baca buku ke, novel ke, kitab ke, yang betul-betul baca dari satu muka surat ke satu muka surat tanpa henti, atau sekurang-kurangnya boleh khusyuk, sebab anak-anak ketika umur bayi lagi sangat memerlukan perhatian dan sibuk jugak la nak jaga. Makan minum sendiri pun kekadang tak terjaga. Masa terluang lebih suka nak tidur je. Kalau nak lepas gian membaca, aku akan baca majalah, suratkhabar atau internet. Takde membaca sehari tak sah. Kalau ketagih nak baca sesuatu berbentuk cerita, fiksyen, dah muak dengan berita hari ini, asyik-asyik kes bunuh, samun, rogol, ragut, buang bayi bla bla bla...apatah lagi politik, maka aku akan cari komik dan manga.
Manga terakhir yang aku baca bertajuk 'Putera di Balik Tabir' dan sambungannya, satu lagi manga bertajuk "Kemasyhuran Putera di Balik Tabir'. Pengarangnya ialah Sakurakouji Kanoko, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Aku beli manga-manga ni empat hari lepas, baca dua hari lepas, dan hari ini aku ingat nak tulis sedikit apa yang aku baca...
Macam biasa, kalau pengarangnya perempuan, ceritanya akan berkisar dengan kisah percintaan remaja sekolah tinggi. Dalam manga ni, watak heroinnya mesti yang kurang yakin diri dalam percintaan, rupa yang biasa-biasa dan watak heronya pula mesti seorang yang misteri, dingin dan kacak. Kalau takde elemen-elemen ni, tak jadi cerita pulak kan. Dan aku memang perasan akan obsesi orang Jepun dengan lelaki yang tinggi, 'kawaiii', dingin atau pendiam, dan misteri...sehinggakan aku rasa macam tak istimewa pulak ciri-ciri lelaki idaman aku sebab orang-orang Jepun ni pun minat yang sama (sebab aku suka lelaki yang dingin dan misteri - ni angan-angan dulu je, dah kawin ni lain pulak, demand nak suami banyak bercakap dengan aku dan bencilah misteri-misteri ni hehehe)...
Watak utama perempuan bernama Akari, dan nama watak utama lelaki ialah Ryusei. Kedua-duanya ialah pelajar sekolah tinggi. Akari ialah seorang pelajar perempuan yang tidak menyukai lelaki yang kacak dan hanya mengharapkan percintaan yang biasa-biasa sahaja, manakala Ryusei ialah seorang pemuda berdarah bangsawan yang juga merupakan seorang pelakon drama pentas tradisional Jepun yang terkenal yang dipanggil Kabuki (macam opera Cina la jugak).
bersambung...

2 comments:

  1. heheheh...still minat baca komik rupanya..aku dah lamak tinggalkan zaman komik2 ku..huhu..the last yang aku ingat masa aku di kolej aku kumpul komik2 Tony Wong..sekarang dah tak baca komin dah...baca buku betul2 buku dah...konon nak improve English..so memang membantu jugak la...:D

    ReplyDelete
  2. hehe Rose...sentiasa kanak-kanak riang ni...aku masih dalam usaah nak completekan koleksi Pedang Setiawan (nostalgia tok) dan DragonBall hehehe mun ko ada mok jual, aku rela beli...

    ReplyDelete