Wednesday, March 18, 2009

Long lost friend...Nazar Ibrahim

Aku masih demam sainsri lagi... Takpe la, at least ada jugak benda aku nak cerita dalam blog ni. Dah jadi blog jejak kasih Class of 98 sainsri pulak blog aku ni...walhal aku bukannya student popular giney-giney pun masa sekolah dolok (opsss...terkeluar bahasa Melayu Sarawak kamek hua hua hua...). Note: terjemahan - walhal aku bukannya student popular mana pun masa sekolah dulu.
Tapi orait la, kalau ada ex-sainsrian baca posts aku ni, sekurang-kurangnya depa tau kabar kawan-kawan lama. Dan aku bet, segala apa yang pahit ka, selisih faham ka, waima gaduh kaw-kaw ka...pasti sedikit sebanyak kita dah lupa...mungkin tak lupa, tapi dah tak kisah...no big deal kata orang...no big issue kata politicians...

Nazar ni, sorang lagi kawan di Sainsri dulu...orgnya baik (aku seriussss ni...). Aku ni tak la rapat mana dengan dia (ehemmm...aku tak rapat dengan mana-mana budak lelaki pun masa sekolah dulu, aku jadi kaku dan kelu...fobia kot...Richford aku okay, tapi Richford memang okay dengan semua orang. Carlson pun aku okay gak tapi tak ingat macam mana boleh okay...okay-okay aku ingat dah, tapi dalam post lain pulak la. Paling okay rasanya Aneep je, tu pun sebab dia duduk depan meja aku time Form 4...tu pun kena gosip, hampehh tul...aparrraaa korang).

Okay, bebalik pada Nazar ni, serius aku kata dia baik, bukan big-headed yang rasa diri bagus, or tak perlu nak ingat outcast or one of the edges macam aku ni. Biasa la high school, lagi-lagi full boarding school, ada jugak sindrom sekolah US ni. Ada popular girl (dalam cara yang okay la, ada jugak yang popular kerana hal yang memalukan), popular guy, the cutest girl, the most handsome, the athletes, the librarians (librarian di Sainsri tidak dikira geek nerd tau, dikira in crowd jugak...poor thing kepada yang betul-betul suka jadi librarian tapi tak dapat sebab bukan in crowd..), the prefects, the in crowd, the centre of the universe bla bla bla all the small things laaa...tak lupa outcast, nerdy, geek... (aku ni kira golongan geek la dulu hu hu hu dah la semikin (miskin daaa), rupa pun biasa-biasa aje, pengakap lagi tu adehhh...). Tapi naluri aku kata, berdasarkan apa aku ingat Nazar ini macam mana sweet orangnya, aku boleh la try kontek...dah la dia duduk area KL ni, kira dekat la dengan aku dalam ramai-ramai yang dah scattered all over Malaysia malah dunia. Dia takkan lupa aku punya la...a good guy won't forget small creatures...like me...

wahh aku melalut lagi...

Apa yang aku ingat pandangan aku tentang dia dari zaman sekolah lagi ialah he is a big guy with a big heart (tak reti aku nak kata, 'dia lelaki berbadan besar dengan hati yang besar?' huahuahu), manis, tutur katanya sopan, tak kurang ajar, nampak tegas dan yakin, dan apa yang paling aku ingat, dia peramah...cuma aku je yang 'keras' nak berkawan dengan bebudak lelaki walau seokay mana pun depa huhuhhu...

Sebab tu aku agak konfiden nak kontek dia balik via email h although sedar aku dan Nazar ni takde la rapat sangat. Bila aku email dia, dia ingat aku lagi...tima kasih bebanyak la hu hu hu sobs sobs sobsss...aku tak konfiden langsung orang-orang sainsri ni ingat kat aku...(ke dia saje je nak nyedap hati aku hua hua hua apapun, thank u very much la Enchek Nazar...jelesnyer tgk dia bergambar dengan Maya Karin - check
blog dia)...ye lah aku dah hibernate lama (even dari Pauline, one of my bestest friends in this whole wide world...duhhh teruk kan aku ni...sapa gik? ada lagi beberapa yang aku akan cerita dlm post lain)... Aku sanat-sanat hargai mereka-mereka yang ingat aku tanpa 'iewww-mpuan-ya-ka' kinda feeling...

Haiii untung la siapa dapat Nazar ni...
P.S. : Okay Zar, kelak ku intro kau dengan member-member ku nok single-mingle gik wakakak

Pasal high school ala US sindrom ni karang aku post lain pulak...best jugak topik nihh

2 comments:

  1. hahaha...seriously you wrote something about me??!!

    adehhsss...sine nak ngkah muka aku tok :p
    panjang lebar gik ya...huhuh
    thanks anyway Nur Kamalia (still sik tauk camne mok address you)

    InsyaAllah..mun agik mbiak sekolah sama batch aku, aku akan ingt. heheh...

    ReplyDelete
  2. adehaiii sekali aku lupa daaa nak edit name tu...takpe la, menambahkan kesaspenan terhadap Asteria Gil ni hua hua hua...

    ReplyDelete