Thursday, March 19, 2009

Kisah Rose dan Dia...(dan aku yang melalut)

Oraittt...aku dah dapat permisi daripada kawan aku ni untuk mendedahkan satu sejarah, kisah dan pengalaman suatu ketika dahulu...saksikan dalam 360 malam ini, di tv3 (ehemmm..)...takde la, dalam blog rencam ni jeee... Kena mintak permisi jugak tau, kalau tak disamannya aku. Orait lagi saman, duit boleh cari, takpun selesai luar court...kalau dibakar? Takpun dihantar ke Antartika? Ataupun di'dispose' ke angkasa lepas? Tak ke haru namanya tu??? Mana baby aku nak menyusu huahuahua... (adehaiii aku ni memang berpotensi tinggi melalut jauh...)
Prolog
Alkisahnya semasa Form 4, aku di kelas Iltizam, Rose di kelas Usaha, kelas di sebelah je. Aku ni agak rapat dengan seorang pelajar lelaki dalam kelas aku (kawan biasa je tau ). Dia ni pelajar baru (maksudnya yang masuk Form 4 di sainsri berdasarkan kecemerlangan PMRnya dari sekolah lain sebelum ini, yang juga antara sekolah budak-budak terpilih di Miri...ehemm ehemm). Macam yang aku pernah sebut sebelum ni dalam post yang lain, aku ni 'keras' dengan pelajar lelaki. Dapat geng dengan pelajar lelaki pun bila dah masuk Form 4 je, si Aneep. Form 1 sampai Form 3 memang hampeh la, fobia tul aku. Bukan tak suka, ntah kenapa rasa kekok je. Kelu dan berpeluh-peluh jadinya. Tergagap-gagap, kadang-kadang sudahnya jadi agresif (pernah terbalikkan meja seorang pelajar lelaki sekelas dalam kelas semasa kelas prep malam - sampai Form 5 dia tak bertegur sapa dengan aku). Bukan sebab admire ke hape, nak kata takut tu tak, cuma aku rasa sebu perut dan rasa nak muntah pun ada. Pendek kata stress yang amat lah. Kalau admire pun dari jauh je la huhuhu...
Berbalik kepada pelajar lelaki yang berkenaan ini (aku panggil Honda je la, nama dia dekat-dekat nama satu model kereta idaman aku ehemmm), Honda ni le antara salah seorang pelajar lelaki yang berani approach aku ajak borak ke, tegur-tegur je ke...(ada dua tiga pelajar dalam kelas termasuk Aneep je yang berani tegur aku, pelajar lain yang dah tau perangai aku dari Form 1 lagi haram le nak bercakap beria dengan aku...hampeh tul). Jadi, dah orang buat first step, takkan la aku nak jual mahal pulak (ehhh dah jadi macam cerita aku pulak...sabar ye). Jadi, Honda ni jadi la antara student lelaki yang aku boleh borak selain Aneep. Ada juga beberapa yang lain, tu pun tanya sikit-sikit bila perlu sangat. Nak berkawan-kawan, haram le aku yang nak beria-ria, itupun sebab masuk Form 4 aku dah kurang sikittttt fobia tu (adehhh la aku). Aku pun terharu sangat la dengan Honda ni sebab tak sombong ngan aku...aku ni tak sombong, cuma masalah fobia jeee...
Bab 1
Honda ni agak ramai jugak peminat, dari yang sama tingkatan sampai la yang junior-junior. Yelah, comel jugak orangnya. Dalam ramai-ramai peminat ni adalah watak utama cerita ni, Rose hehehe... Adalah la satu hari tu kawan-kawan Rose panggil aku ke kelas sebelah...ingatkan apa...ohhh rupa-rupanya Rose nak kirim salam dengan Honda ni... Aku orait je. Biasa la, dulu-dulu mana de henpon nak sms mulakan perkenalan. Pakai posmen tak bertauliah je la, macam aku ni. Maka aku pun menyampaikna watikah kiriman salam itu kepada kawan aku Honda ni. Dia pun memula tu tertanya-tanya la jugak, tapi sebagai posmen yang bertanggungjawab, aku tak dedahkan dulu sampai la Rose ni bersedia. Ingatkan episod salam-menyalam ni lama, tapi Rose ni, aku kagum tul la... Maka naik la pangkat aku jadi pengirim nota ka surat ka kad ka aku tak tau...tapi ada la kiriman kertas bertulis... Honda ni tersengih je bila aku usik...
Bab 2
Maka, cerita seterusnya hanya mereka berdua yang tau, dan aku pun tak nak menyibuk melibatkan diri dalam sangat dalam 'hubungan' diorang (ada beberapa yang melibatkan aku tapi dah tak berapa ingat, lama dah cik). Yelah, takkan aku nak menyibuk mencelah pulak, nanti Rose marah aku pulak kalau kacau daun huahuahua...Aku tak nak la jadi pagar yang makan padi, biar le aku jadi pagar yang betul-betul pagar sebab lepas tu ada jugak beberapa yang mintak aku jadi posmen depa, aku kata Honda dah kena booked dulu la...
Bab 3
Aku pun tak tau Rose dan Honda ni sampai peringkat ber'couple' ke tak, tapi bila aku tanya je, Rose asyik menegaskan, depa kawan biasa je (kawan biasa apa, spesel semacam je aku tengok huahuahua). Aku pulak tak tanya Honda ni lebih lanjut sebab dah nature aku susah sangat nak bercakap dengan student lelaki, kira okay dah dia tak harapkan aku yang nak mulakan perbualan sangat, dan aku pun maleh nak menyibuk. Aku pun makin hari menjauhkan diri (bukan sebab merajuk ke hape, cuma tak nak kacau daun). Bila masuk Form 5, boleh dikata aku dah tak rapat dengan Honda ni. Aku dengan Rose pula macam biasa aje, takde ape-ape yang tidak diingini berlaku. Aku ada jugak terasa Honda ni terasa hati kot aku jauhkan diri dari dia sebab dia langsung tak nak cakap dengan aku masa Form 5, dan aku yang 'blur' masuk angin keluar asap je ni pun tak kisah dan tak perasan...Aku perasan bila dah habis SPM, ada parti perpisahan peringkat kelas, dia tegur kata aku dah sombong (lebih kurang macam tu la, aku dah tak ingat sangat peristiwanya - tapi aku ingat aku sedar begini la).
Epilog
Begitu la alkisahnya...aku langsung tak ada idea bagaimana pengakhirannya 'percintaan' mereka ini. Kali terakhir aku jumpa Honda ialah pada tahun 2005, aku kerja di Miri lagi dan Honda pula pulang bercuti belajar. Dia masih dalam pengajian lagi di uni sebab asyik bertukar kursus (takpela, dia anak orang kaya...kalau aku, suka tak suka kena survive je kursus tu). Aku tak ingat macam mana boleh terjumpa dia, tapi yang aku ingat kami bertukar-tukar nombor fon dan buat appointment nak keluar esok-esoknya. Maka disebabkan aku dah kerja dan dia belum kerja, dan atas dasar berkawan tu juga la maka aku keluar duit belanja makan di Pizza Hut. Nasib baik la masa tu baru dapat gaji. Takde isu lelaki kena belanja sebab ni bukan date atau dating dengan couple. Aku pun puas hati kerana dapat jumpa balik kawan lama. Tapi memang hampeh tul la dia 'sembelih' aku...huahuahua takpe la aku ikhlas...Tapi kalau pasni jumpa dia dan dia dah kerja, aku nak dia belanja makan satu famili aku wakakaka...
...ehhh dah jadi macam kisah aku pulak...sori ye Rose...

2 comments:

  1. cik adik jgn citer lebih2 dah le....aku tak kisah dah..past is past just lucu jugak bila teringat balik..hahahaha...

    ReplyDelete
  2. huahuahua sik boh risau la Rose...saja mok lucu-lucu balit...

    ReplyDelete